Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Merancang Keluarga

Merancang Keluarga

2780
2
Iklan

Bersama Doktor Zubaidi bin Ahmad

 

Soalan 1

Adakah kesan sampingan jika mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh masa yang lama dan telah menjarakkan kehamilan ? mohon penjelasan doktor Zubaidi.

Jawapan 1

Tidak semua wanita sesuai dengan pil perancang keluarga . Sebab itu saya tidak bersetuju kalau wanita membeli pil perancang keluarga tanpa pemeriksaan.

 

Soalan 2

Tidak sesuai macam mana itu doktor Zubaidi?

Jawapan 2

Terutama yang ada darah tinggi , berat badan berlebihan , kerja duduk dikerusi dalam ofis , merokok. Ini semua menyebabkan darah mudah beku . Boleh jadi stroke masa muda 40 an . Tapi sekarang pil ini mudah didapati.

 

Soalan 3

Mula-mula saya ambil dengan nasihat dari doktor kemudian terus ambil tanpa buat pemeriksaan . Tidak bolehkah doktor Zubaidi ?

Jawapan 3

Pemberian hormon buatan ( sintetik ) perlu pemantauan .

 

Soalan 4

Pemantauan macam mana itu doktor zubaidi ?

Jawapan 4

Bagi wanita yang ada sejarah keluarga , emak , kakak atau adik perempuan ada kanser payu dara dan rahim , harus berhati – hati. FDA USA dah beri senarai wanita yang tidak boleh diberikan pil ini dan senarai wanita yang boleh diberikan tetapi perlu pemantauan . Saya ada menulis dalam majalah Anis .

 

Soalan 5

Saya berumur 36 tahun dan mempunyai anak 4 orang.Kalau saya hendak menukar kaedah perancang keluarga yang lebih selamat selain merancang tanpa ubat , kaedah apakah yang paling sesuai doktor Zubaidi ?

Jawapan 5

Perancangan keluarga harus dibincangkan antara suami isteri . Bukan tugas isteri sahaja dan suami buat tidak tahu. Masalahnya suami tidak mahu ambil tahu dan tugas isteri untuk menjadi mandul sementara. Itu adalah salah. Saya banyak menerima email yang macam ini .Maaf , bahasa saya agak kasar. Antara rintihan , si suami hendak ” sedap ” sahaja dan isteri yang merana akibat kesan sampingan pil perancang keluarga ini .

 

Soalan 6

Apakah cara untuk mengatasinya doktor Zubaidi dan tidak perlu rujukan pada ustaz atau ustazah ke sebelum membuat perancangan keluarga ?

Jawapan 6

Cara terbaik ialah menggunakan kondom ketika hari subur. Lagipun anak adalah anugerah. Lainlah kalau doktor kata kehamilan boleh membawa kemudaratan. Ramai suami pula tidak suka memakai kondom. Jadi mahu tidak mahu , pilihan yang berbaki ialah berikan hormon buatan. Samada pil , suntikan dan lain-lain . Jadi , itulah masalahnya.

 

Soalan 7

Jadi kena dapatkan nasihat doktor sebelum membuat perancangan ya doktor Zubaidi ?

Jawapan 7

Pemberian hormon buatan ( sintetik ) perlu pemantauan . Guna pil perancang keluarga hukumnya harus . Rujuk fatwa kebangsaan. Yang haram ialah :

  • BTL ( Bilateral Tubal Ligation / pengikatan saluran peranakkan ) kerana ia kekal kecuali doktor mengesahkan kehamilan seterusnya memudaratkan .
  • Begitu juga EG , pesakit jantung berlubang dan fungsi jantung pun terjejas.
  • Berumur sudah 40 an dan sudah mempunyai 8 orang anak . Kehamilan berikut mungkin menyebabkan rahim tidak mengecut dan pendarahan boleh menyebabkan kematian .

Jadi berbincanglah dengan suami sebab keluarga itu adalah kepunyaan suami dan isteri. Pemakaian kondom bukannya selalu . Berbanding pengambilan pil setiap hari . Suami yang sayangkan isteri akan pertimbangkan kesan sampingan pil ini.

 

Soalan 8

Suami tidak ada ilmu atau pengetahuan tentang hal ini doktor Zubaidi , macam mana itu ?

Jawapan 8

Bila tanya , mengapa tidak ubah cara lain ? jawabannya ialah ramai suami yang tidak suka pakai kondom . Itulah jawapan dari para isteri yang mengambil pil perancang keluarga .

 

Soalan 9

Bahayakah jika mengandung selepas berumur 35 tahun ?

Jawapan 9

Tidak bahaya jika dalam pemantauan doktor . Kena faham , anak ini adalah rezeki . Ulamak secara umum berkata , haram kalau ada niat tidak mahu anak kalau tubuh sihat dan mampu . Jadi kalau merancang kehamilan dan hamil juga , tidak perlu risau. Percaya pada takdir Allah SWT. Terima dengan redha. Mungkin anak itu akan buat kita gembira di alam satu lagi . Wallahu’alam .

 

Soalan 10

Doktor Zubaidi , pemakaian kondom ini memang bebas kesan sampingan ke kepada lelaki ?

Jawapan 10

Tiada kesan.Cuma nikmat kurang sedikit . Tapi bukan selalu . Kurang pun sedikit saja . Bukan selalu pemakaian kondom. Makan pil setiap hari , lagi banyak kesan sampingan. Saya pernah tengok ada yang sudah berumur 45 tahun tetapi masih mengambil pil perancang keluarga. Setiap hari , setiap bulan. Saya cadangkan kira waktu subur. Selepas itu , gunalah kondom 2 – 3 hari selepas dan sesudah waktu subur.

 

Tips Anak Genius

Ada yang minta tips untuk anak yang genius.

  1. Pilih pasangan dari keturunan dan baka yang baik .
  2. Kahwin dengan orang jauh ( bukan dari genetik pool yang sama contoh : sepupu , dua pupu ).
  3. Yang lebih bijak dari kita .

Genetik yang berbeza menghasilkan anak yang comel yang bijak dan berbakat . Kena tukar mentaliti kita .

 

Soalan

Kena tukar mentaliti kita , apa maksud doktor Zubaidi ?

Jawapan

Contoh :

  1. Orang Padang pandai berniaga . Anak kita mungkin ada kebolehan berniaga juga .
  2. Orang Bugis berani dan berjaya dalam pelayaran .

Genetik itu mempengaruhi perangai dan personaliti . Genetik dan pendidikan sama naik .

 

sila lawati :

http://drzubaidi.com/blog/urine-pregnancy-upt-boleh-mengelirukan/
http://drzubaidi.com/blog/nenas-boleh-sebabkan-keguguran/
http://drzubaidi.com/blog/hukum-mengambil-ubat-penahan-haid/

 

2 KOMEN

Komen dan Soalan