Utama Bilik (130) Tazkirah Ramadhan 2015 Tazkirah Ramadhan – 3/20

Tazkirah Ramadhan – 3/20

165
0
Iklan

Hukum Mengerjakan Puasa

Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama:

Firman Allah S.W.T

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Surah Al-Baqarah (2:183)

 

Firman Allah S.W.T

 

Maksudnya : Didirikan Islam atas lima perkara – antaranya puasa Ramadhan

 

Ijmak: Puasa merupakan perkara dharuriyyah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka dia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dipenjarakan dan ditegah daripada makan agar terhasil gambaran puasa pada dirinya.

Amaran Kepada Orang yang Meninggalkan Puasa

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya : Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang diruksahkan oleh Allah, tidak dapat diqadhakan dengan puasa setahun, walaupun dia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu. (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmizi

 

Komen dan Soalan