Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Kesalahan mengenai Solat Tarawih

Kesalahan mengenai Solat Tarawih

326
0
Iklan

Kesalahan Mengenai Solat Tarawih

 

1.  Meninggalkan solat Tarawih

Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR Muslim, Sahih Al-Jami’(6440)

Ramai orang melalaikan ibadah tersebut kerana sibuk dengan siaran tv dan hiburan. Mereka menyakini bulan Ramadhan tiada maknanya kecuali menahan dari makan dan minum pada waktu siang dan hanyut dalam kemaksiatan pada waktu petang.

Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi membebaskan (dari api neraka) pada setiap sehari semalam pada bulan Ramdhan dan bagi setiap muslim ada doa yang dikabulkan pada setiap sehari semalaman.”(Al-Bassar dari Abu Sa’id, Sahih At-Targhib wa At-Tarhib(992)

 

2.  Membaca mushaf dalam solat tanpa ada keperluan

Perbuatan ini termasuk kesalahan kerana boleh menganggu kekusyukan kecuali jika ada keperluan mendesak seperti makmum membaca mushaf di belakang imam untuk menyemak bacaan imam tersebut.

 

3.  Tergesa-gesa dalam Solat Tarawih

Kesalahan berleluasa di sebahagian masjid di mana mengambil mudah salah satu rukun solat iaitu kekhusyukan dan ketenangan.

Sheikh Ali Mahfuz berkata:

“Sesuatu yang paling dibenci dalam solat Tarawih adalah meringankannya secara berlebih-lebihan lantaran kebodohan imamnya atau kemalasan makmumnya. Jika demikian keadaannya,solat sendirian lebih utama dari solat berjemaah. Akan tetapi jika makmum mengetahui bahawa imam tidak menyempurnakan sebahagian rukun solat, pada asasnya dia tidak sah mengikutinya.” (Al-Ibda’(ms:286)

 

4.  Menyakini perlu membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap malam

Tiada dalil dalam As-Sunnah.  Abu Uthman An-Nahdi berkata, “Suatu ketika Umar bin Al-Khattab ra memerintahkan agar di bawa tiga orang qari dan meminta mereka untuk membaca Al-Quran. Kemudian dia menyuruh salah seorang dari mereka yang paling cepat bacaannya untuk membacakan 30 puluh ayat, dan yang sederhana bacaannya 25 ayat serta menyuruh yang lambat bacaannya membaca 20 ayat kepada manusia pada bulan Ramadhan.” (Riwayat Baihaqi As Sunan(2/497)

Paling utama membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan pada setiap malam 1 juzuk dan tidak meninggalkannya lantaran kemalasan manusia.

 

5.  Zikir bidaah di antara tiap dua rakaat

Zikir yang diada-adakan di antara setiap dua rakaat. Antaranya ucapan muazzin:

“Selamat salam semoga dilimpahkan untukmu, wahai makhluk Allah yang pertama”.

Demikian juga menguatkan suara pada setiap kali selesai dua rakaat dengan membaca:

“Dirikanlah solat! Semoga Allah memberi pahala kamu semua, dirikanlah solat semoga Allah merahmati kamu semua.”

Begitu juga membaca tahlil pada setiap kali berhenti rehat dan mendoakan Allah beri keredhaan kepada khalifah Abu Bakar ra,Umar ra, Uthman ra dan Ali ra.  Semua ini tidak ada asasnya dan tidak disebutkan di dalam syara’.

Jika ada yang menyakini bahawa perbuatan itu adalah disunatkan dan bagus, maka ia termasuk dari talbis Iblis kerana perbuatan tersebut adalah bidaah dan perkara baru yang diada-adakan dan tiada memiliki nas.

Ibnul Haj berkata,”Sepatutnya imam masjid menjauhi zikir yang diadakan-adakan oleh orang setiap selesai dua salam dari solat Tarawih. Sesiapa meninggikan suara ketika membacanya serta melakukannya bersama-sama, maka semuanya itu termasuk bidaah. Demikin juga ucapan muazzin setelah selesai zikir dari memberi dua salam solat Tarawih, “As-Solatu Yarhamukumullah” itu juga dilarang. Sebabnya perkara itu termasuk perkara yang diada-adakan. Sedangkan perkara yang baru dalam urusan agama itu dilarang. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad saw, kemudian para khalifah sesudah beliau dan para sahabat. Tidak seorang pun dari orang salaf  yang melakukan perkara itu.  Semoga kita diberi kemudahan sebagaimana mereka di beri kemudahan.” (Al-Madkhal (2/145)dipetik dari Ad-Din Al-Khalish (5/171).

Begitu juga dengan selawat-selawat ke atas Nabi saw yang dibaca selepas salam solat tarawih yang begitu popular di Asia Tenggara. Tiada nas atau dalil dari Al-Quran atau al-Hadis yang mensyariatkannya.

Komen dan Soalan