04.02 Bab Makki & Madani
FAEDAH MEMAHAMI MAKKI DAN MADANI
1. Membantu Pentafsiran al-Quran.
Pengetahuan tentang keadaan-keadaan turunnya al-Quran membantu proses kefahaman al-Quran dan pentafsirannya dengan lebih jelas. Sama ada pengajaran didapati pada umumnya lafaz, tidak kerana khususnya sebab, atau sebaliknya. Dan apabila para Mufassir (yakni: Ulama bidang Tafsir) mendapati pertembungan di antara dua ayat, mereka akan dapat membezakan di antara yang Nasikh dengan yang Mansukh. (Bab Nasikh Mansuk akan dibincangkan kemudian).
2. Menghayati Gaya al-Quran, dan Faedahnya dari Aspek Dakwah.
Bagi setiap keadaan atau situasi, ada kata-kata yang sesuai (untuk diucapkan). Dan meraikan tuntutan keadaan merupakan antara kaedah istimewa di dalam bahasa yang dipanggil ilmu Ma’ani dan Balaghah.
Kriteria-kriteria pada gaya ayat-ayat Makki dan Madani di dalam al-Quran memberikan satu gambaran manhaj atau skema kepada para pengkaji akan kaedah-kaedah komunikasi di dalam usaha mengajak ke jalan Allah, bersesuaian dengan cara fikir orang yang mendengarkannya.
Bagi setiap peringkat perkembangan dakwah, ada topik-topiknya dan gaya komunikasi yang bersesuaian, sebagaimana berbezanya gaya penyampaian kerana berbezanya kebiasaan setiap insan, keyakinan mereka dan suasana persekitaran mereka. Ini semua terserlah melalui variasi gaya penyampaian al-Quran pada berkomunikasi dengan orang-orang beriman, orang-orang musyrik, orang-orang munafiq dan ahli kitab.
3. Mengenal Sirah Nabi Melalui Ayat-ayat al-Quran.
Pada menyelusuri wahyu yang turun kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menjadikan sejarah dakwah dapat diselarikan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Makki atau Madani sejak dari permulaan turunnya wahyu sehingga ke ayat terakhir yang turun.
Dan al-Quran merupakan rujukan asal bagi sirah ini yang tidak meninggalkan sebarang ruang keraguan pada apa yang diriwayatkan dari ahli sirah supaya bertepatan dengan al-Quran dan ia menjadi penetap kepada penutup khilaf jika berlaku pertembungan riwayat-riwayat.
walLaahu a’lam
Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
#BroSyariefShares
Sesi Soal Jawab:
Soalan 1: Ayat yang turun ktika perang tabuk.. dikira makkiyah atau madinah?
Jawapan 1: Perang Tabuk berlaku pada tahun 9 hijrah
Jadi ayat tersebut jatuh di bawah kategori Madani. Kerana ia turun selepas Hijrah.
Soalan 2: Ayat yang turun masa fathul makkah dikire madani juga ke?
Jawapan: Ya