Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Tips Anak Genius

Tips Anak Genius

992
0
Iklan

Tips Anak Genius Bersama Doktor Zubaidi bin  Ahmad

 

Setelah isteri hamil maka bermulalah satu langkah. Sebelum itu siapa dapat agak bila janin ditiupkan roh?. Saya bentangkan hal ini di University Southampton UK didepan student Malaysia yang berada di sana.

Mengikut Kajian saintifik janin mula bergerak pada usia kehamilan 6 atau 7 minggu. Pada masa inilah sebenarnya dianggap roh telah ditiupkan kerana ada degupan jantung dan fungsi saraf. Hanya orang yang hidup mempunyai degupan jantung jadi janin yang mula mempunyai degupan jantung dan mula bergerak dianggap sebagai permulaan roh ditiupkan. Mengikut hadits shahih pun begitu.

إذا مرَّ بالنطفةِ ثنتان وأربعون ليلةً ، بعث اللهُ إليها ملَكًا . فصوَّرها وخلق سمعَها وبصرَها وجلدَها ولحمَها وعظامَها . ثم قال : يا ربِّ ! أذكرٌ أم أنثى ؟ فيَقضي ربُّك ما شاء . ويكتبُ الملَكُ . ثم يقولُ : يا ربِّ ! أَجلُه . فيقول ربُّك ما شاء ويكتبُ الملَكُ . ثم يقولُ : يا ربِّ ! رِزقُه . فيقضي ربُّك ما شاء . ويكتبُ الملَكُ . ثم يخرجُ الملَكُ بالصحيفةِ في يدِه . فلا يزيدُ على ما أُمِرَ ولا يَنقصُ ” . الراوي : عامر بن واثلة أبو الطفيل – المحدث : مسلم – المصدر : صحيح مسلم – الصفحة أو الرقم: 2645 – خلاصة حكم المحدث : صحيح

Apabila nutfah telah melalui 42 malam, Allah akan mengutuskan kepada janin itu malaikat. Lalu ditetapkan rupanya, diciptakan pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulang-tulangnya. Kemudian malaikat bertanya: “Wahai Tuhan! Lelaki atau perempuan?” Lalu Tuhanmu menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian malaikat bertanya lagi: “Wahai Tuhan! Bagaimana dengan ajalnya?” Lalu Tuhanmu menjawab berdasar apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian malaikat bertanya lagi: “Wahai Tuhan! Bagaimana dengan rezekinya?” Lalu Tuhanmu menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian, malaikat itu akan keluar membawa satu lembaran di tangannya, maka tiada lagi penambahan atas apa yang diperintahkan, dan tiada lagi pengurangan. Perawi: `Amir bin Watsilah Abu Ath-Thufail. Sumber: Shahih Muslim. Halaman atau nombor: 2645. Status: Shahih

Cuba darab 6 × 7= 42 hari atau 7 x 7= 49 hari. Sebelum itu janin hanyalah seketul daging yang disebut alaqah. Sebelum itu disebut nutfah keluar dari tulang sulbi. Tulang sulbi adalah istilah yang am. Untuk lelaki air mani dipancutkan oleh batang zakar dan berasal dari kerandut zakar (testes). Sementara wanita dihasilkan dari ovari. Kedua dua pergerakan air mani dan ovum dilindungi oleh tulang pubis.

Saya tak mahu mendetailkan bagaimana janin membentuk tetapi apa yang penting kita tahu bahawa roh mula ditiupkan sekitar minggu ke 6 dan ketujuh. Pada masa yang sama pembentukan otak dan fungsi otak bermula. Jadi jika mahu anak genius, berikan suplemen dan ransangan bermula pada masa ini.

Malangnya pada masa ini kebanyakan UPT masih negatif atau masih kabur. Saya ada menulis mengenai UPT. Bagaimana kadang kala kita keliru. Sebab itu ramai doktor mencadangkan agar penjagaan makanan untuk para ibu bermula apabila dia mula berniat mahu hamil. Sebab para isteri tidak tahu bila dia hamil sehingga dia tidak datang haid pada waktu yang sepatutnya (lambat haid) dan apabila buat UPT didapati positif. Pada masa itu sudah masuk minggu ke7 atau ke 8.

 

S : Doktor, benarkah seandainya mahu otak anak cergas kita suruh baby lihat benda-benda yang berwarna?

J : Itu bila baby dah lahir. Step kehadapan. Ini baru peringkat janin. Belum lahir lagi.

 

S : Doktor,benarkah makan buah nenas dalam kuantiti yang banyak, boleh sebabkan keguguran janin?

J : Soalan mengenai nenas dan hamil,boleh lihat di SINI

 

S : Doktor Zubaidi, bagaimana dengan pendapat ibu makan folat 3 bulan sebelum dia bercadang hendak mengandung dan diteruskan semasa mengandung?

S : Sekiranya pada hari ke 14 selepas period kita buat upt dan result positif, baby sudah berusia berapa minggu? Bagaimana kaedah pengiraan tu supaya tidak ketinggalan minggu ke 6 dan ke 7 itu?

S : Maksud genius di sini adalah genius seperti indigo childs ke doktor?

S : Amalan menurut sunnah nabi. Bagaimana pula pandangan doktor. Dari sudut pemakanan para ibu yang sedang hamil?

J : Elok jaga pemakanan bila ada niat untuk hamil. Mungkin 3-6 bukan sebelum itu. Ada yang mudah hamil dan ada yang sukar hamil. Bila ada niat untuk hamil dan mula mencuba, terus jaga pemakanan.

NOTA : Penjagaan makanan bukan saja tahu apa yang patut dimakan tetapi juga apa yang tidak harus dimakan. Genius ini bukan bermaksud setakat bagus IQ. Tetapi EQ dan SQ

Pembinaan hardware ( otak) bermula dari minggu ke 6. Cara kita beri didikan dan ransangan yang menyebabkan anak itu mendapat IQ EQ atau SQ. Didikan dan ransangan inilah software yang harus diberikan semenjak awal lagi. Jadi pembentukan otak harus pastikan janin ini mendapat nutrien makanan yang lengkap. Terutamanya omega 3 dan vitamin b kompleks.

Itu step kedua. Didikan dan ransangan masa janin dalam rahim. Step yang pertama pastikan pembentukan otaknya yang sempurna. Nutrien yang sempurna bukan saja dapat pada yang dinamakan makanan sunnah, tetapi banyak terdapat makanan yang halal dan berkhasiat (halalan toyyiban).

Sebab itu saya lebih suka apa yang dihalalkan lagi bernutrisi ini digalakkan, bukan setakat kurma dan madu saja. Tidak dapat dinafikan kurma dan madu banyak khasiatnya, tetapi untuk orang Asia seperti kita kurma dan madu hanyalah supplement. Bukan makanan asasi untuk wanita hamil.

Malah daging, telur juga sumber protein dan vitamin bagus untuk pembentukan otak bagi janin. Begitu juga buah-buahan dan sayuran berwarna. Vitamin untuk supplement boleh digunakan tapi jangan terlalu obses. Mungkin pakar pemakanan kita boleh sentuh pasal pemakanan.

Apa yang perlu dielak ialah segala jenis asap. Asap rokok asap kereta asap pembakaran. Semua mengandungi bahan kimia berbahaya. Saya kata perlu elakkan. Gunalah penutup hidung. Itu tanda kita kasih pada anak kita. Semua jenis asap yang ada bahan kimia. Cuba dielakkan.

Antibiotik, ada yang selamat dan ada yang tidak selamat. Jadi, kalau sakit jumpa doktor yang berpengalaman dan katakan puan hamil. Minuman berkabonat juga elakkan. Minuman berkafein. Dan segala supplement herba yang tidak diketahui isi kandungannya.

 

S : Kopi atau teh boleh tak diminum?

J : Minuman berkafein harap dielakkan. Jadi pembentukan otak dirangsangkan oleh pemakananan yang halal lagi berkhasiat. Untuk masukkan software pada otak anak di peringkat janin. Rangsangan berbentuk sentuhan dan bunyi adalah paling bagus.

Sentuhan pada abdomen isteri haruslah dilakukan oleh ibu dan bapa. Kesan getaran pada kulit abdomen akan ke dinding rahim terus ke air ketuban dan pada tubuh janin. Getaran yang membentuk kasih sayang dapat dirasakan sebab emosi dikawal oleh hypothalamus di otak sudah mula terjadi.

Sentuhan kasih sayang ini yang jarang diberikan atau diberikan sesekali-sekala. Inilah permulaan untuk meransang minda genius EQ.

 

S : Dikatakan juga kaedah mendengarkan alunan muzik-muzik neo klasikal seperti bach, mozart, dan lain-lain turut mempengaruhi perkembangan otak janin bayi dalam perut. Adakah ini satu fakta?

J :Itu rangsangan kedua iaitu bunyian. Ransangan sentuhan pun belum habis. Rangsangan harus diberikan dengan kasih sayang. Dengan hati. Berbicara sama ada dengan suara atau dalam hati. Ia ada hubungan. Hubungan antara ibu dan anak telah bermula sejak hamil. Malangnya hubungan anak dan bapa agak lambat. Hanya setelah bayi dilahirkan.

 

S : Saya pernah terbaca akan rangsangan muzik seperti kata tuan Khalid dan juga ibu mengandung perlu banyak buat latihan matematik.

J : Kita tidak mahu baca Al Quran ketika mengandung dan leka membeli-belah barangan bayi. Untuk jadi anak tidak perlu ransangan masa janin pun tidak mengapa. Tetapi hendak anak genius ia harus dimulakan sejak awal.

 

S : Doktor Zubaidi, semasa mengandung, suami isteri kena kurangkan hubungan intim ke?

J : Hubungan kelamin suami isteri harus dielakkan sehingga semester ke 2 atau 16 minggu. Ia paling selamat.

 

S : Maknanya emosi ibu turut ditekankan juga ya doktor? kalau ibunya asyik runsing dan tertekan, ianya turut memberi kesan awal kepada Eq dan Sq bayi?

J : Emosi ibu mengandung memang perlu dijaga terutamanya bagi ibu-ibu yang ada penyakit darah tinggi, andai kata tekanan darah tidak dikawal, kadang-kadang ada kes yang boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan. Kalau suami dah mengusap perut isteri setiap malam itu tanda sokongan suami. Ini juga membantu emosi ibu.

 

S : Saya dan pasangan baru berkahwin, apa nasihat doktor untuk merancang dapatkan zuriat, ransangan apa yang utama perlu saya berikan, kerana kedua-dua kami masih ada perasaan malu.

J : Untuk hamil perlukan pancutan air mani dalam vagina. Jika malu memang tidak akan hamil.

 

S : kalau hubungan intim sudah dilakukan, tetapi belum juga hamil, ada faktor lainkah yang perlu diberi perhatian untuk cepat hamil?

J : Selalunya tembak tak tepat, saudara abd halim. Pancutan itu harus dilakukan pada hari subur. Selain itu pastikan kualiti sperma dan ovum dalam keadaan baik.

 

S : Hasil persenyawaan kena pastikan dulu isteri ditahap waktu kesuburan yang tepat, suami punya sperma yang sihat. Ada tips tak, macamana tahu kualiti hendak pastikan sperma?

J : Kualiti sperma diperiksa dengan pemeriksaan air mani. Bagi wanita lebih sukar. Tetapi hormon progestrone yang paling penting semasa hamil. Jika rendah, lapusan endometrium dalam rahim yang menjadi tapak semaian tidak kuat dan luluh sebagai darah haid atau keguguran.

 

S : Betul ke orang tua dulu-dulu mengamalkan makan telur ayam kampung untuk tingkatkan kualiti sperma?

J : Makan telur kampung pun kena periksa air mani. Kalau isteri dah hamil tak perlu lah periksa. Makan telur ayam kampung dan madu lebih kepada memberi stamina masa berjimak.

 

S : Saya pun hanya laksanakan, dan tidak tahu hal sebegini perlu disemak dan dipelajari

J : Ramai yang tidak tahu tapi tidak mahu bertanya. Selain sentuhan fizikal, perlu juga ransangan bunyi. Secara saintifiknya ransangan bunyi dalam bentuk muzik yang lembut dan bacaan Al-Quran memberikan kesan positif yang sama. Cuma mendengarkan bacaan Al-Quran lebih barakah. Dalam rahim banyak perkara yang tidak dapat dikawal, jika pembentukan fizikalnya tidak betul ia boleh menyebabkan kecacatan. Tiada siapa yang dapat mengawal ini kecuali ALLAH SWT. Sebab itu kita mahu barakah dan pertolongan ALLAH semoga kehamilan yang berlaku berlaku dengan selamat. Sudah pasti muzik Mozart tidak memberikan barakah dalam hal-hal yang kita tidak dapat kawal. Itu beza antara bacaan Al-Quran dan muzik Mozart.

Getaran ini dapat dirasakan seperti mana ransangan fizikal tadi. Pendengaran janin mula terbentuk dalam waktu yang sama. Mereka mendengar dan memberi respon dalam pergerakan. Muzik yang kuat akan menyebabkan degupan jantung janin kencang dan ini mengganggu perkembangan fizikal dan emosi janin. Ia memberikan “stress” kepada janin. Rahim seharusnya seperti rumah dan kediaman yang tenang.

Begitu juga ransangan ini dapat dirasakan berkait dengan nada. Bukan setakat kekuatan bunyi saja. Nada-nada yang lembut dan baik harus diberikan. Nada-nada jahat seperti mengumpat, marah, sedih, tidak puas hati harus dijauhkan kerana memberi kesan pada EQ janin. Sebab itu elakkan emosi yang negatif ketika hamil. Ia memberikan kesan negatif pada EQ anak kita dalam rahim.

 

S : Doktor Zubaidi,Jadi percakapan kita pun harus dijaga sepanjang tempoh hamil?

J : Ya, ia memberikan kesan negatif pada EQ janin. Bukan setakat lisan tapi gerak hati juga. Sebab itu ada anak kita yang kuat cemburu masa kecil. Anak yang lain pula ok saja berkawan dengan kanak-kanak lain. Cuma yang penting cuba saya sampaikan. Bila hamil, kawal perasaan. Cakap hal-hal yang baik saja. Sudah semestinya dengan membaca quran dan zikir. Sebab itu dalam banyak kajian ibu hamil dan murung akan melahirkan anak yang mudah murung juga dan tidak tahan tekanan dari luar

 

S : Doktor Zubaidi, Kalau makan obimin, folid acid dan neurogain sejak niat nak pregnant dan sepanjang pregnant bolehkah?

J : Boleh,Obimin adalah multivit. Ada folic acid

 

S : Bagaimana dengan iberet?

J : Iberet ada zat besi. Elok tunggu lepas disahkan hamil.

 

S : Isteri saya lagi sebulan hendak bersalin, apa tips nak anak genius di masa ini?

J : Masih lagi boleh diberikan rangsangan. Teruskan berikan kasih sayang selepas bayi lahir. Ada kajian anak yang rapat dengan ayah lebih baik EQ dia bila dewasa.

 

S : Tapi Doktor, biasanya anak rapat dengan ibu. Ayah garang dengan anak.

J : Semasa anak berumur 7 tahun ke bawah kena tunjukkan kasih sayang. Garang semasa anak remaja. Itu pun bersebab bukan garang tidak tentu pasal.

 

S : Semasa hamil, saya suka menjawap sudoku. Adakah ini dapat membantu perkembangan otak janin doktor? Ibu yang selalu menjawab soalan matematik turut membantu perkembangan otak janin jugakah ?

J : Ia membantu. Ibu yang menggunakan otak kiri dan kanan membantu perkembangan IQ dan EQ anak. Ibu hamil yang hidup beragama akan membentuk ES pada anak. Anak lebih mudah terpaut pada spiritual dan keagamaan. Bergantung pada apa yang ibu baca. Al-Quran atau Bible ke. Itu merupakan pautan hati anak mula dibentuk.

Saya ada menulis beberapa artikel dlm blog mengenai EPO. Antaranya:

 

Komen dan Soalan