Bersama Doktor Azlinda
Soalan 1
Doktor,mengapa duduk lama di atas lantai semasa melipat kain dan sewaktu hendak bangun,terasa sakit dibahagian dalam perut? Saya pernah jalani pembedahan anak ke 3 (twins) dan belakang sejak usia 40-an. Adakah tanda akan menopause?
Jawapan 1
Tidak pasti apa yang menyebabkan sakit perut, mungkin ada nerve compression di tulang belakang yang pernah di bedah.
Soalan 2
Doktor,Ibu-ibu hamil digalakkan mengambil omega untuk kebaikan janin. Betulkah pengambilan omega perlu dihentikan pada bulan ke-8 kehamilan kerana dipercayai omega mencairkan darah dan dibimbangi risiko tumpah darah semasa bersalin nanti?
Jawapan 2
Pengambil omega memang di galakkan semasa mengandung dan setakat ini tiada lagi kes pendarahan jika berterusan semasa mengandung. Pendarahan hanya berlaku jika ianya diambil secara berlebihan.
Walau macamana pun ikuti nasihat doktor yang merawat semasa mengandung.
Breakfast – most important meal of the day. Tidak bersarapan – tinggi risiko gemuk & diabetes
Hidangan – 1/2 pinggan sayur, 1/4 pinggan lauk dan 1/4 nasi beras perang. Brown rice – berasnya warna coklat muda, masih ada selapis kulitnya yang nipis yang ada serat, vitamin B & zat galian, Beras nasi dagang bukan beras perang. Malah beras nasi dagang lebih dekat dengan beras pulut yang tinggi carbohydrate
Soalan 3
Doktor Azlinda,saya jarang bersarapan pagi sebab kalau bersarapan awal pagi,saya akan mengalami sakit perut dan loya. Dan seringkali alami muntah-muntah dan kebiasaannya saya bersarapan selepas pukul 11. Kenapa jadi macam ini doktor?
Jawapan 3
Waktu bersarapan pagi ialah antara jam 7-9pg. Selepas tu tak dipanggil sarapan pagi lagi. Sakit perut & loya mungkin kerana makanan sarapan yang tidak sesuai atau perut dan usus yang tidak sihat
Soalan 4
Sejak disahkan radang hati yang kronik. Saya ambil susu ensure, sebab itu perut kenyang dan gastrik pun tiada. Memang berat badan saya dari 65 turun ke 58 kg.
Jawapan 4
Kebanyakan kita juga tak dapat keperluan protein yang cukup. Macam yang saya kongsi dulu, kita perlu ambil 1g protein untuk setiap kg berat badan.
Contoh : berat 60kg. Keperluan protein sehari : 60g. Jadi, kalau bahagi 3, msknanya sarapan kena makan 20g protein.. 1 telur saiz A = 7g protein. Ada kekurangan 14g lagi
Soalan 5
Penyakit apa yang selalu menyebabkan kulit kaki sering mengelupas dan apa langkah untuk mengatasi masalah ini?
Jawapan 5
Kulit kering dan menggelupas mungkin kerana :
- Kurang kelembapan
- Reaksi kepada sabun atau pencuci lantai yang ‘harsh’untuk kulit
- Eczema
- Jangkitan kulat
No. 3 & 4 biasanya gatal. Bila kita tau sebabnya baru boleh mengubatinya
Soalan 6
Kalau setiap hari kita bersarapan pagi dengan 2 biji telur separuh masak, apakah risikonya? Betulkah telur tidak boleh dimakan setiap hari? Adakah berbeza effect makan telur ke atas kanak-kanak dengan orang dewasa?
Jawapan 6
Telur adalah makanan yang berkhasiat, kaya dengan protein, vitamin dan zat galian untuk kanak-kanak dan dewasa. Akan tetapi, setiap hari bersarapan pagi dengan 2 biji telur secara berterusan mungkin kurang elok lebih-lebih lagi dengan cara ayam telur dibela sekarang. Mungkin beberapa kali seminggu, ok.
Soalan 7
Betulkah dalam iklan ditelevisyen mengenai ubat-ubatan tidak dikenakan GST?
Jawapan 7
Ubat ada yang tidak dikenakan gst dan ada yang kena
Soalan 8
Paracetamol itu ubat demam apa doktor? Tidak berkesan dan kalau demam kenapa anak saya diberi appeton sebab anak saya sudah berumur 16 thn, sedangkan dia cuma sakit tekak dan demam.
Jawapan 8
Memang paracetamol itu ubat demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. Pharmaton hanyalah supplement.
Soalan 9
Saya makan banyak tetapi tidak gemuk, apa masalahnya doktor?
Jawapan 9
Besar kemungkinan kadar metabolisme asas tuan tinggi. Tapi jika ada tanda tangan asyik basah kerana peluh, gigil, berdebar debar, rasa bahang, bola mata terkeluar buatlah pemeriksaan, mungkin hormon tiroid tinggi.
Sebenarnya kita juga boleh train perut kita untuk menerima makanan, contohnya kalau kita jarang makan sayur perut kita rasa sakit bila makan sayur dan kembung. Apa yang kita boleh lakukan ialah sikit-sikit dahulu dan tambah setelah beberapa hari dan seterusnya, begitu juga dengan sarapan pagi, mula-mula makan sikit dan kita tambah selepas beberapa hari dan seterusnya.
Soalan 10
Anak saya lelaki 5 tahun, kalau demam terus bawa pergi ke klinik, balik klinik, sihat dan tak perlu makan ubat. Kenapa ya?
Jawapan 10
Alhamdulillah, macam rindu kat doktor saja. Sebenarnya demam biasanya disebabkan oleh kuman virus dan akan baik sendiri, tempohnya bergantung kepada sistem immunity individu. Ubat di beri hanya untuk memberi sedikit keselesaan dan bukannya untuk menyembuhkan dalam demam dan selsema.
Soalan 11
Apakah punca-punca kencing berdarah? Kawan saya minum sebiji lemon+kulitnya+madu+minyak zaitun. Esoknya dia rasa sakit dan dapati kesan darah dalam air kencing. Sekali sahaja pengambilannya.
Jawapan 11
Punca punca kencing berdarah.
- Batu karang
- Jangkitan pada salur kencing dan pundi
- Kanser pada pundi
- Radangan di buah pinggang
- Dan lain lain lagi
Biasanya kalau sekali sahaja kita tidak buat apa apabila ujian pada air kencing tiada darah secara mikroskopik
Soalan 12
Kulit saya mengalami tompok merah, kemungkinan alahan atau gigitan serangga, rawatan apa yang bagus untuk menghilangkan parut dan tanda-tanda merah dan kadang-kadang gatal bila panas?
Jawapan 12
Boleh cuba krim vitamin e, tapi biasanya warna hitam pada parut akan hilang selepas 3 bulan
Soalan 13
Kenapa saraf tubuh kita bergetar? Seperti menggigil? Apakah penyakitnya? Setakat ni saya bertemu dua orang wanita yang alaminya. Saya rasa tidak selesa bersalaman dengannya. Seolah dia tarik tenaga saya kepadanya.
Jawapan 13
Mungkin warga emas. Orang yang ada essential tremor. Parkinson disease. Orang yang mempunyai kerosakan pada sistem kordinasinya
Soalan 14
Doktor, bolehkah kita mencegah dari terjadinya kerosakan pada sistem koordinasi tu?
Jawapan 14
Sistem kordinasi rosak di sebabkan stroke, ketumbuhan, syphilis dan lain lain lagi, jadi kena elakkan dari mendapatkan lebih keadaan ini, tetapi ketumbuhan sesuatu yang kita tak boleh kawal. Elakkan dari mendapat penyakit ini.
Soalan 15
Ruam sering timbul di kulit saya terutama di kawasan kulit yang ditutup oleh pakaian dalam. Saya kerap bertemu doktor untuk selesaikannya masalah ini. Biasanya doktor akan dekrepsi krim. Bila sudah selalu berulang saya hanya beli krim di farmasi saja. Setakat ini krim yang saya beli sendiri, lagi cepat berkesan bila guna ialah candid B ( jika tidak Silap tulisan nya). Ada kesan sampingan tak jika saya guna ia dalam tempoh yang panjang untuk mencegah ruam yang timbul pada kulit?
Jawapan 15
Candid b merupakan kombinasi dua jenis ubat, steroid dan antifungal. Jika di gunakan dengan sapuan yang nipis insyaa Allah kesan sampingan adalah minimal. Selain itu boleh juga amalkan lebih kerap mandi dan menukar pakaian dalam
Soalan 16
Doktor,adakah ruam ini terjadi disebabkan kekurangan vitamin tertentu? Selalunya saya mandi 2 kali saja sehari. Ruam akan timbul bila kulit berpeluh dalam sebulan mesti dalam seminggu ruam menyerang semula.
Jawapan 16
Setakat yang saya tahu bukan di sebabkan kekurangan vitamin tertentu, ini mungkin disebabkan oleh kelembapan badan kita atau material pakaian dalam dalam. Eloklah kalau kita pastikan pakaian dalam dari kain kapas dan mandi 3 kali sehari.Apabila kulit kita lembap senang kulat untuk tumbuh yang menyebabkan ruam dan gatal.
Soalan 17
Bolehkah krim vitamin e hilangkan gatal-gatal? Sebab bila ke klinik doktor berikan krim steroid
Jawapan 17
Krim vitamin e untuk hilangkan parut. Steroid kena sedikit sahaja, jangan sapu sampai nampak putih tompok tompok tapi sedikit sahaja dan sapu sehingga hilang warna putih, jangan tenyeh
Soalan 18
Tangan anak saya selalu berpeluh dengan banyak. Umur 14 tahun. Apa yg menyebabkan tangannya berpeluh dengan banyak? Bagaimana cara mengubatinya?
Jawapan 18
Jika berpeluh dengan banyak sehingga mengotorkan buku ini kita panggil polyhidrosis. Cara mengubatnya kena berjumpa dengan pakar kerana kadang-kadang melibatkan pembedahan mikro memotong saraf yang merangsang kelenjar peluh. Jika tidak begitu teruk saya rasa boleh gunakan krim. Tapi berjumpa lah dulu dengan doktor untuk kepastian.
Soalan 19
Apa pendapat doktor tentang perubatan homeopathy?
Jawapan 19
Maaf saya tak boleh nak bagi komen.Tiada ilmu tentang homeopathy.
Soalan 20
Apa pendapat doktor mengenai diet atkins? Adakah ia baik atau tidak?
Jawapan 20
Atkins diet mengandungi protein dan lemak yang tinggi dan sangat rendah karbohidrat. Mungkin kena adjust sedikit makanan harian :
- Sayuran 4-6 cawan
- Protein yang cukup (sebhgnya dari tumbuhan) – 1/4 pinggan
- Lemak yang bagus – Omega 3, 9
- Karbohidrat kompleks dari wholemeal bijirin, kekacang dan beras perang – 1/4 pinggan
- Air kosong yang bersih 2L + 1L dari buah2an,sayuran dan lauk (sup)
Soalan 21
Apakah normal bagi seorang lelaki apabila habis kencing akan keluar cecair putih kepekatan?
Jawapan 21
Cecair pekat yang keluar selepas kencing itu ialah cairan dari prostate dan normal terutama bagi mereka yang melakukan aktiviti fizikal yang berat.
Soalan 22
Di pasaran kini, bermacam-macam jenis perhiasan diri, yang saya hendak sentuh ialah deodorant spray, kebanyakkannya diguna secara terus pada badan. Adakah ia boleh memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dalaman?
Jawapan 22
Maaf saya tiada pengetahuan tentang perkara tersebut, akan cuba cari fakta mengenainya.
Soalan 23
Ubat ibuprofen + paracetamol bagus ke untuk demam atau paracetamol sahaja sudah mencukupi?
Jawapan 23
Memang paracetamol itu ubat demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. kedua-dua nya boleh digunakan untuk demam tapi paracetamol mempunyai anti demam yang lebih baik. Kalau nak guna ibuprofen kena berhati-hati di khuatiri jika di berikan pada pesakit demam denggi akan menyebabkan pendarahan lebih teruk.
Soalan 24
Sahabat saya Pn. Shida mengalami masalah sakit lutut yang agak kronik. Sebelum ini pernah dapat rawatan ( suntikan jel dalam lutut tetapi masih tak membantu ). Doktor ada nasihat selain makan ubat (glucosamine sulfhate 500-3x sehari. Ada juga buat exercise ). Ada juga ambil habatus sauda+minyak zaitun. Kalau ambil kolagen boleh membantu atau tidak sakit lutut ni?
Jawapan 24
Bolehlah cuba tetapi saya tak pasti keberkesanannya. Beliau juga boleh cuba prp dan kalau sangat mengganggu boleh buat total knee replacement
Soalan 25
Betulkah penggunaan fluorida tidak bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan umat manusia sejagat?
Jawapan 25
Setahu saya golongan antifluoride yang sentiasa claim dari dulu fluoride beri banyak kesan keburukan seperti kanser terhadap kesihatan tubuh badan.
Seperti golongan antivaksin juga. Berjela-jela panjangnya alasan tapi belum terbukti secara ilmiah. Kalau dari segi kesihatan gigi, fluoride sangat membantu proses remineralisation struktur gigi.
Cuma untuk kanak-kanak, penjaga kena awasi supaya mereka tidak menelan ubat gigi yang mengandungi fluoride sebab kalau ini jadi amalan kanak-kanak tersebut, boleh menyebabkan dental fluorosis. water fluoridation pun bagus tapi ada had ppm dia.
Mungkin kena belajar sejarah kenapa fluoride digunakan boleh membantu.Biasa golongan-golongan ini kebiasaannya lupa sejarah. Kalau mereka tahu sejarah.mereka tak akan persoalkan.
Soalan 26
Apakah fungsi ibuprofen? adakah sebagai agen antibiotik or painkiller kalau pcm sudah memadai untuk anti demam.
Jawapan 26
Ibuprofen ialah anti inflammatory dan ada anti pyretic sikit.Kita memang jarang gunakan ibuprofen untuk demam, kita hanya guna paracetamol.Saya tidak pasti kombinasi paracetamol ibuprofen ini ada atau tidak, tak pernah jumpa lagi.
Doktor suami saya berusia 32 tahun dan mengalami gigi gerham bahagian belakang berlubang dan jangkitan karies dan dan akibatnya bengkak gusi serta pipi dan demam kuat..kami dapatkan rawatan doktor dan mengambil antiboitik namun sebelum dapat rawatan suami kerap batuk ibaratkan batuk kering serta memegang kepala bahagian kanan di atas telingga dan menekan urat kepala serta batuk dan mengeluarkan hinggus kahak pekat berwarna kuning terang dan berbau mulut.adakah ini akibat gigi dan kemungkinan bernanah pada gigi doktor.terima kasih
assalamualaikum doktor. saya perlukan sedikit jawapan daripada doktor mengenai kesihatan saya. hari ini dah masuk 6 hari saya tak buang air besar. untuk pengetahuan doktor saya makan propranolol sejak 4bulan lalu kerana jantung laju dan tekanan darah tinggi sikit. dos dua biji sehari pagi dan petang ( 40mg ) seminggu ni saya ada skip makan propranolol sebab sibuk pindah rumah. sebelum saya ambik propranolol, saya BO hanya sekali atau dua kali dalam dua minggu. sejak saya makan propranolol, harihari saya BO. tapi bila saya skip makan ubat, BO saya juga skip. saya ada rasa nak BO, tapi bila dah dalam toilet, hilang rasa nak BO. boleh doktor beri saya sedikit penjelasan tentang masalah ni.
knpa sy mkn ubat pharmaton sy muntah
Hye…saya di syorkn mkn ubat fluconazole 150mg oleh doktor dlm internet..perlu kh saya mkn ubat itu atau jumpa doktor dulu…bab takut salah mkn ubat
Sy br buat angiogram dan ada 3 salur block distal RCA 99%, proximal LAD 95% dan mid LAD 70%.utk pengetahuan sy kena MI pd 19 jul lepas dan pd esoknya kena VT semasa di ICU.Sy diberikan ubat darah tinggi,ubat cair darah,ubat kolestrol,ubat sakit dada.adakah memadai dgn rawatan ubat tersebut.apa yg sy dengar kalau dah block melebihi 80% kena buat rawatan stent
Salam doktor,saya alami kebas di kawasan jari2 kaki kanan dan setengah kaki sahaja,tidak sampai ke tumit mlm tadi.rasa kebas itu tidaklah terlalu kuat,saya masih boleh patah2kan jari (ikhtiar nak hilangkan rasa kebas) saya tak pernah alami perkara begini.jadi sy bimbang kalau itu simptom2 penyakit.saya minta suami urut dengan krim panas masih sama keadaannya.lebih kurang 2 jam lebih begitu,saya tertidur.bangun tidur rasa kebas sudah tiada.boleh mohon penjelasan doktor?
Saya nak bertanya berkenaan jangkitan HIV..jika jari kita tercucuk tulang pada waktu pagi..dan pada malamnya saya ada masukkan jari itu ke dalam faraj wanita yg tidak tahu status kesihatanya..adakah saya boleh di jangkiti?luka di jari x pedih dan berdarah cuma bila di tekan sakit..
Jawapan dari Dr. Seri Buana : Boleh
Saya ada masalah jari terketar2.. mudah rasa gemuruh.. apakah sebenarnya yg sy alami.. bagaimana cara untuk merawatnya?
Jawapan dari Dr. Seri Buana : Utk soalan jari terketar2 tu, ada dua kemungkinan :
1. Terlebih hormon thyroid, cara nak sahkan buat ujian darah tsh, ft4 dan ft3
2. Jika ujian darah normal, kemungkinan yg kedua ialah penyakit gemuruh atau anxiety. Boleh dapatkan kaunseling dan sedikit tip mengurangkan anxiety. Kalau serius kena makan ubat.