Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.08.11 #210315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Ad Darimi

01.08.11 #210315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sunan Ad Darimi

914
0
Iklan

 

Nota 01.08.11 Mengenal Kitab-kitab Hadits. Susunan: BroSyarief

SUNAN AD-DARIMI

Ia dikenal dengan nama as-Sunan. Ada juga yang menyebutkan namanya Musnad, kerana hadits-hadits di dalamnya ditulis dengan sanad. Nama penulisnya pula ialah Abdullah ibn Abdul Rahman ad-Darimi as-Samarqandi. Dilahirkan pada tahun 171H, dan meninggal pada tahun 255H. Dia telah mengembara ke Mesir, Syam, Iraq, Mekah dan Madinah.

Di antara guru-guru beliau ialah:

  1. Yazid ibn Harun
  2. Ya’la ibn ‘U’baidilLah
  3. Ja’far ibn Aun
  4. ‘UbaydilLah ibn ‘Abdul Majid
  5. Muhammad ibn Abi Bakr
  6. Wahab ibn Jarir
  7. Hashim ibn al-Qasim
  8. Ahmad ibn Ishaq
  9. Abu al-Mughirah al-Khaulani

Dan ramai lagi.

Jumlah keseluruhan hadits di dalam Sunan ad-Darimi adalah sebanyak 3503 hadits, disusun dalam 24 Kitab (Topik Utama) dan 1582 Bab (Sub-topik).

Di antara keistimewaan Sunan ad-Darimi:

  1. Kitab ini dimulakan dengan muqaddimah.
  2. Ia disusun mengikut bab-bab fiqh.
  3. Ia lebih dikenal di kalangan ulama hadits sebagai Musnad.
  4. Susunan kitab dan bab yang baik.
  5. Sikitnya jumlah periwayat-periwayat yang lemah bagi hadits-hadits di dalamnya.

Dan tidak terdapat satupun syarah kepada Sunan atau Musnad ad-Darimi kecuali satu, iaitu Fathul Mannan Syarh wa Tahqiq Kitab ad-Darimi, karangan Nabil al-Ghumari.

 

walLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan