Utama Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah Hadis 1: Perwatakan Rasulullah Dalam Syamail Muhammadiyyah

Hadis 1: Perwatakan Rasulullah Dalam Syamail Muhammadiyyah

390
0
Iklan

شرح الديارية ألاحديث  الشمدئل احملمدثة          

Syarhu d-Diyariyyah Li’ahadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah

 

Bab Apa Yang Datang Berkenaan Perwatakan Rasulillah

 

Muhammad bin `Isa bin Sawrah At-Tirmiziy:

 

Hadis 1

-1 حادَثاناا أابو راجااءٍ ق تا يْ باة بْن ساعِيدٍ، عانْ ماالِكِ بْنِ أاناسٍ، عانْ رابِيعاةا بْنِ أاِب عابْدِ الرَحْانِ، عانْ أاناسِ بْنِ ماالِكٍ، أانَه َساِعاه ياقول : كاانا راسول اّللَِ صالَى اّللَ عالايْ هِ واسالَما لايْسا َبِلطَوِيلِ الْباائِنِ، واَلا َبِلْقاصِريِ ، واَلا َبِْلابْ ياضِ اْلامْهاقِ ، واَلا َبِْلداِم، واَلا َبِْلاعْدِ الْقاطاطِ، واَلا َبِلسَبْطِ، باعاثاه اّللَ تا عااَلا عالاى راأْسِ أارْباعِنيا ساناةً، فاأاقااما ِِباكَةا عاشْرا سِنِنيا، واَبِلْمادِيناةِ عاشْرا سِنِنيا، واتا وافَاه اّللَ تا عااَلا عالاى راأْسِ سِتِِنيا ساناةً، والايْسا ِف راأْسِهِ واْلِْياتِهِ عِشْرونا شاعْراةً بايْضااءا.

 

1- Telah bercerita kepada kami Abu Raja’ Qutaybah bin Sa`id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi`ah bin Abi `Abdi r-Rahman, daripada Anas bin Malik, bahawasanya dia telah mendengarnya berkata: Rasulu Llah bukanlah orang yang ketara tinggi, dan bukan orang yang pendek. Dan bukan orang yang putih melampau , dan bukan orang yang coklat. Dan bukan keriting pendek, dan bukan lurus. Allah telah membangkitkannya pada puncak empat puluh tahun, maka dia tinggal di Makkah sepuluh tahun, dan di Madinah sepuluh tahun. Dan Allah mematikannya pada puncak enam puluh tahun. Dan tiada pada kepalanya dan janggutnya (melainkan) dua puluh

 

rambut yang putih.

 

Syarah Adou_Fr:

 

 

Hadis ini menjelaskan ketinggian Nabi, yang berada di pertengahan antara tinggi dan rendah. Seterusnya diterangkan warna kulit Nabi yang berada antara warna “putih” dan coklat. Perlu diketahuï bahawa putih dalam hadis ini bukanlah putih susu, tetapi putih seperti kulit orang Iran. Ini bermakna,

 

kulit Nabi bukanlah terlalu cerah, dan bukanlah terlalu gelap warnanya. Setelah itu diterangkan tentang rambut Nabi yang berada antara rambut seorang Negro yang pendek keriting dan lurus. Maksudnya, rambut Nabi

adalah ikal atau beralun sedikit.

 

Setelah menyebut tentang tubuh Nabi, hadis menceritakan tentang perihal kenabian iaitu pada umur empat puluh tahun. Hadis menyebut tentang jangkamasa Nabi berda`wah di Makkah dan di Madinah iaitu sepuluh tahun dan sepuluh tahun. Perlu diingat bahawa jumlah yang disebut di dalam hadis ini telah dibundarkan kepada puluh terhampir, jadi jangkamasa 13 tahun Nabi

 

di Makkah dibundarkan kepada sepuluh.

 

 

Kemudian, hadis menyebut tentang usia kematian Nabi iaitu enam puluh tahun. Ini juga telah dibundarkan kepada puluh terhampir, kerana Nabi mati

 

ketika umur enam puluh tiga tahun.

 

 

Penutup hadis ini ialah tentang uban Nabi pada janggut dan kepala Nabi yang ada sebanyak lebih kurang dua puluh helai. Ini menunjukkan bahawa Nabi

 

tidak mencabut ubannya, dan bukti bahawa Nabi mempunyaï janggut.

 

Komen dan Soalan