Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 16

Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 16

427
0
Iklan

 

لَهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِنَ النَّارِ وَمِنْ تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ ۚ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ

[Surat Az-Zumar 16]

(Rombongan-rombongan (Az-Zumar):16 – Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah merekapun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah mempertakuti hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku.
Bagaimanakah keadaan kerugian mereka ini?

 

Di akhirat kelak bagi mereka lapisan-lapisan daripada api dari atas kepala mereka. Api datang berlapis-lapis. Dan juga daripada bawah kaki mereka lapisan-lapisan daripada api. Bila di sebut atas kepala dan di bawah kaki bermakna semua arah. Atas bawah depan belakang kiri kanan. Maknanya di panggang.

Demikian lah Allah menakut-nakutkan kamu hamba-hamba Nya dengan azab api Neraka itu supaya kamu bertakwa pada Allah dengan takut pada Nya dan menjaga tauhid Nya. Sebelum Ayah Aji sambung, tahu kah semua suhu neraka ini agak-agak nya berapa?

Daripada hadis nabi, panas ciptaan alam ialah 1 per 70 panas neraka. Kata NASA, panas matahari agak-agak nya 5 juta celcius. Jika matahari itu zat yang paling panas di alam ini. Supernova lagi panas. Maka panas Neraka ialah 5 x 70 iaitu 350 juta celcius. Kita rebus air agak-agak aje 1000 celcius untuk didih air 100 celcius. Ratio air 1: api 10.

Api neraka 350 juta C. Air minuman ahli neraka 35 juta C. Air di neraka tu bukan mendidih suhu 100C tapi 350,000,000C!!!. Darab 1 per 10 = 35,000,000 C air. Kalau suhu air ini 35 juta C dan matahari 5 juta C. Agak-agak tak meletop matahari jika 1 baldi air neraka di simbah ke matahari. Matahari itu akan meletup jadi debu.

Bayangkan ahli neraka minum air ini. Daripada Al-Quran ia di panggil air yang menghodohkan muka. Daripada hadis dan Al-Quran. Bila air ini di dekatkan ke muka ahli neraka, gugur hidung pipi mata daging muka. Sedangkan kulit muka dah di upgrade ke 42 hasta tebal. Gigi sebatang sebesar bukit uhud. Maknanya badan di perbesarkan. Dengan suhu itu kalau badan ini entah.

Tahu ke pelajar-pelajar ayah aji tentang neraka ni saperti dah beritahu ni??? Jawab seorang-seorang. Masya Allah. Ya Allah macamana ni. Mereka ajar apa pada awak semua selama ini? Apa makna beriman pd hari akhirat?

Itu tak detail tu. Itu air neraka saja. Bukan api neraka lagi. Bukan cara minum lagi. Baru siram atas kepala. Tak mati-mati mereka dalam neraka. Kemudian selepas dibaiki balik kepala orang itu, baru di tuang air ke dalam mulut. Hancur seluruh mulut perut dan tak sempat keluar perut dan cairan malah daging juga hancur jadi macam belon maka pecah belon itu di kaki.

Ya Allah. Selamatkanlah kami daripada neraka. Dengar neraka pun tak mahu. Bau neraka pun tak mahu. Maaf lah ayah aji. Ini makna tak beriman dgn hari akhirat. Apatah lagi bagi yang tidak pernah belajar tafsir. Adakah mereka beriman dengan sebenar-benar iman dengan hari akhirat???

 

إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ

[Surat Ghafir 71]

Apabila tangan-tangan mereka di ikat pada leher-leher mereka dan (juga kaki – ayat lain) di belit dengan rantai besi panas sampai tak bergerak; mereka pun di seret malaikat – ayat lain dipegang kaki dan muka mereka di seret atas tanah api neraka.

 

فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ

[Surat Ghafir 72]

Kemudian pada air panas itu mereka di celur, macam celur ayam nak di mesin. Agak-agak Ayah Aji Bila dah empok, mereka di panggang ke api atas bawah kiri kanan semua arah.

 

ثُمَّ قِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تُشْرِكُونَ

[Surat Ghafir 73]

Kemudian selepas di panggang, mereka di tanya oleh Malik Zabaniah. Mana dia nabi-nabi wali-wali malaikat-malaikat yang kamu dulu puja sembah maulud selawat-selawat rekaan joget-joget kerana memuja roh orang mati masa di dunia dulu, mana mereka tak tolong kamu. Yang kamu dulu di dunia menyekutukan Allah dengan mereka-merka ini??

 

مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا بَلْ لَمْ نَكُنْ نَدْعُو مِنْ قَبْلُ شَيْئًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ الْكَافِرِينَ

[Surat Ghafir 74]

Selain daripada Allah dengan tujuan nak rapat pada Allah serapat-rapatnya. Mereka-mereka ahli tawasul jawab. Hilang mereka daripada kami. Bahkan sebenarnya , kami dulu tak fikir sikit pun sewaktu kami seru mereka, tak mengaku mereka puja bukan niat nak syirik pada Allah tapi buat ibadat. Beginilah Allah menyesatkan orang-orang yang engkar tauhid ini daripada jalan benar.

 

So boleh hadam ke apa ayah aji ajar malam ini? Adakah beroleh menfaat daripada Al Quran ini?

Bab selawat-selawat maulud-maulud qasidah-qasidah ni ada yg merujuk hadis nabi.

Wallahu a’lam

 

DOA AYAH AJI :

Ya Allah ya Tuhan kami. Kami ni baru saja tahu wahyu Mu, sedikit saja. Kami akui Kamu Allah Tuhan Kami. Ampuni lah segala dosa-dosa kami dan kami bertaubat daripada dosa-dosa kami lakukan kerana kebodohan kami sendiri.

Ya Allah.

Ini semua murid-murid ku yang ramai aku tak pernah jumpa. Soalan-soalan mereka adalah kerana mereka mencari kebenaran Mu. Wahai Allah tuhan ku. Ampuni lah dosa-dosa ku dan dosa-dosa murid-murid ku semua sekali. Begitu juga kedua ibubapa kami anak-anak cucu serta zuriat kami.

Masuklah kami semua ke syurga Mu yang luas nya Langit dan Bumi.

Ameen…Ameen…Ameen…

 

Komen dan Soalan