Bismillah…
Note 53 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
MAKANAN DAN MINUMAN
1. Makanan Halal dan Haram :
Kaedah syara’ memgetaui sesuatu makanan itu sama ada halal atau haram berdasarkan firman Allah SWT :
“Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku tidak dapati dalam.apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau sesuatu dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian, sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana dharurah), sedang ia tidak menginginnya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah Al An’am ; 145
2. Prinsip Pertama :
Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal.
2.1. Semua jenis ikan yang hidup dilaut walau apapun namanya kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang Arab. Syara” menguatkan hukumnya halal dan harus dimakan.
Firman Allah SWT :
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”
Surah Al Maidah : 96
2.2. Binatang ternakan iaitu unta, lembu, kamben, kuda, seladang, keldai liar, kijanh, arnab dan lain-lain yang dianggap elok oleh orang Arab, yang kemudiannya diakui halal oleh syara’.
Daripada Jabir R.A katanya : “Rasulullah SAW memberi kami makan daging kuda dan menegah kami memakan daging keldai.”
Riwayat Al Tirmizi : 1794
Baghal termasuk dalam kategori keldai kerana baghal ialah kacukan binatang halal dengan binatang haram, iaitu kuda dan keldai. Syara’ menetapkan bahawa bahagian yang haram mengatasi yang halal.
3. Prinsip Kedua :
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram. Seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, ibn awi iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada musang dan lebih kecil daripada anjing dan kukunya panjang. Selain itu gajah, singa, harimau, kera dan seumpamanya haram dimakan.
4. Prinsip Ketiga :
Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram. Contohnya ular, kala jengking, gagak, helang, tikus, dan semua binatang yang memudharatkan.
5. Pengecualian Hukum Ketika Dharurat:
Hukum haram makan binatang berdasarka tiga prinsip tersebut, dikecualika ketika manusia ditimpa dharurat.
6. Perkara yang Haram dimakan ;
6.1. Semua jenis serangga, iaitu binatang kecil dan halus yang berkeliaran di bumi seperti semua, lalat, kumbang, ular, ulat-ulat, pijat-pijat, kutu, lipas, cicak dan sebagainya.
6.2. Burung yang haramndimakan ialah burung kakak tua, merak, rakhamah iaitu sejenis burung yang bentuknya seakan-akan burung hering, bughathah iaitu sejenis burung yang berwarna putih yang kecil sedikit helang dan kukunya kurang kuat, khuttuf dan Khuffasy burung lelayang dan kelawar.
6.3. Semua benda yang mutanajjis uang tidak dapat disucikan.
6.4. Sesuatu yang memudharatkan.
7. Perkara yang Halal dimakan ;
7.1. Antara yang halal dimakan ialah burung kasawari, itik, angsa, gagak ladang, merpati liar, merpati berparuh merah, daripada semua jenis merpati yang minum tanpa bernafas, iaitu minum seteguh lepas setegub tanpa menghisap.
7.2. Semua benda yang bersih, tidak memudharatkan, tidak menjijikan dan tidak mencemarkan seperti bunga-bungaan, buah-buahan, bijirin, telor, keju dan sebagainya.
7.3. Susu binatang yang halal dagingnya. Oleh itu, susu binatang yang tidak halal dagingnya, haram diminum kecuali susu manusia kerana ia bersih dan suci.