Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Kelas 4: Sahih Bukhari (Bab Iman Dan Islam)

Kelas 4: Sahih Bukhari (Bab Iman Dan Islam)

466
0
Iklan

Ustaz Solah

Assalamualaikum..

jawab salam di anggap hadhir kelas malam ni

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

أما بعد،

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

٢ – كِتَابُ الإِيمَانِ

بَابُ قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ»

وَهُوَ قَوْلٌ وَفِعْلٌ، وَيَزِيدُ وَيَنْقُصُ،

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى {لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ} [الفتح: ٤]

{وَزِدْنَاهُمْ هُدًى} [الكهف: ١٣]

{وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى} [مريم: ٧٦]

{وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ} [محمد: ١٧]

وَقَوْلُهُ: {وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا} [المدثر: ٣١]

وَقَوْلُهُ: {أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا [ص: ١١]

الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا} [التوبة: ١٢٤]

وَقَوْلُهُ جَلَّ ذِكْرُهُ: {فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا} [آل عمران: ١٧٣]

وَقَوْلُهُ تَعَالَى: {وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا} [الأحزاب: ٢٢]

وَالحُبُّ فِي اللَّهِ وَالبُغْضُ فِي اللَّهِ مِنَ الإِيمَانِ ” وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ العَزِيزِ إِلَى عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ: «إِنَّ لِلْإِيمَانِ فَرَائِضَ، وَشَرَائِعَ، وَحُدُودًا، وَسُنَنًا، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ، فَإِنْ أَعِشْ فَسَأُبَيِّنُهَا لَكُمْ حَتَّى تَعْمَلُوا بِهَا، وَإِنْ أَمُتْ فَمَا أَنَا عَلَى صُحْبَتِكُمْ بِحَرِيصٍ»

وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي» وَقَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ: «اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً»

وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ: «اليَقِينُ الإِيمَانُ كُلُّهُ»

وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: «لاَ يَبْلُغُ العَبْدُ حَقِيقَةَ التَّقْوَى حَتَّى يَدَعَ مَا حَاكَ فِي الصَّدْرِ»

وَقَالَ مُجَاهِدٌ: «شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ أَوْصَيْنَاكَ يَا مُحَمَّدُ وَإِيَّاهُ دِينًا وَاحِدًا»

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: «شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا» سَبِيلًا وَسُنَّةً باب دُعَاؤُكُمْ إِيمَانُكُمْ لِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ: {قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلاَ دُعَاؤُكُمْ} [الفرقان: ٧٧] وَمَعْنَى الدُّعَاءِ فِي اللُّغَةِ الإِيمَانُ

sila baca dulu matan di atas

sekarang sudah masuk kitab baru..

 

bila masuk kitab baru biasanya imam albukhari akan mulakan dengan bismillah.

ini kelebihan yang ada pada albukhari.. beramal dengan hadis.. tidak berselisih dengan sunnah..

 

maksud bismillah,

(aku menulis kitab ini) dengan (berkat) nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani..

sini bermula perbincangan tentang akidah tauhid di dalam kitab albukhari

di mulai dgn wahyu dan iman..dan di sudahi kitab ini dengan kitab tauhid..

 

cukup-cukup halus cara imam al Bukhari menulis kitab..walaupun sekadar tajuk.

fitrah manusia ingin kepada keberkatan (kebaikan yg baik). dan Allah mengajar Nabi SAW masa mula2 di turun wahyu dgn إقرأ باسم ربك الذي خلق

dan ayat tu mengajar tentang bismillah.. ambil berkat nama Allah..

 

jika tak ambil berkat nama Allah maka akan di ambil berkat dari selain Allah… maka jauh la dari kebenaran..jauh lah dari tauhid…

habis situ

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

كِتَاب الْإِيمَانِ

Kitab membicarakan tentang iman.

Mukaddimah,

 

Sebelum ini Imam Al Bukhari dahulukan bab bad’el wahy (permulaan wahyu). Tujuan diadakan bab itu untuk menjelaskan asas hukum islam samada aqidah ataupun ibadah atau segala bentuk ketaatan kesetian kepada Allah SWT,semuanya mesti berhajat kepada ilmu wahyu. Tak mungkin Allah SWT yang mencipta manusia dengan kekuasaanNya tetiba terlupa hendak ajar manusia tentang matlamat hidup mereka. Oleh itu Allah Yang Maha Bijaksana telah menurunkan wahyuNya kepada para Nabi2, agar manusia dapat mengetahui tariqah untuk hidup di dunia mengikut keredhaan Allah SWT.

Manakala bab2 dunia seperti hendak buat rumah,buat bangunan,buat jalan dan seumpamanya tidak berhajat kepada ilmu wahyu.

 

Dan kemudian imam Al Bukhari menulis kitab baru iaitu kitab iman. kerana bila manusia sudah disampaikan wahyu,maka berlaku perhubungan antara makhluk dan Khaliq(Pencipta). lalu terlahir lah keyakinan terhadap Allah sebagai Pencipta. sehubungan itu perlunya makhluk mengetahui hukum2 berkaitan dengan iman. Agar tidak rosak punah nya iman mereka..

 

Penjelasan makna iman.

 

Iman dari segi bahasa arab bermakna  تصديق (memperbenarkan) atau إزالة الخوف (menghilangkan ketakutan) atau اطمينان ( tenang,tenteram hati,aman)

 

Iman dari istilah bermaksud تصديق النبي صلى الله عليه وسلم بجميع ما جاء به ( membenarkan dan percayai Nabi SAW beserta seluruh perkara yang di bawa oleh beliau).

1 – باب قَوْلِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- «بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ» وَهُوَ قَوْلٌ وَفِعْلٌ، وَيَزِيدُ وَيَنْقُصُ

1-BAB SABDA NABI shallallahu ‘alaihi wasallam “ ISLAM DIDIRIKAN ATAS LIMA PERKARA”

 

Dan (bab) Iman adalah perkataan bersama perbuatan. Dan iman boleh bertambah dan boleh berkurangan.

 

________________________

Penjelasan,

Di sini imam albukhari menyatakan dua bab dalam satu bab. Tujuannya untuk jelaskan lebih lanjut dari bab pertama.

soalan,

kenapa imam al bukhari nukilkan hadis بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ ? padahal hadis itu tidak sebut iman?

 

Jawapan,

Kerana bagi imam albukhari,iman dan islam sama makna. ini sesuai dengan ayat2 alquran yang akan di sebut nanti.

 

maksud قَوْلٌ : perkataan yg di sebut dengan lisan. iaitu perkataan yang membenarkan apa yang ada di dalam hati

 

maksud وَفِعْل : perbuatan yang membenarkan perkataan yg di sebut. iaitu perbuatan amal qalbi ( hati ) dan perbuatan amal jawarih ( anggota badan). merangkumi akidah dan ibadah.

ini lah iman yang sebenar.

 

maksud iman bertambah dan berkurangan : bertambah iman sebab amal soleh, berkurangan iman sebab maksiat.

habis di situ…..

 

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى {لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ} [الفتح: ٤]

ayat penuhnya serta terjemahan.

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

 

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

iaitu firman Allah Ta’ala

“agar bertambah keimanan mereka di samping keimanan mereka (yang sedia ada)”.

وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

“dan kami tambahkan hidayah kepada mereka”.

وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى

 

“dan Allah tambahkan hidayah kepada orang-orang yang menurut jalan petunjuk”

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

 

“Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayat petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa”

وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانً

 

“dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya”

 

ayat penuhnya,

وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً ۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا ۙ وَلَا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ ۙ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ

 

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

 

Dan Allah bersabda:

 

أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانً

 

“Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini? Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka”.

 

Dan Allah Jalla Zikruhu bersabda:

فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانً

 

“(dikatakan kepada orang-orang mu`minin) Oleh itu hendaklah kamu gerun takut kepada mereka! Maka berita itu makin menambahkan iman mereka (mu`minin)”

Dan firman Allah Ta`ala;

وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

 

“dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah”.

 

Al Bukhari berkata:

“dan cinta kerana Allah serta benci kerana Allah termasuk dari iman”

وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ إِنَّ لِلإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ.

فَإِنْ أَعِشْ فَسَأُبَيِّنُهَا لَكُمْ حَتَّى تَعْمَلُوا بِهَا، وَإِنْ أَمُتْ فَمَا أَنَا عَلَى صُحْبَتِكُمْ بِحَرِيصٍ.

 

Dan Umar bin Abdil Aziz tulis surat kepada `Adi bin `Adi ;

 

“Sungguh bagi iman itu segala amal fardhu, segala syariat, segala batasan larangan, serta segala sunnah. Jadi, sesiapa menyempurnakannya, maka dia sudah menyempurnakan iman. Sekira aku masih bernyawa, aku akan jelaskanya hingga kalian dapat amalkannya. Dan sekira aku mati dulu, lalu kalian tidak sempurnakannya. Maka aku tidak akan bela persahabatan dengan kalian.”

 

Penerangan atsar hadis di atas,

Seperti hadis pada bab di atas,hadis umar b abdil aziz juga hadis muallaq (hadis tanpa sanad). zohir hadis bila tiada sanad maka di anggap seolah2 dhaif. tetapi istimewanya dalam kitab albukhari, hadis muallaq ini tak semestinya dhaif ada juga yang sohih sanadnya seperti hadis di atas.

hukum ringkas nak kenali hadis yang tiada masalah atau sohih dalam kitab albukhari, dengan melihat perkataan penyampaian albukhari..jika penyampaian hadis itu di mukakan dengan menyebut siapa yang berkata maka secara ringkasnya hadis itu tiada atau kurang masalah dan hadis itu sanadnya sohih. manakala jika tidak di sebut siapa yang berkata maka hadis itu sebenarnya ada masalah dari segi sanad mengikut pendapat albukhari. walaubagaimana pun makna pada matan hadis biasanya sesuai dengan hadis yang ada dalam bab itu.

wallahu a’lam

 

habis situ.. sambung terjemah matan kitab…

Dan Nabi Ibrahim `alaihis salam berkata ;

 

وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي

 

“”Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”

maksud ayat di atas,

supaya tenteram hati dengan melihat dengan keyakinan yang terbit di dalam hati hingga bertambah2 keyakinan dan ke iman nan..

 

habis di situ.. sambung terjemah matan..

وَقَالَ مُعَاذٌ اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً.

 

Dan Mu`az (bin jabal) berkata ; “Duduk lah dengan kami agar kita beriman seketika”

sanad hadis muallaq di atas sanad sohih.

 

penjelasan hadis di atas,

ilmu,tazkirah dan penjelasan hukum agama juga termasuk dalam bab menambahkan keimanan.

habis di situ sambung matan.

 

وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ الْيَقِينُ الإِيمَانُ كُلُّهُ

 

Dan Ibnu Mas`ud berkata ;“Keyakinan adalah iman keseluruhannya”

sanad hadis muallaq di atas sanad sohih mauquf.

 

وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ لَا يَبْلُغُ الْعَبْدُ حَقِيقَةَ التَّقْوَى حَتَّى يَدَعَ مَا حَاكَ فِي الصَّدْر

 

Dan Ibnu Umar berkata ; “seorang hamba Allah itu tidak dapat capai hakikat taqwa selagi dia tidak meninggalkan apa diragui di dalam hati”.

وَقَالَ مُجَاهِدٌ { شَرَعَ لَكُمْ مِنْ الدِّينِ } أَوْصَيْنَاكَ يَا مُحَمَّدُ وَإِيَّاهُ دِينًا وَاحِدًا

 

Dan Mujahid berkata ; Ayat         شَرَعَ لَكُم“Allah syariatkan buat kalian” Maksudnya ; Kami tentukan buat kamu dan kepadanya (Nabi Nuh `alaihis salam) pegangan aqidah agama yang satu.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ { شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا } سَبِيلًا وَسُنَّةً { دُعَاؤُكُمْ } إِيمَانُكُمْ لِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ { قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ }

 

Dan Ibnu Abbas berkata ; Ayat شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا Maksudnya ; Jalan (tariqah) dan sunnah.

 

maksud دُعَاؤُكُمْ , ialah iman kamu

seperti firman Allah ‘Azza wa Jalla :

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): “Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya;

maksudnya, doa adalah ibadah dan di sini ibadah dimaksudkan dengan iman.

 

PENJELASAN

 

Iman adalah membenarkan serta mempercayai dalam hati dengan tunduk patuh melalui perkataan dan amalan. Oleh itu iman tidak terpisah antara kepercayaan hati, tunduk patuh dengan perkataan dan amalan. Bahkan lazim disertakan bersama. Tidak di anggap beriman sebenar jika dipisahkannya.

Dasar Iman dan Islam adalah bersama seiring. Tidak boleh di cerai tanggalkan..

Maksud  Iman membenarkan iaitu perkataan dengan lidahnya menyebut Kalimah Syahadah. Dan  perbuatannya membenarkan amalan zahir dan hatinya. Iaitu,  mulutnya menyatakan keimanan hatinya, serta perbuatannya membenarkan keimanan hatinya.

Iman bertambah dengan ketaatan, Iman merosot dengan maksiat. Dan rosak iman dengan keingkaran.

habis di situ..

wallahu a’lam..

wa billahi taufiq wal hidayah..

wa jazakumullahu khaira..

ilal liqa’ insyaAllah..

Assalamualaikum

Sahih Bukhari Dalam Telegram

🔴 Assalammualaikum syeikh, kalau kita tertinggal 1 rakaat solat, adakah hanya memadai dengan sujud sahwi?

 

♻ Waalaikumussalam..

Kena tambah juga satu rakaat yang tak cukup tu..lepas tu baru sujud sahwi.

 

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ -رَضِيَ اَللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ- قَالَ : ( صَلَّى اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِحْدَى صَلَاتِي اَلْعَشِيّ رَكْعَتَيْنِ  ثُمَّ سَلَّمَ  ثُمَّ قَامَ إِلَى خَشَبَةٍ فِي مُقَدَّمِ اَلْمَسْجِدِ  فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهَا  وَفِي اَلْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ  فَهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ  وَخَرَجَ سَرَعَانُ اَلنَّاسِ  فَقَالُوا : أَقُصِرَتْ الصَّلَاةُ  وَرَجُلٌ يَدْعُوهُ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ذَا اَلْيَدَيْنِ  فَقَالَ : يَا رَسُولَ اَللَّهِ  أَنَسِيتَ أَمْ قُصِرَتْ ؟ فَقَالَ :  لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ  فَقَالَ : بَلَى  قَدْ نَسِيتُ  فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ  ثُمَّ كَبَّرَ  فَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ  أَوْ أَطْوَلَ] ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَكَبَّرَ  ثُمَّ وَضَعَ رَأْسَهُ  فَكَبَّرَ  فَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ  أَوْ أَطْوَلَ [) ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ  وَاللَّفْظُ لِلْبُخَارِيِّ وَفِي رِوَايَةٍ لِمُسْلِمٍ : ( صَلَاةُ اَلْعَصْرِ )

 

Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah sholat salah satu dari dua sholat petang dua rakaat lalu salam Kemudian beliau menuju tiang di bagian depan masjid dan meletakkan tangannya pada kayu itu. Dalam jama’ah itu ada Abu Bakar dan Umar namun keduanya tidak berani mengatakan apapun kepada beliau Orang-orang keluar dengan segera dan mereka bertanya-tanya apakah sholat tadi di qashar. Dalam Jama’ah itu ada seorang laki-laki yang dijuluki Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam Dzulyadain ia bertanya: Ya Rasulullah apakah baginda lupa atau sholat tadi memang diqashar؟ Beliau bersabda: Aku tidak lupa dan sholat tidak diqashar Orang itu berkata lagi: Tidak baginda telah lupa Maka beliau sholat dua rakaat kemudian salam lalu takbir kemudian sujud seperti biasa atau lebih lama kemudian mengangkat kepalanya lalu takbir kemudian meletakkan kepalanya lalu takbir kemudian sujud seperti biasa atau lebih lama kemudian beliau mengangkat kepalanya dan takbir Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Bukhari Dalam suatu riwayat Muslim: Itu adalah sholat Ashar

 

🔴 Walaupun selepas sudah memeberi salam?

 

♻ Ya benar

🔴 Assalamualaikum ustaz.. Apa pendapat tentang orang yang menuntut ilmu dari guru yang berlainan aliran dari guru asalnya hanya untuk mengambil ilmu tersebut sahaja.

 

♻ Wsalam…

Boleh. Asalkan tidak taksub tok guru dan ingin cari kebenaran.

🔴 Assalamualaikum Ustaz..mohon pencerahan..

 

Ada sahabat bangkitkan isu ini..

Tak salah mendoakan orang yang meningal. Ini  ada salah satu doa nya “lahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu” – “Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya.”

 

Apa yang menjadi kesalahan menetapkan bacaan doa kepada si mati berserta majlis sebagai cotoh kenduri arwah.

 

Ustaz kalau ada kesilapan dari statement saya tolong perbetulkan.

 

Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu” – “Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya.”

 

Tolong doa kebaikan untuk si mati boleh..dengan syarat arwah itu bukan kafir

 

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

 

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

al-Hasyr :10

🔴 Betulkan saya ustaz. Doa jelas ijma dibenarkn krn dalil Quran dan Sunnah. Adapun yang termasuk khilaf adalah pahala bacaan Al-Quran. Kan?

 

♻ Ya benar.. tapi kalau Nabi dan sahabat-sahabat tak buat pun bacaan al-quran untuk di kirim kepada si mati..

harap maklum..

🔴 Assalamualaikum ustaz, nak tanya. Adakah ke dua-dua doa ini hukumnya syirik?

1.Ya Allah, aku bertawassul dengan kemuliaan Nabi-Mu, Engkau sempurnakanlah hajatku.”

 

Ini namanya Tawassul. Ia tetap berdoa KEPADA Allah, bukan KEPADA Nabi.

 

2.”Wahai Nabi, engkau sempurnakan hajatku, sembuhkan penyakitku dan jauhkan bala bencana dariku”.

 

Ini adalah doa syirik kerana berdoa KEPADA makhluk. Doa adalah ibadah dan ia adalah untuk Allah dan kepada Allah ia ditujukan, bukan kepada selainNya.

 

♻ Waalaikumussalam..

 

2) Yang ni tiada khilaf..memang syirik.

 

1)Yang ni ada khilaf.. tapi yang benar adalah syirik juga.. kerana minta doa dengan bertawassul dengan kedudukan Nabi..

 

bertentangan dengan cara yang Allah ajar minta dengannya dan bertawassul dengan namanya..

 

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ” Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

 

وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

 

Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!”

 

Ayat akhir surah al-Isra..

Komen dan Soalan