Cara Mudah Belajar Islam
Siri 6/100
Tugas seorang Rasul
Allah adalah rabb. Rabb adalah pentadbir dan pemelihara seluruh alam, khususnya makhluk manusia.
Allah mengutuskan sejumlah manusia yang memiliki sifat mulia dan akhlak terpuji untuk menjelaskan bagaimana untuk hidup yang Dia redha kepada umat manusia.
Manusia pilihan Allah itu dikenali dengan sebutan Nabi dan Rasul. Mereka diutuskan untuk menyampaikan perintah dan hukum hakam Allah dalam hubungan mereka dengan Allah dan juga sesama manusia.
Rasul dan Nabi terakhir yang diutus adalah Rasulullah, Nabi Muhammad saw. Baginda adalah rahmat bagi semesta alam, termasuk jin dan manusia.
وما ارسلنك إلا رحمة للعلمين
“Dan Kami tidak mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat bagi seluruh alam.”
(Surah Al Anbia: 107)
Umat manusia hari ini kehilangan rahmat kerana mereka meninggalkan ajaran Allah swt yang di bawa oleh Rasulullah saw yang terkandung di dalam Al Quran dan As Sunnah Nabi saw.
UiTO berusaha untuk menyampaikan mesej Al Quran dan As Sunnah agar umat manusia dapat faham petunjuk yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan selamat dari azab pada hari akhirat.