Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran سورة الطارق ١٥

سورة الطارق ١٥

190
0
Iklan

 

[86:15]  إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا

 

Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. (86:15)

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-matian menjalankan rancangan jahat untuk menghalang agama Allah yang berpandukan petunjuk al-Qur’an ini daripada berkembang.

Kenapa mereka menentang Nabi? 47:8 -9

Sesungguhnya mereka benci kepada al-Qur’an yang diturunkan Allah

Pelbagai onar mereka lakukan supaya orang-orang yang hendak mendengar al-Qur’an tidak dapat memberi tumpuan. Mereka menyanyi, menjerit riuh rendah dan bertepuk sorak dengan tujuan mengganggu. [41:26]

Nabi ditohmah dengan pelbagai tuduhan lantaran mengajak manusia kepada ajaran al-Qur’an: Gila. [68:2-3]

Penyair. [36:69-70]

Membawa ajaran kolot. [21:107]

Lalu mereka membantah, memperlekeh, menghalang orang lain mendengar apa yang Nabi sampaikan dan memboikot daripada mendengar seruan baginda. [6:25-26]

Di kalangan sahabat Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – ada yang dibelasah kerana memperdengarkan bacaan al-Qur’an kepada mereka. Apa sahaja yang berkaitan dengan al-Qur’an ini mereka rasa benci dan kurang senang. [39:45]

Apa lagi konspirasi mereka terhadap Nabi yang berusaha hendak menyebarkan rahmat ke atas sekalian alam ini? [8:30]

Wahai saudara-saudaraku! Begitulah susah payahnya Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – hendak menyebarkan ajaran al-Qur’an ke tengah masyarakat. Patutkah al-Qur’an ini dijadikan sesuatu yang tidak diacuhkan? [25:30]

Patutkah ajaran al-Qur’an ini diletakkan terpinggir di sudut-sudut tertentu sahaja dalam kehidupan kita? [22:11]

Patutkah ajaran al-Qur’an ini diambil sebahagian dan ditolak sebahagian yang lain? [15:91]

Sikap tidak mempedulikan al-Qur’an kerana terlalu terpesona dengan dunia ini bukankah membawa maksud persekongkolan dengan Yahudi yang berusaha hendak memadamkan cahaya Allah? [9:32]

[14:3] Siapakah orang yang sangat-sangat sayangkan dunia ini? [2:96] [2:120]

Tinggalkanlah sekularisme ajaran Yahudi dan kembalilah kepada Islam sepenuhnya. [2:208]

Ikutlah ajaran al-Qur’an. [7:3]

Menurut sebagaimana Nabi faham. [33:21]

Juga menurut apa yang difahami oleh para sahabat dan orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke Hari Kiamat. [9:100]

Semoga kita semua tetap istiqamah di atas jalan yang hak. [6:153]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا،
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا

 

Komen dan Soalan