Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran سورة الطارق ١٤

سورة الطارق ١٤

135
0
Iklan

[86:14]   وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ

 

Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. [86:14]

Al-Qur’an ini bukanlah suatu bahan olok-olokan. Tiada sebarang kebatilan padanya, baik yang tersurat atau tersirat, dahulu atau akan datang. Penurunannya adalah dari sisi Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. [41:42]

Ia adalah kitab yang menghimpunkan panduan bagi membebaskan manusia daripada zulumat kepada nur. [14:1]

“dengan izin Tuhan mereka” Apakah yang dimaksudkan dengan izin Tuhan mereka? [65:11]

Allah hanya izinkan manusia keluar dari zulumat kepada nur jika ia “beriman dan beramal soleh.”

Siapa yang boleh percaya dengan penuh yakin, lalu bertindak sebagaimana yang Rasul – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – tunjukkan? Bagaimana seseorang itu boleh ikut al-Qur’an?

Seseorang itu hanya boleh mengikut al-Qur’an apabila ia memahami isi kandungannya. [2:121]

“mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan” maknanya mereka membaca dengan faham isi kandungannya. Jika seseorang itu membaca tidak faham, maka ia tidak ubah bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab yang tebal tetapi tidak mengetahui isi kandungannya. [62:5]

Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Siapakah orang-orang yang zalim itu? Siapakah orang zalim itu?

Orang-orang zalim itu ialah orang-orang yang mensyirikkan Allah. [31:13]

“Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” Ini maknanya al-Qur’an itu bukan kata-kata yang olok-olok. Sikap tidak ambil peduli terhadapnya mengundang bahaya yang besar. [7:40]

Wahai saudara-saudaraku! Apakah patut kita baca ancaman ini dan kita abaikannya sahaja?

[7:40] tu sama makna dengan [4:48]

Perbuatan syirik yang meluas di tengah masyarakat ialah membelakangkan al-Qur’an yang dibawa oleh Rasul – sallalLahu ‘alayhi wa sallam. [49:1]

Rasul sendiri mengeluh melihat ramai umatnya masuk neraka. [25:30]

“perlembagaan yang ditinggalkan” ialah panduan hidup yang tidak diacuhkan, dibaca tetapi tidak difaham, didengar tetapi tidak diamalkan, dipelajari tetapi tidak diajari, diyakini unggul tetapi tergerak hendak menyebarkannya.

Marilah belajar bahasa al-Qur’an supaya kita dapat fahami isi kandungannya. Kita habiskan sisa umur yang masih ada ini bagi mendekatkan diri kepada-Nya menerusi usaha belajar dan mengajar al-Qur’an supaya kita semua tergolongan dalam kelompok rabbaniyyin. [3:79]

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم
وزادنا الله وإياكم علماً وفقهاً وتوفيقاً وفهماً.

Komen dan Soalan