Syirik -Bahagian 1
Keutamaan dan Kesan Tauhid
Allah-Jallawa’Ala- menjanjikan kepada golongan yang mentauhidkan dengan:
1. Keamanan yang sempurna di dunia dan akhirat: Daripada Ibn Umar, katanya: Rasulullah-sallallahu’alayhi wa sallam – bersabda:
ُ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ
“Aku diperintah memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada yang berhak diabdikan diri melainkan Allah, bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah mereka mendirikan salat, mereka mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada tindakanku kecuali di atas hak Islam. Perhitungan bagi mereka adalah ke atas Allah.”(Sahih Al-Bukhary [22])
2. Beroleh Keampunan: Allah mengampunkan dosa orang yang mentauhidkanNya. Daripada Abu Darr, katanya: Nabi –sallallahu ‘alayhi wa salam bersabda:
“Sesiapa menemuiku dengan kesalahan memenuhi bumi dalam keadaan tidak mensyirikkanKu dengan sesuatu yang lain, Aku akan menemuinya dengan keampunan yang seumpamanya.” (Sahih Muslim, 22[2687])
3. Beroleh syafaat Nabi: Daripada Abu Dharr, katanya: Nabi- sallalLahu alayhi wa sallam bersabda:
لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ فَتَعَجَّلَ كُلُّ نَبِيٍّ دَعْوَتَهُ وَإِنِّي اخْتَبَأْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي فَهِيَ نَائِلَةٌ مَنْ مَاتَ مِنْهُمْ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا
“Setiap nabi mempunyai doa mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpan doa itu sebagai shafaat untuk umatku pada hari Kiamat. Syafaat itu diperolehi oleh orang yang mati di kalangan mereka dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Sunan Ibn Majah [4307]Tahqiq al-Albaniy: Hadith Sahih)
4. Memasukkan ke syurga: Daripada Abu Dharr, katanya, Rasullulah – sallalLahu alayhi wa sallam bersabda:
أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَبَشَّرَنِي أَنَّهُ مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِكَ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Jibrail datang menemuiku, lalu beliau menyampaikan berita gembira kepadaku, bahawa sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain akan memasuki syurga.”
Abi Dharr bertanya:
“Walaupun ia mencuri, walaupun ia berzina?”
Jawab baginda:
“Walaupun ia mencuri, walaupun ia berzina.”
sambungan..