S : Adakah semua gumpulan, ketulan smd kecil or besar d mana2 bhg breast adalh tanda2 awal kanser? Mcmner cara paling mudah nk detect cancer – rambut gugur, selera mkn kurang, rasa sakit kt bhg ketulan, etc?jzk kk pd Dr yg mnjawab..
J : Kanser ni biasanya akan hilang selera dan kurang berat mendadak…tapi itu biasanya late sign.
Nak confirm canser ke tak….pemeriksaan biasa sukar utk pastikan.
Ultrasound , mammogram atau biopsy adalah satu2 cara utk memastikan kanser…..
Itupun kadang-kadang dlm ujian tersebut, ada peluang kecik miss bahagian kanser tu
Yg pasti kalau confirm kanser…ketumbuhan tu akan keras, tak sekata permukaan, berdarah, kurang berat badan , tak de selera….tp itu tanda lewat
Q : Bagaimana nak hilangkan dengan cepat batuk akibat musim panas ni? Sgt x selesa..tekak perit. Sy seorang yg kuat minum air masak. Perlukah sy kemam strepsils atau lain2 ubat antibiotik?
J : Di masa cuaca panas seperti sekarang banyakkan minum air supaya rembesan badan tidak pekat yang menyebabkan susah untuk di keluarkan dan ini merupakan sebab batuk berpanjangan
Maksud saya bila kurang minum rembesan akan menjadi pekat dan susah di keluarkan, jadi kena banyak minum supaya jadi kurang pekat dan senang dikeluarkan
S : Apa yg menyebabkan sakit tumit..menyucuk2 dan berpanjangan. Cek doc ckp xde sakit. Sentiasa terutama klu berjalan2..kdg bila bgn dri duduk..x reti nk describe..rasa cam menyucuk2 pedih..
Ada ubat tak yg blh diambil utk kurangkan kesakitan. Ada doc rekomen suh inject steroid tapi saya x berani
J : Sakit tumit biasanya di sebabkan keadaan yang kita panggil calcaneal spur. Untuk mengelakkan daripada sakit pakailah kasut yang lembut tapaknya dan amalkan juga memakai slipper yang tebal semasa dalam rumah kerana lantai rumah kita dibuat dari simen dan sangat keras yang menyebabkan impaction pada tumit
Makan ubat tahan sakit boleh , cucuk steroid di tumit pun boleh tapi biasanya sakit akan datang kembali
S : Assalam dr.. ayah saya berusia 64thn. Menghidap diabetes, drh tinggi n mslh prostat. Masalah terbaru ialah dia mengalami masalah frozen shoulder tgn sblh kiri. Tgn hanya boleh diangkat separas bahu sahaja. Pergerakan tangan di aras bahu pn hanya dlm 30° shj yg boleh.
1. Apakah punca frozen shoulder tersebut?
2. Bagaimanakah cara nak merawat?
J : frozen shoulder ni adalah sejenis keradangan. Tp saintis pun tidak begitu pasti ksnapa…mmg common di kalangan org tua.
Takde rawatan specifik…cuma ubat tahan sakit dan juga exercise …dan ia akan hilang sendiri,cuma memakan masa. Apa2 pun cerita frozen tu overated giler…kenapa org boleh suka
S : doctors…saya hendak guna neti pot untuk melegakan sinusitis…adakah cara ini efektif?
jika ya, boleh cadangkan jenis garam yang hendak digunakan?
J : En Azman, maaf saya kurang tahu tentang pot tu. Yang saya tahu menthol inhalation
yang spray tu ker?
Bukan, sinusitis tak boleh spray hanya rhinitis
Rasanya iye masukkan dalam bekas campur air panas dan kelubung dan bernafas dalam tu
S : Doctr klu pkai nasonex (mometasone)untuk rhinitis bgs ker?
J : Nasonex spray ni sejenis steroid, insyaa Allah bagus, boleh guna dua kali sehari pada permulaannya dan bila rhinitis kurang jadikan sekali sehari kemudian dua hari sekali dan kemudian dua kali seminggu. Biasanya dengan dua kali seminggu dapat menahan kita dari dapat rhinitis
Steroid dalam bentuk spray biasanya dos kecil dan kesan sampingan pun minimal
Hanya kalau dah terlalu lama guna kena buat pemeriksaan takut dapat jangkitan kulat di hidung
lebih selamat kalau doktor prescribe
Hasnul, satu lagi jenis rhinocort aqua
Iye Hasnul, saya pun guna yang itu, sekarang ni saya sembur sekali seminggu
Sy tkt gune sblm nie jd mkn cetrizine jer
So pas nie sy try dos minima untuk spray n mtk dktr prescribe
S : adakah benar wanita yg sedang haid tidak boleh basahkan rambut kerana?l menyebabkan kanser? atau mengaktifkan sel kanser? Mohon pencerahan dar i doktor panel, terima kasih
J : Maaf kepada yang bertanya, tak pernah jumpa dalam mana mana buku perubatan
S : Mohon nasihat doktor, ayah kawan saya tidak mahu buat kimo walaupun kanser sudah tahap 4, dulu di pipi dan hidung sekarang sudah merebak ke tulang pipi, limfa dan otak. mungkin doktor boleh merubah perspektif orang kita tentang kimo.
J : sebenarnya kita memberi pilihan pada pesakit tentang rawatan. Chemotherapy merupakan salah satu dari pilihan itu, satu rawatan yang sangat toksik dan bersamanya berbagai masalah yang akan pesakit hadapi. Masalah yang paling teruk loya dan muntah yang teruk, jadi kita kena timbang mana lebih bermanfaat kepada pesakit
Kalau kita rasa peluang sangat tipis lebih baik ikut saja pilihan nya, bagi lah dia menikmati kehidupan yang tinggal entah berapa hari walaupun semua itu telah di tentukan tapi Allah juga mengurniakan kita pengetahuan untuk menentukan sesuatu
Maaf mencelah. Rawatan kemo yg akan diberi bergantung kepada umur, jenis kanser, kekuatan pesakit, tahap kanser dan manfaat yg mungkin dia perolehi.
Contohnya jika pesakit dah tahap 4, umur 70an, sel darah merah dan putih rendah ( dan byk lagi), kemo tidak sesuai. Kerana mudarat lebih dari manfaat.
S : Mohon petua dan nasihat dari doc, kalau sakit kepala sangat2 sampai terasa kebas muka sebelah..dgn bacaan bp 170..apakah yg perlu dan xperlu dilakukan? Bacaan atas. Dah pm doc.
Bolehkah makan painkiller atau panadol bg mengurangkan azab sakit tersebut.
Mcm sy ni keje banyak duduk depan komputer je doc. Bersenam sejam je sekalisekala main pingpong petang2.
last terbaca smlm paper yg duduk lama2 ni memberi ancaman kpd jantung..seriau jadinya.
j : 170 tu bacaan bahagian atas atau bahagian bawah?
Mohon yg pm secara terus beri ta”ruf ringkas. Nama umur dari mana.
Gen Y kenalah belajar adab bertanya. Saya pun nak bertanya ustaz bg ta’ruf ringkas. Mana boleh terjah. Kita pun nak dpt big picture sblm beri pandangan. Umur pekerjaan juga memainkan peranaan dlm kesihatan. Sbb tu doktor kena tahu.
Contohnya kerani. Kerja duduk lama depan PC boleh mengalami masalah stress dan sakit tengkuk.
Umur 35 ke atas mmg sudah selalu kena periksa kesihatan.
Selalunya tekanan darah tinggi dan diabetes beri kesan selepas 10-15 tahun.
Jd kiraannnya dia dah start ada penyakit tu umur 39 atau 34 thn.
Jg penting mkn ubat dan jaga kesihatan.
Ramai yg tahu ada sakit tp tak mahu mkn ubat. Bila ada komplikasi ginjal baru nak mula mkn ubat. Mungkin agak terlewat.
Skrg pun umur 25 pun ada dah ada penyakit.
Masalah dgn sakit ini ialah mengganggu ibadah.
Kalau dah sakit kepala kuat mcm mana nak ibadah dgn sempurna.
Kita jaga kesihatan bukan sbb takut mati.Tp agar dpt ibadah dgn sempurna.
Kalau dsh sakit lutut nak sujud pun tak boleh.
Kalau dah dialysis nak gi umrah pun masalah.
Tu belum amik kira beban ekonomi….populasi bertambah dan semakin ramai sakit. Ubat pun turut mahal
Mana sama nikmat solat atas kerusi dgn nikmat solat sujud di lantai.
Tugas doktor seharusnya bukan bg ubat. Tp bg nasihat dgn hikmah. Ubat ni hanya utk sementara.
Kita jaga kesihatan adalah kerana beriman dan taat pada Allah, sebab Allah menjadikan sesuatu ada sebab dan musabab. Untuk kenyang kena makan, untuk pandai kena belajar, dan untuk sihat kita juga perlu lakukan apa saja yang perlu untuk sihat.
Itu merupakan hukum Allah yang kita juga perlu taati
Contohnya kalau bg ubat anti kolestrole tp kita biarkan pesakit mkn nasi arab stiap minggu. Sudah tentu tak ada makna.
S : Adakah hypertension juga penyebab sakit kronik Doktor?
Ya . Sebenarnya tekanan darah tinggi merosakkan target organ seperti jantung, kidney, saluran darah di jantung dan di otak pada jangka masa panjang
Kronik ni maknanya proses terjadinya penyakit bukannya sekejap. Ia bermula berbulan2 sbb ia disahkan.kalau setakat sakit kepala ia bukan kronik. Tp kalau sakit kepala yg berbulan2 sudah tentu kronik dan ada sebab lain yg serius.
S : Hurmm.once seseorang tu dah disahkan ada hypertension, maka dia dah xboleh revert jadi diri dia sebelum dapat HT? Sebab dia akan bergantung sepenuhnya dgn ubat2an seumur hidup. Betul ke doc?
J : Kalau masih awal boleh berpatah balik. Selalunya lepas 5 thun sudah susah dan tak berpatah balik.
Ini sbb tubuh kita semakin aging dan tua. Kebolehan tubuh untuk kembali sihat seperti muda dulu mmg terhad.
Minum air mineral byk. Ia sgt membantu.
Sbb tu zaman dulu ubat utama utk sebarang penyakit ialah air.
Lebih 85% tubuh kita terdiri dari air
Sama ada air yg dijampi atau air yg tidak dijampi kesannya sama dari segi saintifik. Minum air secukupnya.
S : Benarkah doktor,sayuran hijau yg tinggi vitamin K, boleh memekatkan darah dan menyebabkan darah beku di saluran darah serta menyumbang serangan jantung?
J : Vitamin k ini banyak didapati dalam makanan yang banyak lemak jadi kalau ikut logik nya sayur tidak banyak mengandungi vitamin k
Makanan yang mengandungi banyak vitamin k, tapi saya tak pasti ianya boleh menyebabkan darah jadi pekat. Vitamin k ini memang di gunakan dalam faktor pembekuan darah
TABLE : Makanan yang banyak mengandungi vitamin
S : hypertensive tu tu apa..maaf banyak banyak…saya tak faham istilah penyakit atau istilah perubatan
J : Hypertensive tu orang yang mengidap sakit darah tinggi, maaf ye ustaz
S : Assalamualaikum doc, betul ke pesakit gout tak boleh mkn daging merah? Especially daging kambing?
J : Sebenarnya apa yang berlaku pada pesakit gout ialah kekurangan sejenis enzim dalam proses metabolisme acid uric yang menyebabkan ianya meningkat dan di deposit di kapsul sendi dan seterusnya merangsang kapsul sendi menjadi bengkak dan sakit. Di mana kita dapat uric acid ni, dari nucleus sel, jadi apa saja makanan yang banyak mengandungi sel boleh menyebabkan gout, daging merah banyak mengandungi sel darah jadi kalau makan berlebihan boleh saje dapat gout.
Tapi kita juga harus ingat asid uric juga di deposit di kidneys dan menyebabkan batu karang
Hati , limpa, paru paru dan juga stress, sebab stress menyebabkan banyak sel mati dan akan meningkatkan asid uric
S : Masih berkaitan dgn pemaknan, kalau penghidap darah tinggi boleh makan kambing x doc? Katakanla sekali makan hidangannya sebesar tapak tangan dewasa.
J : Sebenarnya daging kambing atau lembu merupakan makanan yang baik dan selamat hanya cara penyediaannya yang menjadikannya tidak sihat
Dibuat rendang, kari, masak dendeng yang banyak menggunakan minyak dan santan
Grill kalau marinate tanpa minyak okay
Memang grill lah saya rasa paling baik untuk daging
Janganlah buat macam satay sat sat bubuh minyak masa bakar
Semalam Dr Azlinda dah beritahu kita sebenarnya kolesterol dalam daging hanya memainkan peranan yang kecil dalam kenaikan kolesterol dalam badan kita tetapi tidak minyak dan juga karbohidrat yang berlebihan
Pada saya makan sikit sikit dan lebih kerap dan makan banyak makanan yang mengandungi serat
S : Apa makanan cepat kenyang?
J : Setiap makanan ada satiety index…maksudnya cepat kenyang.
Salah satunya kentang rebus, telur cepat kenyang.
S : Bagaimana nak meningkatkan daya ingatan? Saya cepat lupa terutamanya bila berkaitan benda. Cepat lupa letak barang di mana. Tapi kalau bab2 belajar saya boleh ingat dalam tempph masa panjang. Peristiwa2 lama mcm zaman sek dan univ pn byk dah lupa.
Adakah sebab umur makin meningkat, skrg 36 thn, kerap stress, tidur lambat? Utk makluman doktor, saya mengamalkan supplement omega & lecithin yg dipercayai merangsang daya ingatan. Tapi macam xde perubahan pun..
J : Ada website utk tajamkan otak…atau dgn kata laim brain gym…luminiosity website
Tp kena berbayar
Otak pun macam otot…ia boleh dilatih dan dipertajam
Biasanya bila lupa yang recent memory tu di sebabkan kita kurang fokus bila buat sesuatu, itu sebabnya bila kita belajar kita boleh ingat sebab waktu tu kita focus
www.lumosity.com
Adalah website utk brain training…beberapa komponen iaitu concentration, memory,, speed, problem solving dan flexibility
Tp kena bayarlah
Tp website ni mmg digunakan utk kanak2 bermasalah
Ya betul….zaman sekaranf…ramai org tak fokus kerana watsapp, facebook dan mcm2
Penyakit zaman moden
Sebagai tambahan multitasking pun membunuh kekuatan utk focus
Bukan sahaja baca Quran tapi hafal sebab ianya melatih kita untuk focus
There is no such thing multitasking , sekadar berubah fokus dgn cepat
Tu yg kadang2 kesian tgk pekerja mcdonald yg kerja kat drive trhough…. Kena amik order…lepas tu bayar duit serentak
S : Ianya xboleh ditrain ke doc utk jadi multitasker ni..
J :Mana ada….malah semakin merosakkan daya tumpuan
Saya kurang pasti, tapi ada orang yang boleh dengan menggunakan deria batin yang boleh di train dengan konsentrasi rasa
Betul lah tu, tu sebabnya masa solat tak boleh goyang goyang badan, mata melilau sana sini supaya tidak hilang tumpuan
S : Dr ape pndpt dr tentang makjun? Kat kampung byk guna . Bagus ker?
J : Hasnul, saya minta maaf saya tak mampu nak beri pendapat sebab saya tak tahu apa yang terkandung di dalamnya
Q : Salam.. Resdung boleh sbbkan muka berjerawat juga ker? Dan sedikit brbau mukanya..
J : Resdung tidak menyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon terutamanya terlebih androgen. Muka berbau mungkin datangnya dari mulut
Sedikit perkongsian…
Seorang pesakit suami saya, pengidap darah tinggi & cholesterol tinggi, makan ubat selama 15 tahun. Beliau sangat gemar makan & boleh habiskan 3 pinggan nasi sekali gus.
Beliau mula sakit dada dan selepas bbrp bulan, beliau masuk ke hospital swasta disebabkan sakit dada yg agak kuat.
Angiogram menunjukkan 3 saluran darah utama ke jantung tersumbat dan perlu menjalani pembedahan by-pass segera. Selepas pembedahan, beliau tukar diet & cara hidup. Selepas cuti sakit 6 minggu, beliau terpaksa beli semua seluar dan baju baru utk balik bekerja kerana telah kurus….turun berat 20kg dlm bbrp bulan. Selepas 1 tahun, doctor berhentikan semua ubat kecuali Aspirin kerana tekanan darah & cholesterol sudah normal tanpa ubat.
Allah menurunkan penyakit bersama penawarnya. Jika kita masih belum jumpa, tidak bermaksud ianya tiada. Mungkin kita tidak mencarinya di tempat yg betul
Kebanyakan penyakit kronik (spt darah tinggi, diabetes, sakit jantung koronari, arthritis dan betmcm2 lagi) berpunca dari gaya hidup yg tidak sihat.
Jadi utk mencegah & mengubatinya, rawatlah puncanya. InsyaAllah akan dikurniakan kesihatan & penyembuhan
S : apa benar permasalahan gusi (spt radang gusi atau kanser gusi) boleh menyebabkan gigi jadi tidak kuat dan menjadi jarang?
J 103 (a): penyebab utama yg menjadikan gg kita goyang adalah kerosakan tulang alveolar dan tisu2 periodontal yg berfungsi utk support gg kita termasuklah gusi. Hal ini bermula dgn PLAK (himpunan bakteria yg melekat rapat pd permukaan gg) dan sisa makanan yg tidak dibersihkan secara efektif/ dibiarkan yg lama kelamaan akn mengeras menjadi karang gigi.
Bila karang gg pun dibiarkan, ia akan merosakkan perlekatan gusi terhadap gigi serta menimbulkan keradangan gusi yg menyebabkan gusi mudah berdarah, bengkak, merah. Radang gusi salah 1 masalah pergigian utama di kalangan rakyat Malaysia selain dripd karies gg.
Bila tetap tidak dirawat, kalkulus/ karang gg dan bakteria semakin byk, akn menyebabkan tulang yg support gg dan tisu2 di sekelilingnya turut rosak sehingga gg goyang atau tdk kuat. Tulang mengalami proses resorbtion yg mnyebabkn gg boleh menjadi semakin terkeluar, bergerak berubah tenpat dan jarang lebih2 lg bila sering ditolak oleh lidah, dan lmaa kelamaan boleh tercabut dgn mudahnya.
Kesimpulan : Penyebab asalnya ialah plak ye. Gg turut menjadi mudah goyang pada pesakit kencing manis kerana keadaan tisu tubuh mereka yg mudah terkena infection. Faktor umur turut mempengaruhi krn kita tdk dpt mengelak dripd terjadinya degeneration tisu2 pd tubuh kita bl semakin tua. Tp kita boleh kurangkn risiko.
Ada je pesakit di kalangan warga tua yg umur 70 thn lebih yg masih mempunyai byk gg sihat dan kuat , sedangkan rakan2 yg sebaya dgnnya sudah ramai yg menempah gg palsu penuh.
S :apa pencegahan yg boleh diambil utk mengelakkan masalah ini?
(b)masalah gg tdk kuat.
J 103( b). 1.Gosok gg dgn teknik yg betul. Teknik yg betul membolehkan plak dibersihkan, sisa makann yg terkumpul di celah2 gusi dan gg turut dpt dikeluarkan. 2. Utk yg mengalami masalah radang gusi (gusi mudah berdarah, warna merah terang, lembik, licin, bengkak) boleh menggunakan ubat kumur atau biasakan kumur air suam campur garam sehari sekali.
Bukan semua org perlu kumur dgn ubat kumur. 3. Guna dental floss utk buang sisa makanan celah gg, bukan pencungkil mknn yg merosakkn gusi. 4. Diet- tinggi kalsium. 5. Pemeriksaan gg berkala plg kurg setahun sekali, utk mengetahui masalah gg dan gusi- jika memang terdapat karang gg, jalani rawatan pembersihan karang gg (scaling). Rawatan dan kekerapan kunjungan bersesuaian dgn tahap masalah gg dan mulut yg dihidapi.
S : Dr farhani- ada x langkah2 boleh diambil jika gigi dah terhakis oleh plak . Dr farhani- gigi dah terhakis dibawah membuatkan gg dah agak jarang. Bukan berlubang doc. Gg sy macam terhakis dr dalam atas sket dr gusi. Buatkan sy xslesa dan rs gg kurang kuat
J : Ada x langkah2 boleh diambil jika gigi dah terhakis oleh plak. A 104: Maksud saudara yg bertanya mungkin gg berlubang disebabkan oleh plak? Kerana bila sebut hakisan, ia biasanya merujuk pd hakisan struktur gg yg disebabkan oleh bahan kimia atau makanan yg masam dan berasid.
Plak tdk menghakis tapi akn bereaksi dgn sisa mknn menghasilkn asid dan menyebabkn pembentukan gg berlubang. Gg berlubang rawatannya adalah TAMPALAN. Jgn dibiarkan menjadi lebih besar sehingga sampai ke saraf. Utk langkah pencegahan, boleh rujuk kpd A103
J(b): Tambahan: Pastikan penggunaan ubat gg berflourida , kekerapan gosok gg sekurang2nya 2x sehari, tp sy lebih suka nyatakan gosoklah gg setiap kali lepas makan, kurangkn snacking dan mkn makanan manis/bergula.
Oh..ok..baru faham. Keadaan ni namanya abfraction. Adakah saudara mmpunyai kebiasaan menggosok gg terlalu kuat? Sdr boleh buat dental visit utk tampalan. Tapi jika hakisan terlalu dalam sehingga hanya tinggal sedikit lapisan gg pada leher gg tersebut, kemungkinan terpaksa dicabut. Jika hal ini menimbulkan masalah gg sensitif, disarankn penggunaan desensatizing agent spt sensodyne atau colgate pro relief.
S : Dr Farhani, suami sy semlm bru tampal gg, tp sampai hri ni, bila dia minum air, dia akan rasa sengal dn ngilu tempat gg yg di tampal tu. Gg geraham bhgian bwh.
J : harus dirujuk semula ke doktor yg menjalankan rawatan jika terlalu mengganggu.
Kanser mulut tu satu hal lain pula, memang bila terjadi kanser pada bahagian yg melibatkn tulang, gg akn jd goyang. Tp kanser mulut biasanya dihidapi oleh golongan berisiko spt perokok, pengunyah tembakau dan kdg2 penyebab tak diketahui. Yg penting pd rakyat Malaysia ni adalah masalah keradangan gusi.
S : Assalamualaikum.. Nurse yg merawat akak sy d hospital dsbbkn denggi kata untuk pesakit denggi, tiada ubat melainkan minum air dgn bnyk.. Kalau beri mkn ubat bimbg ia akn ke jantung.. Soalan sy, dsbbkan ape bkh jd mcm tu? Just eager to know.. ��
Memang betul dan sebenarnya semua penyakit yang disebabkan virus kita hanya memberi support dan bukan merawat penyakit tersebut kecuali chicken pox dan kayap dimana kita boleh berikan anti virus.
Biasanya penyakit ini self limiting, yakni akan baik sendiri tapi ianya memberi masalah yang serius sebelum baik. Itu sebabnya kita perlu support pesakit
S :www.lumosity.com
Untuk autism sesuai ke doktor?
J : Autism boleh bantu dari segi focus
S : Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia batu hempedu.
1)tanda- tanda awal
2)di bhagian mana
3)punca berlaku
4)rawatan yg dicadangkan
J : pundi hempedu adalah satu organ yg terletak di tangkai hati atau hepar. Peranannya ialah utk menyimpan rembesan hempedu.
Tanda2 awal ialah rasa kembung dan senak di bahagian uluhati. Ramai juga tidak menunjukkan apa2 tanda dan ramai yg dirawat sebagai pesakit gastrik.
Orang perempuan yg berkulit cerah, gemuk, umur 40an, dan ramai anak lebih tinggi ririko utk dapat batu hempedu.
Cara mengesannya ialah dengan cara imbasan ultrasound.
Rawatan yg disyorkan ialah laparoscopic cholecystectomy
Risiko jika dibiarkan ialah mendapat radang hempedu, radang pankreas, jaundis dan kanser hempedu.
Apabila penyakit hempedu sudah melarat dan terus juga dibiarkan memang boleh membawa maut.
Cuka bukan punca batu hempedu.
Makanan bergoreng dan sembelit boleh menyebabkan batu hempedu. Begitu juga dengan hygeine makanan yg buruk dan kehadiran cacing di dalam usus.
batu hempedu ni ada 3 mcm yg diperbuat dari uric acid, diperbuat calcium dan juga etc……
Bila batu besar dan sukar bergerak melalui saluran hempedu….ia akan menyebavkan kesakitan.
Sakitnya biasanya di ulu hati….rasa seperti sakit memulas….kmdn hilang. Kalau makan makanan berminyak biasanya penyebab sakit bertambah.
Adakalanya batu tu dpt lepas dan masuk ke sistem pencernaan…
Ada kalanya batu tu sekat di saluran hempedu dan menyebabkan jangkitan di saluran tersebut
Ada kalanya batu tu tersekat di saluran dekat kawasan pancreas kerana saluran hempedu tu sebelum ia keluar ke dlm sistem pencernaan, ia akan lalui kawasan pancrease. Ia boleh menyebabkan keradangan pancrease.
Adakalanya ia menyebabkan keradangan di hempedu….inilah yg kebanyakan orang alami. Sakit di hulu hati, sakit bila ditekan, sakit tersebut kadang2 terasa di bahu kanan, demam dan muntah…itu tanda2 buah hempedu mengalami keradangan.
Bergantung pd keadaan pesakit….keradangan hempedu biasanya akan dibuang secara pembedehan dan pemvedahan ini kebiasaannya dilakukan selepas keradangan dan demam berkurang
S : Xpe ke Dr Seiji.. Klu kita membiarkan sahaja batu hempedu tanpa dbuang? Kesannya?
J : Bergantung shazrani…..malah antara kita pun mgkin ada batu tp kecil…bergantung kepada saiz batu. Tp kalaubkeradangan hempedu…kena buang….pasal atas risiko di bawah
1.buah Hempedu boleh menjadi gangrene ala2 mcm menjadi mayat
2. Buah hempedu boleh menjadi kanser
3. Keradangan buah hempedu boleh membentuk menyebabkan saluran baru atauvterowong baru ke usus
S : Klau sakit perut sbb mkn pedas hingga demam tu ada kaitan dgn batu hempedu juga ke DrSS?
J : Macam taklah…kalau makan pedas rasa sakit pedih perut tu maksudnya perut mengalami kelukaan sedikit dipanggil gastritis.
Tp smpai demam tu biasa takdelah
Kadang2 orf xonfuse gastritis dan ulcer….gastritis cuma kecederaan superfixial pada lapisan perut . Ulcer adalah ulcer…maksudnya lapisan perut tu dah start kena korek.
Umpama tanah yg lapang…kalau kita buang tanah….dan ada lubang…itulah ulcer
S : Dr sahkan sy Ade batu hempedu, n Dr syorkan supaya buang,. tp xambik langkah tu,, Klu biarkan dan x datang sakit lg… Ianya X memberi kesan Klu masih xbuang ?
J : Shazrani….bergantung pada saiz dan lokasi. Yg ni biasa doktor bedah lebih arif cara nak handle masalah ni…. Batu ygvlebih besar lebih tinggi peluang mendatangkan masalah dan komplikasi
S : Dr. Bagaimana nak buang cacing dalam usus? Ada pil yang boleh diambil? Yang selamat;
Atau punya cara yang lain. Adakah aspek kebersihan semasa penyediaan makanan puncanya kehadiran cacing dlm usus?
J : Boleh ambil ubat cacing 6 bulan sekali.
zentel
Ya. Betul. Kurang teliti tentang kebersihan diri dan makanan boleh menyebabkan penyakit cacing dan juga batu hempedu.
Saya pakai tab wormnox utk dewasa dan sirap ridworm utk kanak2.
Umur bawah setahun tidak perlukan ubat cacing
Boleh bagi juga terutama jika kawasan kita tinggal agak kurang bersih.
Semua orang ada risiko.
Beberapa jam selepas ambil ubat cacing2 dalam usus akan lumpuh dan keluar bersama najis.
**Mungkin boleh manfaatkan penulisan di blog saya.
S : mcmna tanda kita nk tahu ada kehadiran cacing dlm tubuh dr seri?
J : Pucat, letih dan kurang selera makan. Kanak2 kurus dan perut buncit krn protein dan kalori malnurition.
Sy selalu jumpa di kwsn pendalaman dan anak2 asli.
S : saya pernah tengok di medik tv, cacing dlm usus yg bercangkuk merosakkn struktur usus .betulkah doktor?
J : Ya betul tu
S : adakah kesan sampingan jika mengambil pil perancang dlm tempoh masa yg lama. Lebih kurang 10 tahun. Tu pun da selang dengan masa mengandung.
J : Tak semua wanita sesuai dgn pil perancang.
Sbb tu saya tak setuju kalau wanita beli pil ini tanpa pemeriksaan.
Terutama yg ada darah tinggi, berat badan berlebihan, kerja duduk di kerusi dlm ofis, merokok. Ini semuanya menyebabksn darah mudah beku
Boleh jd stroke masa muda 40an.
Tp sekarang pil ini dapat dgn mudah.
Mula2 amik dgn nasihat doc tp lepas tu juz terus mkn xde cek da.
Pemberian hormon buatan (sentetik) perlu pemantauan.
Bg wanita yg ada sejarh keluarga emak dan kakak adik perempuan ada kanser payudara dan rahem, harus berhati2.
FDA USA dah beri senarai wanita yg tidak boleh diberikan pil ini dan senarai wanita ug boleh diberiksn tetapi perlu pemantauan.
Saya ada tulis dlm majalah ANIS.
Perancangan keluarga harus dibincangkan dgn suami isteri. Bukan tugas isteri saja dan suami buat tak tahu.
Masalahnya suami tak mahu ambik tahu dan tugas isteri untuk menjadi mandul untuk sementara.
Itu adalah salah. Saya byk terima email mcm ni. Maaf bahasa saya agak kasar.
Antara rintihan, suami nak sedap saja dan isteri yg merana akibat kesan sampingan pil ini.
Cara terbaik ialah guna kondom ketika hari subur.
Lg pun anak adalah anugerah. Lainlah kalau doktor kata kehamilan boleh membawa mudarat.
Ramai suami pula tak suka pakai kondom. Jd mahu tak mahu pilihan yg berbaki ialah berikan hormon buatan.
Sama ada pil suntikan etc.Jd itulah masalahnya.
Pemberian hormon buatan (sentetik) perlu pemantauan.
Guna pil perancang hukumnya harus. Rujuk fatwa kebsngsaan.
Yg haram ialah BTL kerana ia kekal kecusli doktor mengesahkan kehamilan seterusnya memudaratkan.
Eg pesakit jantung berlubang dan fungsi jantung pun terjejas.
Atau umur dah 40 dan anak sudah 8. Kehamilan berikut mungkin menyebabkan rahem tudak mengecut dan pendarahan menyebabkan kematian.
Jd bincang dgn suami sbb keluarga itu adalah kepunyaan suami dan isteri.
Bukannya kena pakai selalu pun.
Berbanding kena makan pil tiap2 hari.
Suami yg sayang isteri akan pertimbangkan kesan sampingan pil ini.
Ya itu jawaban yg diberikan oleh para isteri yg ambil pil. Bila tanya mengapa tak guba cara lain. Jawabannya ☝
Lepas ni virallah statement saya ni. Copy paste kat group lain. ��
Tak bahaya jika dalam pantauan doktor..
Kena faham anak ni rezeki. Ulamak secara umum kata haram kalau ada niat tak mahu anak kalau tubuh sihat dan mampu.
Jadi kalau rancang tiba2 hamil juga tak perlu risau. Percaya pada takdir Allah. Terima dgn redha. Mungkin anak itu yg buat kita gembira di alam satu lg.
BTL = Bilateral Tubal Ligation (pengikatan saluran peranakan).
S : Doc, pmakaian kondom ni mmg bebas kesan smpingan ke kpd lelaki?
J : Tak de kesan. Cuma nikmat kurang sikit. Tp bukan selalu. Kurang pun dikit jer
Bukan selalu. Makan pil tiap hari lg banyak kesan sampingan.
Saya pernah tgk ada yg umur 45 pun makan pil lagi. Dah masuk 20 mkn pil. Setiap hari setiap bulan…
Saya cadang kira waktu subur. Pastu guna kondom 2-3 hari selepas dan sesudah waktu subur.
**Tip utk anak yang genius
Pertama pilih pasangan dari keturunan dan baka yg baik
Kahwin dgn org jauh
Yg lebih bijak dari kita
Genetik yg berbeza menghasilkan anak yg comel bijak dan berbakat
Bukan kedudukan negeri. Kalau sarawakian duduk sebelah rumah pun ok
Maksud saya bukan dari genetic pool yg sama
Eg sama sepupu dua pupu tiga pupu
Kita kena tukar mentaliti kita
Contoh org Padang pandai berniaga. Anak kita mungkin ada kebolehan berniaga juga.
Org Bugis berani dan berjaya dlm pelayaran.
Menyentuh apa yang dibincangkan malam tadi dalam memilih pasangan, betul apa yang telah dibincangkan iaitu cari mereka yang tiada pertalian darah dengan kita. Selain dari dapat anak yang comel dan pintar ia juga boleh mengurangkan anak kita dari mendapat penyakit bawaan genetik
S : tp camne plk antara faktor perangai blh mempengaruhi genetik y?
J : Genetik itu yg mempengaruhi perangai dan personaliti. Bukan sebaliknya. Dpt suami baran, anak pun baran. Selalunya bila umur meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu.
Selalunya bila umur meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu. Selalunya bila umur meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu.
Bglah ujian utk lelaki ni. Mcm2 boleh buat. Tgk cerita musang berjanggut p ramlee diuji. Pakai payung dlm hutan.. ☝�� tanya kawan dan musuh di tempat kerja. Buatlah penilaian. Yg dah berkahwin ada yg kejut utk suboh. Yg single pastikan jam dikunci.
Assalamualaikum dr.
maaf menganggu, diharapkan dr sudi menjawab soalan saya.
saya ingin bertanya mengenai pengambilan ubat.
saya sekarang mengambil ubat antibiotik Doxycycline 100 mg.
jadi saya nak tanya kalau makan ubat ni memang muntah2 dan angin ke dr? keadaan ini berlanjutan sampai bila? adakah sampai habis pengambilan antibiotik tersebut? seperti makluman antibiotik mesti dihabiskan.
untuk pengetahuan dr, saya baru consume malam semalam dan muntah teruk. hari ini belum.
terima kasih dr 😁
asslmkm! tn doc
saya jasnisha..umur 59 tahun
kenapa semasa buang air besar dan ketika bermain sukan ping pong….dada berasa pedih dan bersendawa keluar angin dari mulut?
Tetapi selepas buang air dan bersukan ,pedihnye akan hilang
Selamat pagi Doktor,
Emak saya telah disahkan mengalami kerosakan kedua-dua buah pinggangnya oleh Doktor Pakar. Tetapi belum sampai ketahap hemodialisis. Dalam 2 minggu ini emak saya sering mengalami kebas-kebas, lenguh dan sakit di bahagian kakinya. Ianya selalu berlaku pada waktu malam dan menyebabkan emak saya tidak lena tidor. Kami hanya menyapu krim/minyak angin bagi mengurangakan rasa lenguh sakitnya itu. Pertanyaan saya adakah lengoh-lengoh sakit disebabkan oleh buah pinggangnya semakin rosak? Diharap doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih,
Dr. Pada bulan Puasa nanti boleh tak dr beri panduan bila masa yang sesuai untuk ubat Diabetes Metformin diambil ? Dos saya 500mgm b.d. boleh tak saya kurang kan ke sekali sehari.
Jawapan dari Dr. Kamaludin Karmain:
Ini kena bincang dengan doktor yang merawat, tapi boleh juga makan sekali tapi ambil yang 850 mg, makan waktu berbuka