Bidaah dan Kesalahan mengenai Masjid – bhg 2
11. Mencari barang hilang di Masjid
Nabi saw bersabda:
“Sesiapa yang mendengar seseorang mencari barang di masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu kerana masjid tidak di bina untuk ini. Sesungguhnya masjid itu dibina untuk tujuan asal.”
Ertinya, untuk berzikir kepada Allah swt, solat, mempelajari suatu ilmu dan untuk bertadabbur dalam kebajikan dan sebagainya.
(HR Muslim – Abu Hurairah (5/75)(hadis no. 79 Al-Masajid))
12. Jual Beli di Masjid
Rasulullah saw bersabda:
“Apabila kamu semua melihat seseorang berjual beli di masjid, maka katakanlah kepadanya, “Semoga Allah tidak akan menguntungkan (membawa hasil) perdaganganmu.”
(HR At-Tirmizi (1/248) Al-Hakim (2/56) sanad sahih Abu Hurairah)
13. Menanam pohon di Masjid
Imam Az-Zarkasyi berkata:
“Makruh menanam pokok kurma dan menggali perigi di masjid selagi perkara itu boleh menyempitkan tempat bagi orang yang solat. Sebabnya, perkara itu bukan termasuk perbuatan orang salaf.”
(Ringkasan dari I’lam Al-Masajid bi AhkamAl-Masajid (ms342))
14. Meletakkan papan iklan perniagaan di Masjid
Contoh iklan khidmat perjalanan haji dan umrah. Dilarang juga meletakkan barang dagangan terutama jika barangan tersebut hukumnya haram seperti rokok, khidmat insurans, bank dan lain-lain. Semua ini adalah perkara terpesong dan tidak sesuai dengan kedudukan masjid.
15. Membaca syair yang diharamkan
Dari Ibnu Amr:
“Bahawasanya Nabi saw melarang jual beli, mencari barang hilang dan bersyair di masjid.”
Dibolehkan jika syair mengandungi dorongan untuk berjihad, dengan syarat tidak menjadikan lalai dari membaca Al-Quran, tidak menganggu orang sedang solat di masjid.
(HR Ahmad dan Abu Dawud dar Ibnu Amr, Sahih Al-Jami’ (6885)
16. Meletakkan Dakkah (binaan tinggi yang mendatar untuk duduk) bagi Pendakwah
Antara perbuatan bidaah yang tercela adalah meletakkan dakkah yang biasa digunakan untuk naik di atasnya oleh muazzin, pendakwah serta qari’ surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
17. Menghiasi Masjid dengan berbagai jenis warna dan bunga
Masjid wujud untuk berbuat dan perbanyakkan ibadah serta berzikir di dalamnya bukan dengan banyak hiasan yang berwarna warni. Perbuatan itu menjadikan seorang muslim bertasyabuh (meniru) perbuatan orang kafir yang menghiasi kuil dan gereja. Nabi saw sendiri telah melarang bertasyabuh dengan mereka.
18. Banyaknya bilangan Masjid dalam satu kampong
As-Suyuti berkata dalam kitab Al-Amru bil Ittiba’I wan Nahyu ‘anil Ibtida’I, di antara bidaah yang ada adalah banyaknya bilangan masjid pada satu tempat. Perkara ini hanya akan memecah belahkan jemaah, mencerai beraikan keutuhan orang muslimin, meleraikan ikatan berjemaah dalam ibadat, melenyapkan keindahan bersama orang yang beribadah, menjadikan suara azan saling bersahutan dan beragam, bertentangan dengan kecenderungan hati dan membantah hikmah disyariatkan berjemaah.
19. Menggunakan peralatan Masjid untuk keperluan di tempat lain
Imam Ibnu An-Nuhas berkata, “Di antaranya adalah alas tikar masjid dan lampu yang digunakan di tempat pesta. Perkara ini tidak diperbolehkan. Sebabnya, peralatan itu adalah wakaf masjid.”
20. Menjadikan bunyi jam berbunyi kuat seperti loceng
Al-Albani berkata, “Di antara perkara yang diperselisihkan adalah memasang jam berloceng dengan bunyi detikan yang teratur seperti bunyi detikan loceng orang Nasrani.
…bersambung