Iklan
100 Kesalahan dalam Solat
4/100
Solat dengan mengenakan pakaian isbal
Haram melewati mata kaki kerana sombong. Apabila isbal dilakukan bukan kerana sombong, hukumnya makruh menurut mazhab Syafi’i.
Nabi saw bersabda:
“Sesiapa yang kainnya melebihi buku lali dalam solat kerana sombong, maka dia (tidak perlu lagi melakukan perbuatan) halal atau haram pada mata Allah (Allah tidak peduli lagi kepadanya.” (HR Abu Dawud (647)
Isbal termasuk perbuatan maksiat yang wajib ditinggalkan dan dijauhi.
ماأسفل من الكعبين من الإزار فهو في النار
“Sarung yg menjulur melebihi kedua mata kaki akan dimasukkan ke dalam neraka” (HR Al-Bukhari, 5787)