Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Penyembelihan

Penyembelihan

1397
0
Iklan

Bismillah…
Note 50 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PENYEMBELIHAN

1. Pengertian Sembelihan : bermaksud binatang halal yang sempurna penyembelihannya mengikut syarak.

2. Perbezaan Penyembelihan Al Tazkiah dengan Al Zabhu :

2.1. Al Tazkiah : penyembelihan pada halkum atau leher binatang yang dapat dikawal atau melukakan binatang yg tidak dikawal seperti binatang beburuan, pada mana mana bahagian anggota yang boleh mematikannya.

2.2. Al Zabhu : penyembelihan pada leher binatang yang menyebakan kematian samada mengikut syarat syarak ataupun tidak.

3. Hikmah daripada Syarat-syarat Penyembelihan :
  Adalah untuk menghalalkan semata-mata mematuhi perintah Allah. Ada berberapa hikmah yang lain:-

3.1. Semua syariat dan agama memgharamkan bangkai binatang atau menghukumkannya sebagai najis. Penyembelihan secara syarak adalah sebagai penentu sana ada binatang yang mati itu najis ataupun tidak.

3.2. Syariat Islam menghukumkan darah sebagai najis dan  wajib dijauhi kerana banyak kemudharatannya.

4. Cara Penyembelihan :
Terbahagi kepada 3:-

4.1. Al Zabhu iaitu penyembelihan pada leher binatang disebelah atas halkum mengikut syarat syarak. Cara ini adalah bagi semua binatang yang dapat dikawal atau dijinak.

4.2. Al Nahru ialah penyembelihan pada leher binatang disebelah bawah halkum.

4.3. Al Aqru ialah penyembelihan dalam keadaan darurat, iaitu melukakan binatang pada bahagian mana mana anggota yang boleh mematikannya.

5. Syarat Penyembelihan terbahagi kepada 3 :

5.1. Syarat melakukan penyembelihan.

5.2. Syarat binatang yang disembelih.

5.3. Syarat bagu alat sembelihan.

6. Syarat Melakukan Penyembelihan:

6.1. Penyembelih hendaklah beragama Islam. Jika penyembelih itu seorang yang murtad, penyembah baha, tidak percaya kepada Allah atau Majusi, hukumnya sembelihan mereka tidak halal.

6.2. Penyembelih atau seorang daripada asal-usulnya bukan ahli kitab setelah berlaku penyelewangan atau pemansuhan agamanya.

Nabi SAW bersabda : “Rasulullah SAW melarang orang Islam makan sembelihan orang arab beragama Nasrani daripada kalangan kabilah Bahara, Tanukh dab Taghlib.”
Riwayat Syahar Ibn Hausyab

6.3. Dia tidak melakukan penyembelihan hanya yang lain selain Allah SWT atau tidak menyebut nama yang lain selain Allah.

7. Syarat Binatang yang Disembelih :

7.1. Penyembelih mendapat bahawa binatang itu sebelum disembelih ia masih menpunyai hayat mustaqirrah iaitu binatang yang sakit atau luka dan seumpamanya yang tidak membawa kematiannya dan pergerakannya seperti pergerakan binatang yang disembelih.

7.2. Putus halkun dan mari’ : halkum adlah saluran penafasan dan mari’ saluran makanan. Sekiranya kedua dua saluran tersebut tidak putus walaupun sedikit, sembelihan itu tidak halal.

7.3. Putus kedua dua saluran tersebut dengan segera dan dengan sekali sembelihan.

8. Syarat bagi Alat Sembelihan :

8.1. Alat penyembelihan hendaklah tajam yang boleh melukakan.

8.2. Alat penyembelihan selain daripada gigi atau kuku.

8.2.1. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:-

8.2.1.1. Janin yang mati disebabkan oleh penyembelihan ibunya dianggap sembelihan kecuali jika hidup, ia hendaklah disembelih.

8.2.1.2. Mana-mana bahagiab anggota binatang yang dipotong ketikaa hidupnya, hukumnya adalah sama dengan bangkai dari segi halal atau tidak halal dan dari segi bersih atau najis kecualu bulu yang dapat dimanafaatkannya sana ada dijadikan hamparan, pakaian dan lainnya, ia akan dijelaskannya.

Rasulullah SAW bersabda : ” Mana-mana bahagian anggota binatang yang dipotong semasa hidupnya adalah bangkai.”
Riwayat Abu Dawud : 2858

8.2.3. Pengecualian
8.2.3.1. Binatang tersebut hendaklah halal.

8.3.3.2. Bulu binatang tersebut dipotong semasa hidupnya atau disembelih mengikut syara’.

8.3.3.3  Bulu tersebut bukanlah anggota yang terpisah daripada badanya yang masih hidup.

8.4. Bangkai haram dimakan walaupun cara sekalipun kematiannya.

8.5. Pengecualian Pengharaman Bangkai dan Darah : ialah bangkai ikan, dan belalang manakala darah pula hati dan limpa.

Komen dan Soalan