Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 15 ( Puasa )

Fiqh Wanita 15 ( Puasa )

2507
0
Iklan

Soalan 1
Last year tidak berpuasa bulan Ramadhan sebab breastfeed jadi boleh bayar fidyah…
Kalau hari yang haid semasa breastfeed,apa perlu buat,kena ganti dan fidyah juga ke?
Jawapan 1 Thtl
Fiqh Puasa.
Jika menyusu dan khuatir akan kesihatan diri dan bayi,Syafiiy kena qadha dan qadha.Fiqh Ibn Abbas ialah fidyah sahaja.Ini pendapat pilihan DYQ dalam fiqh siyam,mengenai haid ketika menyusu,masih dikira dalam tempoh menyusu yang dua tahun maka juga dikeluarkan fidyah.(Dr Qardhawi,fiqh siyam)

Soalan 2
Adakah menggunakan inhaler bagi pesakit athma membatalkan puasa?
Jawapan 2 Thtl
Penggunaan inhaler ketika berpuasa.
Jawab:Tidak batal menurut fatwa Arab Saudi dan fatwa al-Qaradhawi.Ini kerana ia dikiaskan dengan bolehnya menghisap air ke hidung ketika puasa.

Soalan 3
Adakah boleh kita menangguh ganti puasa ketahun hadapan atas sebab tertentu dan apakah hukumnya?
Jawapan 3 Thtl
Carry forward puasa ke tahun berikutnya.
Hukum asal,puasa kena ganti dalam tahun yang sama.Contoh puasa Ramadhan 1436 nanti jika ada puasa yang ditinggalkan,kena ganti sebelum datangnya puasa 1347 hijrah.Jika ada uzur Syarie,maka tak mengapa.

Soalan 4
Kitaran haid dia 10 hari.Jadi berapa hari dia kena ganti puasa?
Jawapan 4 Thtl
Jumlah hari haid.
Period wanita tidak boleh break,sekejap dan sambung.Ia mesti ambil straight,suci dan mandi.Waktu kering sementara tersebut masih dikira haid.
Maka waktu haid wanita memang range dia 7-10 hari.maksima 10 hari dalam mahzab Syafiiy bagi wanita yang sihat.Maka puasa yang wajib ganti ialah 15 hari waktu maksima.

Soalan 5
Boleh berikan tip menghidupkan ramadhan dengan amalan soleh yang dilaksanakan sekeluarga..
Jawapan 5 Thtl
ihya’ramadhan bersama keluarga
1. galakkan semua bangun sahur
2. tidak membazir dengan bazaar ramadhan
3. solat tarawih di mesjid, sunnah khulafa arrashidin
4. tadarrus AQ bersama famili
5. banyakkan bersedekah, infaq, jamu org buka puasa
6. 10 terakhir i’tikaf di mesjid

Soalan 6
Niat puasa kalau terlupa malam, boleh lagi niat waktu sahur kan? kalau niat malam kita sebut ‘sahaja aku puasa esok hari…’ kalau niat waktu sahur sebut ‘esok hari’ ke sebut ‘hari ni..’
Jawapan 6 Thtl
Seputar niat siyyam atau puasa
Niat puasa ramadhan diperbahskan oleh fuqaha’:
Mazhab Maliki dan Hanbali saudi membolehkan niat sebulan penuh pada niat sahur utk hari pertama puasa. sebab puasa Ramadhan adalah satu pakej satu bulan, maka niatnya adalah sekali sahaja.
mazhab syafi’iy, hanafi, hanbali yang lama, puasa Ramadhan dihitung ikut hari, maka satu hari valid dengan satu niat sahaja. Niatnya ialah pada malam harinya sebelum azan subuh. maksudnya bangkit utk sahur itulah niatnya.
(Al-Mughni, Ibnu qudamah, jilid 3, hal. 111)
dalil:
من لم يُبَيِّتِ الصيامَ من الليل فلا صيامَ له
“Barangsiapa yang belum berniat puasa di malam hari (sebelum subuh) maka puasanya batal.” (HR. An Nasa’i dan dishahihkan Al Albani)
Maka boleh amalkan pendapat keduanya, niat sebulan penuh ikut maliki atau niat setiap malam, hanya dengan bangkit makan sahur sudah dikira niat.

Soalan 7
Benarkah fadilat -fadilat mengenai di bulan ramadhan bagi orang yang berpuasa adalah betul dan adakah hadith untuk menyokong?
Contoh sesiapa berpuasa pd mlm kedua umpama bersih dr dosa
Jawapan 7 Thtl
Fadilat tarawih 30 malam tu palsu, dah diwartakan Jakim
ia berasal dari kitab bid’ah, Durratun Nasihin karya Othman al-Khawbawi
Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib RA, bahawa Rasulullah SAW telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.

Soalan 8
‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‌‌‌Saya nak tambah condition untuk soalan persetubuhan siang hari dibulan puasa.
1) Suami dah tak tahan terus dia sentuh-sentuh, naik syahwat dan proceed dengan persetubuhan
2) Suami dah tak tahan, suruh isteri buka puasa dan terus bersetubuh.
dalam kedua-dua condisi diatas, suami memang tak puasa la.‌‌‍‌‍‍‌
Jawapan 8 Thtl
Perincian jimak di bulan Ramadhan
Kes pertama: suami yang memulakan jimak namun isteri redha
menurut pendapat syafi’iyah, hanya suami sahaja yang membayar kifarat, tidak pada isteri, isteri hanya mengqadha, jika isteri langsung tidak menghalang, maka isteri juga kena kafarat
Kes kedua: isteri dalam keadaan tidak berpuasa
Kalau semasa musafir, misalnya dihotel, suami tidak puasa, maka tidak ada kaffarat sebab si musafir boleh berbuka ketika ramadhan
Jika mereka bermukim, suami tidak puasa, maka menurut syafi’iy tidak wajib kaffarat sebab dia tidak puasa. (demikian kata syaikhul Islam, fatawa al-kubra jld 2:471 ‌

Soalan 9
Tentang puasa di bulan Syaaban.. Ada yang kata digalakkan berpuasa sebab nak praktis untuk puasa masa Ramadhan nanti.. Tapi ada juga yang cakap dah tak digalakkan puasa sebab nak kena simpan tenaga untuk puasa Ramadhan nanti.. Macam mana tu ye..
Jawapan 9 Thtl
Puasa bulan Sya’ban
Puasa Sya’ban di galakkan kepada yang dah biasa puasa sunat. dalil: hadith aisyah ra
“dan tidaklah aku melihat beliau dalam satu bulan lebih banyak melakukan puasa daripada berpuasa pada Bulan Sya’ban”. (H.R.Abu Dawud)
manakala yg jarang puasa sunat atau tak pernah puasa sunat, maka tidak digalakkan puasa sunat pada selepas 15 Sya’ban -30 Sya’ban.
dalilnya: dari Abu Hurayrah ra
إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا
“Jika tersisa separuh bulan Sya’ban, janganlah berpuasa.” (HR. Tirmidzi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)

Soalan 10
Nak tanya soalan jika seseorang itu tidak mengada puasa tahun lepas dan tahun sebelumnya serta telah pun lupa berapa hari dia perlu mengada puasa…bagaimana nya?
Jawapan 10 Thtl
Kelupaan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
Jika lupa, di tetapkan bilangan harinya berdasarkan dzann yang kuat (ramalan yang paling kuat), contoh dia sangsi antara 10-15 hari maka diambil 15 hari camtu untuk elakkan was-was.
jika sudah melepasi tahun, maka kena taubat sebab melecehkan kefardhian agama. dalam mazhab syafi’iy, kena bayar fidyah jika sudah melepas tahun, satu hari disamping qadha, kena bayar RM5.00 kpd org miskin.

Soalan 11
ustz saya nak tanya, saya pernah niat puasa qadha pada beberapa bulan lepas tapi menbatalkan puasa sebab kawan-kawan ajak makan….now rasa takut sebab tu bukan puasa sunat, apakah saya berdosa, lepas tu kena qadha berapa hari ye….double?? kena bayar fidyah tak?
Jawapan 11 Thtl
Puasa qadha yang dibatalkan
Puasa qadha seperti puasa wajib yang lain, tidak boleh dibatalkan kerana ajakan kawan, itu Puasa sunat memang boleh batalkan.
manakala membatalkan puasa wajib seperti puasa qadha, maka berdosa dan kena ganti segera secepat mungkin, bukan berbulan-bulan. sebab puasa qadha itu pun dah tangguh, kemudian yang qadha pun batalkan lagi dan tangguhkan lagi…maka itu memang bermudah-mudah dengan Allah dalam hutang dengan-Nya. Tidak perlu fidyah cuma kena taubat dan ganti dengan kadar yang segera, sebab ramadhan 2015 pun dah kurang dari sebulan

Soalan 12
macam mana kalau ibu hamil tak dapat puasa dibulan ramadhan?
Adakah harus membayar fidyah atau kena ganti (Qada) puasa itu nanti selesai siap bersalin.?
Jawapan 12
Ibu hamil tidak dapat puasa
Fatwa Dr Qardhawi (Fiqh siyyam):
ia hukum khilaf kerana tak ada dalil yang khusus dalam bab ni..
hamil dan bersalin dan menyusu adalah berat, maka wanita diberi rahmat untuk membayar fidyah sahaja menurut Ibn Abbas dan ibn Umar. Jika ibu tersebut kuat dan mampu, dan jarang beranak, maka lebih utama dia qadha selepas bersalin atau nifas nanti.

Soalan 13
Ustaz macam mana nak bayar fidyah ,berapakah nilai yang perlu dibayar.?
Jawapan 13 Thtl
1. cara lama, kasi beras, 0.7 kg
2. cara baru ikut Hanafi, nilai beras, RM1.80, ia tak menasabah, maka satu set makan tengahri untuk org miskin, RM5-7
3. jamu orang miskin di rumah. contoh tinggal puasa 29 hari, jemput 30 anak yatim buat kenduri makan, cara Maliki

Soalan 14
Jika nak gabung puasa tu maksudnya qada ramadhan dan sunat syawal dibolehkan ke?
Jawapan 14 Thtl
Khilaf, pendapat yang kuat mengikut syaikh uthaimin, puasa qadha dan puasa sunat syawal adalah terpisah, tak boleh gabung, mazhab syafi’iy boleh gabung.
dalil yang kata ianya berasingan
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ(رواه مسلم، رقم )1164
“Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti puasa setahun.” (HR. Muslim, 1164)

Soalan 15
untuk bayar fidyah, ibu tu tak sempat ganti 3hari puasa, bayaran tu dibuat pada bulan puasa ke atau waktu lain?
Masih hidup
Jika next ramadhan? Gandakan ke fidyah?
Jawapan 15
tak kisah nak buat bila, asalkan sebelum next ramadhan
mazhab syafi’iy kena ganda, mazhab yg tiga lagi, tak payah

Soalan 16
macam mana saya nak ganti puasa tahun lepas yang masih belum qada? Dan pada waktu ini pula kawan saya sedang hamil dan tidak larat untuk berpuasa demi qada tahun lepas punya puasa.Apa yang patut dia buat?
Jawapan 16
Ganti puasa
Puasa tahun lepas belum qadha, sekarang hamil pula.
Jawab:
Masalah besar sebab suka menangguhkan hutang Allah hingga bertemu ramadha yang lain atau kehamilan. Puasa yang dibatalkan tahun lepas bukan sebab hamil, menyusu, memang akan jadi hutang kekal dan kena qadha. cuma bila dah langkau tahun lain, maka mazhab syafi’iy kena bayar fidyah. bagi puasa akan datang kerana hamil dan akan menyusu, maka boleh bayar fidyah sahaja (Ref: Dr Qardhawi, Fiqh Siyyam)

Soalan 17
maksudnya tak boleh puasa pada 15 syaaban ke? sebab biasa orang puasa masa pertengahan bulan yang puasa hari putih.
Jawapan 17 Thtl
Kalau dah biasa puasa bulan putih ok…yang kita maksud puasa nisfoo syaban

Soalan 18
Apabila tiba bulan syawal, yang mana satu di antara berikut yang patut didahulukan?
1. Qadha puasa bulan ramadhan
2. Puasa sunat bulan syawal
3. Kenduri open house yang semakin banyak
Bolehkan ditangguhkan puasa qadha bulan ramadhan pada bulan lain sebab nak dahulukan puasa sunat syawal?
Jawapan 18
Bila tiba syawal 1436, qadha atau puasa sunat 6?
pendapat yang utama menurut syaikh uthaimin ialah qadha dulu Ramadhan, barulah puasa syawal
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ(رواه مسلم، رقم) 1164
“Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seperti puasa setahun.” (HR. Muslim, 1164)
kata syaikh Uthaimin, majmu’ Fatawa Jld 20, hadith ni menjadi dalil, kena sempurnakan dulu puasa ramadhan barulah puasa syawal. lagipun tidak diketahui bila kita akan mati dan dikhuatiri kita mati sedangkan masih ada baki hutang puasa Ramadhan.
Manakala Aisyah pulak,
” كأن يكون علي الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان”
Maksudnya: Kewajipan ke atas ku untuk puasa dari puasa Ramadhan, dan aku tidak menggantikannya sehingga datang bulan Sya’ban. (Riwayat Muslim)
Aisyah pula puasa syawal dahulu dan qadha’ di bulan lain.
Maka boleh salah satu, namun qadha lebih utama.

Komen dan Soalan