Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Pemburuan

Pemburuan

226
0
Iklan

Bismillah…
Note 49 : Al Fiqh Manhaji 2

PEMBURUAN

1. Pengenalan :
  Al Saidu ialah nama terbitan yang bermaksud berburu dan menangkap binatang dengan helah sama ada ia boleh dimakan atau tidak.

Allah SWT berfirman :
“Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram.”
Surah al Maidah : 95

2. Pensyariatan Berburu :
  Allah SWT berfirman :
“Dan apabila kamu selesai ihram, maka bolehlah kamu berburu.”
Surah Al Maidah : 2

3. Hikmah Pensyriatan :
  Cara yang ditentukan oleh syara untuk menghalalkan binatang yang boleh dimakan adalah dengan penyembelihan, pemburuan dan sebagainya.

4. Perburuan yang Halal dan Tidak Halal :

4.1. Haram memburu binatang yg tidak halal dimakan, malah tidak harus membunuhnya iaitu binatang yang tidak memudaratkab dari merbahayakan. Ianya haram.

4.2. Setiao buruan yang suka suka adlah haram sama ada membunuh atau mencederakannya, samada binatang tersebut halal dimakan ataupun tidak.

4.3. Haram memburu binatang darat yang halal dimakan bagi orang yang sedang berihram sama ada dengan membunuh, memcederakan atau memilikinya.

5. Cara Berburu yang disyariatkan :

5.1. Binatang yang luka dengan benda yang tajam sama ada besi, timah, bukuh, kaca dan sebagainya yang boleh melukakannya.

5.2. Menggunakan binatang atau burung  yang dilepaskan untuk binatang buruan dan dapat melukakan binatang buruan tersebut, yang menyebabkan mati, ia halal dimakan.

6. Berburu yang Dianggap Sembelihan:

6.1. Jika binatang buruan masoh hidup, maka berburu itu tidak dianggap sembelihan dan ia mesti secara syara’. Sekiranya dibiarka  mati tanpa disembelih, ia adalah najis dan tidak halal dimakan.

6.2. Jika berburu mendapati bahawa binatang itu telah mati setelah dia bersegera mendapatkannya, kematian kerana buruan itu diangga sembelihan dharurat dan ia halal dimakan. Hal ini dianggap sembelihan dharurat dan ianya halal dimakan.

Komen dan Soalan