Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 10

Fiqh Wanita 10

1017
0
Iklan

Soalan 1
Apa pandangan mengenai Al-Mathurat.Adakah ianya satu amalan bid’ah?
Jawapan 1 Thtl
Al-Mathurat adalah susunan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan disusun oleh as-Syahid Hassan al Banna.
Amalan wirid Al-Mathurat.
Ia adalah himpunan wirid untuk ahli jamaah ikhwan yang disusun oleh mursyid pertamanya Syeikh Hasan al Banna.Yang sebenarnya ia adalah kumpulan wirid dari tareqat Hashafiyah,dimana ini adalah tareqat yang disertai Hasan al Banna semasa dia muda.Ada beberapa kesalahan dalam al Mathurat kerana susunannya tidak sama dengan kitab-kitab wirid lain yang lebih sahih seperti Hisnul Muslim,al-Azkar Imam Nawawi,wabil Sayyib Imam Ibnu Qayyim.
Doa Rabitah dalam mathurat juga tidak sahih kerana ia adalah doa tareqat hasyafiyah.
Maka disyorkan diganti bacaan mathurat dgn Hisnul Muslim.

Soalan 2
Amalan tadarus dibulan Ramadhan ,adakah bid’ah?
Jawapan 2 Thtl
Tadarus AQ.
Maksud tadarrus ialah duduk dalam satu group,ada ustaz atau ahli yang tahu ulum AQ,setiap ahli baca bergilir,ustaz akan tegur kesalahan bacaan dan jelaskan kosa kata dan sedikit tafsir.
Ini tadarrus cara khalaf.Tadarrus juga maksudnya,ambil 10 ayat,baca,faham kosa kata dan tafsir dan amal.Ini tadarrus cara salaf.
Ada pun jika masing-masing baca sendirian tanpa yang lain mendengar,maka tidak dinamakan tadarrus dan khatam AQ.

Soalan 3
Bolehkah kita orang islam menyambut hari ibu yang ditetapkan pada bulan mei setiap tahun?
Jawapan 3 Thtl
Sambutan hari ibu.
Ulamak khilaf akan apakah umat islam patut menyambutnya.
Fatwa Saudi Arabia,haram secara mutlak kerana hukum tasyabbuh(mengekori)Barat,sejengkal demi sejengkal hingga ke lubang biawak pun umat islam akan ikut.(mahfum hadith)Lajnah daimah KSA dan fatwa Ibn Othaimin.
Profesor Dr Yusof al-Qaradhawi juga berpendapat makhruh atau dibenci kerana konsep ibu di US dan Eropah tidak sama dengan Islam,kata beliau orang barat bila keluar dari rumah ibubapanya,maka dia tidak lagi bertanggungjawab keatas mereka berdua.Maka wajarlah mereka menyambutnya setahun sekali,sedangkan dalam Islam,berbakti kepada agama adalah kepada kedua ibubapa adalah tuntutan kedua selepas agama.AQ17:23-4(Qaradhawi.net)
Manakala jakim berpendapat harus kerana dalam adat,ia kembali kepada harus,kecuali ada larangan yang nyata.
Maka terpulang kepada anda.

Soalan 4
Apakah salah jika seseorang berkata dia tak bermahzab(border less)tidak berpegang pada mahzab tertentu tetapi masih berada dalam ASWJ?
Jawapan 4 Thtl
Isu Mahzab.
Orang yang tanpa mahzab atau border less ni ada dua jenis.
i)Dia memang buta agama,yakni ilmu agama dia zero.Maka dia adalah muqallid tulin atau pentaqlid asli.Maka dia akan mengikut apa saja yang lihat orang lain melakukannya atau siapa saja yang dia bertanya,sebab dia tidak pernah membaca kitab mahzab.
ii)Orang yang tahap nazor.Nazor ni tahu fiqh al- Muqaran,yakni fiqh perbandingan dan khatam kitab-kitab muqaran seperti fiqh islami,al-Mufassal,bidayah mujtahid,al-Majmu’ atau fiqh ala mazhabib arbaah,dan belajar ilmu usyul dan tahu ilmu hadith dan ilmu istinbath atau cara nak keluarkan hukum dari nas-nas.

Soalan 5
Apa yang perlu kita jawab jika ada orang bukan islam minta kita kirim salam pada seseorang?
Jawapan 5 Thtl
Kirim salam oleh non-muslim
Boleh,salam itu maksudnya salam dalam bahasa mereka,misalnya “i’m sending my regards to her.”
Dalil:
“Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat,maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia(dengan cara yang sama).Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” 4:8
“Allah tidak melarang kamu dari berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama(kamu),Mumtahinan ayat 8

Soalan 6
Apakah pendekatan tholibul ilmi yang baru mengenal sunnah dan apakah bidang yang harus diutamakan?
Mempelajari setiap mahzab atau terus mengikuti fahaman salafussoleh?
contoh:dalam bidang fiqh dulu ,aqidah atau syariah atau bagaimana?
Jawapan 6 Thtl
Mempelajari agama kena serentak,macam kita belajar di IPT,semester pertama ambil 5-6 kelas.
Maka kena ambil aqidah,fiqh,intro hadith dan intro tafsir.Cara belajar samada ikut silabus mahzab atau open software.Keduanya boleh bergantung kepada apa yang ada disekeliling anda.

Soalan 7
Apa beza perempuan yang freehair dan berpakaian seksi tapi cukup solat 5 waktu sehari semalam dengan perempauan yang menutup aurat litup tapi tidak solat?
Jawapan 7 Thtl
Perbezaan amal.
Gadis A:freehair +seksi tapi solat
Gadis B:pakai tudung tapi tak solat.
Yang lebih baik ialah gadis A
Alasan:
Solat tiang agama,manakala meninggalkannya dengan sengaja adalah kafir.
“(Pembatas) antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan shalat.”(HR Muslim no.257)

Soalan 8
Hukum menabur bunga/menjirus air selepas pengkebumian.
Jawapan 8 Thtl
Hukum tabur bunga atau siram air atas kuburan.
Komentar Syaikh Ahmad Syakir,muhaddith ngetop egypt:
” Semua ini adalah perbuatan bid’ah dan kemungkaran yang tidak berasal dari agama ilam,tidak pula memiliki sandaran dari AQ dan sunnah Nabi.Dan kewajipan ulamak adalah mengingkari dan melarang segala tradisi ini sesuai dengan kemampuan mereka.”(Ta’liq Ahmad Syakir terhadap sunan at-Tirmidzi 1/103)
kata syeikh Ahmad,ia budaya dimesir kerana adat Eropah yang dibawa pulang ketika orang mesir terutama pemimpinnya melawat Eropah dan terkesan dengan budaya disana.
Ada pun menyiram air ,ianya dibolehkan kata Syaikh Ibn Uthaimin kerana untuk menguatkan tanah supaya bukan untuk mayat kerana mayat tidak memerlukan air.(Fatwa Nur ‘ala Darbi)

Soalan 9
Kismis yang dibacakan ayat-ayat AQ itu perlu dimakan ikut aturan memakannya atau boleh saja dimakan begitu saja tanpa ikut aturannya?
Jawapan 9 Thtl
Kismis Jampi.
Kismis jampi itu adalah penipuan terancang golongan agamawan.
Dalil:
“Mereka menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.”(QS.At- Taubah [9]:)
Kismis adalah snek makanan dan sama dengan makanan yang lain seperti kurma,aprikot kering,buah tin kering.
Jampi lah atas kismis atau kurma tidak menjadikannya magik atau makanan yang sakti.

Soalan 10
Taat kepada pemerintah termasuk dalam bab aqidah atau feqah?
Jawapan 10 Thtl
Taat kepada pemeintah masuk dalam isu fiqh.Yakni fiqh siasah atau fiqh politik.

Soalan 11
Apakah hukum menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan potong kek?
Jawapan 11 Thtl
Hukum sambut birthday.
Harus sebab ada dalil:
Jesus gembira dengan birthdaynya.
“Dan segala keselelamatan dan kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati,serta pada hari aku dibangkitkan semula hidup semula(pada hari kiamat).” AQ 19:33
Nabi Muhammad SAW juga gembira bila disebut hari isnin.
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari isnin.Baginda menjawab”Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku”(Hadith riwayat Imam Muslim)

Soalan 11a Tambahan
Saya kurang jelas dengan jesus gembira dengan birthdaynya,maksudnya apa dan bagaimana pula sambutan dengan acara meniup lilin?
Jawapan 11 Thtl
Maksudnya jesus memberitahu kelahirannya mencetuskan kontroversi besar dalam sejarah manusia kerana ibunya adalah anak dara tanpa suami.
Maka,walau apa jua fitnah tentang kelahirannya,maka jesus tidak peduli dan dia berbicara dengan manusia sejak bayi lagi.Masa wafat jesus juga kontorversi kerana manusia keliru,apakah dia benar-benar wafat.Maksudnya dia amat bangga walaupun kelahirannya tidak disenangi manusia.

Soalan 12
Kalau kita bernazar untuk dapatkan anak.Contohnya,aku bernazar kalau dapat anak ,aku nak puasa.kena tunggu dapat anak dulu baru berpuasa atau sebelum dapat anak ,kita puasa dulu.?
Jawapan 12 Thtl
Puasa nazar kerana baby.
Bila nak lakukan nazar selepas bersalin atau sebelum.
Nazar jenis ni makhruh.Namanya nazar muallaq,nazar yang diikat dengan syarat,kalau Tuhan kasi ,baru aku nak taat.
Dalilnya:
“Janganlah bernazar.Kerana nazar tidaklah bisa menolak taqdir sedikit pun.Nazar hanyalah dikeluarkan dari orang yang bakhil.”(HR Muslim no.1640 dari Abu Hurairah ra)
Kalau nak buat juga,kena lakukan selepas dapat baby,yakni selepas pantang.

Soalan 13
Yaa Musawwir,Yaa Ghaffar dan Yaa Qahhar.
Apakah maksud ayat diatas?
Jawapan 13 Thtl
Itu dinamakan Asmaul Husna.Nama-nama Allah yang ke 99.Itu boleh dijadikan tawassul atau sandaran dalam berdoa.

Soalan 14
Apakah yang dimaksudkan dengan bid’ah Haqiqiyyah?
Jawapan 14 Thtl
Haqiqiyyah atau murni ialah bid’ah yang belum ada contoh sebelumnya.
Idhafiyah sudah ada contoh tetapi ada penambahan kaifiyat.
Contoh:
berjabat salam.Ia adalah sunnah,ada asal dalam agama,bila lama tak jumpa,sunat jabat salam.
Ia jadi Idhafiyyah,salaman selepas solat lima waktu di masjid.Di masjid lain,bangun jabat salam ramai-ramai dalam pusingan dan sambil berselawat.

Soalan 15
Betulkah kalimah Subhanallah dan MasyaAllah boleh diguna dalam dua keadaan.
Jawapan 15
Penggunaan Subhanallah(Maha suci Allah) vs Masya Allah(berlaku atas kehendak Allah atas kehendak Allah)
Subhanallah=ketika melihat keburukkan
Masya Allah=Bila melihat kebaikkan dan keindahan masyarakat kita amalkan.
Masyarakat kita amalkan ungkapan maqlubah,yakni terbalik,Subhanallah bila lihat kebaikan,Masya Allah bila lihat keburukan.
Dalil penggunaan Subhanallah:
i)”Subhanallah dari mempunyai anak”(AQ 2:116)
Dalil penggunaan Masya Allah:
i)”Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kamu memasuki kebunmu”Masya Allah laa quwwata illa billah Al-Kahfi

Soalan 16
Di sunnahkan doa apabila mendapat khabar kematian,adakah had waktu untuk berdoa?contoh setelah seminggu atau sebulan?
Jawapan 16 Thtl
Seputar kematian.
i)Jika mendengar berita kematian,hendaklah segera berkunjung dan megucapkan takziah.
ii)Jika sahabat handai/kerabat.Diirngi sampai ke kubur ,takziah ini hanya dalam lingkungan 3 hari saja.
iii)Jika doa.Ketika solat jenazah,ketika di kuburan dan ketika doa yang umum selepas solat.
iv)tak ada majlis selamatan arwah,selamat arwah bergantung kepada amalannya.Doa dari yang hidup hanya supplement sahaja.Buka faktor utama si mati akan selamat.
Dalil:
AQ:al-Hasyr ayat 10:”Ya Tuhan kami,beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami.”

Soalan 17
Apa hukumnya berbaring semasa azan berkumandang dan adakah benar jika sengaja berbaring,jenazah kita akan menjadi berat seberat dosa kita?juga hukum bercakap semasa azan berkumandang di tv atau radio
Jawapan 17 Thtl
Seputar azan solat.
i)Berbaring semasa azan tiada tegahan dari sunnah
ii)Baring waktu solat,jenazah menjadi berat juga mitos,tak ada dalil.berat mayat adalah kerana berat badan semasa hidup,jika dia lebih kurang 100kg,memang beratlah semasa nak usung dan mandikan
iii)Hukum bercakap semasa azan di tv dan radio,boleh sebab azan yang real ialah yang kita dengar dari masjid kita,sebab itu bukan rakaman.

Soalan 18
Benarkah ahli bid’ah tidak mendapat Syafaat Nabi SAW dan di halau dari telaga Baginda?
Jawapan 18 Thtl
Seputar bid’ah dan ahli bid’ah
Siapa ahli bid’ah=bid’ah yang berat bid’ah aqidah,bid’ah yang menyebabkan terkeluar dari ASWJ.
Contohnya Syiah,khawrij,murjiah,qadariah,anti hadith,sekular tulin,liberal.Ia bukan orang yang beramal baca yasin ,talqin,qunut subuh,nisfu Syaaban..
Nabi halau ahli bid’ah dari telaga
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dariah dari Abi Wail yang berkata Abdullah berkata Nabi SAW bersabda”Aku akan mendahului kalian sampai di Al-Haudh dan akan dihadapkan kepadaku bebepara orang dari kalian,Kemudian ketika Aku memberi minum mereka,mereka terhalau dariku maka Aku bertanya “Wahai Rabbku mereka itu sahabat-Sahabatku enjawab “Engkau tidak tahu apa yang mereka perbuat sepeninggalanmu.”(Sahih Bukhari 9/46 no.7049 diriwayatkan juga dalam sahih Muslim 4/1796 no 2297.

Soalan 19
Kata-kata Imam Sufyan al-Thawri,bid’ah lebih dicintai oleh iblis dari maksiat.jelaskan syeikh.
Jawapan 19 Thtl
Ahli bid’ah lebih dicintai iblis dari ahli maksiat.
Ya,dalilnya;
Sufyan at-Thawri
“Ali bin Ja’d mengatakan bahawa dia mendengar Yahya bin Yaman berkata bahawa dia mendengar Sufyan(at -Thawri)berkata,”Bid’ah itu lebih di sukai iblis dibandingkan dengan maksiat biasa.Karena pelaku maksiat itu lebih mudah bertaubat.Sedangkan pelaku bid’ah itu sulit bertaubat”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Ja’d dalam Musnadnya no.1809 dan Ibnu Jauzi dalam Talbis Iblis hal 22)

Soalan 20
Benarkah bahaya bergaul dengan ahli bid’ah?
Jawapan 20 Thtl
Soalan berantai ni yang sakit nak jawab.
Bahaya bergaul dengan ahli bid’ah”
“Dan apabila kamu melihat orang-orang memprolok-olokkan ayat-ayat kami,maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain.Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa(akan larangan ini).janganlah kamu duduk bersama-sama orang-orang yang zalim itu sudah teringat (akan larangan itu)”(Al-An’aam:68)

Soalan 21
Kalau ada perbahasan antara orang alim dengan ahli bid’ah secara tidak sengaja,boleh ikut serta tak?
Jawapan 21 Thtl
Perbahasan orang alim atau ahli sunnah dengan bid’ah.
Boleh jika kita dapat mengetahui amalan dan kesalahan ahli bid’ah tersebut.

Soalan 22
Apa hukum orang yang mengambil upah make-up pengantin?
Jawapan 22Thtl
Kerjaya mak andam
Kerjaya seperti ini ada yang haram dan halal dan syubhah. yang haram ialah solekan melampau yang ada unsur litadlis (unsur penipuan), yakni spt pakai rambut palsu, kening palsu, gincu, dan sebagainya yang menyerlahlah beauty yang melampau kepada orang awam.
وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliah yang awal.” (Al-Ahzab: 33)
namun jika make-up sederhana adalah tradisi salaf, di mana zaman sahabat, para wanita akan tolong menolong mempersiapkan bakal pengantin wanita, mereka minta pandangan Aisyah apa yg perlu di buat, maka Aisyah menyuduh di siapkan dan dibuang semua bulu2 badan dan muka yang ada ciri-ciri lelaki seperti bulu betis, bulu muka…maka jika make-up sederhana begini adalah harus.
dalil:
“Hai anak Adam , sesungguhnya kami telah turunkan untuk kamu pakaian yang boleh menutup aurat2 kamu dan untuk perhiasan” AQ 7:26

Soalan 23
cukur bulu dimuka. Mmg diboleh kan ye cukur bulu dimuka? Sebab masa saya nak kahwin dulu ada seorang mak cik ni *bidan kampung* datang rumah dan buat upacara cukur bulu. Kata nya untuk naikan seri dan buang sial. Saya tak percaya sebab takut benda tak betul. Tapi saya ikutkan juga sebab nak jaga hati org tua. Benda dah macam adat di kampung saya.
Jawapan 23 Thtl
dalam agama tak ada ritual cukur bulu, manakala naik seri muka dan buang sial tu adalah ritual perdukunan. itu mmg syirik dan khurafat dllm perdukunan melayu…buktinya kalau dia baca jampi serapah yang tidak diketahui

Soalan 24
Perlukah saya bertaubat tentang hal itu?Saya memang tak percaya tetapi sebab menjaga hati makcik,saya ikut saja.
Jawapan 24 Thtl
Orang yang tidak tahu dalam keadaan terpaksa,maka tidak ada dosa.
إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِى الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ
“Sesungguhnya Allah memaafkan umatku karena aku (apa yang mereka lakukan) tanpa ada kesengajaan, lupa dan apa yang mereka dipaksa untuk melakukannya.” [Hadits Hasan riwayat Ibnu Majah dan Al Baihaqi

Soalan 25
Nak tanya mengenai hadith Nabi SAW suruh kalau ada lalat masuk dalam air tenggelamkan,lepas tu baru buang.Sebelah sayapnya ada penawar.Sahih tak hadith tu?
Lagi 1,kalau semut masuk air,kalau kita minum,kita akan jadi pelupa.?
Jawapan 25
hadith lalat
teks:
dari Abu Hurairah rasecara marfu’, dengan lafazh:
إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِيْ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِيْ إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَفِيْ الآخَرِ شِفَاءً
Terj:
“Apabila lalat hinggap di bejana salah seorang dari kamu, maka hendaklah ia celupkan semuanya kemudian hendaklah ia membuangnya, karena sesungguhnya pada salah satu dari kedua sayapnya terdapat penyakit, sedangkan pada sayap yang lain terdapat obatnya.” HR Bukhari (No.3320. 5782)
Ada dua istilah dalam hadith tsb: “bila zubab (lalat) jatuh dalam bekas air (Inaa’)”
1. zubab atau lalat di tanah arab ni lain dari zubab (lalat di tropika), zubab dalam bahasa arab juga luas maknanya dan species, kita tidak tahu zubab mana satu yg dimaksudkan di medina, ungga yg menghurung mayang korma pun zubab juga.
2. inaa’ atau bekas air. bukan semestinya air minuman dalam gelas. kemungkinan baldi atau besen.
Maka kerana kita tidak pasti akan maksud sebenar zubab, maka kita tidak perlu beramal dengan hadith ini memandangkan Malaysia adalah negara hujan. Jika air dalam besen atau baldi, maka tak ada masalah utk bersuci.
semut masuk dalam air minuman.
untuk hygiene, air yang sudah dimasuki semut juga tidak baik untuk diminum. takut ada contamination atau bacteria.

Soalan 26
Apa hukum lelaki memakai rantai yang siap dalam satu persalinan pakaian pengantin lelaki?
Jawapan 26 Thtl
Pengantin lelaki memakai rantai
Ia dilarang kerana perhiasan lelaki dan wanita tidak sama
Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata,
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
“Rasulullah saw melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki” (HR. Bukhari no. 5885).

Soalan 27
mcm mana kita nak advice org yg taksub habib ni pulang ke pangkal jalan?
Jawapan 27 Thtl
Fenomena taksub Habaib
1. mula-mula kena jelaskan ahlil bayt sudah pupus
2 habib adalah keturunan al-hasan bin ali dan keturunan husin bin ali yang menetap di Yemen. maka status ahlil bayt mereka sudah tamat, maksudnya habib ni tak ada lagi status ahlil bayt
3. habib membawa ajaran tareqat berasaskan darah yang mereka bawa adalah darah ahlil bayt, maka siapa yg mendekati mereka layak mendapat sesuatu dari Nabi. ini cuma khayalan sahaja. sebab Islam bukan warisan
4. intipati ajaran habib ialah skim cepat ke syurga, dengan melakukan pemujaan kepada nabi melalui majlis bersama rasulullah, berqasidah dan menyeru Muhammad, maka ia tidak ada asalnya dari islam.
5. org yg akan mendapat syafaat bukan berbaiah dengan habib, tapi sejauh mana dia melaksanakan sunnah Muhammad saw

Soalan 28
a)apa pandangan syeikh mengenai belajar dan ikuti kuliah di alam maya?
terutama perempuan yang belum bersuami,demi mngelak fitnah dan kesulitan waktu kerja dan menjaga ibu yang sakit yang sukar bergerak.
b) faktor ustaz yg tidak diketahui kesahihan atau ilmu yang dibawanya?
Jawapan 28
isu semasa
4a) belajar di alam maya seperti Univ telegram
internet mmg membantu Islam, banyak sungguh website Islami, malah dengan Google sahaja, anda dapat ilmu agama dengan carian yang mudah dan pantas…
Maka forum agama platform smartfon adalah langkah yang paling advance. maka dengan kesibukan manusia, kuliah online telegram adalah ideal, ia cuma salah satu cara belajar agama, cara tradisi kena dikekalkan yakni duduk di depan guru.
4b) ustaz alam maya vs ustaz alam nyata
ia isu realiti, di malaysia, ustaz2 yg bagus, beraliran sederhana tidak dapat tempat kerana isu tauliah. tauliah pula di kawal oleh majlis agama yg rata2 dikawal oleh ulamak-ulamak lama atau graduan sistem pondok atau lairan tareqat. Maka alam maya adalah alternatif kepada ustaz dan protaz. Anda akan dapat membezakan keilmuan sapa saja, melalui cara dia berhujah dan berdalil.

Soalan 29
Boleh tuan sheikh kongsikan bagaimana mahu mendidik lelaki dewasa yang berasal dari keluarga yang kurang didikan agama? Walaupun sudah berkahwin tetapi masih tidak solat, tidak berpuasa? Pelbagai cara telah dilakukan tetapi gagal..Melentur buluh biarlah dari rebungnya..Tetapi bila sudah menjadi buluh jika dilentur takut patah pula..Syukran sheikh..
Jawapan 29 Thtl
melentur bulu
kalau dah pangkat suami, macam mana isteri nak lentur, isteri kena guna the power of love + doa, sebab suami ni ketua keluarga. Biasanya pasangan macam ni dulu masa kawin, sama2 jahil, tak solat, tak puasa, separuh jalan, isteri berubah, sedangkan suami belum lagi…maka kenalah isterinya pandai memujuk

Soalan 30
1)Apa hukum bertawassul syeikh?
2)Imam Ibnu Taimiyyah menolak utk bertawassul tapi tidak terlalu syadid sampai mengkafirkan atau mengatakan ia berdosa.
Mengapa dan apa sebab Ibnu Taimiyyah menolak bertawassul?
3) Tawassul ni sebenarnya dalam bab fiqh atau bab aqidah syeikh?

Jawapan 30
seputar Tawassul
Tawassul=mencari perantara untuk menarik perhatian Allah
2.1 hukum tawassul, harus, tawassul yang harus ada tiga:
a. tawassul dengan ibadat, doa, solat, puasa, zakat dan haji, sedekah
b. tawassul dengan amal soleh yg dilakukan
c. tawassul dengan wali2 Allah yg masih hidup
2. 2 Ibn Taymiyah tolak tawassul dengan wali-wali Allah yang sudah mati
2.3 Tawassul adalah dalam Akidah

Soalan 31
apakah jawapan yang patut saya beri kepada ahli sufi/tareqat ni sheikh. Ini lanjutan dari soalan semalam dan saya dah forward yang sheikh bagi tadi.
Jawapan 31 Thtl
seputar Tawassul
Bertawassul dengan para syuhada’ yang tidak mati.
Para syahid itu mmg mati, cuma mereka hidup di alam yang lain yang berbeza dengan alam barzakh yang biasa. namun kita di;larang memohon kepada mereka ketika melawat maqam Uhud. Pihak berkuasa arab saudi dengan jelas meletak papan tanda di Makam Uhud melarang pengunjung dari meminta dari para syuhada di makam tersebut
Bertawassul dengan Nabi saw sekarang, ketika baginda sudah pun 1400 tahun dah wafat ni bagaimana caranya??
sebab pada era 300 tahun pertama, zaman sahabat, tabi’in dan tabi’tabi’in, tak ada orang yang datang kubur nabi dan meminta dari pusaranya…
sebab tu kerajaan arab saudi pagar dan kawal ketat, supaya manusia jahil datang ke mesjid nabawi dan meminta sesuatu dari kubur Nabi atau abu bakar atau kubur umar…
tidaklah yang bertawassul pada kubur Nabi melainkan puak tareqat sahaja
ahli sunnah yang ori bertawassul dgn:
1. asmaul Husna
2. ibadat 2 rakaat di hujung malam hampir fajar
3. dengan amalan soleh yang lakukan dengan ikhlas
4. dengan orang soleh yang masih hidupa
Puak Tareqat dan orang jahil bertawassul
1. dengan ruh Nabi
2. dengan ruh para wali yang belum tentu wali Allah
3. dengan wali tareqat yang masih hidup tapi ajaran tareqat tersebut adalah ajaran yang sesat

Soalan 32
Apa pendapat syeikh mrngenai pendapat Imam Hasan Al Banna dengan isu tawassul?
b) benarkah hasan Al banna terpengaruh dengan sufi sebab beliau membesar dlm suasana kesufian.
c) bagaimana pula dengan pendapat beliau dalam usul 20, mengenai tawassul kepada Allah melalui satu drpd penciptaan-Nya,ini menjadi khilaf pada cabang (farii) dlm pendpt beliau cara beramal dan bukan semua masalah aqidah.ia lebih kepada cara berdoa..

Jawapan 32a) Thtl
al Banna dan tawassul
usyul asyrin no 13: wali tak dapat beri manfaat kpd manusia baik semasa dia hidup atau selepas dia mati
13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar’ie dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.
Komen: pendapat ni sahih, albanna menolak kesaktian para wali
Usul #14: dilarang bertawassul dgn penghuni kubur
14. Ziarah kubur -kubur siapa saja- adalah sunah yang disyariatkan dengan cara-cara yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Akan tetapi, meminta pertolongan kepada penghuni kubur, -siapapun mereka- berdoa kepadanya, memohon pemenuhan hajat dari dekat maupun dari jauh, bernazar untuknya, membangun kuburnya, menghiasinya, memberinya penerangan, dan mengusapnya (untuk mengalap berkah), juga bersumpah dengan selain Allah swt dan segala bid’ah yang serupa dengannya adalah dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak akan mencari-cari pembenaran terhadap amalan-amalan tersebut, demi menutup pintu fitnah yang lebih parah lagi.
Komen: pendapat ini sahih, selari dengan salaf
usyul #15: tawassul
Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.
Komen:
selepas beliau jelaskan wali tak ada power, dan tidak boleh bertawassul di kuburan keramat, usyul 15 fokus kpd tawassul kpd nabi selepas wafat, tawassul dengan syaikh-syaikh yang masih hidup, maka ini yang khilafnya.

Soalan 33
bolehkan rugyah pada diri sendiri mengunakan ayat ke 82 surat yaseen. bila sampai sebutan kun ( doa dan minta disembuhkan penyakit dalam hati) dan sambung faya kun.
Jawapan 33 Thtl
Ayat 82 surah yasin
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”
ini bukan ayat ruqyah, ia nak habaq kekuasaan Allah dalam mencipta. kalau nak guna utk meruqyah dan menjampi diri, kita memerlukan contoh, yakni apakah Nabi pernah ajar, atau adakah sahabat pernah amal cara camtu…setahu saya, tak ada salaf yang guna ayat ni untuk menjampi dirinya

Soalan 34
Sheikh boleh beri penjelasan kepada sahabat saya yang masih keliru.
Adakah kisah ini kerana nabi masih hidup maka boleh bertawasul dengan nabi. Dan apabila beliau sudah wafat maka kita tak boleh bertawasul lagi dengan beliau. Itulah yang saya faham. Tapi dia masih belum dapat terima.

Jawapan 34 Thtl
Tawassul dengan Nabi saw
Tawassul=perantara atau cable untuk mendapat perkenan Allah dengan cepat
tawassul yg masyru’ (dibenarkan syara’) ada 3 je:
1. tawassul dgn pelbagai ibadah. misalnya kita solat dua rakaat dan minta kepada Allah, atau kita minta semasa sujud, dengan berpuasa, dengan berhaji, dengan bersedekah..
2. tawassul dgn amal2 kita terbaik sebelum ni. Jika kita pernah derma RM 10,000, maka gunakan derma tersebut sebagai tawassul ketika meminta dari Allah, jika anda pernah bantu anak yatim, maka guna ia sebagai tawassul
3. minta orang soleh yang masih hidup tolong doakan buat anda, tapi jangan dijadikan rutin, maksudnya, selalu sangat minta bantuan orang soleh untuk semua benda…
Pada masa Nabi masih hidup, maka umat ketika itu menggunakan perantara Rasul bila mereka ingin berdoa kpd Allah, mereka minta Nabi tolong doakan.
Isu: bagaimana bila Nabi sudah wafat sekarang, apakah masih boleh menyeru Nabi, misalnnya Ya hanana, Madad Ya Rasulullah, Ya Allah aku minta di atas nama RasulMU…bolehkah?
di sisi ahli hadith, ia tidak boleh. manakala di sisi tareqat dan tasawwuf adalah boleh secara mutlak.

Soalan 35
Apa hukum kalau kita jumpa orang lain selain ustaz untuk tujuan berubat? Contoh nya macam orang-orang tua yang boleh buat air penawar. Dan kita guna air penawar yang di baca kan beberapa ayat AQ seperti yang di saran kan oleh orang itu? Mcm air tu untuk di minum dan mandikan..
Jawapan 35 Thtl
Hukum mengunjungi dukun utk menerima rawatan ruqyah (jampi) adalah dua:
1. makruh, dalilnya, Nabi saw di tanya mengenai 70,000 orang yang masuk syurga tanpa Hisab: baginda menjawab:
هُمْ الَّذِينَ لَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَتَطَيَّرُونَ وَلَا يَكْتَوُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Mereka adalah orang-orang yang tidak minta untuk di ruqyah, tidak pernah bertathayur (menganggap sial/pamali) dan tidak pula melakukan terapi dengan kay (terapi dengan menempelkan besi panas pada daerah yang sakit), dan hanya kepada Rabb mereka bertawakkal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas)
jadi org yang minta di jampi tak termasuk
2. Haram, jika jampi itu dari mantra yang bukan dari ayat AQ
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
“Sesungguhnya jampi-jampi, jimat, dan tangkal adalah kesyirikan.” (HR. Abu Daud no. 3385, Ibnu Majah no. 3521, dan Ahmad no. 3433)

Soalan 36
nak tanya.. apa hukum orang perempuan pakai loket emas berbentuk burung merak @ haiwan?
Jawapan 36 Thtl
Perhiasan wanita: loket dalam bentuk haiwan bernyawa
Ia termasuk larangan kerana Islam tidak membenarkan ukiran dalam bentuk makhluk bernyawa.
dalilnya
لا تدخلُ الملائكةُ بيتًا فيه صورةٌ
الراوي : زيد بن سهل الأنصاري المحدث : الألباني
المصدر : صحيح النسائي الصفحة أو الرقم: 5365
“Malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar (dan ukiran yang ada unsur makhluk bernyawa/haiwan dan manusia) HR nsa’iy, sahih: albani

Soalan 37
Bagaimana pandangan ttg kisah rabiatul adawiyah syeikh?beliau wanita sufi.
Jawapan 37 Thtl
Rabiatul Adawiyah berdasarkan pendapat yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H [Lihat: Az-Zahabi, Siyar A’lam an-Nubala’: 8341]. dalam al-bidayah, wafat tahun 185
Al-Imam Ibnu Jauzi al-Baghdadi (rhm) yang membariskan Rabi’ah al-‘Adawiyah ini bersama tokoh2 besar ahli zuhud salaf semisal Bisyr al-Hafi, Ma’ruf al-Karkhi dan lain2 dalam sifatus safwah.
dalam era dia lahir 100 hijrah, era tabi’in dan wafat tahun 180, era tabi’in, ini masih zaman permulaan sufism. maka masih belum ujud doktrin sufi dan tareqat yang seperti sekarang.
manakala Rabiah ni banyak dimanipulasi oleh tareqat berdasarkan kisahnya dalam kitab tasawwuf spt Ihya’ Ulomidin yg banyak cerita pasal kisahnya tanpa sanad. maksudnya dibesar-besarkan. Ulamak hadith spt Abu Daud menghukumnya zindik atau wanita yg sesat kerana sifat melampau dalam menyintai Allah, begitu juga Ibn taymiyah, menyatakan jika benar Rabiah begitu melampau cintanya kpd Allah, maka itulah sifat sufi yang sesat, menyembah Allah hanya dalam dengan Cinta. (syikhul Islam, al-Ubudiyah)

Soalan 38
Konteks dakwah yang macamana mampu menarik semua ahli bid’ah yang baru berjinak-jinak dengan ilmu tareqat ini?
Jawapan 38 aThtl
dakwah islah/tajdid amat sukar, sebab tareqat ni super power di Nusantara. sejarah pun Islam dibawa oleh tareqat man….istana dan Penguasa di bawah kuasa mereka…juga majlis agama dan jabatan agama…just do our best

Soalan 39
Apa yang patut kita lakukan,jika kita di cop wahabi?
Mohon syeikh jelaskan.
c)Fahaman apakah yang suka mengelarkan orang lain yang mengikut sunnah Nabi SAW dengan panggilan wahabi
Jawapan 39 Thtl
fenomena kena cop wahabi
sudah dijelaskan ketika soaljawab bilik 87, ada beberapa approach kalau anda di cop wahabi
1. tanya balik definasi wahabi
2. jika wahabi itu bermaksud memutihkan agama dari syirik, bid’ah dan khurafat, kena kita bangga dengan wahabi
3. jika wahabi itu bermaksud gerakan pemutihan dengan operasi militeri, maka kita kena cakap, kita tidak akan berbuat demikian kerana militan bukan cara kita
siapa dalang di sebalik label wahabi
jug sudah dijelaskan di bilik 87
Puak yang melabel orang sunnah sebagai wahabi ada 3 jenis
a. tareqat dan sufi sebab mereka dikeluarkan dari arab saudi dan semua kuburan dimusnahkan sama sekali
b. ilmuan atau agamawan dari aliran lama atau klasik nasional, maksudnya graduan sistem pondok dan pesantren. graduan ini menguasai jentera kerajaan dalam sektur agama, manakala graduan IPTA lokal dan international (middle east)
tapi mereka tidak dapat menguasai aliran mainstream.
c. org jahil yang dikuasai oleh mainstream, maksudnya rakyat jelata yang tidak ada ilmu dan mereka bergantung kepada maklumat imam dan guru-guru agama yangg kebanyakannya dari aliran klasik nasional dan tareqat

Soalan 40
betul ke tak boleh sebut sembahyang? kena sebut solat? dah terbiasa sebut sembahyang, ada orang cakap tak boleh sebab maksudnya tak elok..
Soalan 41
istilah sembahyang atau solat
Terjadi perbahasan di Indonesia kerana sembahyang ni berasal dari sana. Profesor Doktor Tengku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy yang pertama menggali asal usul kalimah sembahyang dalam kitabnya “shalat”. dia berkata, sembahyang adalah dari dua kalimah “sembah” dan “Hyang” dewa yang utama di nusantara yang dulunya beragama Hindu. Maka sembahyang adalah upacara sembahyang kepada Tuhan Hyang. Tapi oleh kerana rantau ini sudah bebas dari hindu kecuali pulau Bali, maka istilah tersebut sudah dilupakan maksudnya dan di fahami sebagai sembahyang=solat. Maka dalam istilah ni yang diambil kira ialah maksud yang dimengerti secara mutawatir (pemahaman kebanyakan manusia). Maka jika di katakan “Jom sembahyang”, maka secara otomatik orang melayu atau Indo mengerti ia maksudnya ke mesjid. Maka jika sudha dimasukkan dalam kamus Dewan dna kamus besar indo, sembahyang maksudnya solat. namun solat yang diambil dari AQ adalah lebih utama digunakan.

Komen dan Soalan