Utama Bilik (21) Aqidah Salaf Kelas 2 : Aqidah Salaf

Kelas 2 : Aqidah Salaf

162
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، نشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ونشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم.

Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kebirukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

 

قال تعالى : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ) [آل عمران : 102]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

 

قال جل وعلا : (ِيَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا)[ النساء : 1]

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

 

قال جل ثنائه : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا)[ الأحزاب : 70-71]

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

أما بعد :

فإن أصدق الحديث كتاب الله جل وعلا، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-diakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka.

وبعد

 

Insha Allah, perkongsian kali ini ana kedepankan 4 point.

 

13) “Dan tidak boleh diiktiqadkan Allah mempunyai mana-mana anggota tubuh, juga ketinggian, lebar, tebal, nipis dan seumpamanya yang mempunyai keserupaan dengan makhluk”. Kalam sebegini tidak terdapat didalam al-Quran dan as-Sunnah, tidak juga terdapat daripada 3 kurun terbaik (as-Salaf as-Soleh). Akan tetapi ia terdapat daripada gaya bahasa golongan al-Mutakallimin.

Sesungguhnya Allah tidak sama dengan makhluk.

Dalil penafian yang Allah tidak sama dengan makhluknya :

قال الله تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ)[الشورى : 11]

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)

 

قال تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) [الشورى : 11]

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

 

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (رحمه الله) didalam kitab (منهاج السنة النبوة 2/523) :

Jalan generasi Salaf dan para imam-imam mereka menyifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan pada-Nya sendiri dan dengan apa yang Rasul-Nya sifatkan pada-Nya tanpa mengubah makna (تحريف), tanpa menafikan sifat Allah (تعطيل), tanpa menggambarkan rupa bentuk (تكييف), tanpa menyamakan dengan sifat makhluk (تمثيل).

Menetapkan sifat Allah tanpa menyamakan dengan sifat makhluk, menyucikan Allah tanpa menafikan sifat-Nya, menetapkan sifat-Nya dan menafikan dari disamakan dengan makhluk.

 

قال تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ )

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)

 

Menjawab dakwaan menyamakan Allah dengan makhluk.

 

قال تعالى : (وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) [الشورى : 11]

dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

 

Menjawab keatas golongan yang menafikan sifat Allah.

Dan kata-kata mereka dalam bab sifat terdiri daripada 2 :

  1. Sesungguhnya Allah (سبحانه وتعالى) dibersihkan dari sifat kekurangan seperti tidur, lemah, malas, jahil dan selain dari itu. Habis point 13.
  2. Sesungguhnya Allah disifatkan dengan sifat yang sempurna yang tidak bersifat kurang pada-Nya. Dari sudut pengkhususan pada-Nya itu adanya sifat-sifat, tidak menyamakan-Nya dengan sesuatu sifat pun daripada sifat-sifat makhluk.

 

14) Tidak mengatakan : Sesungguhnya Nama-nama Allah bukan Allah seperti yang dikatakan oleh golongan Muktazilah, Khawarij, dan kelompok dari puak yang mengikut hawa nafsu (Ahli Ahwa’).

 

15) Menetapkan bagi Allah itu wajah, mendengar, melihat, mengetahui, berkuasa, kemuliaan dan berkata-kata. Bukan seperti yang dikatakan oleh puak yang menyeleweng daripada golongan muktazilah dan selain daripada itu.

 

قال الله تعالى :(وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ)[الرمن : 27]

Dan akan kekallah Wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

 

قال الله تعالى :(أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ ۖ )[النساء : 166]

Allah menurunkannya dengan ilmuNya.

 

قال الله تعالى :(وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ )[البقرة : 155]

Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

 

قال الله تعالى :(فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ)[فاطر : 10]

Kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.

 

قال الله تعالى :(وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ)[الذاريات : 47]

Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi).

 

قال الله تعالى :(أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ )[فصلت : 15]

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka?

 

قال الله تعالى : ( إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ)[الذاريات : 58]

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

 

16) Allah Ta’ala Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkata-kata.

 

قال تعالى : (وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي)[طه : 39]

Dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

 

قال تعالى :(وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا)[هود : 37]

Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami.

 

قال تعالى :(حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّه)[التوبة : 6]

Sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah.

 

قال تعالى :(وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا)[النساء : 164]

Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).

 

قال تعالى :(إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ)[النحل : 40]

Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: “Jadilah engkau! “, maka menjadilah ia.

 

Satu lagi ayat yang ana ingin menambah yang diambil dari kitab صفات الله عز وجل الواردة في الكتاب والسنة

 

قال تعالى :(إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا)[النساء : 58]

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 

17) Mereka berkata sebagaimana umat Islam katakan berhubung penciptaan mereka: apa sahaja yang Allah inginkan, pasti akan terjadi dan apa sahaja yang Allah tidak inginkan, maka tidak akan terjadi sebagaimana firman Allah Ta’ala :

 

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ [الإنسان : 30]

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah.

Saya bagi satu contoh dan dibahagikan kepada 2 bahagian :

  1. Jika diberi keizinan oleh Allah, si fulan akan sampai ke tempat pengajian tersebut walau sekuat manapun dugaan yang dihadapi tatkala didalam perjalanan.
  2. Jika Allah tidak mengkehendaki, si fulan tidak akan sampai walau selapang manapun masa yang ada, walau sesihat manapun si fulan.

 

18) Mereka berkata : Tidak ada jalan untuk seseorang itu keluar dari pengetahuan Allah, dan termasuklah perbuatannya, kehendaknya tidak boleh mengatasi kehendak Allah, dan dia tidak boleh menukar ganti ilmu Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, Dia tidak jahil dan tidak juga lupa, dan Allah Maha Berkuasa dan tidak akan boleh diatasi oleh apa-apa sahaja.

 

والله أعلم
والسلام عليكم ورحمة الله

Komen dan Soalan