Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran سورة الطارق ١٢

سورة الطارق ١٢

101
0
Iklan

[86:12] وَٱلۡأَرۡضِ ذَاتِ ٱلصَّدۡعِ

 

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. [86:12]

Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Pembiakan tanaman berlaku menerusi benih tanaman, sama ada menerusi biji benih atau keratan ranting. Amalan agronominya ialah dengan memasukkan benih tanaman itu ke dalam tanah, kemudian ditimbus dan dipadadatkan tanahnya. Kerja seumpama ini biasanya dilakukan oleh  para petani.

Justeru itu para petani disebut di dalam al-Qur’an sebagai kuffar, iaitu orang-orang yang menyembunyikan benih tanaman ke dalam tanah. [57:20]

Selepas beberapa hari sulur tanaman yang lembut itu keluar menujah tanah yang dipadatkan ke atasnya tadi. Maka kenapa kamu masih berdegil, tidak mahu menjadi hamba yang taat? Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam? [56:63]

Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? [56:64]

Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur sebelum sempat tumbuh atau berbuah, maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan kehairanan penuh penyesalan. [56:65]

Sambil berkata: “Sesungguhnya kami kini menanggung kerugian.” [56:66]

Bahkan kami kecewa tidak beroleh sebarang hasil. [56:67]

Kalau begitu, belum tibakah masanya untuk manusia menundukkan hatinya kepada al-Qur’an – baca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar?

اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.

Komen dan Soalan