Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 5

Fiqh Wanita 5

880
0
Iklan

Soalan 1
Apakah hukum menghadiri majlis yang ada menghidangkan minuman keras tapi tak minum cuma non-muslim saja yang minum?
Jawapan 1 Thtl
Majlis yang ada minuman keras.
Dalil:
Daripada Jabir ra,
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah dia duduk disuatu hidangan yang ada dihidangkan arak”(HR An-Nasaai,At-Tirmidzi,Ad-Daarimy dan lainnya.Dihukumkan sohih oleh Albany(Al-Irwaa:6/7 no.1949)
Maka sebolehnya dielakkan.

Soalan 2
Apakah amalan Rasulullah SAW bila bangun tidur,minum air terus atau berkumur dulu?
Ada ustaz bagi tahu yang air dalam mulut tu consider najis(air liur basi) dan mesti di basuh dulu sebelum minum air.
Jawapan 2 Thtl
Amalan sunnah sebaik saja bangun tidur
i)Usap wajah dan tangan
ii)Baca doa atau zikir bangun tidur,ada dalam Hisnul Muslim/al-Azkar
iii)Bersiwak atau berus gigi
iv)Istintsar,masukkan air dalam hidung dan keluarkan.
v)Cuci tangan
(Ref :1000 sunnah,Khaled al-Hasany)

Soalan 3
Sepupu saya ada tatoo di paha.Dibuat semasa belajar di England.Boleh kah dia menunaikan haji,jika tatoo masih ada dipahanya.?
Bagaimana seorang muslim yang pernah membuat tatoo ditubuhnya setelah dia insaf,adakah perlu dibuang tatoo tersebut atau biarkan saja?.Sebab membuang tatoo adalah sangat sakit
Jawapan 3 Thtl
Seputar hukum tatoo.
Tatoo=Perbuatan melukis di badan dengan dengan dakwat kekal.Ia haram menurut ijmak dengan dalil laknat,laknat adalah petanda ia adalah kabair atau dosa besar.
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya,melakukan tatoo di wajahnya(mutawashimmah),menghilangkan rambut dari wajahnya,menyambung giginya,demi kecantikkan mereka telah merubah ciptaan Allah.
Jika sudah terlanjur bertatoo kerana kejahilan kemudian insaf:Adapun bagi yang terlanjur bertatoo,ia wajib menghilangkan bekas tatoonya jika tidak memudharatkan (membahayakannya)(lihat fatwa Ibnu Baz:6/531)
Apabila sulit dihilangkan dan sangat menyakitkan serta ia tidak mampu menahan beratnya rasa sakit ketika tatoo cuba dihilangkan,maka cukup bertaubat dan tidak harus menghilangkan karena ini termasuk uzur(lihat al-Muntaqo min fatawa al-Fauzan,Dr Sholih al-Fauzan:75/4)WA

Soalan 4
Bagaimana cara pengurusan uri yang baik mengikut islam?dari sejurus lahir hingga nak menanamnya,ada cara yang spesifik ke?kerana uri dianggap taboo dan dikatakan memangggil hantu syaitan mengikut adat.
Jawapan 4 Thtl
Seputar melupuskan uri.
Uri atau placenta adalah rumah bayi dalam perut ibu dan bertujuan menyalurkan nutrien dan membuang toksin dan waste dari bayi selama 9 bulan dalam kandungan.Ia kelauar bersama bayi dan dianggap organ yang telah mati dan tamat peranannya sebaik saja tali pusat dipotong.
Hukum fiqh keatas tak ada,maka ia dianggap waste atau bahan buangan dan tidak ada petunjuk dari AQ mahupun sunnah mengenai apa yang perlu dilakukan melainkan dilupus dengan selamat dengan dua cara:
i)menuntut dari hospital dan menanamnya tanpa ada ritual tertentu,jika ada,ia adalah khurafat dan bid’ah.
ii)menyerahkan kepada hospital sebagai medical waste(sisa buangan hospital)dan biasanya kontraktor medical waste akan melakukan pembakaran atau incernation.WA

Soalan 5
Sebelum ini thtl ada jawab vaccine di Arab Saudi memang wajib macam di Malaysia jakim tetapkan vaccine tu harus dan tiada pengesahan halal untuk semua jenis vaccine,di Saudi macamana status halal vaccine ada tak?Boleh tak kita menolak untuk vaccinekan anak sebab meragui kandungan vaccine itu?
Jawapan 5 Thtl
Status vaccine ,halal atau haram.
Di Arab Saudi tidak diselidiki status halal vaccine sebab mahzab Hanbali tidak strict dalam urusan perubatan.Kemudian mahzab ini menerima ubat-ubatan dari negara Eropah dan USA sebagai negara ahli kitab.
Maka hukum halal.
“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik.Makanan (sembelihan)orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu dan makanan kamu halal pula bagi mereka.(Dan dihalalkan mengahwini)wanita-wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita -wanita yang menjaga kehormatan dia antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu.”(QS.Al-Maidah:5)
Jika makanan dan kahwin pun halal,maka apatah lagi vaccine mereka.

Soalan 6
Adakah wuduk terbatal sekiranya kita menukar pampers anak kita?
Jawapan 6 Thtl
Menukar lampin bayi membatalkan wuduk?
Tidak,membatalkan wuduk ialah berhadath,bukannya menyentuh najis.
Dalam fatwa lajnah Daimah dan Ifta Arab Saudi,dinyatakan.
“Wuduk tidak batal disebabkan mencuci najis,baik yang berada dibadan orang yang wuduk maupun orang lain.”(Majalah Buhuts Islamiyah,jld 22,ms.62)

Soalan 7
Sekiranya kuku jari panjang sikit,apakah kita perlu memastikan wuduk sampai kecelah kuku itu?
Jawapan 7 Thtl
Wuduk dengan kuku jari panjang.
Seandainya dikuku ada kotoran yang menghalang masuknya air atau terdapat cincin yang menutupi,maka wuduknya tidak sah.”(Al-Fiqhu Al-Manhaji hal :55)
Kalau tak ada kotoran,maka tak ada masalah kerana air akan memasukinya sebab sunat fitrah ialah sentiasa pastikan kuku sentiasa dipotong.

Soalan 8
Tukar pampers bayi tidak batal wuduk?kalau tangan tersentuh najis bayi,tak batal wuduk?kalau terkena najis batal wuduk kan?lagi satu kalau dah ada wuduk,tapi nak pakaikan pampers anak,tangan terkena kemaluan dia adakah batal wuduk?
Jawapan 8 Thtl
Sentuh najis tidak batal wuduk.
Ya sentuh najis tidak batal wuduk cuma basuh tangan dengan dettol atau sabun,maka wuduk masih kekal,kerana apa yang membatalkan wuduk ialah najis yang keluar dari badan dan bukan menyentuhnya.
Kita berhadath jika keluar najis bukan sentuh najis.

Soalan 9
Seorang wanita mengalami alahan dan salah satunya tidak boleh telan air sendiri.disebabkn itu kadang-kadang semasa tidur air liur meleleh sampai terkena baju.persoalan adakah air liur itu termasuk dalam kategori najis dan adakah sah dibawa solat bj yg terkena air liur itu?

Jawapan 9 Thtl
Hukum air liur
Ia masalah khilaf:
1. pendapat mazhab Imam Laits, ia tidak najis secara mutlak, juga pendapat hanbali saudi
اللعاب الذي يخرج من النائم أثناء نومه طاهر وليس بنجس
Fatwa Dr Saleh al-Fawzan, air liur yang keluar dari orang yang tidak tidak najis, ia bersih.
2. pendapat al-Muzani dari mazhab syafi’iy, ia najis secara mutlak
3, pendapat pertengahan, ia dilihat kepada sifat air liur tersebut, apakah ada warna, bau yang kuat dan apakah tidurnya lama.
Pendapat Imam Nawawi (Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab, Juz : 2 Hal : 551-552 ), ia tidak najis dan ia termasuk Umum al-Balwa (kesulitan yang sulit dihindari manusia).
Maka dalam kes wanita yang ada alahan dan air liur sentiasa keluar, maka dihukumkan tidak najis berpandukan mazhab hanbali dan tarjih Imam Nawawi.

Soalan 10
Isu pemakaian inai dibuat dari kapur dan bahan pewarnanya sejenis pewarna makanan…apakah hukumnya ya
Jawapan 10 Thtl
inai dari kapur dan pewarna makanan
Inai terbaik ni dari extract pokok henna, biasanya dari saudi arabia (Rani brand), juga India dan pakistan.
jika ada yang nak pakai inai tiruan, tak ada masalah. itu pilihan pengguna.

Soalan 11
Bagaimana kaedah terbaik utk bersihkan najis mutawasitah di atas tilam yang tebal dan berat?
Jawapan 11 Thtl
cara bersihkan najis mutawasitah pada tilam yang tebal dan berat
1. guna wet/dry vaccum cleaner, ini terbaik
2. hilangkan ain najis dan curah air dan guna hair dryer
3. hilangkan najis, dan letak table fan dan on utk satu atau dua hari

Soalan 12
Adakah pemakaian sebarang jenis celak mata dikira mengikut sunnah atau hanya jenis material celak yang tertentu yang ada dimaklumkan dlm hadith sahaja yang dikira ikut sunnah? Terima kasih
Jawapan 12 Thtl
jenis celak terbaik
خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ. إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ.
“Celak yang terbaik untuk kamu adalah itsmid. Sesungguhnya ia bisa menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”HR Abu Daud, 3878 dari Ibn Abbas
jika ada yang lain, pastikan ia safe dan tak ada side effect kpd mata

Soalan 13
Adakah memakai kain basahan ketika mandi merupakan sunnah. Mohon sertakan dalil
Jawapan 13 Thtl
mandi pakai kain basahan
Imam Bukhari ada bab dalam sahihnya berjodol: Bab Orang yang mandi berseorangan dalam keadaan bersendirian, dan orang yang menutup aurat, maka menutup aurat adalah lebih baik. dalam bab ni imam Bukhari bawa hadith Nabi Musa mandi bogel dan Nabi Ayyub pun mandi bogel keduanya dalam keadaan sendirian. kesimpulan Ibn Hajar, boleh, pakai kain basahan tu adalah lebih baik sebagai Adab dengan Allah. WA

Soalan 14
Adakah menutup kepala ketika masuk tandas merupakan sunnah. Mohon sertakan dalil
Jawapan 14 Thtl
Pakai tutup kepala masuk tandas
Tidak ada hadith sahih dalam bab ni
Nota:
Zaman salaf, kalau mereka buang air bukan dalam toilet, mereka akan tutup kepala..ini dilakukan ketika mereka ekspedisi untuk dakwah atau perang…tujuan: supaya tak dikenali, kalau kita buang air kat tempat open, memang kena tutup kepala…ia diamalkan oleh penduduk tepi pantai kelantan dan terengganu zaman dulu, kalau mereka melepas kat tepi pantai, mereka akan tutup kepala…supaya tak dikacau orang…Salaf juga bawa tombak kecil ketika buang air, supaya mudah nak gali lubang.. kemungkinan dari situlah, maka orang berpendapat sunnahnya tutup kepala…
Zaman sekarang, kata DYQ, dinamakan modern toilet, yang digabungkan dengan bilik mandi, sinki atau bath tub. orang pakai tutup kepala jika mereka nak shower yang tak membasahkan rambut, mereka pakai penutup kepala dari plastik, kat hotel memasang standard item yang dibekalkan dalam bilik air…maka dengan adanya sistem toilet moden hari ini, maka umat Islam tak payah nak tutup kepala atau membawa tiga ketul batu atau membawa tombak semasa buang air.

Soalan 15
adakah hadith tentang perempuan yang di dalam haid, diboleh kan memotong kuku, cukur bulu ketiak,kaki dan ari-ari? Mohon pencerahan tuan thtl?
Jawapan 15
Hukum potong kuku dan rambut dan bulu ketika haid
Tak ada larangan, tak hadits dalam hal ni, maka kembali kepada hukum asal, Harus

Komen dan Soalan