Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran سورة الطارق ٧

سورة الطارق ٧

78
0
Iklan

[86:7] يَخۡرُجُ مِنۢ بَيۡنِ ٱلصُّلۡبِ وَٱلتَّرَآٮِٕبِ

Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan. [86:7]

Benih yang memancut dari tulang sulbi lelaki itu tiada guna jika tidak dipersenyawakan dengan benih perempuan.

Persenyawaan ini tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kecuali melalui suatu proses yang sah, iaitu ikatan perkahwinan.

Apakah persediaan jika hendak berkahwin?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم – bersabda:

ف إن كم أخذت موهن ب أمان ة هللا، وا س تح ل ل تم ف روجهن ب ك لمة هللا ت عال ى. ات قوا هللا ف ي ال نساء

“Bertakwalah kamu kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita, kerana sesungguhnya kamu semua telah mengambil mereka dengan amanah perintah daripada Allah.”

Siapa yang paling patut bersedia di sini? [4:34]

Ke mana lelaki hendak pimpin kaum wanita? [66:6]

Al-Qur’an adalah rujukan yang patut dijadikan panduan dalam mengatur urusan rumahtangga. Bagaimana caranya hendak memahami al-Qur’an? [33:21]

Ingat: Al-Qur’an adalah rujukan. Al-Sunnah adalah huraian.

Apakah agenda harian yang patut diajar kepada isteri dan anak-anak? Lihat perintah dalam ayat ini: [29:45]

Setiap ibadat itu mestilah bermula dengan faham (Baca dan faham al-Qur’an). Kemudian dirikan salat. Justeru salat yang lakukan dengan roh kefahaman itulah yang boleh mencegah perbuatan sumbang dan syirik.

Setiap suami hendaklah sentiasa mendoakan apa?

  1. Dapat menjadi pemimpin kepada pengikut yang bertakwa. [25:74]
  2. Zuriat yang baik. [3:38]
  3. Keturunan yang mendirikan salat. [14:40]

Bayangkan jika sesebuah perkahwinan itu tidak didasari jalan mencari keredaan Allah, benih yang dipersenyawakan di dalam rahim wanita itu jika dilahirkan ke dunia ini menjadi bergunakah? [39:15-16]

Inilah apa yang hendak dibimbing oleh ayat ini [86:7]

Komen dan Soalan