Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Siri Tanda-tanda Kiamat 1

Siri Tanda-tanda Kiamat 1

3522
0
Iklan

Siri Tanda-tanda KIAMAT

 

Rujukan Utama :

susunan tanda mengikut kitab Nihayah al-‘aalam, karya Prof Dr Muhammad  Al-Arifi, King Saud Univ, Riyadh

 

Disampaikan Oleh : THTL, Jazan, KSA

 

Tanda-tanda kecil Kiamat: tanda2 sebelum berlakunya Kiamat dgn tempoh yg agak lama, ia mungkin berulang, sudahpun berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam masa terdekat. Dihimpunkan 131 petanda kecil akan berlakunya Kiamat.

 

******************************************************************************************************************

 

1/131 Terutusnya nabi saw

 

Dalil 1:

hadits Sahl bin Sa’d t beliau ra berkata :

 

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بِإِصْبَعَيْهِ هَكَذَا بِالْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ بُعِثْتُ وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ

 

“Aku melihat Rasulullah saw mengisyaratkan dengan dua jarinya seperti ini yaitu jari tengah dan jari telunjuk (seraya berkata): “Aku dan hari kiamat diutus seperti ini.” HR Bukhari no 4936

 

(الراوي : سهل بن سعد الساعدي المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 4936

 

dalil 2:

 

بُعِثتُ أنا والسَّاعةُ كهاتَيْن

 الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 6504 خلاصة

Dari Anas, ‘(Masa) diutusnya aku dan (hari terjadinya) Kiamat seperti dua (jari) ini’, sahih Bukhari no 6504

 

dalil 3:

 

بُعِثْتُ في نَسَمِ السَّاعةِ

 الراوي : أبو جبيرة بن الضحاك الأنصاري المحدث : الألباني

 المصدر : صحيح الجامع الصفحة أو الرقم: 2832 خلاصة حكم المحدث : صحيح

dari abu Jubairah

“Aku diutus pada awal hembusan angin Kiamat (awal tanda-tanda Kiamat).” HR al hakim, disahihkan oleh albani dalam sahihul Jaami’ no 2832

 

 

1/131 Perutusan nabi saw sbg tanda kecil Kiamat

 

ويقول الإمام القرطبي:

أولها النبي صلى الله عليه وسلم؛ لأنه نبي آخر الزمان، وقد بُعِثَ وليس بينه وبين القيامة نبي.

 

Terj: Berkata Imam al-Qurthubi rh:

 “Tanda Kiamat yang pertama adalah diutusnya Nabi saw, karena beliau adalah Nabi akhir zaman dan beliau telah diutus sementara tidak ada lagi Nabi di antara beliau dan hari Kiamat.” [At-Tadzkirah fii Ahwaalil Mautaa’ wa Umuuril Aakhirah (1: 710)

Tamat 1/131: rumusan, Perutusan nabi Muhammad saw adalah tanda kiamat kecil yg pertama. Mungkin kita rasakan ia sudah lama berlaku, kira2 1436 tahun yang lalu. akan tetapi, inilah tanda yang pertama kerana selepas Nabi tiada lagi Nabi yg baru, menandakan inilah berakhirnya dunia, Adam as sampai Muhammad saw. 1436 tahun di sisi Allah tidak sama dengan kiraan tahun di sisi kita.

 

 

2/131 tanda kecil Kiamat: kewafatan nabi saw pada 12 r’awal 11 hijrah

 

Dalil:

 

أتيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وهو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بين يديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بيتِ المقدسِ ، ثم موتانِ يأخذ فيكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى يُعْطَى الرجلُ مائةُ دينارٍ فيظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا يَبْقَى بيتٌ من العربِ إلا دخلتْهُ ، ثم هُدْنَةٌ تكونُ بينكم وبين بني الأصفرِ ، فيَغدرونَ فيأتونكم تحتَ ثمانينَ غايةٍ ، تحت كلِّ غايةٍ اثنا عشرَ ألفًا ) .

 الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3176 خلاصة

 

Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja’iy ra

“Aku mendatangi Rasuulullah صلى الله عليه وسلم pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:

 1.Kematianku,

 2.Dimenangkannya Baitul Maqdis,

 3.Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,

 4.Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,

 5.Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,

 6.Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka   mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” HR Bukhari no 3176

 

sekarang fokus kpd kewafatan Nabi saw sebagai tanda kecil kedua Kiamat, Bila nabi wafat, sahabat merasakan mmg seperti Kiamat dan madinah tidak lagi sama, suasananya sudah berubah sama sekali. yang pertama di rasakan abu bakar ialah terputusnya wahyu. Ini satu musibah yg amat besar dan selepas itu muncullah riddah atau murtad dan pelbagai peristiwa seperti pembunuhan Uthman, perang jamal dan siffin

 

Fiqh sampingan dari kewafatan nabi saw.

1⃣       tarikh kewafatan Nabi yg sahih ialah hari isnin, 12 Rabilul awal 11 hijrah selepas 10 hari     sakit tenat.

2⃣       baginda di makamkan pada hari Rabu kerana isu perlantikan khalifah yg baru, isu dimana akan disemadikan, dan kegawatan dan panik yang menimpa umat Islam, khususnya penduduk Madinah

 

3⃣       isu kenapa berlaku kekecohan semasa nabi meminta alat tulis untuk mewasiatkan sesuatu, namun dilarang oleh Umar al-Khattab. Umar berbuat demikian melihatkan nabi dalam keadaan tenat dan pesanan akhirnya sudah dinyatakan sebelum itu.

4⃣       timbul isu apakah ungkapan terakhir ketika beliau wafat, kebanyakan manusia menyatakan “ummati, ummati, ummati” yang sahih, lafaz terakhir ialah “fi Rafiq al-A’la” bermaksud baginda ingin segera bersama teman yang Maha tinggi, yakni Allah. ia juga tawhid akan beradaan Allah di tempat yang Tinggi.

5⃣       Isu di manakah tempat terakhir baginda menghembuskan nafas terakhir, pengaruh syiah mengatakan di rumah Fateemah, yg sahih ialah di rumah Aisyah.

6⃣       apakah pusara Nabi itu dalam mesjid nabawi? jawabnya tidak, ia adalah asalnya rumah Aisyah ra, oleh kerana pembesaran mesjid, maka kelihatan ia berada di dalam mesjid

7⃣        warna kubah hijau betul2 di atas pusara Nabi itu dibuat oleh sultan uthmaniah pada tahun 1253 oleh sultan abdu hamid, ia kekal sampai sekarang. Sekian

 

 

 

 

3/131: Tanda Kecil Kiamat – Terbelahnya Bulan

 

dalil:

 

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ * وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ

 

“Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mu’jizat), mereka berpaling dan berkata : “(Ini adalah) sihir yang terus-menerus” [QS. Al-Qamar : 1-2].

 

Tafsir Ibn katsir al-Qamar: ayat 1-2:

 

قد كان هذا في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، كما ورد ذلك في الأحاديث المتواترة بالأسانيد الصحيحة. وقد ثبت في الصحيح عن ابن مسعود أنه قال: «خمس قد مضين: الروم، والدخان، واللزام، والبطشة، والقمر» وهذا أمر متفق عليه بين العلماء: أن انشقاق القمر قد وقع في زمان النبي صلى الله عليه وسلم وأنه كان إحدى المعجزات الباهرات.

Terj:

Peristiwa itu berlaku di zaman Rasulullah SAW sebagaimana warid (drsebut) dlm hadit2 yg mutawatir (banyak jalan riwayatnya) dgn sanad2 yg sahih, dalam sebuah hadith sahih, Ibn Mas’ood berkata, ” lima perkara terjadi (tanda kiamat): Rom, asap, kematian, siksaan yg keras dan bulan (terbelah).”* sepakat ulama’ bahawa terbelahnya bulan terjadi di zaman Nabi saw dan ia termasuk mukjizat yg hebat.”

*HR Bukhari, 4825. Muslim, 2798

 

hadith 1: Ibn Mas’ood ra

 

بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى إِذَا انْفَلَقَ الْقَمَرُ فِلْقَتَيْنِ فَكَانَتْ فِلْقَةٌ وَرَاءَ الْجَبَلِ وَفِلْقَةٌ دُونَهُ فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا

Ketika kami bersama Rasulullah saw di Mina, tiba-tiba bulan terbelah menjadi dua bagian. Satu bagian berada di belakang atas gunung (Hira’) dan separoh lainnya (berada) sedikit di bawahnya. Maka Rasulullah saw bersabda kepada kami: “Saksikanlah.” HR Bukhari, 4864. Muslim, 2800

 

Hadith 2: Anas ra

 

أن أهلَ مكةَ سألوا رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم أن يُرِيَهم آيةً، فأراهمُ انشِقاقَ القمرِ .

 الراوي : أنس بن مالك المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم:3637

Terj: “Penduduk (kaum musyrikin) Makkah pernah meminta kepada Rasulullah saw agar beliau menunjukkan tanda kenabian. Maka beliau menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan.” al-Bukhari, no 3637

Huraian: Walaupun ia tanda yg telah lama terjadi, namun ia menjadi ilmu kepada kita bahawa ia juga salah satu tanda kecil Kiamat, dinyatakan dalam AQ surah al-Qamar dan ia juga salah satu Mukjizat baginda yg tak kirang hebatnya berbanding dengn mukjizat Nabi Musa dan Isa AS. Tamat 3/131

 

4/131 Tanda2 Kecil Kiamat – Berakhirnya Generasi Sahabat

 

Hadith:

 

صلَّينا المغربَ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ . ثم قلنا : لو جلَسْنا حتى نصلِّيَ معه العشاءَ ! قال فجلَسْنا . فخرج علينا . فقال ” ما زلتُم ههنا ؟ ” قلنا : يا رسولَ اللهِ ! صلَّينا معك المغربَ . ثم قلنا : نجلس حتى نصلِّيَ معك العشاءَ . قال ” أحسنتُم أو أصبتُم ” قال فرفع رأسَه إلى السماءِ . وكان كثيرًا مما يرفع رأسَه إلى السماءِ . فقال ” النجومُ أمَنَةٌ للسماءِ . فإذا ذهبتِ النجومُ أتى السماءَ ما توعد . وأنا أمنةً لأصحابي . فإذا ذهبتْ أتى أصحابي ما يوعدون . وأصحابي أمنةٌ لأمتي . فإذا ذهب أصحابي أتى أمتي ما يُوعدون ” .

 الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قيس المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2531

Terj:

Abu Musa berkata “Kami salat Magrib bersama Rasulullah SAW, kemudian kami katakan: ‘seandainya kita duduk-duduk dan menunggu sampai shalat Isya bersama beliau lagi.’ (si perawi mengatakan) kami pun duduk-duduk (menunggu Isya) . Nabi lantas keluar menemui kami dan berkata: kalian masih disini ?

 Kami menjawab, “ Wahai Rasulullah, kami salat Magrib bersamamu. Kemudian kami katakan, “Kami tetap duduk-duduk (di masjid) agar kami dapat salat Isya’ bersama Anda.” baginda bersabda: Bagus kalian atau benar kalian!

Perawi menambahkan: Nabi SAW kemudian mendongak kepala ke langit dan beliau memang sering mendongakkan kepala ke langit. Beliau lantas bersabda:

 

“ Bintang-bintang adalah amanah bagi langit; jika bintang mati, maka datanglah pada langit sesuatu yang mengancamnya. Dan aku adalah amanah bagi sahabatku; jika aku mati, Maka datanglah kepada para sahabat sesuatu yang mengancam mereka. Sahabatku adalah amanah Umatku; jika mereka mati, maka datanglah kepada umatku sesuatu yang mengancam mereka.” HR Muslim no 2531

 

Fiqh Hadith:

  1. Menjadi kebiasaan para sahabat selepas maghrib, mereka menunggu masuknya waktu Isya’
  2. Bintang-bintang adalah “amanah” langit atau penstabil dan penguat cakrawala. Ini suatu ilmu yg baru diperkenalkan oleh Nabi 1430 tahun sebelum ilmu cosmology. Yakni bintang2 adalah penstabil langit, tanpa bintang, maka alam akan musnah. Pada masa itu, org Greek menganggap buntang2 adalah dewa dan Tuhan lalu lahirnya horoskop, kemudian org arab juga membuat pelbagai metos tentang bintang. Maka dengan hadith ini dijelaskan fungsi bintang2 ialah menstabilkan alam buana
  3. Nabi saw menjelaskan dirinya adalah amanah atau penstabll sahabatnya, bila baginda wafat, maka terjadi kegoncangan dengan beberapa fitnah, kegoncangan semasa pemilihan khalifah, murtad di Yaman, Nabi palsu, perang Jamal, perang Sifin, pembunuhan Umar, Uthman, Ali, munculnya Khawarij dan pembunuhan Husin di Karbala dan munculnya syiah

100 tahun pertama hijrah adalah generasi sahabat,

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي

sebaik-baik umatku (sahabat) adalah qurunku” HR Bukhari-Muslim

  1. Sahabat adalah penstabil umat Muhammad saw. Berakhirnya generasi sahabat, maka bermula munculnya bid’ah, satu bencana yg menimpa agama, syirik dengan munculnya faham tareqat dan penyibaran hadith palsu yg banyak.

 

صلَّى بنا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ذاتَ ليلةٍ ، صلاةَ العشاءِ ، في آخرِ حياتِه . فلما سلَّم قام فقال ” أرأيتَكم ليلتَكم هذه ؟ فإنَّ على رأسِ مائةِ سنةٍ منها لا يبقى ممن هو على ظهرِ الأرضِ أحَدٌ ” . قال ابنُ عمرَ : فوهَل الناسُ في مقالة ِرسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ تلك ، فيما يتحدَّثون من هذه الأحاديثِ ، عن مائةِ سنةٍ . وإنما قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ : لا يبقى ممن هو اليومَ على ظهرِ الأرضِ أحَدٌ . يريد بذلك أن ينخرِمَ ذلك القَرنُ .

 

 الراوي : عبدالله بن عمر المحدث : مسلم

 Terj:

Setelah Rasulullah saw mendirikan shalat isya’ dengan kami pada suatu malam pada akhir-akhir masa hidup beliau, ketika beliua mngucapkan salam, seraya beliau berdiri dan bersabda: “Tidakkah kalian melihat pada malam hari ini, sesungguhnya pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi”. Ibnu Umar berkata: Maka yg hadir terkejut dengan pernyataan Rasulullah saw tersebut, mereka membicarakannya tentang hadits 100 tahun di atas. Padahal sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi, yang dimaksud adalah berlalunya abad tersebut….”. yakni berlalunya generasi sahabat. HR Muslim no 2537

  1. Takrifan sahabat dr Ibn Hajar rh

الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام

Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim

Jumlah para sahabat: tidak ada satu pun riwayat yg sahih akan jumlah sebenar sahabat kerana bilangannya mustahil utk dicatatkan dengan tepat, cuma andaian sahaja…

  1. sahabat bersifat adil dan tidak boleh mengkritiknya demikian kata Imam Nawawi, kerana perbuatan mengkritik mereka adalah menyimpang dr AQ yg menyatakan keadilan mereka.

antara dalil keadilan sahabat dalam AQ:

at-taubah: 100. [Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.] TAMMAT 4/131 berlalunya sahabat, maka umat hilang keamanannya sebagaimana langit atau alam hilangnya gugusan bintang dan meteor.

 

5/131: Fathul Baitul Muqaddis

hadith dalil:

 

Dalil:

 

أتيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وهو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بين يديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بيتِ المقدسِ ، ثم موتانِ يأخذ فيكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى يُعْطَى الرجلُ مائةُ دينارٍ فيظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا يَبْقَى بيتٌ من العربِ إلا دخلتْهُ ، ثم هُدْنَةٌ تكونُ بينكم وبين بني الأصفرِ ، فيَغدرونَ فيأتونكم تحتَ ثمانينَ غايةٍ ، تحت كلِّ غايةٍ اثنا عشرَ ألفًا ) .

 الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3176 خلاصة

Terj: hadith jalur Awf bin Malik al-Asja’iy ra

“Aku mendatangi Rasuulullah صلى الله عليه وسلم pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:

 1.Kematianku,

  1. Dimenangkannya Baitul Maqdis,

 3.Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,

 4.Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,

 5.Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,

 6.Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” HR Bukhari no 3176

semasa Nabi diutuskan, kata dr al-Arifi, baitul Maqdis di bawah jajahan takluk Rome Kristian dan Rome adalah kerajaan yg gagah perkasa pada masa itu. Jadi bila Nabi menyatakan akan hal ini, sudha tentu para sahabat akan kehairanan. Begitu juga sekarang, Baitul maqdis jatuh di tangan Israel dan dengan USA dan kesatuan Eropah dibelakangnya khususnya UK, maka semacam mustahil untuk umat islam membukanya buat kali ketiga. Pembukaan atau penawanan Baitul Maqdis, tanah suci ketiga umat islam adalah tanda Kiamat yang berulang-ulang, kemungkinan besar adalah tiga kali sebelum Kiamat.

 

5/131 pembukaan baitul makdis

 

ia tanda kiamat yg berulang, kali pertama jatuh ke tangan Islam, tahun 16 Hijrah, kemudian jatuh kembali ke tangan tentera salib, berjaya dirampas kembali oleh tentera ayyubiah pimpinan salahudin dan jatuh kembali ke tangan salibiyah, dan kali terakhir Baitul maqdis jatuh ke tangan israel tahun 1967. Maka kali ketiga baitul maqdis jatuh ke tangan islam berdasarkan hadith ini:

 

لا تقومُ الساعةُ حتى يقاتلَ المسلمون اليهودَ فيقتلُهم المسلمونَ حتى يختبئَ اليهودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ فيقولُ الحجرُ أو الشجرُ يا مسلمُ ! يا عبدَ اللهِ ! هذا يهوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْه إلا الغرْقَدُ فإنه من شجرِ اليهودِ

 الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2922

Terj:

Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.”

hadith ni akan dibincangkan dalam tanda kecil Kiamat no 95: umat islam akhir zaman akan membunuh yahudi Israel

 

5/131 penutup: Isu palestin dan baitul maqdis

 

Palestine dikaitkan dengan baitul maqdis kerana palestine adalah yg terakhir memiliki palestine sebelum ia dijajah oleh British dan dibahagikan kpd israel pada tahun 1948 oleh resolusi PBB. pada perang 1967, Israel akhirnya menawan baitul maqdis dan menjadikan palestine semuanya di bawah penguasaan israel, yakni Gazzah dan West Bank. Buat masa ni baitil maqdis di bawah jagaan bersama kementerian waqaf Jordan. umat islam yg ingin melawati baitul maqdis kena melalui pintu masuk Jordan.

 

ada dua isu:

 

pertama:

hukum melawat baitul maqdis, pendapat pertama dr Dr qardhawi, ialah haram melawat baitul maqdis buat masa ini kerana sokongan kpd perjuanan palestine. melawat baitul maqdis bermakna mengiktiraf yahudi sebagai penakluk baitul maqdis. Manakala jumhur ulama, membolehkan kerana ia tanah haram ketiga umat Islam dan disamping melihat keadaan dan penderitaan rakyat palestine di bawah dasar aparteid Israel

 

kedua:

Hukum jihad di palestine, apakah wajar rakyat palestine memerangi yahudi dalam mereka lemah dan dijajah oleh israel yg memiliki kekuatan senjata yang canggih dan dibantu oleh USA.

Juga berlaku perselisihan pendapat, Dr qardhawi menyifatkan ia adalah jihad fi sabilillah kerana mempertahankan hak tanah air dan baitul maqdis, manakala ulamak2 salafi, misalnya albani dan ulamak saudi, tidakj membenarkan jihad senjata terhadap Israel kerana kekuatan persenjataan yang tidak seimbang dan lemahnya umat islam seluruh dunia utk turut membantu. WA Tamat

 

6/151 Banyaknya Kematian mendadak

 

Hadith sebelum ini:

 

( اعددْ ستًا بين يديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بيتِ المقدسِ ، ثم موتانِ يأخذ فيكم كقُعَاصِ الغنمِ

الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3176 خلاصة

“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat: (1) wafatku, (2) penaklukan Baitul Maqdis, (3) wabak kematian (penyakit yang menyerang hewan sehingga mati mendadak) yang menyerang kalmu bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang kambing, HR Bukhari, perawi: `Auf bin Maalik ra

 

Syarah:

 

Banyaknya kematian atau mautaan ni maksudnya wabak yang menyebabkan banyak kematian manusia seperti wabak MERS (selsema burung), JE (virus babi) dan MERS di arabsaudi. Ia dikiaskan dgn wabak haiwan spt fenomena wabak penyakit yg menyerang kambing di saudi atau wabak ayam dan mad cow disease di UK. Maka jika wabak tsb ,menyerang seluruh hawan akan mati atau terpaksa di musnahkan atau cull.

Mati yg banyak diserang wabak ni berlaku pada tahun 18 Hijrah pada masa pemerintahan Umar, maka Umar terpaksa menangguhkan lawatannya ke syria. Tidak dapat dikenalpasti apa jenis wabak tersebut, ada yg mengatakan ianya taun. Ia berlaku di pekan Amwas, Palestin, lebih kurang 10KM dari Baitil Maqdis dan Ramallah dan kemudiannya merebak ke Syria. Taun dalam bahasa arab maksudnya wabak.

 

6/151 bahagian 2

 

Wabak Amwas meragut 25,000 nyawa kata Ibn Hajar di palestine dan syria, ia turut meragut nyawa banyak sahabat yg terbilang antaranya, abu Ubaidah al-Jarah, Mu’adz bin Jabal dan anaknya, Syurahbil bin Hasanah, dan Fadl bin al-Abbas,

yang menariknya, akibat dari wabak inilah yang memberi laluan utk amir Muawiyah bin Abu Sufyan dilantik menjadi Gabnur Syria, kerana yang sepatutnya dilantik oleh Umar menerajui Syria ialah Abu Ubaidah al-Jarrah atau Muazd bin Jabal, tapi oleh kerana keduanya mati kerana wabak, maka memberi laluan kpd Mu’awiyah menjadi Gabnur dan akhirnya khalifah umat Islam.

 

DA, hadith tu tak disebut sepenuhnya..Truncated ini yg full

 

أتيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وهو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بين يديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بيتِ المقدسِ ، ثم موتانِ يأخذ فيكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى يُعْطَى الرجلُ مائةُ دينارٍ فيظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا يَبْقَى بيتٌ من العربِ إلا دخلتْهُ ، ثم هُدْنَةٌ تكونُ بينكم وبين بني الأصفرِ ، فيَغدرونَ فيأتونكم تحتَ ثمانينَ غايةٍ ، تحت كلِّ غايةٍ اثنا عشرَ ألفًا ) .

 

Fiqh Hadith ada dua:

 

  1. jika wabak meletus, Nabi larang kita pergi ke daerah tsb, Ini dilakukan Umar bila dia mendengar wabak Amwas mereka ke Syria, maka dia membatalkan lawatannya ke Syria.

 

dalil hadith:

 

فإذا كان بأرضٍ ، فلا تخرجوا منها فرارًا منهُ . وإذا كان بأرضٍ ، فلا تدخلوها

 الراوي : أسامة بن زيد المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2218

Terj:

Maka apabila kamu mendengar penyakit tha’un berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu keluar dari negeri itu untuk melarikan diri dari padanya.’ HR Muslim no 2218

Maka inilah maksud quarantine atau menjauhi wabak penyakit dengan tidak pergi ke tempat wabak dan org yg duk dalam tempat tsb tidak keluar darinya.

 

  1. Mati syahid kepada yg mati kerana wabak, dalil:

 

كان عَذابًا يبعَثُه اللهُ على مَن يَشاءُ، فجعَله اللهُ رحمةً للمؤمنينَ، فليس من عبدٍ يقَعُ الطاعونُ، فيمكُثُ في بلدِه صابرًا، يعلَمُ أنه لن يُصيبَه إلا ما كتَب اللهُ له، إلا كان له مِثلُ أجرِ الشهيدِ )

 الراوي : عائشة أم المؤمنين المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 5734

Terj:

“Bahwa penyakit wabak merupakan azab yang Alloh timpakan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit lepra, kemudian ia tetap tinggal di negerinya dan selalu bersabar, ia mengetahui bahwa penyakit tersebut tidak akan mengjangkitinya kecuali apa yang Alloh tetapkan kepadanya, maka baginya seperti pahalanya orang yang mati syahid. HR Bukhari, no 5734

Mati syahid di sini adalah syahid dunia, masih perlu dimandi dan dikapankan dan disolati spt biasa. WA Tamat

 

7/131 Munculnya Berbagai Macam Fitnah

 

Zaman ini telah membuktikan umat Islam telah diselubungi oleh pelbagai jenis fitnah. (اَلْفِتَنُ) adalah bentuk jamak (plural) dari kata (فِتْنَةٌ), maknanya adalah cobaan dan ujian. Kemudian banyak digunakan untuk makna ujian yang dibenci, lalu dimutlakkan untuk segala hal yang dibenci atau berakhir dengannya seperti dosa, kekufuran, pembunuhan, pembakaran, dan yang lainnya dari segala hal yang dibenci (Ibn Manzur, Lisanul Arab)

 

Dalil hadith:

 

بادروا بالأعمالِ فتنًا كقطعِ الليلِ المظلمِ . يصبحُ الرجلُ مؤمنًا ويمسي كافرًا . أو يمسي مؤمنًا ويصبحُ كافرًا . يبيعُ دينَه بعرضٍ من الدنيا

 الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم

المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 118 خلاصة

Terj:

Bersegeralah melakukan amalan sholih sebelum datang fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap. Yaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di sore hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang sore hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia menjual agamanya karena sedikit dari keuntungan dunia” HR Muslim no 118

 

Fiqh al-hadith:

 

  1. Fitnah yg dimaksudkan hadith ialah bercampurnya kebenaran dan kebatilan seperti mana kelamnya malam tanpa bintang atau sinaran lampu. Hingga org yang baik dan jujur pun tidak lagi dapat mengenali siapa yg baik di dalam masyarakat. Fitnah akan datang saling bertimpa atau bertali arus.

 

  1. Fitnah yg paling dahsyat ialah fenomena kekufuran umat Islam goyahnya iman akhir zaman hingga berlaku perubahan hati hanya dalam satu hari, pagi beriman, petangnya murtad, atau petangnya beriman, paginya pulak jatuh murtad.

 

  1. fenomena menjual agama dengan harga yang sedikit. fenomena ustaz selebriti mungkin

 

  1. Antara jenis fitnah kata Dr al-Arifi, ialah fitnah pandangan terhadap yg haram, apa yang ditonton melalui TV cable atau satelit dan pertukaran klip video melalui telefon pintar.

 

  1. Fitnah harta yang haram melalui riba, rasuah, jualbeli arak dan fesyen yang diharamkan

 

  1. memakan harta yang haram yang menghalang doa yg mustajab dan ancaman siksaan yg pedih

 

  1. Fitnah busana yang diharamkan oleh pria dan perempuan

 

  1. fitnah kesulitan hidup (dengan pelbagai cukai spt gst), kejatuhan ekonomi dna matawang, kemiskinan, kesengseraan yang menjatuhkan umat Islam kepada kegoyahan Iman dan mudahnya murtad dari agama.

 

 

Cara utk selamat dari fitnah akhir zaman.

 

Nasihat Rasullah saw:

 

تعوَّذوا باللهِ من الفِتَنِ ما ظهر منها وما بطنَ

الراوي : زيد بن ثابت المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2867

 

“Mohonlah perlindungan kepada Allah dari segala fitnah, yang nampak darinya dan yang tersembunyi.”

dari hadith ini, kita kena komited dengan sunnah, pegang dengan AQ dan AS, pelajari AQ dna sunnah, bersama dgn kumpulan yg benar, menjauhi fitnah dan ahli fitnah

 

8/131 Munculnya banyak saluran satelit

 

Dalil hadith:

 

 عن حذيفة قال : ليوشكن أن يصب عليكم الشر من السماء حتى يبلغ الفيافى ، قيل : وما الفيافى يا أبا عبد الله قال : الأرض القفر (ابن أبى شيبة) [كنز العمال 31338]

أخرجه ابن أبى شيبة (7/482 ، رقم 37399)

Terj: Dari Huzaifah: sesungguhnya akan menimpa kamu semua kejahatan dari langit sampai ke kawasan fayafi.” diajukan soalan kpd beliau,”apa itu al-Fayafi, ya abu Abdillah?”, Jawab Huzaifah, “bumi yg terpencil.” HR Ibn Abi Syaibah, no 37399, juga Kanz al-Ummah, no 31338

status hadith, dr al-Arifi berkata sanadnya sahih, juga menurut abdul basith bin Yusof alGhareeeb, murid albani dalam kitab hadith Huzaifah dalam Fitan, hadith no 161:

 

عبد الباسط بن يوسف الغريب وصف الكتاب:الكتاب : جزء حديثي في أحاديث حذيفة في الفتن

 المؤلف : عبد الباسط بن يوسف الغريب

ابن أبي شيبة (7|482)

 

Fiqh hadith:

 

Kejahatan dari langit ni luas maksudnya, yakni apa saja yg berada di atas manusia, yg menyelubunginya

 

  1. Bahaya langit terbuka kepada TV Cable, satelit dan internet. Kata dr al-Arifi, hari ni ada lebih dari 13,000 channel TV. maka darinya datang pelbagai fitnah dan bala. Ia bukan sahaja dilanggani oleh org bandar, bahkan kawasan terpencil dan padang pasir pun sudah sampai piring TV Satelit.

 

syarah:

 

di KSA, pakej biasa ada lebih dari 1,500-2,000 saluran TV Satelit. Manakala internet pula websites yang paling top dilawati sentiasa laman web lucah atau porno.

 

  1. Satu lagi maksud bencana dari langit ialah akan datang berleluasanya perang dan pengintipan dengan penggunaan Drone. Drone adalah robot yg berada di langit dan akan datang ia berkemampuan menyerang dan memusnahkan manusia. Zaman dulu, bila seseorang bersembunyi dalam padang pasir, ia tidak dapat dikesan, namun dgn adanya drone, ia akan dapat dikesan. WA Tamat

 

9/131 Terjadinya Perang Siffin (perang besar antara sahabat)

 

Dalil hadith

akan perkhabaran Nabi saw itu ialah:

 

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ يَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ دَعْوَتُهُمَا وَاحِدَةٌ

الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7121

Terj: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga dua kelompok besar saling berperang dan banyak terbunuh di antara dua kelompok tersebut, yang seruan mereka adalah satu” HR Bukhari, no 7121 dan juga Muslim

Selepas fitnah pembunuhan uthman ra dan perang Jamal, inilah tanda Kiamat kecil yang dimaksudkan oleh hadith di atas menurut Imam Ibn Hajar dalam al-Fath (Jld 13). Siffin adalah di tepi sungai Furat di Iraq dan jumlah kematian di kedua-dua belah pihak ialah besar sekitar 70,000 menurut Ibn Hajar.

 

9/131 (akhir) Fiqh hadith:

 

1              Ia adalah tanda kecil Kiamat yang telah terjadi pada tahun 37H

 

  1. perang siffin merubah senario umat islam selamanya, antaranya

2.1       Munculnya fitnah puak Khawarij, juga tanda Kiamat no 10

2.2       Adanya dua khalifah dalam satu umat Islam, Kerajaan Islam Syria pimpinan Muawiyah ra dan kerajaan Islam yang sah di Kufah pimpinan Ali ra.

 

  1. Sikap ASWJ terhadap perang di antara sahabat Nabi saw

3.1       Sikap yang sahih ialah boleh membaca kisah perang Siffin semata-mata atas dasar ingin tahu dengan membaca dari sumber sejarah yang muktabar dan neutral, antaranya Ibn al-Arabi, al-Awashim, ta’alid Muhibudin al-Khatib, Fathul Bari, dan Ibn Katsir, al-Bidayah.

3.2       Mengkritik dan mengomentari dan menghukum siapa yang salah dalam perang tersebut adalah dilarang keras. Walaupun sahabat bukan maksum, tapi mereka adalah manusia yang terbaik yang lahir dari asuhan nabi dan perang tersebut adalah antara kesalahan mereka dalam ijtihad masing-masing dan Allah telah mengampuni mereka berdua, Ali dan Muawiyah).

3.3       Terjadinya perang tersebut adalah mukjizat yg nabi telah khabarkan melalui hadith di atas, ia berlaku utk pengajaran dan iktibar utk umat yg kemudian

 

Rumusan: sikap Ahli sunnah ialah menahan diri dari membuat ulasan terhadap mana-mana pihak dalam perang jamal dan siffin kerana ia menyalahi sunnah dan hadith dimana Nabi melarang umat kemudian dari membicarakan akan sahabat baginda. sekian tamat

 

 

10/131 Munculnya Puak Khawarij

 

Dalil hadith:

 

Dari riwayat amir mukminini Ali ra:

 

سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمانِ قَومٌ أَحْدَاثُ اْلأَسْنَانِ سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ يَقُوْلُوْنَ قَوْلَ خَيْرِ الْبَرِيَّةِ يَقْرَؤُونَ اْلقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنَ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ

“Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur’an tidak melebihi kerongkongannya. Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya”. HR Bukhari, 3611, Muslim, 1066)

kata Ibn Hajar, ahdath al-asnan adalah syabab/pemuda, rusak minda, meriwayatkan hadith dan membaca AQ pada bibir sahaja tanpa fiqh dan ilmu. Kata Imam Nawawi, kemantapan hanya tercapai bila sampai tahap umur matang, ada banyak pengalaman hidup serta ada kekuatan akal.

 

10/131 (2)  Munculnya Khawarij

 

  1. takrif Khawarij. ia dari kalimah ‘kharaja’= keluar, maka jama’ atau plural jadi khawarij, manakala takrifan fiqh, mereka yg keluar dari ketaatan kpd penguasa yg sah dan memeranginya.
  2. Khawarij yang pertama ialah keluarnya seorang lelaki bernama Zu al-Khuwaisirah dari ketaatan kpd Rasulullah saw ketika pembahagian harta ghanimah, dia mencela nabi secara terang-terangan kerana tidak setuju dgn cara pembahagian yang dilakukan oleh Nabi saw

 

dalil:

 

يَخرُجُ من ضِئضِئِ هذا قومٌ يَمرُقونَ منَ الدينِ ) .

 الراوي : أبو سعيد الخدري المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 4667

“akan keluar dari keturunan dia ni (Zu al-Khuwaisirah) satu qaum yg keluar dari agama, murtad.” HR Bukhari no 4667

 

10/131 khawarij (3)

Khawarij yang paling utama ialah ketika perang Siffin berakhir dengan tahkim dan masing dalam perjalanan pulang, maka sekumpulan dari tentera Ali ra  bertindak keluar dan berkemah di Harura’ sebelum sampai ke kota Kufah (Iraq), kekuatan mereka dalam sekitar 8,000 hingga 16,000. mereka berkata Ali telah kafir. Lantas Ali mengutus Ibn Abbas, sepupunya utk berdialog dgn puak khawarij dan ada sebahagian yg kembali semula , manakala yg lain masih keras ingin membunuh Ali dan Muawiyah. Ali akhirnya memerangi mereka di Nahrawan dan berjaya membunuh kesemuanya kecuali beberapa org khawarij yg berjaya meloloskan diri. Dari saki baki inilah mereka menghidupkan faham Khawarij.

 

10/131 (4)  khawarij (4)

intipati akidah khawarij:

 

  1. Muslim yang melakukan kabair atau dosa besar jatuh kafir. Ini bertentangan dgn ASWJ yang mengatakan pelaku dosa besar cuma fasiq
  2. mengkafirkan ali dan muawiyah dan para sahabat yang berada dalam perang siffin
  3. keluar dari penguasa yang fasiq yang belum jatuh kafir.
  4. saki baki dan perkembangan puak khawarij

 

Ibn Tahir al-Baghdadi (Farq bayna  alfiraq) menyatakan puak khawarij yg selamat dari perang Nahrawan berpecah menjadi 20 puak dan yg kekal hanya 7 puak: al-Muhakkimah al-Ula, al-Azariqah, an-Najdat, as-Sufriyyah, al-‘Ajaridah, al-Ibadhiyyah dan ath-Tha’alibah. Ibadhiah yg ketara menguasai Oman, di mana 75% penduduk Oman adalah khawarij Ibadhiyah.

 

10/131 (5/akhir) Khawarij

Kemunculan Khawarij apakah ia sekali atau berulang. Jawapannya ia tanda kiamat kecil yg berulang. Bermula dgn khawarij di zaman Nabi, khawarij di zaman Uthman yg berjaya membunuh beliau, khawarij di zaman Ali dan berterusannya 7 puak khawarij spt Ibadhiah.

fenomena khawarij di zaman moden dikenali dengan Khawarij Moden, antara ciri2nya menurut kajian dr Azwira ialah:

 

  1. suka takalluf. memberatkan diri dalam agama, pilih yg susah dan berat
  2. menolak fiqh taysir (mana yang mudah dalam agama)
  3. melakukan bid’ah hasanah
  4. membalut kebatilan dengan kebenaran, terutama slogan ‘tiada hukum melainkan hukum Allah”
  5. membaca AQ tanpa ilmu yang sahih akan tafsirannya, tafsir sendiri
  6. mengkafir dan memerangi umat islam
  7. rosak akidah dan menganut akidah muktazilah, AQ adalah makhluk dan Allah berada di mana- mana

(Daurah Intis, 2008)

 

Rumusan: lajnah azhar (dr Umar abdullah kamil) : ciri khawarij moden ada 5:

 

  1. cepat melabel sesat, kufur dan menyeleweng kpd penguasa dan umat islam
  2. sikap buruk sangka kpd orang lain
  3. berlebihan dalam ibadat tapi ibadat yg tak ada kesan kpd perilaku mereka
  4. keras terhadap org Islam
  5. tidak mendalami hukum hakam agama atau fiqh

 

Nota: Khawarij adalah satu siri kekerasan dr segelintir umat islam dalam beragama, dan ia tanda kiamat yg akan berulang, tapi khawarij di zaman Ali adalah petanda kiamat yg asal. sekian/tamat 10/131

 

 

11/131 Keluarnya Para Dajjal Pendusta Yang Mengaku Sebagai Nabi
Tanda kecil Kiamat seterusnya ialah munculnya para dajjal pendusta yang mengaku sebagai nabi. Dajjal pendusta yang mendakwa sebagai Nabi ni muncul sejak nabi masih hidup lagi dan berterusan hingga jumlahnya mencecah 30 orang.
dalil:

 

dr Abu Hurayra ra:
ولا تقومُ الساعةُ حتى يُبْعَثَ دجالونَ كذابونَ ، قريبًا من ثلاثينَ ، كلُّهم يزعُمُ أنه رسولُ اللهِ
 الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3609
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga dibangkitkan ‘dajjal-dajjal’ pendusta yang jumlahnya mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahwa mereka adalah utusan Allah.” HR Bukhari no 3609


Dalil #2: hadith Samurah

وأنه والله لا تقوم الساعة حتى يخرج ثلاثون كذاباً آخرهم الأعور الكذاب
Sesungguhnya -demi Allah- tidak akan terjadi hari Kiamat hingga keluar tiga puluh pendusta, terakhir dari mereka adalah si buta sebelah (picek) sang pendusta (Dajjal). Dr al-Arifi berkata sanadnya sahih juga al-haithami dan Ibn Hibban
الراوي : سمرة بن جندب المحدث : الهيثمي
 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/344 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح غير ثعلبة بن عباد وثقه ابن حبان


Dalil #3 hadith Tsauban

لا تقومُ الساعةَ حتى تلحق قبائلٌ من أمّتي بالمشركينَ ، وحتى يُعْبَدَوا الأوثانُ ، وإنه سيكونُ في أمّتي ثلاثونَ كذابونَ كلّهم يزعم : أنه نبي ، وأنا خاتَمُ النبيينَ ، لا نبِيّ بعدي
 الراوي : ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم المحدث : الترمذي
 المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2219 خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
Terj: ‘Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga beberapa kelompok dari umatku mengikuti kaum musyrikin dan hingga mereka menyembah berhala, dan sesungguhnya akan ada pada umatku tiga puluh orang pendusta, semuanya mengaku bahwa ia adalah seorang Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi setelahku. HR Termidzi dan Abu Daud, lafaz Termizi, no 2219, hasan sahih
Dalil#4 hadith Hudzaifah, dgn jumlah 27
في أُمَّتِي كَذَّابُونَ ودَجَّالُونَ سَبَعَةٌ وعشرونَ منهم أَرْبَعُ نسوةٍ وإِنِّي خاتمُ النبيين لا نَبِيَّ بَعْدِي
 الراوي : حذيفة بن اليمان المحدث : الهيثمي
 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/335 خلاصة حكم المحدث : رجال البزار رجال الصحيح‏‏
Terj:
Ada umatku ada 27 para pendusta, di antara mereka empat orang wanita, dan sesungguhnya aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi setelahku” HR Ahmad & tabrani, disahihkan oleh al-haithami

 

11/131 syarah dajjal yg mengaku Nabi
Dajjal ni adalah pendusta dan 30 dajjal ni adalah sebelum kemunculan dajjal yg muktamad di akhir zaman. 30 Dajjal ni ciri utamanya mendakwa sbg Nabi, Ia tanda Kiamat yg berterusan, maksudnya ia bertali arus sejak zaman nabi hinggalah kpd kemunculan Dajjal yg muktamad.


11/131 syarah 2

Dajjal mengaku nabi yang telah muncul:

  1. al-Aswad al-`Ansi (الأسود العنسي ) dari negara yemen, ia muncul di akhir hayat Nabi saw dan berjaya di bunuh oleh pasukan tentera sahabat yang dihantar ke Yaman
    2. Thulaihah bin Khuwailid al-Asadi dari Bani Asad, di zaman Khalifah Abu Bakar, ia melarikan diri ke Syria dan kembali memeluk Islam dan bertaubat
    3. Musailamah al-Kazzab di Yaman, Ab Bakar mengutus Khalid alWaleed dan Musailamah di bunuh di perang al-Yamamah. Musailamah di bunuh oleh Wahsyi bin Harb.


11/131 syarah 3

senarai dajjal yg mengaku nabi

  1. Sajaah bint al-Harith, asalnya kristian dan berkahwin dengan Musailamah di Yaman, bila Musailamah mati dibunuh, dia melarikan diri ke Iraq, kembali memeluk Islam dan mati dalam Islam
    5. Al Mukhtar bin Abi Ubaid Ats Tsaqafi, ia muncul mengaku nabi di zaman tabi’in, kemudian di bunuh di Basrah, Iraq.
    6. Al Harits bin Sa’id Al Kadzdzab di zaman dinasti ummayah, Ia dibicarakan dan dihukum salib oleh mahkamah.
    7. di zaman khalifah abbasiah juga muncul beberapa orang yg tidak disebut oleh alHafiz dalam fathul bari.


11/131 syarah 4

Masa kini pulak menyaksikan:

  1. Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yg mengaku menjadi rasul dan ajarannya di kenali dgn ahmadiah atau qadiani dari Punjab India, meninggal tahun 1906
    9. Rashad Khalifa dari Tuscon Arizona USA, mati dibunuh tahun 1990.
    10. Indonesia, Lia Aminuddin dgn ajaran Salamullah
    11. Sayta Sai Baba di India, juga mendakwa menjadi Nabi
    12. Di USA, Bagwan Sri Rajneesh di Oregon, mati 1990
    12. di Malaysia, ada beberapa percubaan menjadi nabi melayu, antaranya Kahar Ahmad dan Ayahpin.


11/131 akhir

hadith samurah, Kiamat tidak akan terjadi hingga keluar 30 dajjal yg mengaku nabi, maksudnya sebelum kiamat ada 30 nabi palsu. ya ironinya, mesti ada pengikutnya.
soalan: kalau diikutkan org yg mendakwa menjadi nabi ni dah melebihi 30 sejak zaman Nabi saw, (tapi kiamat masih tak datang).
Jawab:  yang dimaksudkan dgn jumlah 30 adalah dajjal yang masyhur,  yg ada kuasa dan diikuti oleh ramai orang, adapun yg kecil-kecil yang mendakwa menjadi Nabi tidaklah termasuk dalam senarai 30 tsb. Tamat

 

12/131 Meratanya keamanan dan tenteram

dalil hadith:

 

hadith #1L jalur abu Hurayra ra

 

لا تقومُ الساعَةُ حتى تعودَ أرْضُ العربِ مروجًا وأَنْهَارًا وحتى يسيرَ الراكِبُ بينَ العِرَاقِ ومَكَّةَ لَا يَخَافُ إلَّا ضَلَالَ الطريقِ [ وحتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ قالوا وما الهَرْجُ يا رسولَ اللهِ قال القتلُ ]

 الراوي : أبو هريرة المحدث : الهيثمي

 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/334 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح

Terj:

Dari Abu Hurairah ra diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Tidak akan terjadinya hari kiamat  sehingga bumi arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai  dan sehingga musafir dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut (aman dan selamat) kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadinya banyaknya ‘harj’. Mereka bertanya apakah dia ‘harj’ ya Rasulullah SAW ? Jawab baginda ; pembunuhan” HR Ahmad, disahihkan oleh al-Haithami

 

Fiqh Hadith:

 

  1. pada zaman dulu bumi arab adalah hijau dan sungai2 banyak yg mengalir, kemudian menjadi tandus spt sekarang, tetapi kalau sesiapa yg datang ke saudi dapat merasakan saudi semakin hijau, berlaku perubahan cuaca, salji turun di madinah, dan taburan hujan yg banyak dan kerapnya banjir di semua bandaraya KSA

 

  1. bila disebut keselamatan di zaman dulu, maka ia suatu yang menakutkan apatah lagi perjalanan dari Mekah ke Iraq atau syria. bila Nabi kata akan berlaku aman di tanah arab dan perjalanan semua selamat, ia adalah suatu keajaiban. Tapi keamanan itu berjaya dicapai ketika era sahabat di mana Aisyah ra kerap mengerjakan umrah kerana amannya perjalanan. begitu juga di zaman Umar abdul aziz juga aman perjalanan di seluruh tanah arab. Sekarang keselamatan itu telah hilang, di saudi, wanita dilarang memandu kerana tahap keselamatan yang amat buruk di saudi arabia. Maka kejadian aman di zaman sahabat dan umar abd Aziz itu adalah petanda kiamat yg telah berlalu.

 

 

Hadith #2 dari Adi

 

فقال : ( يا عدي، هل رأيت الحيرة ) . قُلْت : لم أرها، وقد أنبئت عليها، قال : ( فإن طالت بك الحياة، لترين الظعينة ترتحل من الحيرة، حتى تطوف بالكعبة لا تخاف أحدًا إلا الله

الراوي : عدي بن حاتم الطائي المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3595 خلاصة

Terj:

‘Wahai ‘Adi! Apakah engkau melihat (kota) al-Hirah?’ ‘Aku belum melihatnya, sementara aku telah mendapatkan berita tentangnya,’ jawabku. Beliau bersabda, ‘Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat seorang wanita melakukan perjalanan dari al-Hirah hingga dia melakukan thawaf di sekeliling Ka’bah tanpa merasa takut kepada seorang pun kecuali kepada Allah,’  HR Bukhari no 3595

syarah: Hirah adalah di kufah, keamanan perjalanan ini tercapai di era sahabat dan era abbasiah. Ia akan berulang kembali , di mana wanita boleh memandu dari iraq ke Mekah pada zaman Nabi Isa nanti (lihat topik akan datang, turunnya Isa AS)

 

 

13/131 Munculnya Api dari Hijaz (Medinah)

 

Dalil hadith:

 

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَخْبَرَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَخْرُجَ نَارٌ مِنْ أَرْضِ الْحِجَازِ تُضِيءُ أَعْنَاقَ الْإِبِلِ بِبُصْرَى

Terj:

“Hari kiamat tak akan tiba hingga api keluar dari tanah Hejaz yg bisa menyinari tengkuk unta di Bushra” HR Bukhari no 7118 (dorar.net)

 

الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7118 خلاصة

 

Tanda Kiamat kecil yg sudah berlalu ialah munculnya api yg besar di pinggir Medinah tahun 654H yg tingginya hingga org badui dapat melihat unta2 mereka di bandar Bushra atau Hauran di Syria.

Ibn katsir mencatat peristiwa api ini dalam dua kitabnya al-Fitan dan al-Bidayah jilid 13. manakala Imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim (Jld 18) mencatat peristiwa api tsb, bahawa ia berlaku pada zaman dia.

 

syarah:

 

api itu sebenarnya adalah akiviti gunung berapi di lembah Harrah Rahat Medina pada tahun 1256M. secara khususnya di Jabal al Malsa di Medina lebih kurang 25KM dr airport medinah. Medina mmg termasuk dalam rangkaian gunung berapi dan gempa. Letupan gunung berapi 1256 ini adalah tanda Kiamat yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai api dari Medina. Ia berlangsung selama 50 hari dan lava itu hanya 4KM sahaja utk sampai ke mesjid Nabawi. Peristiwa ini dicatat dalam banyak kitab dan ia peristiwa yg mutawatir dan disahkan oleh kajian kaji gunung berapi antarabangsa. Tamat

 

14/131 Memerangi bangsa Turki

 

dalil hadith:

 

لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا الترك صغار الأعين حمر الوجوه ذلف الأنوف كأن وجوههم المجان المطرقة ولا تقوم الساعة حتى تقاتلوا قوما نعالهم الشعر

 الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 2928 خلاصة

Terj:

“Tidak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi bangsa Turki yg bermata kecil, wajah kemerahan & hidungnya penyek. Wajah mereka seakan seperti perisai yg menutupi kulit. Dan tak akan terjadi hari qiyamat hingga kalian memerangi kaum yg bersandal bulu” HR Bukhari no 2928

 

syarah:

 

Bangsa Turki dalam hadith ni adalah diperselisihkan akan maksudnya. Menurut kitab sejarah islam, bangsaTurki ni adalah keturunan Yafits bin Noah, juga keturunan Qanthura’ (seorang khadam Nabi Ibrahim), cucu Nabi Nuh, Afridan dan negara asal mereka ialah Turkistan. menurut Mulla ali al-Qarim bangsa Turki adalah bangsa yang terlepas dari benteng Zulkarnain. Jadi Turki ni bukanlah saja bangsa Turki sekarang, bahkan bangsa yang luas meliputi juga bangsa tartar.

Peperangan dengan bangsa Turki atau bangsa mata sepet ni terjadi di zaman Muawiyah pada pertama kali, kemudian kali kedua pada zaman Imam nawawi, tahun 650 Hijrah, ketika bangsa Tartar menyerang dan melumpuhkan kerajaan Abbasiah. Inilah yang dimaksudkan oleh hadith, yakni perang antara islam dengan tartar menurut Ibn Hajar dan Imam Nawawi.

Rumusan: Ia tanda yang telah berlaku, iaitu peperangan Islam dengan bangsa yang disebut oleh Nabi saw sebagai bangsa Turki dan dijelaskan sifat2nya , kulit merah, mata sepet dan memakai sandal dari bulu adalah bangsa Tukistan, juga tartar. pertembungan dgn bangsa keturunan Turki ini bermula di zaman sahabat, kemudian di zaman abbasiah dengan dinasti seljuk, mamluk dan kemudian tartar yg diketuai oleh Jengiz Khan. nanmgsa tartar ini akhirnya memeluk Islam dan kemudian membantu Islam dgn perluasan jajahan ke India dan istanbul. Tamat

 

15/131 Munculnya talibarut penguasa yang amat kejam

 

Dalil:

 

يكونُ في هذه الأُمَّةِ في آخِرِ الزَّمانِ رِجَالٌ مَعهُمْ سِياطٌ كأنَّها أَذْنابُ البَقَرِ ، يَغْدُونَ في سَخَطِ اللهِ ، و يَرُوحُونَ في غضبِهِ

 الراوي : أبو أمامة الباهلي المحدث : الألباني

 المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 1893 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

Terj:

Akan ada pada umat ini di akhir zaman orang-orang -atau beliau bersabda, ‘Akan keluar beberapa orang dari umat ini di akhir zaman-, mereka membawa cambuk-cambuk bagaikan ekor sapi, mereka pergi di pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan kemarahan-Nya” HR Ahmad, dinilai sahih oleh al-Alnbani, silsilah al-Sahihah no 1893

tanda ke 15 ialah munculnya di akhir zaman barua atau algojo penguasa zalim yang melakukan tindakan ganas dan kejam kepada rakyat atau musuh politiknya. maksud mereka membawa cemti seperti ekor lembu ilah kerasnya siksaan mereka mengguna pelbagai peralatan utk menyiksa manusia spt cambuk, kejutan elektrik  dan cakar besi.

 

hadith kedua: hadith abu Huraira ra

 

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّـارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ…

الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2128

‘Ada dua kelompok dari penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat; satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi, dengannya mereka mencambuk manusia..

Ya, kalau dibaca catatan sejarah Ikhwan Muslimin,mereka antara yg paling teruk disiksa oleh penguasa mesir, dilayan spt banduan jenayah. dan di bawa as-sisi, lebih 500 dijatuhkan hukuman mati

mencambuk=menyiksa, salah satunya sebat dengan cemeti spt ekor lembu

di bawah as-Sisi, presiden Egypt dr Militeri

 

Hadith ke3:

 

إِنْ طَالَتْ بِكَ مُدَّةٌ أَوْشَكْتَ أَنْ تَرَى قَوْمًا يَغْدُونَ فِـي سَخَطِ اللهِ وَيَرُوحُونَ فِي لَعْنَتِهِ فِي أَيْدِيهِمْ مِثْلُ أَذْنَابِ الْبَقَرِ.

“Jika umurmu panjang, niscaya engkau akan melihat satu kaum yang pergi pada pagi hari dengan kemurkaan Allah dan pulang pada sore hari dengan laknat-Nya, di tangan-tangan mereka ada (cambuk) bagaikan ekor sapi. HR Muslim, no 2857 dorar code

Ini ada di sepanjang zaman, di zaman Imam Ahmad, Imam Ahmad di penjara dan disebat kerana enggan menyatakan AQ makhluk, begitu juga Imam Ibn taymiyah di penjara hingga mati. tanda kiamat ini berulang, yakni ada penguasa yg zalim, yg memiliki kakitangan yang ganas dan kejam yang menyiksa rakyat jelata. Tamat

 

bayangkan manusia mengecap kenikmatan di bawah pemerintahan Nabi saw dan selepas itu kerajaan khilafah ar-raasyidin selamat 30 tahun, aman damai, namun dalam kerajaan ummayad dan abbasid, muncullah pelbagai kekejaman. antara yg paling dahsyat ialah perang Hurrah, di mana tentera yazid pimpinan general Muslim menyerang dan meranapkan Madinah selama 3 hari, gara2 keengganan penduduk Madinah enggan menerima kekhalifahan Yazid mengganti Muawiyah ra

selepas itu tentera Ibn Ziyad bertindak kejam dengan membunuh seluruh keluarga ahli bayt di padang pasir Karbala tanpa belas kasihan.

 

 

16/131 Banyaknya al Harj (Pembunuhan)

 

Dalil: dr jalur Abu Hurayrah ra

 

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّـى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لاَ يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ؟ وَلاَ الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ فَقِيلَ: كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ؟ قَالَ: الْهَرْجُ، الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ.

الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2908

Terj:

‘Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah dunia lenyap hingga datang kepada manusia suatu hari di mana seorang pembunuh tidak tahu kenapa dia membunuh, demikian pula orang yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh,’ beliau ditanya, ‘Bagaimana hal itu (bisa terjadi)?’ Beliau menjawab, ‘Banyaknya pembunuhan, orang yang membunuh dan terbunuh berada di dalam Neraka.’” HR Muslim, no 2908

 

tanda kecil kecil ke 16 ialah banyak fenomena pembunuhan, hingga mereka berbunuhan tanpa mengetahui sebabnya. yakni fenomena pembunuh upahan yg berleluasa.

Pembunuhan tanpa sebab dan tidak jelas kenapa berlaku pembunuhan beramai-ramai. contoh kemunculan pembunuhan tanpa diketahui sebab ialah pembunuhan Umar ra, pembunuhan Uthman ra, pembunuhan Ali, pembunuha al-Husin dan Karbala. Juga bermaksud pembunuhan yg besar pada perang dunia I, 10 juta, perang dunia II sebanyak 55 juta jiwa terkorban, perang Rusia, 10 juta, perang sepanyol, 12 juta, perang teluk, 1 juta, oerang Iraq, 1 juta, Syria, 1 juta, pembunuhan Israel  keatas perkampungan palestine juga jumlah mencecah 1 juta rakyat paletine yg mati.

 

 

17/131 Hilangnya Amanah bila dicabutnya dari hati manusia

 

Hadith Hudzaifah ra:

 

حديث حُذَيْفَةَ قَالَ: حَدَّثَنا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم حَديثَيْنِ، رَأَيْتُ أَحَدَهُمَا، وَأَنا أَنْتَظِرُ الآخَرَ حَدَّثَنا أَنَّ الأَمانَةَ نَزَلَتْ في جَذْرِ قُلوبِ الرِّجالِ، ثُمَّ عَلِمُوا مِنَ الْقُرْآنِ ثُمَّ عَلِمُوا مِنَ السُّنَّةِ وَحَدَّثَنا عَنْ رَفْعِها قَالَ: يَنامُ الرَّجُلُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ الأَمانَةُ مِنْ قَلْبِهِ، فَيَظَلُّ أَثَرُها مثل أَثَر الْوَكْتِ، ثُمَّ يَنامُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ، فَيَبْقى أَثَرُها مِثْلَ الْمَجْلِ كَجَمْرِ دَحْرَجْتَهُ عَلى رِجْلِكَ، فَنَفِطَ فَتَرَاهُ مُنْتَبِرًا وَلَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ، فَيُصْبِحُ النَّاسُ يَتَبايَعُونَ فَلاَ يَكَادُ أَحَدٌ يُؤَدِّي الأَمَانَةَ، فَيُقَالُ إِنَّ فِي بَنِي فُلاَنٍ رَجُلاً أَمِينًا؛ وَيُقَالُ لِلرَّجُلِ مَا أَعْقَلَهُ وَمَا أَظْرَفَهُ وَمَا أَجْلَدَهُ وَمَا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةِ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ  وَلَقَدْ أَتَى عَلَيَّ زَمَانٌ وَمَا أُبَالِي أَيَّكُمْ بَايَعْتُ؛ لَئِنْ كَانَ مُسْلِمًا رَدَّهُ عَلَيَّ الإِسْلاَمُ، وَإِنْ كَانَ نَصْرَانِيًّا رَدَّهُ عَلَيَّ سَاعِيهِ، فَأَمَّا الْيَوْمَ، فَمَا كُنْتُ أُبَايِعُ إِلاَّ فُلاَنًا وَفُلاَنًا

أخرجه البخاري في: 81 كتاب الرقاق: 35 باب رفع الأمانة

Terj:

Hudzaifah r.a. berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menceriterakan kepada kami dua hadits, dan aku telah melihat yang satu dan sedang menanti yang kedua. Rasulullah صلى الله عليه وسلم menceriterakan bahwa amanah (iman) pada mulanya turun dalam lubuk hati manusia, lalu mereka mengerti Al qur’an dan mengetahui Sunnah Rosul. Kemudian menceritakan tercabutnya amanah (iman), ketika orang sedang tidur, tercabutlah amanah dari hatinya, sehingga tinggal bekasnya seperti bintik yang hampir hilang, kemudian tidur pula maka tercabut pula sehingga tinggal bekasnya bagaikan kapal (belulang/kulit yang keras bekas kerja), bagaikan bara api yang anda injak di bawah tapak kaki, sehingga   melambung   (membengkak)   maka  tampaknya  membesar tetapi tidak ada apa-apanya, maka pada esok harinya orang-orang berjual beli, dan sudah tidak terdapat orang yang amanah, dapat dipercaya, sehingga mungkin disebut-sebut ada dari suku Bani Fulan seorang yang amanat (dapat dipercaya), sehingga dipuji-puji: Alang-kah pandainya, alangkah ramahnya, alangkah baiknya, padahal di dalam hatinya tidak ada seberat biji sawi (zarrah) dari iman. (Bukhari, Muslim).  Hudzaifah berkata: Dan aku telah pernah berada dalam suatu masa, tidak usah memilih orang dalam jual beli, jika bertepatan seorang muslim, maka ia baik karena takut hukum agamanya, dan jika seorang Kristen (atau kafir) maka ia takut dari hukuman pemerintah-nya, adapun masa kini maka aku tidak dapat mempercayai kecuali satu, dua orang yaitu fulan dan fulan.

Hadith Abu Hurayrah:

HR Bukhari no 6496, Kitab Riqaq (,melembutkan hati) bab terangkatnya Amanah dr Hudzaifah

 

Hadith Abu Hurairah ra:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

 “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Apabila disia-siakan amanah, maka tunggulah terjadinya kiamat.’ Abu Hurairahberkata, ‘Bagaimana disia-siakannya, wahai Rasulullah ?’ Baginda s.a.w. Menjawab, ‘Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka Tunggulah terjadinya kiamat’ .” HR Bukhari no 6015

 

syarah Hadith:

 

1.maksud amanah

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh.” [Al-Ahzaab: 72]

Amanah maksudnya jujur, lawan kpd khianat, ada dua jenis:

  1. amanah tawhid dan sunnah
  2. amanah kerja yg diberikan kepadanya dalam seluruh cabang agama dan kehidupan (ibn al-arabi ahkamul Qur’an, jld 3)

 

  1. yang dimaksudkan hilangnya amanah sebagai tanda Kiamat yg kecil ialah fenomena manusia akhir zaman, nampak alim dan warak tapi mereka mengkhianati manusia. ia meliputi semua jenis manusia, baik penguasa, menterinya, penjawat awamnya, orang agamawan, syaikh, kiyai, semuanya tidak dapat diharap melainkan mereka pecah amanah dan khianat kpd umat manusia.

Rumusan: akhir zaman, amanah akan diangkat dari hati manusia dan jatuhla amanah tersebut kepada yang bukan ahlinya, maka berlakulah kerusakan di atas muka bumi, orang yg baik dituduh teroris dan militan, orang yg jahat dan teror diangkat menjadi penjawat amanah. begitulah rosaknya dunia. Tamat

 

 

18/131 Ittiba’ (mengikuti) jejak langkah Umat yang Terdahulu

 

Dalil hadith

 

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda,

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِى بِأَخْذِ الْقُرُونِ قَبْلَهَا ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ  . فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَفَارِسَ وَالرُّومِ . فَقَالَ  وَمَنِ النَّاسُ إِلاَّ أُولَئِكَ

Terj: “Kiamat tidak akan terjadi hingga umatku mengikuti jalan generasi sebelumnya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.” Lalu diajukan soalan kepada Rasulullah saw,  “Apakah mereka itu mengikuti seperti Persia dan Romawi?” Beliau menjawab, “Selain mereka, lantas siapa lagi?“ (HR. Bukhari no. 7319)

 

syarah:

 

maksud mengikut umat yang terdahulu, antaranya tamaddun Rome, samada di Italia atau di Constantinopole, manakala empayar Parsi. Tamaddun Rome itu adalah kesatuan Eropah pada hari ni atau EC, manakala Persia adalah Iran pada hari ni dan semakin ramai umat Islam mengikuti agama syiah.

 

hadith Abi Sa’id al-Khudry ra:

 

Bahwa Rasulullah SAW bersabda,

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ , قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ : فَمَنْ

“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang biawak pasir/dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR. Muslim no. 2669).

syarah:

 

Umat terdahulu juga bermaksud yang terlebih dulu diberi nubuwwah dan wahyu yakni umat Yahudi dan Kristian. sekarang ialah era tamaddun yahudi dan kristian dan umat Islam mengikuti baik dalam pakaian, fesyen, hiburan, sukan, budaya, ilmu, perundangan dan bahasa.

 

penutup:

 

komen Imam Nawawi rh

 “Yang dimaksud dengan sejengkal, sehasta, dan lubang biawak adalah hanya sebuah permisalan karena banyaknya sisi persamaan dengan mereka. Persamaan yang dimaksud dalam hal perbuatan-perbuatan maksiat, dan penyelewengan-penyelewengan, bukan dalam kekufuran. Hal ini merupakan mukjizat Rasulullah SAW, dan telah terbukti apa yang dikabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (syarh sahih Muslim jld 16)

komen Ibn Hajar, apa yg Nabi khabarkan dalam hadith ini telah terjadi dn akan terus terjadi (Fathul Bari, jld 13) TAMAT

 

19/131 Perempuan Hamba melahirkan Tuannya (ولادة الأمة ربتها)


Dalil Hadith:

 

dari amir al-mukminin Umar ra,
سَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا: إِذَا وَلَدَتِ الْمَرْأَةُ رَبَّتَهَا.

“Aku akan memberitahukan kepadamu tanda-tandanya; jika seorang (sahaya) wanita melahirkan tuannya.” [2] [Muttafaq ‘alaih] matan arba’een no 2
Penjelasan terbaik ialah dr Imam Ibn Hajar dan imam nawawi yg syarah

 

 hadith ini:

Maksud tanda kiamat ni ada pelbagai, ini yg dikemukakan sebagai terkuat.
Pendapat 1  

 

(majoriiti):  meluasnya empayar Islam dan banyak hamba sahaya perempuan hingga melahirkan anak, dan status anak itu lebih tinggi dari ibunya kerana ibunya masih status hamba.
Kritik atas pendapat ini kata Ibn Hajar, ia berlaku di zaman Nabi saw lagi, banyak tawanan perang dijadikan hamba sahaya. Maka ia tidak kuat.

 

Pendapat #2

 

maksud hamba melahirkan tuan adalah banyak berlaku proses jualbeli hamba di pasar hamba, hingga berakhir dengan si anak membeli ibunya sendiri. Ini juga tidak kuat
Pendapat #3:  

hamba melahirkan tuan maksudnya banyak org derhaka kepada ibubapa di akhir zaman sebab itu digunakan kalimah “rabbataha” manusia yg berlagak macam tuhan kpd ibunya. Kata Ibn Hajar inilah yg paling kuat.
Pendapat #4:

 

ia berasal dari Ibn Katsir, dia mengatakan hamba perempuan lebih disukai di akhir zaman.
syarah: maksud hamba perempuan diakhir zaman ialah banyak, kemungkinan ia adalah GRO, pelacur, mistress (perempuan simpanan) atau istilahnya hamba seks. Kalau lihat sekarang, banyak berlaku perdagangan manusia khususnya wanita utk djadikan hamba seks dalam sektur pelacuran.
Rumusan:

maksud hadith perempuan hamba melahirkan bossnya ialah banyaknya derhaka kpd kedua ibubapa, yakni generasi yg tidak lagi hormat kepada kedua org tua dan ujudnya kembali perdagangan seks dan manusia lebih meminatinya dari perkahwinan.
Ref tambahan Fath albari, jld 1. syarah Muslim, jld 1, Ibn Katsier al-nihayah tahqiq, Dr Taha zaini dan jami’ Uloom wal Hikam, Ibn Rajab syarah hadith Jibril, dan syaikh Uthaimin, syarah hadith Jibril. TAMAT

 

 

20/131 Munculnya perempuan yang Berpakaian tetapi Telanjang (ظهور النساء الكاسيات العاريات)
Dalil hadith:

 

dari Abu Huraira ra: bahawa Nabi saw bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَـرِ، يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَـاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَـاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
 Terj:
“‘Ada dua kelompok manusia penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat: kaum laki-laki yang membawa cambuk seperti buntut sapi mereka memukul manusia dengannya, dan kaum perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan kemaksiatan dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka bagaikan punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk ke dalam Surga dan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal wangi Surga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.’” Muslim, no 2128
Syarah:
Antara tanda2 kecil Kiamat yg nyata di depan mata kita ialah munculnya fenomena perempuan yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, akan tetapi pakaian itu tidak berfungsi utk menutup aurat bahkan nipis, menampakkan perhiasan, menampakkan bentuk badan dan fesyen rambut spt bonggol unta. Wanita yg bertudung juga kekadang tidak memenuhi piawaian wanita bertudung  dgn ciri2 spt yg disebutkan terutama menampakkan bentuk badan. Juga munculnya Beaty Salon, unisex salon, atau Butik kecantikan yang kekadang diurus oleh kaum lelaki. (Dr alQardhawi, Halal dan Haram). Tamat

 

 

21/131 Pengembala Kambing berkaki ayam berlumba mendirikan bangunan tinggi


Dalil Hadith:

وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ،
Terj: dan jika kamu melihat orang yang sebelumnya tidak beralas kaki dan tidak berpakaian, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunan, HR Muslim matan arba’in no 2)
Ini dinamakan hadith Jibril, di mana Jibril turun menjelma dalam bentuk manusia yg sempurna dan bertanyakan akan agama kpd baginda bertujuan menjelaskan apakah pokok2 agama Islam, termasuk dalam ajaran teras Islam ialah Jibril mahu umat Muhammad saw mengenali tanda2 kiamat, salah satu tanda dalam hadith Jibril ialah akan munculnya fenomena orang badui yg mundur bangkit membina bangunan2 pencakar langit.
Siapakah pengembala kambing tersebut?


dalil hadith
:

قال : يا رسولَ اللهِ ومن أصحابُ الشاءِ والحُفاةُ الجِياعُ العالةُ قال : العَرَبُ
 الراوي : عبدالله بن عباس المحدث : أحمد شاكر
المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 4/333 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
Terj: “ Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala kambing, orang yang berkaki ayam  dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang Arab.” HR Ahmad, kata Ahmad Syakir, sanadnya sahih
Inilah bukti hadith nabawi, bahawa Burj al Khalifa Dubai adalah pemenang bangunan tertinggi dunia, hampir 1KM ke langit tingginya. Saudi Arabia tidak mahu mengalah, kini sedang membina menara tertinggi dunia utk mengalahkan Dubai di Jeddah, Jeddah Tower Jeddah. Maka dengan jelas Nabi menjelaskan siapa yang berlumba itu, ialah bangsa arab yg dulunya miskin dan pekerjaan utama hanyalah mengembala unta dan kambing, tapi dengan penemuan minyak pad atahun 1930, dlm masa yg singkat, khususnya negara GCC menjadi pusat komersil yg paling pesat membangun. Kalau kita ke Mekah pun, dulunya menara mesjidil Haram tersergam indah, sekarang mesjid sudah tenggelam di lindungi oleh pencakar langit disekililingnya.  maka tanda kiamat ini sedang berlaku di dunia arab. Tamat

 

 

22/131 Salam Eksklusif (التسليم على الخاصة)


Dalil hadith
:

إن من أشراط الساعة، أن يمرَّ الرجلُ فى المسجد لا يُصلَّي فيه ركعتين، وألا يسلم الرجل إلا على مَنْ يعرف” (السلسلة الصحيحة: 648).
Terj: Dari jalur abi al-Ju’d dari Ibn Mas’uud, sabda baginda saw: ” di antara petanda qiamat yaitu seseorang yang singgah masjid dia tidak mengerjakan solat ( sunnah ) dua rokaat, tidak memberi ucapan salam kecuali pada orang yang di kenali sahaja.” HR Ahmad dan Ibn Khuzaimah, dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan di sahkahn oleh al-Albani .
Juga dalam Musnad Ahmad (أخرجه أحمد ( 1 / 407 – 408 ):

 

dari Ibn Mas’ood ra
بين يدي الساعة تسليم الخاصة
 “Sesungguhnya menjelang hari Kiamat  pengucapan salam adalahsecara eksklusif” dinilai sahih oleh ahmad syakir, albani dan al-Hakim

 

syarah 22/131
أي الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف (متفق عليه
“Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal”. (Muttafaq’alaih dari Ibn Umar).
Bagitulah saranan Nabi saw, ucapkan salam kpd orang kita kenal dan yg tidak dikenali, namun di akhir zaman, sebagai tanda kecil kiamat, salam menjadi eksklusif, di mana ia diucap kpd sesama puak, jamaah dan group sahaja. WA

 

 

23/131 Berkembang Pesatnya Busines ( فشو التجارة)

24/131 Wanita turut serta dalam Busines (مشاركة المرأه زوجها في التجارة )

 

Dalil: hadith Ibn Mas’ud ra

 

بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ : تَسْلِيمُ الْخَاصَّةِ ، وَفُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تُعِينَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا عَلَى التِّجَارَةِ

“Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan.” HR Ahmad (V/333, Syarah Ahmad Syakir), beliau berkata, “Sanadnya shahih” dan Mustadrak al-Hakim (IV/45-446). hasa menurut s syuaib al-arnaout.

 

Hadith Amru bin Taghlab ra

 

نْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَفْشُوَ الْمَالُ وَيَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ

‘Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat adalah melimpah ruahnya harta dan banyaknya perdagangan.” HR an-Nasa’iy no 4380, sahih oleh al-Albani.

 

syarah:

 

Tanda kiamat yg ke 23 ialah meluasnya bisnes , ujudnya bursa saham disetiap negara, banyaknya Mall dan hatta disekitar mesjid nabawi dan haram mekah pun penuh dengan tempat membeli belah. Maksud dari hadith ini ialah sibuknya manusia dalam bisnes hingga mereka berlumba dalam pasaran. Bayangkan lelaki terkaya di negara arab ialah Prince al-Waleed bin Talal bin abdul Aziz al-Saud. Negara2 teluk berubah wajah menjadi pusat komersil terbesat di dunia Arab. Jedah dan Riyadh menjadi mega city dan karajaan arab sedang membina pusat komersil di bandaraya besar KSA.

Satu lagi fenomena akhir zaman ialah kaum wanita keluar bekerja, termasuk dalam bisness. Mereka juga menjadi tokoh korporat dan CEO, cuma di Arab saudi masih bertahan, tapi statistik wanita arab saudi menjadi businesswomen semakin meningkat. Sibuknya wanita berkerjaya dan berkorporat akan mencetuskan pelbagai fitnah. Inilah maksud tanda kiamat 23 dan 24 Tamat.

 

 

25/131 manipulasi pasaran oleh segelintir peniaga (سيطرة بعض التجار على السوق )

 

hadith dalil:

 

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ أَنْبَأَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ يُونُسَ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَفْشُوَ الْمَالُ وَيَكْثُرَ وَتَفْشُوَ التِّجَارَةُ وَيَظْهَرَ الْعِلْمُ وَيَبِيعَ الرَّجُلُ الْبَيْعَ فَيَقُولَ لَا حَتَّى أَسْتَأْمِرَ تَاجِرَ بَنِي فُلَانٍ وَيُلْتَمَسَ فِي الْحَيِّ الْعَظِيمِ الْكَاتِبُ فَلَا يُوجَدُ

Telah mengabarkan kepada kami ‘Amr bin Ali, ia berkata; telah memberitakan kepada kami Wahb bin Jarir, ia berkata; telah menceritakan kepadaku ayahku dari Yunus dari Al Hasan dari ‘Amr bin Taghlib, ia berkata; Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya diantara tanda-tanda Hari Kiamat adalah semakin banyaknya harta dan menyebarnya perdagangan, munculnya pengetahuan, seseorang menjual barang dan berkata; jangan engkau jual hingga aku meminta pertimbangan penjual dari Bani Fulan dan dicari seorang penulis yang adal disuatu kampung yang besar namun tidak ditemukan.” HR an-Nasa’iy no 4380, sahih oleh al-Albani.

 

Syarah: Akhir zaman, dalam hadith ini

  1. melimpahnya hartabenda, negara2 yg dulunya miskin telah makmur, arab saudi sejak penemuan     minyak pada 1932, telah merubah kehidupan rakyatnya dengan harta yg melimpah ruah. begitu juga negara GCC.
  2. berkembangnya business, semua negara telah keluar dari negara pertanian (agrarian) kpd negara manufaturing atau perkilangan dan seterusnya kepada negara K-economy. Dengan e-commerce dan e-business, busines telah berkembang begitu pesat
  3. munculnya ilmu (وَيَظْهَرَ الْعِلْمُ). maksud ayat ni agak mengelirukan, menurut as-Sanadi dalam syarah sunan nasa’iy ada beberapa versi tafsiran. dalam manuskrip nasaiy yg lain ditulis ( وَيَظْهَرُ الْجَهْل) munculnya kejahilan. menjamak dua matan ini, sanadi berkata, bermaksud hilangnya ilmu.

yang kedua maksudnya munculnya ilmu baru keduniaan, dalilnya:

“Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat”. (Rum ayat 7), maksud lain ialah banyaknya percetakan (dan juga e-book)

  1. seorang ingin menjual barang tapi sukar menemui penjual dan orang yg akan mengurus jualbeli.

 

Kata dr al-Arifi, maksud tanda kecil kiamat di sini ialah manipulasi pasaran oleh segelintir peniaga melalui penguasaan pasaran sehingga peniaga kecil tidak dapat masuk pasaran melainkan dengan berunding dengan mereka

yang kedua, peniaga juga menghadapi kesukaran kerana business akhir zaman adalah dlm bentuk e-commerce, e-banking, online system, e-payment dan ini menyukarkan peniaga kecil dan sederhana utk bersaing. Tamat

 

 

26/131 Banyaknya Persaksian Palsu (شَهَادَةُ الزُّوْرِ)

 

Dalil:

 

إنَّ بين يديِ الساعةِ تسليمَ الخاصةِ و فشوَ التجارةِ حتى تُعينَ المرأةُ زوجَها على التجارةِ _ و قطعَ الأرحامِ و شهادةَ الزُّورِ وكتمانَ شهادةِ الحقِّ ”’

 الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني

 المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 647 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح على شرط مسلم

Terj: “Sesungguhnya menjelang kiamat akan ada ucapan salam khusus dan perdagangan tersebar luas sehingga seorang wanita ikut serta dengan suaminya dalam perdagangan, putusnya silaturrahim dan persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yg benar.” HR Ahmad, sahih menurut albani dan hasan menurut syaikh syu’aib al-arnaouth.

 

syarah (1)

 

Syahadan az-Zurr ialah adalah kebohongan yang disengaja dalam persaksian. Maka, persaksian palsu sebagai sebab pembatalan kebenaran, demikian pula menyembunyikan persaksian.

Ia termasuk dosa besar atau al-Kabair, dalilnya:

dari Abu Bakrah atau Nafi’ bin al-Harith ra, dia berkata, “Dahulu kami bersama Rasulullah SAW, beliau bersabda:

أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَـرِ الْكَبَائِرِ (ثَلاَثًا)؟ اَلإِشْرَاكُ بِاللهِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ، وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ -أَوْ قَوْلُ الزُّوْرِ-، وَكَـانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْنَا: لَيْتَهُ سَكَتَ.

‘Maukah kalian aku kabarkan tentang dosa besar yang paling besar?’ (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali), ‘Menyekutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua, persaksian palsu.’” Ketika itu beliau bersandar, lalu duduk, senantiasa beliau mengulang-ulangnya hingga kami berkata (dalam hati), “Andaikata beliau diam. HR Bukhari, no5976 dan Muslim

 

syarah (2)

persaksian palsu digandingkan tiga serangkai dengan syirik, derhaka kpd ibubapa menunjukkan ia tempat muncul kezaliman dan menafikan hak orang lain. persaksian palsu bukan sahaja di dalam proses mahkamah, juga merata, di penjawat awam, IPTA banyak kes plagiat dan penipuan sijil2, malah persaksian sesama keluarga.

 

Inilah amaran Nabi saw:

 

صحيح البخاري ٦١٨٣: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينِ صَبْرٍ يَقْتَطِعُ بِهَا مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَصْدِيقَ ذَلِكَ { إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا } إِلَى آخِرِ الْآيَةِ –

dari Abdullah bin Mas’ud ramenuturkan; Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa bersumpah mengada-ada di depan hakim, dengan tujuan untuk memperoleh harta seorang muslim, maka ia berjumpa dengan Allah dan Allah murka kepadanya, ” kemudian Allah menurunkan ayat yang membenarkan hal ini dengan ayat; ‘Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit’ (QS. Ali’imran 77) hingga akhir ayat. Sahih Bukhari no6183

 

 

27/131 Menyembunyikan Persaksian yg benar (كتمان شهادة الحق )


dalil hadith
:

إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ… شَهَادَةُ الزُّورِ وَكِتْمَانُ شَهَادَةِ الْحَقِّ.
Terj:
“Sesungguhnya menjelang datangnya Kiamat… (akan banyak) persaksian palsu dan menyembunyikan persaksian yang benar.  HR Ahmad, disahihkan oleh al-Albani dalam silsilah al-sahihah, no 647
 الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
 المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 647 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح على شرط مسلم
Ia sambungan dari no 26 persaksian palsu, cuma di sini maksudnya lain sikit je, menyembunyikan persaksian yg benar.
Hukum asal, Allah memerintahkan agar kita menghentikan kezaliman dan melindungi seseorang dari kezaliman.
dan salah salah satu caranya ialah Allah haramkan menyembunyikan persaksian yang benar.

 

dalil al-Qur’an:
وَلا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ
Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan kesaksian, karena barang siapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya AQ 2:283
Akhir zaman ni manusia tahu kebenaran, tapi mereka masih mengundi pemimpin yg sama juga, PRU adalah persaksian rakyat atau pengundi kpd sistem politik yg baik, tapi mereka tetap memberi mandat kpd kezaliman, cthnya di Egypt, manusia tahu siapa yg patut menerajui kerajaan yg sah, tapi kesaksian itu disembunyikan, manusia tahu kebenaran sesuatu isu, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kebocoran, rasuah, tapi tanda akhir zaman, kesaksian yg benar itu disembunyikan kerana perut dan hawa nafsu. WA

 

 

28/131 Menyibarnya Kejahilan (ظهور الجهل )
Sepatutnya umat islam sentiasa belajar dan mengajar, continuous unlearn and re-learn (terus membuang ilmu yg salah dan mengisi dgn ilmu yg sahih). Namun lain yg terjadi di akhir zaman, Nabi saw mengkhabarkan sebaliknya, umat Islam tidak lagi minat utk belajar ilmu agama dan tersebarlah kejahilan.
Dalil hadith:
إنَّ اللهَ يُبغِضُ كلَّ جَعْظَريٍّ جوَّاظٍ سخَّابٍ بالأسواقِ جِيفةٍ باللَّيلِ حِمارٍ بالنَّهارِ عالِمٍ بأمرِ الدُّنيا جاهلٍ بأمرِ الآخِرةِ
 الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن حبان
 المصدر : صحيح ابن حبان الصفحة أو الرقم: 72
Terj: ” Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, “Allah sangat membenci orang Ja’dzari, Jawwadz, suka teriak di pasar, bangkai di malam hari, keledai di siang hari, pintar masalah dunia, dan bodoh ilmu akhirat. (HR. Ibnu Hibban, no.72 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth)
syarah hadith:

 

Allah membenci 7jenis  manusia:
1. manusia ja’dzori= suka mencela manusia, maki hamun, keras
2. jawadz=rakus dan licik menipu
3. suka teriak di pasar kerana mencari dan menipu pelanggan
4. bangkai di malam hari=berjaga dan tidur sampai siang, missed solat isyak dan subuh
5. keldai di siang hari=kuat makan
6. pintar dalam masalah dunia, ilmu dunia, banyak skills
7. bodoh akan ilmu akhirat atau agama, atau AQ dan AS.
28/131 (2) 
Hadith abu musa
إنَّ بين يديِ الساعةِ أيامًا ، يُرفعُ فيها العِلمُ ، وينزلُ فيها الجهلُ ،.
 الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قيس المحدث : البخاري
 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7064 خلاصة
Terj: ‘Sesungguhnya menjelang datangnya hari Kiamat akan ada beberapa hari di mana diangkat ilmu dan diganti dengan kejahilan..”{HR Bukhari, no 7064, dan Muslim)
hadith Tabrani:
“يأتى على الناس زمان لا يُدْري فيه ما صلاة؟ ما صيام؟ ما صدقة؟”
“Akan dating kepada manusia sebuah zaman yang tidak dikenal lagi padanya apa itu sholat, apa itu puasa, dan apa itu sedekah”. sahih kata Dr Al-Arifi
syarah:
Kata Imam nawawi dan Ibn Hajar

  1. maksud ilmu di sini ialah ilmu agama, ilmu AQ dan AS, terangkatnya ilmu ialah matinya ulama-ulamak yg hebat2 dan yg tinggal adalah ulamak2 yg jahil.
    يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّـى إِذَا لَمْ يَبْقَ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا. ‘Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain
  2. Ilmu keduniaan tidak berkurangan, majunya pelbagai ilmu sains dan teknologi (Dr Al-Arifi), kata Dr al-Arifi, jangan terkejut, jika ramai org Islam tidak lagi mengerti fiqh taharah, wudhu’, apatah lagi fiqh nikah kawin, muamalat dan ibadah. Ini kerana manusia sibuk dengan dunia dan meninggalkan majlis ilmu. WA

 

29/131 Meratanya Sifat Kikir dan Bakhil (كثرة الشح والبخل)
dalil:
مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَظْهَرَ الشُّحُّ.
الراوي : أبو هريرة و عبدالله بن مسعود المحدث : الهيثمي
 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/330 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح غير محمد بن الحارث بن سفيان وهو ثقة‏‏
Terj:
‘Di antara tanda-tanda Kiamat adalah tersebarnya kekikiran.’” HR Tabrani dalam al-Awsath, disahihkan oleh al-Haithami\

يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ وَيُلْقَى الشُّحُّ.
الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري
 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 6037

“Zaman saling berdekatan, amal berkurang dan kekikiran dilemparkan (ke dalam hati).” HR Byukhar, 6037 dr Abu Hurairah

لاَ يَزْدَادُ اْلأَمْرُ إِلاَّ شِدَّةً، وَلاَ يَزْدَادُ النَّـاسُ إِلاَّ شُحًّا.
الراوي : معاوية بن أبي سفيان المحدث : الهيثمي
 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 8/17 خلاصة حكم المحدث : رجاله رجال الصحيح‏‏
Terj:
“Segala urusan tidak akan bertambah kecuali semakin sulit, dan manusia tidak akan bertambah kecuali semakin kikir.” HR Tabrani dari amir Muawiyah, sanadnya sahih menurut al=haithami
syarah:
antara fenomena akhir zaman ialah manusia semakin kedekut dan bakhil.  Kalau anda masih ingat, ada filem P Ramlee berjodol  labu dan labi, di mana majikan mereka bernama Hj Bakhil bin Lebai Kedekut. itulah maksud kedekutnya manusia pada akhir zaman.
Kedekut adalah sifat yg tercela:

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“… Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [Al-Hasyr: 9 dan ath-Thaghaabun: 16].
Kalau kita perhatikan manusia akhir zaman menderma, mereka akan membuat press conference dan menunjukkan cek bersaiz gergasi kpd media dengan kehadiran pemimpin. mereka juga menderma kerana ingin melepaskan cukai korporat. Maka tanda2 sifat kikir itu sudah menjelma,

 

 

30/131 Pemutusan Silaturahim (قطيعة الرحم )
maksud silaturrahim dari dua kalimah, silah=hubungan, rahim=rahim ibu, maksudnya kerabat yang ada pertalian darah.
Maka fenomena akhir zaman ialah banyaknya terjadi putus silaturrahim.
dalil hadith:
أخرج الإمام أحمد والحاكم في “المستدرك” عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ”. (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).
الراوي : أبو سبرة سالم بن سلمة الهذلي المحدث : أحمد شاكر
 المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 10/20 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح
Terj:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga. HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir
Hadith Ibn Mas’ood ra:
إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ… وَقَطْعُ اْلأَرْحَامِ.
الراوي : عبدالله بن مسعود المحدث : الألباني
 المصدر : صحيح الأدب المفرد الصفحة أو الرقم: 801
“Sesungguhnya menjelang terjadinya Kiamat… dan pemutusan silaturahmi.” HR Ahmad, al-Bukhari dlm adab al-Mufrad dan al-Bazzar, sahih albani, sahih
Syarah
Memang sedang terjadi sekarang meratanya fenomena putus sedara, ramai generasi baru tidak lagi kenal emak sedara, bapak sedara, atuk nenek, sepupunya, dua pupu dan seterusnya, mereka tidak saling berziarah kerana sibuknya urusan kehidupan akhir zaman. Ini kerana manusia semakin global, mereka menetap jauh dari kampung halaman.
sedangkan pemutus silaturahim diancam neraka:
لا يدخلُ الجنَّةَ قاطعٌ
 الراوي : جبير بن مطعم المحدث : البخاري
 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 5984 خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Tidak akan masuk Surga orang yang memutuskan silaturahmi HR Muslim

 

 

31/131 Buruknya semangat kejiranan (سوء الجوار )
dalil:
خرج الإمام أحمد والحاكم في “المستدرك” عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ”. (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).
Terj:
Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga. HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir
Ini sedang berlaku, semangat kejiranan, ajaran Nabi saw supay ada hubungan baik dengan jiran, menjaga hak2 kejiranan sudah lebur. ketidakpedulian terhadap jiran akhirnya terjadinya jenayah pecah rumah, rompakan namun jiran tidak ambil peduli. Di Saudi Arabia paling ketara setiap rumah akan dikelilingi pagar batu setinggi 10-12 kaki, maka rusaklah semangat kejiranan. Kemudian banyaknya pekerja asing di sesuatu kawasan, maka dengan berlainan bahasa dan etnik, maka semangat jiran telah rusak.


Hadith2 pasal kejiranan yang tidak lagi diamalkan:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يُؤْذِي جَارَهُ.
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya. HR Muslim

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ.
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka berbuat baiklah kepada tetangganya.” HR Muslim

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوْصِيْنِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ.

“Senantiasa Jibril memberikan wasiat kepadaku tentang tetangga sehingga aku mengira bahwa dia membawa perintah (dari) Allah untuk menjadikannya sebagai ahli waris. HR Muslim
Begitu jelas ajaran sunnah, supaya kita baik dalam soal kejiranan sehingga hampir kpd hukum warisan namun apa yang terjadi diseluruh dunia, khususnya di malaysia, khususnya lagi di kotaraya dan taman perumahan moden, apartmen, kondominium atau pangsa puri, semangat kejiranan sudah hilang.

 

 

32/131 Berleluasa kekejian ( ظهور الفهش)

 

Dalil hadith:

 

خرج الإمام أحمد والحاكم في “المستدرك” عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: “لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ”. (قال أحمد شاكر: إسناده صحيح).

Terj:

Tidak akan tiba hari Kiamat hingga banyak perbuatan dan perkataan keji, pemutusan silaturahmi, dan jeleknya hubungan bertetangga. HR Ahmad dan al-Haakim, dinilai sahih isnadnya oleh S Ahmed Syakir

Fahsya’=keji, kata2 dan prilaku yang jahat. Misalnya berpakaian seksi, zina, berpacaran, homoseksualiti, lesbian, berpelukan, berciuaman ditempat awam, melihat fornografi di internet, kata2 cabul, lucah, menghina, memfitnah, menyibarkan air orang di internet, melaknat manusia, dll, sedangkan Nabi saw:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو يُحَدِّثُنَا إِذْ قَالَ لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ إِنَّ خِيَارَكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا [رواه البخاري]

Artinya :dari Abdullah bin Amru ra, dia berkata Rasulullah Saw tidak pernah berbuat keji dan tidak pula menyuruh berbuat keji, bahwa beliau bersabda: sesungguhnya sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya. (HR. al-Bukhari)

عَنْ

 

 

33/131 orang amanah dianggah pengkhianat, si pengkhianat pula dipercayai (تخوين الامين و ائتمان الخائن)

 

Dalil:

 

الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ ، لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى ….، وَيُخَوَّنُ الأَمِينُ وَيُؤْتَمَنُ الْخَائِنُ

الراوي : أبو هريرة المحدث : الألباني

 المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 3211 خلاصة حكم المحدث : صحيح بمجموع طرقه

 

 Dan demi (Dzat) yang jiwa Muhammad berada di tangannya, tidak akan terjadi hari kiamat sampai orang yang amanah (jujur) dianggap pengkhianat, dan seorang pengkhianat dipercaya.” HR Ahmad, Tabrani, dr Abu Hurayrah, di nilai sahh oleh al-Albani, silsilah al-sahihah 3211

Kata ata al-Mubarakfuri, amanah= apa saja yg mewajibkan manusia melaksanakannya. (tuhfatul ahwazi, jld 4); kata al-Maraghi, amanah= sesuatu yg mesti dijaga dan diserahkan kepada yg ahli (tafsir al-Maraghi, jld V)

Dalam perjawatan atau employment, dua ciri penting calon utk bekerja ialah:

….” karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”. [AQ-l Qashash/28 : 26].

Namun tanda kecil kiamat

 

syarah:

 

Namun akhir zaman, dua fenomena berlaku:

  1. orang yg amanah dan jujur dianggap pengkhianat
  2. orang yang khianat dipercayai

akan datang suatu zaman, di mana orang yang memegang kuasa dan penjawat awam adalah pengkhianat; manakala orang yg baik, amanah, beragama diketepikan dalam proses kepimpinan negara.

 

hadith:

 

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

“Jika amanah diremehkankan, maka tunggulah saat kehancuran. Sahabat bertanya: “apa yang dimaksud meremehkan amanah? Rasul bersabda: jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran. Hr. al-Bukhari, no 57

Hari ni kita nampak org khianat kepada negara, yg menggelapkan harta rakyat, tapi mereka masih dipercayai.

 

34/131 Pupusnya org Soleh dan Diangkatnya orang yang Hina Dina (هلاك الوعول و ظهور التحوت)

dalil hadith:

والَّذي نفسُ محمَّدٍ بيدِه لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى يظهَرَ الفُحشُ والبُخلُ ويُخوَّنَ الأمينُ ويُؤتَمَنَ الخائنُ ويهلِكَ الوُعولُ وتظهَرَ التُّحوتُ ) قالوا : يا رسولَ اللهِ وما الوُعولُ والتُّحوتُ ؟ قال : ( الوُعولُ : وجوهُ النَّاسِ وأشرافُهم والتُّحوتُ : الَّذينَ كانوا تحتَ أقدامِ النَّاس لا يُعلَمُ بهم

 الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن حبان

المصدر : صحيح ابن حبان الصفحة أو الرقم: 6844

المصدر : السلسلة الصحيحة الصفحة أو الرقم: 3211 خلاصة حكم المحدث : صحيح بمجموع طرقه

“Tidaklah akan terjadi hari Qiamat itu, sehingga perbuatan keji dan kebakhilan tampak jelas merajalela, orang yang amanah dianggap khianat, orang yang khianat dipercayai. Orang-orang yang mulia berangsur-angsur tiada dan yang tersisa hanyalah orang-orang yang rendah !. para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah ……….. apa makna “Al- Wa’ulu” dan al-Tahut? Rasulullah menjawab : Al-Wa’ulu adalah para pemimpin dan semulia-mulia manusia, sedangkan Al-Tahut adalah mereka yang kedudukannya rendah di mata manusia”. (HR al-Hakim dan al-Tabrani, dinilai sahih oleh Ibn Hibban, no 6844 dan albani, silsilah al-dhaifah, no 3211)

syarah:

kita menyaksikan tanda2 ini sedang berlaku, di mana umat islam kepupusan ulamak, cendikiawan, tokoh, dan hukama’ dan diganti dengan orang2 yg bodoh, selebriti, ahli maksiat dan manusia yang hina.

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَأْخُذَ اللهُ شَرِيطَتَهُ مِنْ أَهْلِ اْلأَرْضِ فَيَبْقَى فِيهَا عَجَاجَةٌ لاَ يَعْرِفُونَ مَعْرُوفًا وَلاَ يُنْكِرُونَ مُنْكَرًا

الراوي : عبدالله بن عمرو المحدث : أحمد شاكر

 المصدر : مسند أحمد الصفحة أو الرقم: 11/161 خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

“Tidak akan tiba hari Kiamat hingga Allah mengambil orang-orang baik dari penduduk bumi, sehingga yang tersisa hanyalah orang-orang yang jelek, mereka tidak mengetahui yang baik dan tidak mengingkari yang munkar” HR Ahmad, sahih, ahmad syakir.

Yang mengisi slot kepimpinan adalah org yang tidak baik, spt ahli sukan dan artis disanjung tinggi, kalau anda lihat senarai penerima pingat dan darjah kebesaran, anda akan tertanya-tanya, misalnya bintang datuk utk shah rukh khan dari India, datuk Jackie chan dari hongkong..manusia mengangkat martabat artis, ahli sukan dan tokoh korporat. Misalnya pengerusi kasino diberi Tan Sri, pengerusi sports Toto juga dianugrahkan Tan Sri.

لا تَذْهَبٌ الدنيا حتى تكونَ لِلُكَعٍ بنِ لُكَعٍ

 الراوي : هانئ بن نيار أبو بردة المحدث : الهيثمي

 المصدر : مجمع الزوائد الصفحة أو الرقم: 7/323 خلاصة حكم المحدث : رجاله ثقات‏‏

Terj:

“Tidak akan lenyap dunia sehingga orang-orang pandir menguasainya. HR Ahmad disahihkan oleh al-haithami.

 

35/131 Ketidakpedulian sumber kekayaan samada dari punca haram atau halal (عدم المبالاة بمصدر المال من حرام ام من حلال)

dalil AQ:

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”. [AQ:al-Baqarah/2 : 188].

Dalil hadith:

ليَأتينَّ على الناسِ زمانٌ ، لا يُبالي المرءُ بما أخذَ المالَ ، أمن حلالٍ أم من حرامٍ

 الراوي : أبو هريرة المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 2083

Terj:

“Akan datang suatu masa pada umat manusia, mereka tidak lagi peduli dengan cara untuk mendapatkan harta, apakah melalui cara yang halal ataukah dengan cara yang haram HR Bukhari no 2083

syarah:

adalah tidak menasabah si muslim yg warak, dia tidak peduli akan isu syubhah, halal dan haram dan dari mana sumber kewangannya, namun di zaman kita tidak lagi demikian, di mana mereka tidak lagi peduli dgn halal dan haram. Misalnya dalam surah alBaqarah 2:188, org Islam makan harta sesama sendiri dengan jalan haram, zaman kita ni banyak skim cepat kaya, banyak sindiket penipuan khususnya business online dan riba.

 juga hadith abu Hurairah, akan tiba masanya manusia tidak lagi peduli apa cara untuk mendapatkan harta kekayaan, tipu, rasuah, suapan, sogokan, pecah amanah, penyelewengan kuasa dan kedudukan, judi, riba, jualan arak, rokok, seludupan, curi, GRO. ragut, samun. pesundalan, pelacuran, urutan, dan rompakan. ia terjadi dengan berleluasa, terutama tokoh2 politik, mereka akan mencuri dan merompak wang rakyat. 🌴

 

 

36/131 Bila  Harta Fa-i’ (الفيء) dimonopoli (أن يتخذ الفيء دولا )

 

al-Fa-i’= adalah harta yang diperolehi dari musuh tanpa perang sptNabi memperolehinya dari kampung Banu Nadir dan Fadak, di mana org yahudi melarikan diri sebelum tentera Nabi tiba. al-Fai’ juga bermaksud cukai dari non-muslim,  Jizyah atau spt hari ni cukai pendapatan (income tax) dari org bukan Islam dan corporate tax ke atas perniagaan mereka. atau apa jua cukai yg dikenakan kpd bukan Islam, Harta ni adalah milik negara,

dalilnya:

مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُم

Terj: “Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”. (QS. Al-Hasyr: 6-7)

Namun sebagai tanda kecil Kiamat, harta atau cukai ke atas non-Muslim ini beredar di kalangan golongan penguasa sahaja. sebagaimana

hadith:

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا

الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي

 المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan),  HR Termidzi, beliau menilainya dha’if, namun ada juga muhaddith yg menilainua hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan

الراوي : أبو هريرة المحدث : الشوكاني

 المصدر : نيل الأوطار الصفحة أو الرقم: 8/262 خلاصة حكم المحدث : حسن لغيره

syaikh ben othaimin, dha’if tapi ada syahid atau penguat.

الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن عثيمين

 المصدر : الضياء اللامع الصفحة أو الرقم: 633 خلاصة حكم المحدث : هذا الحديث وإن كان ضعيف السند لكن له شاهد

syarah:

Jika hadith ni hasan, maksudnya cukai atau income-tax (khususnya dari non-muslim) tidak diagihkan secara saksama, banyak berlegar di kalangan pemerintah dan ada negeri dan kumpulan sasaran tidak mendapat nikmat dari agihan cukai.  Misalnya Kelantan yg berada di tangan kerajaan pembangkang, ia tidak mendapat agihan yg mencukupi utk rakyat elata mendapat bekalan air bersih, sistem jalan raya 4 lorong utk jalan2 utama dna pembangunan yg seimbang dengan negeri2 yg lain. 🌴

 

37/131 Akan terjadi Amanah menjadi Harta Rampasan perang (أن تكون الأمانة مغنيا)

Dalil:

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا

الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي

 المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), HR Termidzi, beliau menilainya dha’if, namun ada juga muhaddith yg menilainua hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan

syarah:

Diakhir zaman kelak, amanah dianggap spt harta rampasan perang, sedangkan Allah memerintahkan amanah itu ditunaikan kepada ahlinya: Dalil AQ:

(ان الله يأمركم أن تأدوا الأمانات الى أهلها)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,” AQ 4:58

syarah:

maksud amanah dijadikan harta rampasan, ialah harta termasuk derma, tabung, grant, wakaf, yayasan, diselewengkan, tidak diberi kpd kumpulan sasaran. hari banya derma atau tabung atau nama Palestine, syria, Iraq, kemboja, Rohingya tidak kesampaian kerana ada penyelewengan. 🌴

 

38/131 Tidak bersihnya jiwa dengan berzakat-Zakat sebagai cukai (أن لا تطيب نفوس الناس باخراج زكاتهم (والزكاة مغرما )

 

Dalil:

 

نْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا وَ الزَّكَاةُ مَغْرَمًا

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), zakat dihutang (tidak dibayar) HR Termidzi, beliau mendhaifkan namun ada ulama yg mensahihkan (lihatanda 36-37)

Illatatau sebab asal pengeluaran zakat segala macam harta adalah utk membersihkan jiwa, mmbersihkan harta dan mendekatkan diri pemilik harta kpd pemberi harta itu (Allah),Zakat bukanlah tax atau cukai.

 

syarah:

 

akhir zaman zakat dilihat sebagai sama dengan income-tax dan umat Islam liat membayarnya. mereka melihatnya seperti cukai atau hutang dari kerajaan. Ini tanda kiamat yg berlaku sebaik saja Nabi wafat, di mana beberapa kabilah di Yaman enggan membayar zakat kerana ia anggap sebagai cukai, namun abu Bakar segera memerangi mereka di Yemen. Oleh kerana era pertanian atau agrarian diganti oleh era perindustrian dan perdagangan, maka zakat juga perpindah dari zakat pertanian kpd zakat gaji atau maal al-mustafaad. Ini kerana gaji pegawai jauh lebih besar dari pendapatan petani. Maka fuqaha lebih fokus kpd zakat gaji dan upah dari zakat ke atas komoditi pertanian. namun umat islam cua sedaya upaya utk melarikan diri mereka dari berzakat. Maka ini adala tanda kiamat kecil yg sedang berlaku. 🌴

 

 39/131 Menuntut ilmu bukan kerana mencari redha Allah (تعلم العلم لغير الله )

 

Dalil hadith:

 

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا وَ الزَّكَاةُ مَغْرَمًا وَ تُعُلّمَ لِغَيْرِ الدّيْنِ

Dari Abu Hurairah, ia berkata : “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), zakat dihutang (tidak dibayar), dipelajari hal-hal yang bukan atas dasar agama,” (takhrij, lihat no 36-37)

 

وقال صلى الله عليه وسلم إن الله سبحانه وملائكته وأهل سمواته وأرضه حتى النملة في جحرها حتى الحوت في البحر ليصلون على معلم الناس الخير حديث إن الله وملائكته وأهل السموات وأهل الأرض حتى النملة في جحرها وحتى الحوت في البحر ليصلون على معلم الناس الخير أخرجه الترمذي من حديث أبي أمامة وقال غريب وفي نسخة حسن صحيح

 

Dari abu Umamah, Nabi SAW bersabda

 

Artinya “Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci, malaikatNya dan penghuni langit dan bumiNya sehingga semut di dalam liangnya dan ikan di lautan itu memohonkan rahmat (selain Allah, sedangkan Allah memberikan rahmat) kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”H.R. At Tirmidzi

 

syarah:

akhir zaman, org belajar agama dan mengajarnya kpd manusia atau agamawan/para ustaz, bukan utk mencari keredhaan Allah tapi utk habuan dunia, utk kemasyhuran dan status selebriti. malah ada program realiti TV utk agamawan.🌴

40/131 Takut Bini dan Derhaka kpd Ibu (طاعة الزوجة وعقوق الأم)

Dalil hadith:

إذا اتُّخِذَ الفيْءُ دُوَلًا والأمانةُ مغنمًا والزكاةُ مغرمًا وتُعُلِّمَ لغيرِ الدِّينِ وأطاع الرجلُ امرأتَهُ وعقَّ أُمَّهُ

الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي المصدر : سنن الترمذي

 الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Terj: Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), tunduk lelaki kpd isterinya dan derhaka akan ibunya…”

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), HR Termidzi, beliau menilainya dha’if, namun ada juga muhaddith yg menilainua hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan

الراوي : أبو هريرة المحدث : الشوكاني المصدر : نيل الأوطار

 الصفحة أو الرقم: 8/262 خلاصة حكم المحدث : حسن لغيره

syarah:

Di antara tanda kecil kiamat ialah fenomena akhir zaman di mana lelaki derhaka kpd ibunya dan mentaati isterinya. Banyak terjadi, ibubapa ditinggalkan dan lelaki dan keluarganya duduk di tempat yang lain, mereka melancung dan berpiknik dan mengabaikan ibubapa mereka, bahkan ada yg teramak menghantar ibu mereka ke pusat jagaan orang tua. Fiqh: jika bertembung antara kasih ibu dan kasih isteri, lelaki hendaklah mengutamakan ibunya, itulah kasih yang abadi.

dalil hadith:

سألتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ أيُّ النَّاسِ أعظمُ حقًّا على المرأةِ قالَ زوجُها قلتُ فأيُّ النَّاسِ أعظَمُ حقًّا على الرَّجلِ قالَ أمُّهُ

 الراوي : عائشة أم المؤمنين المحدث : الهيتمي المكي المصدر : الزواجر

 الصفحة أو الرقم: 2/40 خلاصة حكم المحدث : إسناده حسن

أخرجه أحمد والنسائي وصححه الحاكم والبزار بإسناد حسن

“Manusia yang manakah yang besar haknya atas perempuan?”. Menjawab Nabi SAW; “suaminya”. Berkata Aisyah; “manusia yang manakah yang besar haknya terhadap lelaki?” menjawab Nabi SAW; “ibunya . HRAl-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 7353, dia mensahihkannya alBazzar, hasan, dinilai hasan oleh al-haithami al-makki.

41/131 rapat dengan kawan, renggang dengan ayah (ادناء الأصدقاء واقصاء الأباء )

dalil hadith:

إذا اتُّخِذَ الفيْءُ دُوَلًا والأمانةُ مغنمًا والزكاةُ مغرمًا وتُعُلِّمَ لغيرِ الدِّينِ وأطاع الرجلُ امرأتَهُ وعقَّ أُمَّهُ وأدنى صديقَهُ وأقصى أباهُ

Terj: Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), tunduk lelaki kpd isterinya dan derhaka akan ibunya, lelaki rapat dengan kawan tapi renggang dengan ayah…” takhrij/status hadith, lihat 40/131

syarah:

Ini juga petanda kecil Kiamat, di mana lelaki lebih banyak masa bersosial dengan kawan-kawan dan melupakan ayahnya. tanda2nya cuba lihat remaja lebih banyak dengan gadget spt smartfon, tablet dan notebook. dan seterusnya dengan kawan-kawan, akhirnya mereka melupakan utk berbakti kepada ayahnya. 🌴

♻42/131 Mesjid menjadi bising (رفع الأصوات في المساجد )

Dalil: hadith sebelumnya:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد

الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي المصدر : سنن الترمذي

 الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Terj: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kpd isterinya dan derhaka kpd ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, mesjid menjadi bising..,

syarah:

mesjid sepatutnya tempat yg aman dan tenteram, bebas dari bunyi bising, namun di akhir zaman, mesjid menjadi hiruk pikuk dengan pertengkaran dan urusan perniagaan. Mesjid juga bising dengan aktiviti bid’ah, memainkan DVD al-Qur’an sebelum azan, bernasyid dalam mesjid, berqasidah, zikir jama’iy dengan suara yg kuat, ada bazaar di mesjid. Mesjid yang senyap dan aman dan lapang masih lagi mesjid il Haram, mesjid anNabawi, anda tidak akan dengar bunyi bising walaupun ratusan ribuan manusia di dalamnya….anda akan rasa aman, lapang dan tenteram berbanding dgn mesjid di Malaysia yg bising dengan zikir jamaiy, ratib jamaiy dna pembacaan hizib dan wirid.

♻43/131 Pemimpin Kabilah atau wakil rakyat adalah orang fasiq (سيادة الفساق علي القبائل )

Dalil:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد ، وساد القبيلة فاسقهم ، وكان زعيم القوم أرذلهم

Terj: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, jatah zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kpd isterinya dan derhaka kpd ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, mesjid menjadi bising, wakil rakyat adalah orang fasiq.., ” HR Termidzi, dhaif tapi tapi ada penguat kata Termidzi, dihasankan oleh syaukani

syarah:

Sepatutnya yang menjadi pemimpin kaum atau yang menjadi wakil rakyat adalah orang yang terbaik akhlak, ilmu dan mengetahu hukum hakam, namun akhir zaman, tidak demikian, di mana yang menjadi wakil rakyat atau pemimpin kabilah dan wilayah adalah orang fasiq, maka ia akan mendatangkan musibah kpd kaumnya dan negara.

♻44/131 akan muncul pemimpin terdiri dari orang yg rendah (akhlak dan agama) (يكون زعيم القوم أرذلهم )

Dalil:

إذا اتخذ الفيء دولا ، والأمانة مغنما ، والزكاة مغرما ، وتعلم لغير الدين ، وأطاع الرجل امرأته ، وعق أمه ، وأدنى صديقه ، وأقصى أباه ، وظهرت الأصوات في المساجد ، وساد القبيلة فاسقهم ، وكان زعيم القوم أرذلهم

Terj: “Jika harta fai’ atau cukai tidak diagihkan, amanah dijadikan rebutan, zakat tidak ditunaikan, selain ilmu agama banyak dipelajari, lelaki tunduk kpd isterinya dan derhaka kpd ibunya, lelaki lebih dekat kepada temannya dan menjauh dari ayahnya, mesjid menjadi bising, wakil rakyat adalah orang fasiq, pemimpin mereka adalah orang yg rendah akhlaknya dan agamanya.., ” HR Termidzi, dhaif tapi tapi ada penguat kata Termidzi, dihasankan oleh syaukan

Antara tanda akhir zaman ialah manusia mengangkat org yang rendah untuk memimpin mereka. Ia lebih kurang dengan di atas (no 43/131), cuma bedza pemimpin fasiq (derhaka kpd Tuhan, minum khamar, tidak solat, kejam), manakala yg dimaksudkan di sini pemimpin yg serba serbinya hina di sisi agama dengan bodohnya, rendah akhlaknya

Cthnya USA pernah ada presiden yg playboy (JFK) dan pelakon Hollywood (Ronald Reagan)

♻45/131 manusia dimuliakan kerana takut kepada kekejamannya (أكرم الرجل اتقاء شره)

Dalil hadith: Hadith pada no 44/131

إذا اتخذ الفيء دولا ،…..  وأكرم الرجل مخافة شره

hadith Abu Hurairah, “Jika cukai tidak diagihkan….manusia dimuliakan kerana takut kepada kekejamannya.” HT Termidzi, kata Imam Termidzi, sanad ini dhaif, tapi ada penguat.

syarah:

akan muncul di akhir zaman, manusia diangkat dan dimuliakan ancaman yang dia timpakan. Ini dinamakan budaya Mafia. Rakyat takut dengan ugutan, ancaman. Contoh zaman sahabat, penduduk madinah diugut dan diancam untuk memberi baiah kpd khalifah. dan seterusnya tanah Arab menyaksikan banyak pemimpin yang kejam sprt saddam, mubarak, assad, di mana rakyat terpaksa mengangkat mereka kerana takut kpd kekejamannya.🌴

46/131 Halalnya Zina

Hadith dalil:

ليكونَنَّ من أمَّتي أقوامٌ ، يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ ، والخمرَ والمعازِفَ ، ……

 الراوي : أبو مالك الأشعري / المحدث : البخاري/ المصدر : صحيح البخاري

 الصفحة أو الرقم: 5590

 “Akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, alat musik (al-ma’aazif). ” HR Bukhari,kitab Shahih-nya dalam Bab { باب ما جاء فيمن يستحل الخمر ويسميه بغير اسمه } Bab Apa-Apa yang Datang Seputar Orang yang Menghalalkan Khamr dan Menamainya dengan Nama Lain.

Hadith ini sahih, sanadnya bersambung, yang mengatakan hadith ini cacat ialah Imam Ibn Hazm al-Zahiri dan Dr Qardhawi dalam fiqh Musiqi. Namun ittifaq ahli hadith mengatakan hadith ini sahih.

Tanda ke 46, halalnya Zina. Turki antara negara pertama OIC yg menghapuskan zina mengikut peraturan negara EC, zina hendaklah dihapuskan kerana seks suka sama suka (consensual sex). kemudian mereka mencela hukum hudud kerana zina sepatutnya dihalalkan. di Malaysia, ada kumpulan yang mengedarkan kondom percuma, mereka menukar zina kpd amalan safe sex atau seks yang selamat hendaklah memakai kondom. Ini petanda kiamat yg jelas.

47/131 Halalnya sutera kpd lelaki

Hari ini sutera tidak dipedulikan hukumnya oleh lelaki dan mereka memakai sutera, yang paling ketara ialah tali leher mereka diperbuat dari sutera dan mereka menghadiri majlis resmi dengan memakai pakaian batik dari sutera.

dalil pengharamannya jelas sekali:

dari Hudzaifah ra berkata:

( نَهَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَأَنْ نَجْلِسَ عَلَيْهِ ) .

Terj:

“Nabi saw melarang kami memakai sutera dan baju di perbuat dari sutera dan duduk diatasnya.” HR Bukhori, 5837

48/131 Halalnya Arak

Dalil pengharaman arak amat jelas:

“Sesungguhnya (minuman) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbutan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al Maidah :90)

dalil hadith:

ليشربن ناس من أمتي الخمر يسمونها بغير اسمها

 الراوي : سفيان الثوري / المحدث : أبو داود/ المصدر : سنن أبي داود

 الصفحة أو الرقم: 3689

Pasti akan ada sekelompok manusia dari umatku yang meminum khamr dan menamainya dengan nama lain HR Abu Daud, sahih albani

Cara penghalal ialah menukar namanya kpd beer, stout, guiness stout. di tahun 60’an mmg ada iklan arak di malaysia, stout adalah baik untuk kesihatan anda. masyakat ketika itu tidak sedar kerana arakn ditukar kpd Guiness Stout. di negara spt Turki, arak di minum secara terbuka.

49/131 Halalnya Alat Muzik

Maksudnya halal semua jenis muzik dan pakej yang dibawanya. Muzik yang jelas merosakkan spt hard rock atau rock keras yang liriknya memuja setan, heavy metal, punk, rapp, pop…kemudian pakejnya penari dan penyanyi wanita yang memakai pakaian sexy. Kemudian muncul program realiti TV untuk mencungkil bakat, spt Arab Idol, Arab Got Talent, Arab  Stars, juga di Malaysia, spt AF, Mentor, semuanya adalah bukti berlakunya tanda kecil Kiamat, Musik amat diminati ramai dan merata dan mereka menghalalkannya.. maksud menghalal ialah selesa menonton dan tidak rasa ianya melalaikan dan berdosa bila berlaku pendedahan aurat.

♻TKK 50/131 Manusia Harapkan Kematian (تمني الناس الموت)

Dalil hadith

لا تقومُ الساعةُ حتى يمرَّ الرجلُ بقبرِ الرجلِ فيقول : يا ليْتَنِي مكانَه

 الراوي : أبو هريرة / المحدث : البخاري/ المصدر : صحيح البخاري

 الصفحة أو الرقم: 7115

Terj: “Tidak akan tiba hari Kiamat hingga seseorang melewati kubur seseorang, lalu dia berkata, ‘Andaikata aku ada di tempatnya.” HR Bukhari no 7115, juga Muslim, dari Abu Hurairah)

Lafaz Muslim:

والَّذي نفسي بيدِهِ لا تذهَبُ الدُّنيا حتَّى يمرَّ الرَّجلُ علَى القبرِ فيتمرَّغُ عليهِ ويقولُ يا ليتَني كنتُ مَكانَ صاحبِ هذا القبرِ . وليسَ بهِ الدِّينُ إلَّا البلاءُ

 الراوي : أبو هريرة / المحدث : مسلم/ المصدر : صحيح مسلم

 الصفحة أو الرقم: 157

Terj:

Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, dunia ini tidak akan lenyap hingga seseorang melewati kuburan, lalu ia berhenti padanya, dan berkata, ‘Andaikata aku berada di tempat penghuni kuburan ini,’ (dia mengatakannya) bukan karena agama tetapi karena dahsyatnya cobaan.” HR Muslim, no 157

🔴 TKK 50 Manusia lebih rela Mati

tanda Kiamat yang akan terjadi ialah bila manusia tidaklah lagi mahu hidup, mereka lebih suka mati, bukan kerana mengharapkan pertemuan dengan Allah, kerana ingin bertemu Allah, atau mati kerana agama, tapi kerana tidak tertaha dengan fitnah, cubaan dan malapetaka kerana agama tidak lagi dipedulikan, banyaknya kezaliman dan penderitaan.

Kata Ibn Mas’ud:

وَهذَا الْعَيْشُ مَا لاَ خَيْرَ فِيْهِ أَلاَ مَوْتٌ يُبَاعُ فَأَشْتَرِيْهِ.

“Tidak ada kebaikan pada kehidupan ini, adakah kematian yang dijual sehingga aku dapat membelinya” al-Munawi, Faidhul Qadiir (VI/418).

Kata al-Iraqi, tanda Kiamat ini tidak semestinya merata, mungkin utk sesuatu tempat, (bayangkan anda berada di syria, Iraq, yaman, rohingya, Gazzah, chechchen, Kasymir), kemungkinan mereka ini bila melewati kubur akan mengharapkan kematian adalah lebih baik.Kata al-Iraqi, kebiasaan manusia bila melewati kubur, dia akan benci kpd kematian, dia tidak mahu berada di situ, tapi bila mereka melihat kuburan dan mengharapkan dia berada di situ menunjukkan betapa dahsyatnya azab yg mereka tempuhi di tempat tsb.

🔴TKK 50/131 akhir

Fiqh hadith:  Hukum Mengharapkan kematian atau cita2 nak Mati

dalil hadith:

لا يتمنَّينَّ أحدُكم الموتَ لضُرٍّ نزل به

لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ مُتَمَنِّيًا لِلْمَوْتِ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Janganlah salah seorang dari kalian sekali-kali mengharapkan kematian disebabkan karena bahaya yang menimpanya. Apabila memang harus mengharapkan kematian maka hendaklah dia berdoa: “Ya Allah, hidupkanlah aku selama hidup itu lebih baik untukku, dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik untukku.” [HR Al Bukhari (6351) dan Muslim (2680) dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu.]

Maka Hukum inginkan kematian adalah tercela karena perkara dunia atau terkait cobaan yang bersifat duniawi. Semisal karena sakit, karena kurangnya harta, kurangnya makanan, karena wanita, karena masalah keluarga, karena sulitnya mencari pekerjaan, dan semisalnya.

tapi jika kerana besarnnya fitnah ke atas agama, imannya, maka dibolehkan, dalil:

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

“Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, Dia berkata: “Aduhai, Alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi orang yang tidak berarti, lagi dilupakan.” [AQS Maryam: 23]

Maryam, ibu Isa aka Jesus yg lebih rela mati dari menghadapi fitnah melahirkan bayi tanpa suami. 🌴

 

TKK 51/131 munculnya zaman lelaki mukmin dipagi hari menjadi kafir di petang harinya ( مجيء زمان يصبح الرجل مؤمنا ويمسي كافرا)
Dail hadith:
بادروا بالأعمالِ فتنًا كقطعِ الليلِ المظلمِ . يصبحُ الرجلُ مؤمنًا ويمسي كافرًا . أو يمسي مؤمنًا ويصبحُ كافرًا . يبيعُ دينَه بعرضٍ من الدنيا
الراوي : أبو هريرة / المحدث : مسلم/ المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 118
Terj: Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi barang habuan dunia.” HR Bukhari dan Muslim, ini lafaz Muslim dr Abu Hurayra ra
Dahsyatnya fitnah dunia akhir zaman, seperti kedatangan malam yang gelap gulita. Salah satu akibat dari dahsyatnya fitnah ialah berubahnya hati manusia dengan cepat dan mudah sekali tercabutnya iman kepada kufur. Ianya berlaku dalam 12 jam sahaja, beriman di pagi hari, kemudian kufur di sebelah petangnya, beriman di petang hari kemudian kufur lagi di pagi harinya. Sebab utama terjadinya fenomena iman-kufur-iman-kufur ialah kerana manusia dihimpit dengan masalah cepat kaya dan ingin hidup senang.
Nasihat Rasulullah saw, segera melakukan amal saleh bila tiba zaman spt ini kerana amat hampirnya kemunculan fitnah yang lebih besar ialah Dajjal.🌴

 

 

*Tanda-tanda akan di kemaskini dari semasa ke semasa……

 

Komen dan Soalan