Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Cara Mengerjakan Haji

Cara Mengerjakan Haji

2363
0
Iklan

Bismillah…
Note 44 : Ruj Al Fiqh Manhaji 2

CARA MENGERJAKAN HAJI

1.  Untuk memudahkan seseorang Islam mengerjakan fardhu yang mulia ini, hendaklah menyelesaikan beberapa perkara yang wajib atasnya, seperti melunaskan hutang atau memohon keizinan daripada pemberi hutangnya. Sekiranya dia pernah menyakiti orang lain, hendaklah dengan cara memohon kemaafan daripadanya.

2. Menurut Imam Al Ghazali, bahawa hukum mempelajarinya adalah fardhu ain bagi setiap mereka yang ingin menunaikan haji.

3. Sebelum berihram sama ada dirumah atau di miqat, hendaklah mandi terlebih dahulu, diikuti memakai pakaian ihram dan mengerjakan solat suhat ihram dua rakaat, selepas itu menghadap kiblat dan ucapkanlah ;
“Aku menyahut seruanMu, Ya Allah untuk mengerjakan ibadah haji.”

  Jika mengerjakan umrah : “Aku menyahut seruanMu, ya Allah untuk mengerjakan ibadah umrah.”

4. Seseorang telah berihram dengan ibadah tersebut dan haramlah ke atasnya melakukan beberapa perkara larangan ihram. Dia dikenakan fidyah kecuali persetubuhan dan dia akan dikenakan fidyah dan ibadah hajinya batal.

5. Apabila berniat dengan ibadah tersebut, sunat membaca : “Ya Alalh! Aku ihramkan rambutku, kulitku, dagingku, dan darahku kepadaMu.”

6. Ucapkanlah tarbiah. Wanita juga sunat memgucapkan tarbiah, sebagaimana orang lelaki, tetapi mereka tidak menyaringkan suara. Mereka juga tidak wajib menanggalkan pakaian yang disarung. Wajib bagi mereka mendedahkan wajah dan dua tapak tangan. Dan sunat menginaikan kedua dua belah tapak tangan mereka.

7. Sampai di Makkah, menuju ke Kaabah untuk melakukan tawaf Qudum, berniat mengerjakan haji dan melakukan tawaf umrah yang berniat mengerjakan umrah.
“Ya Allah, tambahkanlah kehormatan, keagungan, kemuliaan dan kehebatan Kaabah ini fan tambahkanlah kehormatan, kebesaran, kemuliaan dan kebajika  kepada mereka yang memulia dan mengagungkannya di kalangan orang-orang mengerjakan haji atau umrah. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang bersifat sejahtera, hanya daripadaMu segala kesejahteraan, kekalkanlah kami wahai Tuhan dengan penuh kesejahteraan.”

8. Sunat memasuki Al Haram melalui pintu Bani Syaiban kerana Nabi SAW masuk melaluinya.

9. Sampai di Kaabah, tawaflah dari Hajar As Aswad. Sunat memgucapkan salam dengan tangan atau memgucupnya jika mampu. Jika tidak mampu mengucupnya, isyarat tangan saja dari jauh.

10. Tawaf dari Hajar Aswad dengan Kaabah berada di sebelah kiri. Setiap kali sampai semula di Hajar Aswad dikira sekaoi pusingan, lakukan sehingga 7 kali. Wajib menutup aurat dan suci dari hadas semasa tawaf.

11. Sunat membaca doa permulaan tawaf. Serta berdoa dihadapan pintu Kaabah dengan membaca : “Ya Allah! Sesungguhnya Kaabah ini kepunyaanMu, Masjid Al Haram, ini masjidMu dan ketenteramannya juga milikMu dan inilah tempat orang-orang yang berlindung denganMu daripada neraka.”

Dan doa semasa berada didua penjuru ;
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan perliharalah kami daripada azab neraka.”

Teruskanlah berdoa semasa tawaf dengan doa yang dikehendaki.

12. Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama bagi tawaf yang selepasnya, diikuti sa’ie sambil berdoa : “Ya Allah! Jadikanlah amalan ini ibadah haji yang diterima, dosa yang diampuni dan usaha yang terpuji.”

  Berjalan sepeti biasa pada empat pusingan seterusnya. Sunat mengubah kedudukan kain selendang ihram iaitu dengan meletakka  bahagian tengahnya ke bahu kanan dengan mendedahkannya, manakala kedua dua hujungnya pula diletakan dibahu kiri. Ini sunat untuk lelaki saja.

13. Sunat tawaf berhampiran dengan Kaabah dalam jarak tuga langkah. Sementara orang perempuan pula, jika keadaan orang ramai berasak asak, sunat tawaf di kawasan tepj yang berjauhan dari Kaabah.

  Selepas tawaf, lakukan solat sunat dua rakaat. Rakaat pertama baca surah Al Kafirun dan rakaat kedua baca surah Al Ikhlas.

13. Sesudah sa’ie, orang berihram umrah dan hendaklah bercukur atau bergunting. Selesai umrahnya. Sementara orang berihram haji, belum boleh bertahallul, bahkan masih dalam keadaan ihram sehingga hari ke 8 Zulhijjah.

Komen dan Soalan