Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.05.04 #020315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.05.04 #020315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

333
0
Iklan
 
 
Nota 01.05.04 Pengenalan Istilah-istilah Asas Ilmu Hadits 
 
Susunan: BroSyarief
 
AL-SANAD & AL-MATAN 
 
Sesuatu hadits terbahagi kepada dua bahagian itu Sanad dan Matan. 
 
1) Al-Sanad secara bahasa bermaksud sandaran.
 
Adapun secara teknikal, ia merujuk kepada rantaian periwayatan bermula dari penulis kitab hadits yang utama sehinggalah kepada baginda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Di dalam kitab hadits, penulis kitab biasanya akan menyebutkan sanad dahulu sebelum menyebutkan matan.
 
2) Al-Matan secara bahasa bermaksud kuat dan zahir. 
 
Secara teknikal, ia adalah teks sama ada berbentuk ucapan, makluman tentang perbuatan, dll; selepas berakhirnya sanad. 
 
Contohnya, hadits Niat berikut Di dalam Sahih alBukhari: 
 
حَدَّثَنَا الحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ، أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى المِنْبَرِ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ»
 
 
Bahagian yang pertama ialah Sanad iaitu bermula dari ‘حَدَّثَنَا الحُمَيْدِيُّ‘ sehinggalah ‘رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ‘.
 
 
Dan setelah itu disebutkan matannya bermula dari ‘إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ’ sehinggalah ‘فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ’. 
 
 
Dalam pengkajian sanad, biasanya penuntut ilmu hadits diperkenalkan dengan kaedah melukis carta sanad yang juga dipanggil sebagai Syajaratul Isnad atau Pokok Sanad di mana disusun secara menegak satu per satu nama periwayat yang disebut penulis kitab sehingga kepada RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
 
Lihat contoh-contoh pada gambar-gambar. 
 
WalLaahu a’lam 
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangn Prof Dr Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares
 
 

Komen dan Soalan