Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Wajib dengar sendiri Rukun Qauli?

Wajib dengar sendiri Rukun Qauli?

2587
0
Iklan

Wajib dengar sendiri Rukun Qauli?

Para ulama berbeza pandangan apakah bacaan didengari atau cukup sekadar menggerakkan lisan. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dinyatakan:

واشترط الحنفية والشافعية والحنابلة لاعتبار القراءة أن يسمع القارئ نفسه، فلا تكفي حركة اللسان من غير إسماع؛ لأن مجرد حركة اللسان لا يسمى قراءة بلا صوت؛ لأن الكلام اسم لمسموع مفهوم، وهذا اختيار الهندواني والفضلي من الحنفية ورجحه المشايخ. واختار الكرخي عدم اعتبار السماع؛ لأن القراءة فعل اللسان وذلك بإقامة الحروف دون الصماخ؛ لأن السماع فعل السامع لا القارئ، وهو اختيار الشيخ تقي الدين من الحنابلة أيضا. ولم يشترط المالكية أن يسمع نفسه وتكفي عندهم حركة اللسان، أما إجراؤها على القلب دون تحريك اللسان فلا يكفي، لكن نصوا على أن إسماع نفسه أولى مراعاة لمذهب الجمهور.

“Ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali mensyaratkan sesuatu itu dinamakan bacaan ialah dengan orang yang membaca menjadikan ia mendengar bacaan yang dibacanya, tidak memadai sekadar menggerakkan lisan tanpa mendengar. sekadar menggerakkan lisan tidak dinamakan membaca kerana tanpa suara. Ini kerana al-Kalam ialah kata nama untuk yang didengari lagi difahami. Inilah yang dipilih oleh al-Hinduwaniy (الهندواني) al-Fadhliy (الفضلي) dari mazhab Hanafi dan ditarjihkan oleh al-Masyayikh (المشايخ). Manakala al-Karkhi (الكرخي) tidak mengambil kira mendengar, ini kerana bacaan adalah perbuatan lisan, ia terlaksana dengan menyempurnakan sebutan huruf tanpa perlu didengari, ini kerana mendengar adalah kerja yang mendengar bukan kerja yang membaca. Pandangan ini juga dipilih oleh al-Syeikh Taqiyuddin dari mazhab Hambali. Mazhab Maliki pula tidak mensyaratkan didengari bacaan itu oleh yang membaca, di sisi mereka memadai dengan pergerakan lidah. Adapun melintaskan bacaan pada jantung hati tanpa pergerakan lidah adalah tidak memadai, namun mereka menyatakan perbuatan menjadikan diri sendiri mendengar bacaan yang dibaca adalah lebih utama sebagai meraikan pandangan mazhab jumhur (kebanyakan ulama)”

Hadith 1 :  Dari Abu Hurayra ra

إنَّما الإمامُ ليؤتمَّ بِهِ ؛ فإذا كبَّرَ فَكَبِّروا ، وإذا قرا فأنصِتوا
الراوي : أبو هريرة المحدث : الألباني
المصدر : صحيح النسائي الصفحة أو الرقم: 921 خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح

Terjemahan : Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya diadakannya Imam itu adalah untuk diikuti. Apabila ia bertakbir maka takbirlah kamu semua dan jika ia membaca (ayat Al-Qur’an) maka diamlah kamu semua” – Hasan sahih kata Albani, dalam sahih Muslim
Fiqh hadith: dalil tidak perlu baca Al-Fatihah bila Imam membaca surah pada rakaat yang bacaannya jahar (kuat)

Hadith 2

مَن كان لَه إمامٌ فقراءَةُ الإمامِ له قِراءَةٌ
الراوي : جابر بن عبدالله المحدث : ابن حجر العسقلاني
المصدر : الدراية الصفحة أو الرقم: 1/162 خلاصة حكم المحدث : فيه جابر الجعفي وهو ضعيف

Terjemahan: Barangsiapa (shalat) bersama Imam maka bacaan Imam itu jadi bacaan baginya – HR Ahmad dan Daraqutni, diklaskan sebagai dhaif oleh Ibn Hajar.

Hadith 3

لا صلاةَ لمن لم يقرأْ بفاتحةِ الكتابِ .
الراوي : عبادة بن الصامت المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 756 

Terjemahan: Tidak ada shalat bagi yang tidak membaca surah Al-Fatihah –  HR Bukhari
Fiqh Hadith: Hujah mazhab Syafi’iy untuk sentiasa membaca Al-Fatihah walaupun Imam baca nyaring

 

Komen dan Soalan