Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Ulasan Ustaz Ayah Aji Rosman Terhadap Pengamal Tasawuf yang ditipu oleh Syaitan

Ulasan Ustaz Ayah Aji Rosman Terhadap Pengamal Tasawuf yang ditipu oleh Syaitan

696
0
Iklan

Soalan saya:

Assalamualaikum apa komen Ustaz tentang jawapan guru tarikat ini?

Soalan murid Tarikat  kepada gurunya:

Ingin bertanya kepada ustaz mengenai dakwaan yang mengatakan ilmu laduniyah adalah yang tertinggi berbanding ilmu lain —->>

Kenapa ramai para ulama’ dan masyarakat awam mengingkari “Rabitah” di dalam tariqah sufi?

(Rabitah : Membayangkan wajah guru mursyid ketika atau sebelum berzikir).

Jawapan guru tarikat:

Sangka buruk terhadap tasawwuf dan para pengamalnya sehingga mereka tidak mahu membaca kitab-kitab tasawwuf dan tidak mahu pula bertanya atau berbincang atau bermuzakarah dengan orang-orang Islam yg beramal dengan tasawwuf itu. Mereka menyangka pengamal tasawwuf dan tariqah itu beramal pakai agak-agak atau ikut reka-reka tuan-tuan guru yg jahil-jahil belaka, tidak ada kitab yg mu’tabar yg menjadi pegangan mereka. Oleh sebab itulah maka mereka berasa tidak perlu untuk bermuzakarah dengan tuan-tuan guru tasawwuf atau tariqah itu. Untuk belajar dengan guru-guru itu memanglah seperti kata pepatah Melayu ; “Jauh panggang dari api “, kerana mereka menganggap diri mereka telah pandai dan ‘alim. Benarlah kata Asy-Syaikh Abu Al-Hasan Asy-Syadzuli (wafat 645 hijrah) :

” org yg banyak terhijab itu ialah ulama’, Maha Suci Allah yg menghijabkan ulama’ itu dengan ilmu-ilmu mereka sendiri “.

Apa yg dimaksudkan oleh Syaikh Abu Al-Hasan Asy-Syadzuli itu ialah para ulama’ yg berpada dengan ilmunya itu sahaja maka terhijablah dari pelbagai ilmu yg lebih baik dan lebih tinggi iaitu ilmu laduniyyah.

– Al-Marhum Al-‘Arif Billah Tuan Guru Imam Haji Ishak bin Muhammad ‘Arif Ar-Rowi An-Naqsyabandi Al-Khalidi.

INI ULASAN DARI TOK GURU TAFSIR SAYA. DENGAR BAIK-BAIK WAHAI PEMUJA TOK GURU TASAWUF:

Ustaz Ayah Aji Rosman : Wsalam ummu yaser.

1. Ilmu Laduni :

Ini ialah  ilmu rekaan mereka. iaitu..tak perlu belajar..baca wirid laduni. .esok dapat jadi Tok Guru.

Ilmu nabi Khidir as itu bukan ilmu yang boleh di pelajari. .Ia anugerah Allah kepada nabi Khidir as. Nabi lagi Rasul. Nabi Musa as pun tak dapat ilmu tersebut. Mereka pula beranggan-angan kosong hasil malas belajar wahyu Allah dan sunnah nabi saw.

2. Rabitah : 

Membayangkan rupa guru mursyid mereka ketika atau sebelum berzikir. Inilah tawasul pada guru itu.

Inilah Penyembahan Berhala sebenar. Belajar pun sudah kufur apatah lagi mengamalkannya maka kufur lah.

3. Kenapa kita tidak membaca kitab tasawuf ?

Memang kita tidak perlu mempelajari kitab tasawuf kerana makna tasawuf itu sememangnya bukan asal dari perkataan Arab.

Mereka telah mentafsir perkataan-perkataan di dalam Al Quran.

Tazkiyah bermaksud menyucikan . dalam Surah Al Baqarah ayat 151 iaitu Yuzakkiikum. Tazkyiah di dalam Al Quran bermaksud “suci hati daripada segala sifat syirik dan bidaah.”

Soalannya macamana hendak mensucikan hati? Iaitu dengan :

Belajar tentang syirik. apabila tahu mengenainya kita akan jauhi syirik dan buang ia dari hati.

Belajar ilmu hadis. Apabila kita tahu ilmu hadis kita akan berusaha buat amal soleh. Kita tahu yang mana satu bidaah lalu kita buang amalan tu. Kita

belajar syirik khofi. Sifat-sifat tercela, riyak, ujub, takabbur dan lain lain lalu kita tinggalkan amalan tersebut.

Mereka pula faham tazkyiah itu ialah menjadi suci hati daripada syirik khofi. Itulah tasawuf.

Syirik Khofi mereka kata mereka buang, sedangkan mereka masih ada syirik Jali atau Syirik Besar. Syirik Jali lah yang menyebabkan pengamalnya kekal dalam Neraka.

Cara mereka mensucikan hati pula ialak dengan membaca wirid-wirid.

4. Mengapa kita tidak beramal dengan guru-guru tasawuf?

Nabi saw berkata “Aku tinggal pada kamu dua perkara,  barangsiapa berpegang teguh dengan dua perkara ini nescaya dia  tidak akan sesat sampai bila-bila. Iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Maksudnya, nabi kata jika kita pelajari dua kitab ini , kita tidak akan sesat. Ertinya jika kita tidak pelajari nescaya sesat lah. Oleh itu pilihlah hendak belajar dengan siapa? Adakah dengan orang Tasawuf yang tidak belajar Al Quran dan Sunnah?????

Sudah tentulah kita memilih untuk belajar dengan orang alim yang ada sanad tafsir dan hadis. Kita berhujah pun dengan Al Quran dan Hadis sedangkan mereka berhujah hanya dengan kitab-kitab Tok Guru dan guru mereka. Berhujah dengan kitab yang ditulis oleh manusia dan hujah guru itu tanda sifat musyrikin. Sila rujuk Al Quran :

i) Hujah Kitab: As Syura ayat 14 :

(14). وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚوَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚوَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِنْ بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

ii) Hujah Tok Guru: Az Zukhruf ayat 22 :

(22)بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ

(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja”.

(Datuk nenek itu maknanya Tok Guru yang tiada ilmu Alim)

Hujah mereka itu telah pun menunjukkan sifat mereka di dalam Al Quran!!!

Cuba kamu bandingkan apa yang Ayah Aji tulis. Ayah Aji tidak pun suruh rujuk kitab itu dan ini tetapi suruh rujuk Al Quran dan kitab Hadis Muslim, Bukhari, Abi Daud. Termidzi.

Ayah Aji jarang sekali berhujah menggunakan kata-kata guru Ayah Aji kerana mereka itu manusia dan terdedah kepada salah dan silap.

Daripada surah As Syura ayat 14:

Dan orang-orang yang mewarisi Al Kitab. Kitab yang manusia tulis itu ada yang betu tetapi ia bukan kitab yang original Al Quran.

Mrk terperangkap dalam jerat yang syaitan telah pasang.

Orang-orang Yahudi, Allah telah beri mereka kitab Taurat .tetapi mereka tidak belajar tafsir Taurat.  Mereka belajar dari kitab-kitab yang ulama mereka tulis.

Orang Yahudi telah terkena talbis.Mereka mencampur- adukkan yang Haq dan yang batil. Antara Tauhid dan Syirik

Pendita Yahudi telah membuat amalan bidaah.Mereka mengambil upah. Mereka pun serupa terkena talbis.Mereka telah mereka-reka amalan dan mencampurkannya dengan syirik!

Tahlil iaitu zikir ia adalah yang haq(benar)

Oleh itu Tahlil : Yang haq dicampur dengan tawasul iaitu amalan syirik yang di kirim kepada orang mati adalah melanggar firman Allah dalam Surah Al Fussilat ayat : 37

(37). وَمِنْ آيَاتِهِ الَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ ۚلَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.

Solat Hajat adalah Amalan bidaah mengambil upah mendoakan untuk seseorang.

Marilah kita sama-sama menyebarkan tauhid ini kerana jika kita tidak sebarkan tauhid ini… akibatnya, manusia akan jadi sesat semua sekali dan anak cucu kita pun akan rosak.

Akan dikenakan azab juga… seperti apa yang sudah berlaku saperti di Iraq, Syria dan Rohigya . 

Seperti Islam di Andulisia, Bosnia dan banyaklah lagi akibat buruk kerana tidak menyebarkan tauhid ini.

Wallahu a’lam bissawab.

Komen dan Soalan