Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Tentang Kesihatan

Soal Jawab Tentang Kesihatan

2087
26
Iklan

Soal Jawab Tentang Kesihatan

 

Soalan 1 : Assalamualaikum saya nak tanya,dah 3 hari demam ,sakit tekak ,batuk.bila makan ubat alhamdulillah tapi selepas ubat habis demam balik, adakah saya kena ambil antibiotik.

Walaikummussalam.Kombinasi simptom batuk + demam + sakit tekak ni biasanya berkaitan dengan jangkitan virus pada tekak, virus tidak perlu antibiotik, ianya self limiting (badan kita akan develop antibody). Banyakkan minum air masak ( at least 2Liter/day bagi yg tiada penyakit rosak buah pinggang, hati atau jantung bengkak). Walau bagaimana pun jika demam lebih dari 4 hari & ada tanda-tanda kemerah-merahan pada badan, elok berjumpa Dr di klinik untuk check sama ada denggi atau tidak atau kombinasi simptom di atas disebabkan penyakit lain.Wallahu’alam bissawab

 

Soalan 2 : Saya mengidap penyakit schizofrenia sudah lebih 2tahun sampai sekarang masih makan ubat. boleh tak saya tak mkn ubat lagi dan saya rasa saya dah sembuh?dan boleh tak dr suggest cara dan kaedah untuk membantu saya?

Tuan hamzi, saya nasihatkan agar tuan sambung makan ubat kerana ianya terbukti membantu mengawal penyakit tuan, apa pun nasihat perubatan yang terbaik adalah daripada pakar yang merawat tuan.Wallahu’alam bissawwab.

 

Soalan 3 : Nak tanya, tonsil. Kalau dia besar. Ada kesan apa-apa yang memudaratkan? Punca, kesan dan simptom yang berkaitan. 🙂

Tonsillitis – Ianya adalah keradangan tonsil, sellau disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pyogenes. Ada jugak tonsillitis disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Tanda2 & kesan tonsillitis – demam, sakit tekak, sakit @ sukar menelan, tidur berdengkur. Tonsillitis boleh dirawat, cuma jika kerap kena tonsillitis mungkin kena buang tonsil tu. Kes chronic tonsillitis kena rawatan pakar ENT (ear, nose,throat) Wallahu’alam bissawab.

 

Soalan 4 : Tahap kolestrol saya 6.4. Adakah saya perlu makan ubat untuk kurangkan kolestrol? Apakah kesan ubat medostatin 40 terhadap organ dalaman seperti buah pinggang atau hati? Ada kesan sampingan tak?

Penyakit kolesterol tinggi. Jenis kolesterol ada banyak, ada total kolesterol, free kolesterol, kolesterol baik & jahat. Sebaiknya berbincang dgn Dr keluarga masing2 utk penilaian perlu @tidak start ubat anti-kolesterol.

#Senaman

Exercise adalah penting utk semua sama ada kolesterol tinggi @ rendah.Exercise at least 150 minit / week, each exercise at least 20 minit (kalau larat). Ia bagus utk turunkan paras kolesterol jahat, turun berat badan & bagus utk janyung & peparu kita. Kalau takder masa utk exercise, boleh berjalan at least sehari 10,000 langkah. Jaraknya 7-8km bergantung kepada keluasan langkah kita.Mulakan dengan bilangan langkahnyg termampu dahulu contohnya 200 langkah sehari, kemudian naikkan sedikit demi sedikit utk tingkatkan stamina masing2.

#Medostatin

Ini adalah ubat anti-kolesterol, setiap ubat & apa2 bahan pun akan ada side effect jika di ambil secara berlebihan.Secara general ubat anti-kolesterol mempunyai kesan pada fungsi hati tapi dalam skala yg kecil sahaja. Kesan lain adalh allergic pada ubat tersebut & interaksi ubat tersebut dgn ubat2 lain. Yg terbaik adalah konsultasi dgn Dr yg merawat anda utk decide ubat mana yg terbaik.Medostatin ni adalah ubat anti-kolesterol, setiap ubat & apa2 bahan pun akan ada side effect jika di ambil secara berlebihan. Secara general ubat anti-kolesterol mempunyai kesan pada fungsi hati tapi dalam skala yg kecil sahaja. Kesan lain adalh allergic pada ubat tersebut & interaksi ubat tersebut dgn ubat2 lain. Yg terbaik adalah konsultasi dgn Dr yg merawat anda utk decide ubat mana yg terbaik.

 

Soalan 5 : Dr. saya ada satu soalan.setahu saay setiap bulan 1 oosit sekunder akan keluar dari ovari wanita, jika tak disenyawakan oleh sperma maka oosit sekunder tadi akan merosot & keluar sebagai darah haid, soalan saya pd wanita ada 2 ovari, jadi oosit sekunder ini keluar setiap bulan dari ovari ini secara bergilir2 kah.bulan ni keluar ikut ovari belah kiri.bulan dpan ovari belah kanan.adakah begitu.mohon pencerahan

Ye betul, cuma dari segi giliran tu saya tak pasti ikut jadual kiri – kanan atau tidak. Wallahu’alam bissawab….

 

Soalan 6 : Wujudkah penyakit yang tak boleh memandu jarak jauh? Pesakit akan berdebar dan tak fokus. Sahabat saya alami. Tidak boleh memandu sama ada jarak jauh atau dekat tu bukan penyakit, ianya adalah kesan daripada sesuatu penyakit.

Banyak penyakit berkaitan berdebar2 & susah nak fokus, ini perlukan penyiasatan & kemungkinan rawatan lanjut oleh Dr yg merawat beliau.Wallahu’alam.

 

Soalan 7 : Untuk mendapat rawatan klinik pakar (ent dsb) di hospital kerajaan, perlukan ref.letter dari mana? Klinik kesihatan awam atau boleh klinik swasta sahaja?  Apa syarat untuk mendapatkan ref.letter daripada klinik kesihatan?

Boleh dapatkan surat rujukan sama ada dari klinik kerajaan atau swasta. Tiada sebarang Bias dlm merawat pesakit. Cuma jangan bagi surat rujukan dari bomoh. Tiada syarat, cume perku bayar rm1 (warganegara malaysia) masa daftar di klinik kesihatan & rm5 (warganegara malaysia) masa daftar utk kkinik pakar. So far the lowest rate in the world.

 

Soalan 8 : Boleh dr. terangkan mengenai penyakit galaucoma apa kaedah untuk menagatasi dan ada tak ubat bagi penyakit ini?

Glaucoma ni penyakit tekanan dalam mata meningkat, it’s multifactoral, komplikasi boleh jadi blind sebab pressure pada saraf mata. Rawatan tu banyak bergantung kpd penyebab glaucoma. Kena jumpa pakar mata untuk pemeriksaan lebih lanjut. Wallahu’alam

 

Soalan 9 : Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia ekzima. Punca berlaku dan rawatan yg dicadangkan Eczema

Eczema ni adalah keradangan pada kulit, jenisnyg paling common adalah Atopic dermatitis.Penyebabnya banyak, antaranya bulu binatang, sabun, panas sangat @ sejuk sangat, stress, secara general it’s multifactor.Rawatan selalunya simtomatik treatment, kalau gatal Dr akan bagi ubat gatal sam ada sapu @ gatal. Rawatan yg terbaik adalah PREVENTION. Kita kena tahu kukit kita alahan pada apa. Kalau dapat avoid benda yg kita alah, insya allah boleh avoid eczema. Wallahu’alam

 

Soalan 10 : Saya wanita 59 tahun. jari2 tangan mula nampak kelainan. mcm mula bengkok dan ruas jari mcm mbesar. adakah itu tanda artritis atau rhumatism.tak rasa sakit tapi bila picit mcm sengal sikit.

Hujung jari yg abnormal (clubbing fingers) boleh berkaitan dengan banyak penyakit, sama ada jantung, hati, sakit arthritis etc. Kena jumpa Dr utk check apa yg problem. Wallahu’alam

 

26 KOMEN

  1. Saya remaja perempuan berumur 16 tahun. Saya selalu rasa nervous sehingga sakit tangan kanan dan saya akan menggengam tangan saya dengan kuat untuk hilangkan rasa sakit tersebut. Apakah yang menyebabkan tangan saya sakit apabila nervous?

  2. As salam. Nak brtnya. Apa.punca or penyebab kalau tgh tidur tetiba rasa xbole brnafas atau trcunggap2 atau pun dlm.keadaan sedar, nafas mcm x cukup?

  3. Assalamualaikum…. Saya azila berumur awal 40 an.. Saya mengamalkan makan ubat perancang sejak 6 tahun lepas… Masalahnya sekarang bila tiap kali ubat habis utk 21 hari.. Sepatutnya darah kotor akan keluar tp masalah saya pulak.. Darah kotor keluar cam lendir n sedikit aje ..itupun dlm sehari sahaja.. Darah cair langsung x keluar.. Macam mana tu ya…

  4. assalamualaikum doktor. saya perlukan sedikit jawapan daripada doktor mengenai kesihatan saya. hari ini dah masuk 6 hari saya tak buang air besar. untuk pengetahuan doktor saya makan propranolol sejak 4bulan lalu kerana jantung laju dan tekanan darah tinggi sikit. dos dua biji sehari pagi dan petang ( 40mg ) seminggu ni saya ada skip makan propranolol sebab sibuk pindah rumah. sebelum saya ambik propranolol, saya BO hanya sekali atau dua kali dalam dua minggu. sejak saya makan propranolol, harihari saya BO. tapi bila saya skip makan ubat, BO saya juga skip. saya ada rasa nak BO, tapi bila dah dalam toilet, hilang rasa nak BO. boleh doktor beri saya sedikit penjelasan tentang masalah ni.

  5. AsSalammualaikum wbt.
    Saya mengalami ketidakselesaan di telinga kiri. Ia tidak menyakitkan tapi hampir setiap masa saya mendengar bunyi ‘small pops’ sejak dua minggu lalu. Perlukah saya mendapatkan rawatan di klinik biasa atau terus rujuk ke pakar ENT ?
    Sekian, terima kasih

  6. Saya gadis umur 23 tahun dan belum berkahwin .2 minggu lalu , sy demam dan sering berasa loya dan muntah . Demam lebih kurang 4 hari. Hilang selera makan hampir seminggu . Sejak demam tu, lepas makan saya sering muntah kuantiti yg banyak smpai hari hari ini . Mata belah kiri saya semakin besar (tirod) .. Ada kena mengena ke dgn sy sering muntah ?

  7. Saya 68tahun mengidap darah tinggi ubat yang diberi perindopril 8mg dly amlodipine 10mg dly n hydrochlothiazide 50mg dly. Didapati creatinine level saya tinggi adakah atut saya hentikan pengambilan perindopril yang tinggi itu? Tq

Komen dan Soalan