Bismillah…
Note 41 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
MENZIARAHI MASJID DAN MAQAM RASULULLAH SAW.
1. Kepentingan Menziarahi Maqam dan Dalilnya :
Sunat memziarahi masjid Rasulullah. Baginda penah bersabda : “Tidak dikuatkan suruhan berkunjung kecuali ke tiga buah masjid iaitu Al Masjid Al Haram, masjidku ni dan masjid Al Aqsa.”
Riwayat Al Buqhari : 1189
Sunat menziarahi maqam Rasulullah SAW dan mendapat pahala yang banyak bahi sesiapa yang melakukannya.
Rasulullah penah bersabda : “Dahulu, aku penah mencegah kamu menziarahi kubur, sekarang kamu pergilah menziarahinya.”
Riwayat abu Daud : 3237
Rasulullah SAW penah bersabda pada Mu’az ketika Baginda mengutuskannya ke Yaman : “Wahai Mu’az! Sesungguhnya mungkin engkau tidak menemuiku lagi selepas tahun ini. Smoga engkau singgah di masjidku ini dan kuburku.”
Riwayat Ahmad : 22702
2. Adab Memziarahi Masjid Rasulullah SAW :
2.1. Sunat berazam menziarahi Nabi SAW dan masjidnya ketika menuju ke Madinah supaya dapat pahala kedua duanya. Begitu juga, sunat memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW dalam perjalanan tersebut.
2.2. Sunat mandi sebelum masuk Madinah sekiranya ada kemudahan. Jika tiada kemudahan, mandilah sebelum masuk ke dalam masjid dan pakailah pakaian yang paling bersih.
2.3. Apabila sampai di pintu masjid Nabi SAW, melangkah masuk dengan kaki kanan sambil membaca : ” Aku mohon perlindungan dengan Allah Maha Agung, dengan ZatNya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaanNya dan segala puji pujian bagi Allah. Ya Allah! Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya dan sejahterakanlah mereka. Ya Allah! Ampunikanlah dosa dosaku dan bukakanlah pintu rahmatMu untukku.”
2.4. Setelah solat di Raudhah, pergilah ke maqam Baginda yang mulia. Berdirilah di situ dengan membelakangi kiblat dan menghadap dinding maqam kira kira 4 hasta jaraknya daripada bahagian kepala.
Ucaplah dengan pelahan : “Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah sebaik baik balasan yang Allah bagi pada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah sebenar benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa engkaulah hambaNya dan Rasul dari kalangan makhlukNya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Alllah sebenar benar jihad.”
Kemudian bergerak sedikit ke kanan di tempat kubur Abu Bakar dan ucapkanlah salam : “Sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar Al Siddiq.”
Kemudian bergerak lagi ke kanan kubur Umar bin Al Khattab dan ucapkanlah salam : “Sejahtera ke atasmu wahai Umar bin Al Khattab.”
Kembali ke tempat permulaan dan berdoalah untuk diri sendiri dan keluarga
2.5. Tidak harus tawaf di maqam Nabi SAW. Imam Al Nawawi Rahimahullah berkata : “Makruh melekapkan badan ke dinding maqam, mengusap usap dan mengucupnya, sebagaimana yang dilakukan daripada golongan mereka yang jahil. Cara yang beradab adalah dengan berada jauh dari maqam tersebut seolah olah berada dihadapa baginda ketika hayatnya.
2.6. Sebaik baik bersolatlah dimasjid Rasulullah SAW selama berada di Madinah dan ziarahilah kuburan Baqi pada setiap hari dan juga para kuburan syuhadah di Uhud.
Begitu juga sunat muakkad memgunjungi Masjid Quba, bahawa Rasulullah SAW sentiasa mengunjunginya setiap hari Sabtu.