Utama Bilik (113) 100 Sunnah 100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari-

100 Sunnah – 1 Sunnah 1 Hari-

280
0
Iklan

100 sunnah – 1 sunnah setiap hari
7/100

Wudhu’

1.   mengucapkan lafaz Basmalah

2.  membasuh kedua tapak tangan sebanyak tiga kali di permulaan wudhu’.

3.  mendahulukan berkumur dan istinsyaq sebelum membasuh muka.

4.  melakukan intintsar dengan tangan kiri.

    “baginda membasuh kedua taoak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian berkumur, beristisyaq, beristintsar,        lalu membasuh wajah sebanyak tiga kali.”  HR Al-Bukhari dan Muslim.

8/100

Wudhu’ – sambungan

5.   Membanyakkan berkumur dan beristinsyaq bagi orang yg tidak berpuasa.

6.   Berkumur dan beristinsyaq dengan satu tapak tangan, tanpa memisahkan keduanya.

       ث أدخل يده فتمضمض واستنشق من كفًًٍ واحدٍ
      “kemudian baginda memasukkan tangan lalu berkumur dab beristinsyaq dengan satu telapak tangan.”
       HR Al-Bukhari dan Muslim.

 
9/100

Wudhu’ – sambungan

7.   Bersiwak, dan waktu paling tepat adalah ketika berkumur.
      “Jika bukan kerana khuatir akan memberatkan umatku, nescaya ku perintahkan mereka bersiwak dalam setiap        wudhu’ ” HR Ahmad dan An Nasa’i

8.   Mengusap-usap janggut yg lebat dgn jari-jari tangan yg basah ketika membasuh wajah.
     “Kebiasaan baginda saw menyela-yela janggutnya ketika wudhu'” HR At Tirmizi

 

10/100

9.   Cara usap kepala
      “Rasulullah saw mengusap kepalanya; Baginda memulai dari bahagian depan lalu ditarik ke bahagian                      belakang.” HR Al-Bukhari dan Muslim

10.  Menyela2 jari2 tangan dan kaki.
       “Sempurnakanlah wudhu’, dan sela-selalah antara jari-jari (dengan air).”  

       HR Abu Daud, At Tirmizi, Nasa’i, Ibn Majah

11/100

Wudhu’ – sambungan

11.   Menambah jumlah bilasan sampai tiga kali ketika membasuh wajah, kedua tangan dan kedua kaki.

12.  Melafazkan dua kalimah syahadah selesai berwudhu’.

      “Dibukakan baginya pintu syurga yang jumlahnya lapan, dia boleh masuk dari pintu mana sahaja yang                      dikehendaki.”   HR Muslim.

12/100

Wudhu’ – sambungan

13.  Berwudhu’ di rumah.
      “Barangsiapa bersuci di rumahnya, lalu dia berjalan ke salah satu masjid Allah untuk menunaikan salah satu            kewajipan yg ditetapkanNya, maka dari langkah kaki keduanya itu, langkah kaki yg satu menghapuskan                  dosanya, sedangkan langkah kaki yg satu lagi mengangkat darjat.”  HR Muslim.

14.  Berhemat dalam menggunakan air.
      “Rasulullah saw berwudhu’ dgn satu mud air sahaja.”  – HR Al Bukhari dan Muslim.

       *1 mud: 0.6875 liter.

 

www.uito.org

Komen dan Soalan