Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.01 #230215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.01 #230215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

252
0
Iklan

#230215 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 01.01 Muqaddimah Bilik (40)

Susunan: BroSyarief

Ada 3 perkara yang saya berhasrat untuk kongsikan dalam Sesi 01 Muqaddimah Kelas (40) Asas Ilmu Hadits :

1) Niat Ikhlas
2) Tujuan Mempelajari Ilmu Hadits

IKHLAS

Terdapat dua syarat utama amal kita diterima di akhirat nanti: IKHLAS & TEPAT.

Sebagaimana kita berusaha untuk IKHLAS dalam urusan-urusan ibadah kita yang lain, kita juga berusaha untuk IKHLAS dalam menuntut ilmu agar segalanya menjadi pelaburan untuk hari akhirat kelak.

IKHLAS yang asal merujuk kepada urusan hati yang fokus HANYA kepada Allah ‘azza wa jalla.

Bukan seperti konotasi yang biasa difahami di kalangan melayu, iaitu IKHLAS ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Sehinggakan setiap kali kita melakukan satu kebaikan kepada seseorang, kita perlu mengucapkan ‘Saya ikhlas ni..!’ untuk mengelak disalah-fahami sebagai meminta timbal-balik.

Kerana penilaian mutlak IKHLAS adalah antara kita dengan Allah.

Mohon dengan bulatnya keIKHLASan kita dalam usaha menuntut ilmu ini akan benar-benar membuka ruang untuk lebih banyak kefahaman tembus dan lebih aktif amal terlaksana.

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU HADITS

Jika dikaji kitab-kitab Mustolah atau Ulum Hadits, mereka akan menyebutkan objektif-objektif yang bersifat ‘High-End’ atau ‘Jangka masa panjang’.

Seperti dapat membezakan antara hadits-hadits yang bermasalah ataupun tidak, dan lain-lain.

Adapun untuk group yang asas seperti ini, saya meletakkan garis objektif yang sedikit berbeza yang bersifat praktikal buat masa ini:

1) Membiasakan diri dan memahami garis panduan asas perbincangan ilmu dan mustolah hadits.

2) Menyedari dan menghayati kegigihan serta besarnya jasa para ilmuan hadits untuk memastikan kita merasakan nikmat sunnah dalam kehidupan kita.

3) Menimbulkan rasa gerun dan takut untuk sembarangan memberi komentar akan hadits dan sunnah Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan kita tak mempunyai asas mengenainya, apa lagi dalam hal-hal yang mendalam berkaitan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts.

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan