Bismillah…
Note 28 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
ORANG YANG SAH HAJINYA
Syarat Sah Haji
Sah haji terbahagi kepada :
i. Islam :
– Orang yang bukan Islam tidak sah hajinya. Apabila dia memerluk Islam selepas itu dia mendapat syarat-syarat wajib padanya, dia wajib mengerjakan haji.
ii. Mumayyiz :
– Apabila kanak-kanak mencapai peringkat umur, mempunyai kesedaran yang mampu bersuci dan menjaga dirinya sendiri.
iii. Berihram Haji pada Waktunya yang Tertentu :
– Waktu yang tertentu atau miqat zamani bagi haji adalah pada Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Haji tidak sah kecuali pada ihramnya bermula dalam tempoh tersebut.
– Pendapat sahih seseorang yang berihram haji diluar tersebut, hajinya tidak sah dan ibadahnya bertukar menjadi umrah.
iv. Menyempurnakan Semua Rukunnya yang akan dibincangkan kemudian, In shaa Allah.
– Haji sah seseorang dikira sah apabila terdapat semua syarat tersebut tanpa mengambil kira thabit wajibnya.
– Sah haji kanak-kanak mumayyiz apabila dia melakukannya, sekalipun belum mukallaf atau belum di tuntut berbuat demikian.
– Sah haji kanak-kanak yang belum mumayyiz apabila walinya berihram dan melontor jamrah bagi pihaknya, membawanya tawaf, saie dan wuquf di Arafah bersama-samanya.
Rasulullah SAW bersabda :
“Siapakah kamu?” Mereka menjawab, “Kami orang Islam.” Mereka pun bertanya: “Siapakah kamu?” Baginda menjawab : “Aku Rasulullah SAW.” Lalu seorang perempuan menunjukan seorang kanak-kanak kepada Baginda sambil bertanya: “Bolehkah budak ini mengerjakan haji?” Baginda menjawab : “Ya, dan kamu juga mendapat pahala.”
Riwayat Muslim : 1336
Ibn Abi Syaibah dalam Al Musannaf