Bismillah…
Note 26 : ruj Al Fiqh Manhaji 2
MEREKA YANG WAJIB MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH
Pertama : Haji dan Umrah wajib bagi orang yang mempunyai 6 syarat berikut:
1. Islam : Haji dan umrah tidak wajib ke atas orang oranf kafir.
2. Berakal : Ibadah haji tidak wajib ke atas orang gila disebabkan dia tidak mampu menbezakan suruhan atau tegahan.
3. Baligh : Ibadah Haji dan Umrah tidak wajib ke atas orang yang belum baligh. Ini disebabkan kerana dia tidak dianggap mukallaf, dan tuntutan syarat hanya dikenakan ke atas orang yang baligh.
Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak diambil kira apa-apa yg berlaku daripada tiga golongan, iaitu kanak-kanak hingga dia baligh, orang yg tidur hingga dia jaga dan orang gila hingga dia sembuh.”
Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Al Tirmizi, Ibn Majah.. hadith sahih
4. Merdeka : tidak wajib ke atas hamba disebabkan dia tidak memiliki sebarang harta dan dirinya sendiri dan apa-apa yg diperolehinya ialah milik tuannya.
5. Aman dalam Perjalanan : tidak wajib haji dan umrah ke atas orang yang bimbang akan ancaman musuh terhadap dirinya atau hartanya disebabkan ada kemudharatan.
6. Berkemampuan : Ibadat haji dan umrah hanya wajib ke atas orang yang berupaya dan berkemampuan.
Allah SWT berfirman :
“Dan Allah menwajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaiti sesiapa yg mampu sampai kepadaNya.”
Surah Ali-Imran : 97
Ciri-ciri yang Berkemampuan:
– Berkemampuan apabila memiliki harta yang mencukupi untuk mengerjakan haji dan umrah, ini termasuk tambang pengangkutan, perbelanjaan pergi dan balik, perbelanjaan passport perjalanan dan upah pemandu haji dan umrah sebagaimana yg dikehendaki oleh pemerintah.
Jenis Kemampuan :
– Dua jenis :
i. Kemampuan secara langsung bermaksud seseorang itu mampu melakukan sendiri ibadah haji dan umrah disebabkan masih berupaya, iaitu badan yg sihat, sanggup menempuhi perjalanan da melakukan kerja-kerja ibadah.
ii. Kemampuan secara tidak lansung bermaksud seseorang mukallaf yang memiliki harta yg mencukupi utk mengupah orang lai mengerjakan haji bagi pihaknya sama ada semasa dia masih hidup atau selepas dia meninggal dunia.
Perhatian :
1. Sesiapa yg mempunyai harta modal perniagaan, dia wajib mengunakannya untuk menunaikan haji dan umrah. Begitu juga jika mempunyai harta yg sama nilainya dengan perbelanjaan haji dan umrah, dia wajib menjualnya bagi tujuan tersebut. Kepada yang berhutang, wajib menggunakan harta perniagaannya untuk melunas hutang tersebut. Pendapat yg lebih sahih tentang haji dan umrah.
2. Tidak wajib menjual rumah yg diduduki dan perabot yang masib digunakan untuk perbelanjaan menunaikan haji dan umrah, kerana kesemua harta tersebut merupakan keperluan asas dan tidak dituntut menjualkannya.
3. Sesiapa yang tinggal tempat yg jaraknya denga Makkah kurang daripada dua marhalah dan masih mampu berjalan, dia wajib menunaikan haji dengan berjalan sekiranya dia tidak mempunyai wang untuk tambanh kenderaan.
4. Sesiapa yg mempunyaiperbelanjaa yg cukuo untuk mengerjakan haji, sedangkan ingin berkahwin dengan menggunakan perbelanjaan tersebut, dia hendaklah menimbang dua keadaan berikut:
4.1. Dia ingin berkahwin tapi masih mengawal nafsunya, dia wajib menunaikan haji.
4.2. Dia tidak mampu mengawal nafsunya dan takut melakukan zina serta terjerumus dalam perbuatan maksiat. Dia wajib menunaikan haji tapi afdal baginya mendahulukannya perkawinan daripada mengerjakan haji.
5. Syarat-syarat wajib haji dan umrah bagi lelaki, dua syarat bagi ditambah bagi wanita yg ada muhrim (Lelaki):