Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Ihram 2

Ihram 2

181
0
Iklan

Bismillah…
Note 30 : sambungan nota 29

ii. Berniat Ihram Haji dan Umrah
– Berniat ihram haji dan umrah dalam hati sebelum memulakan perjalanan dengan apa-apa cara sekalipun.

Ucapkanlah talbiah : “Aku menyahut seruan Mu ya Allah, aku menyahut seruanMu. Tiada sekutu bagi Mu, aku menyahut seruan Mu. Sesungguhnya puji-pujian dan nikmat adalah bagi Mu dan begitu juga pemerintahan. Tiada sekutu bagi Mu.”

Wajib berniat dalam hati, manakala melafazkannya dan memgucapkan talbiah adalah sunat sahaja.

iii. Cara Berniat Ihram Haji :

a. Berniat ihram haji sahaja. Selesai haji, dia pergi semula keluar sempadan Tanah Harram untuk berniat umrah pula dan seterusnya melakukan ibadah umrah tersebut. Ihram cara ni dinamakan Ifrad.

b. Berniat ihram umrah sahaja. Selesai ibadah umrah, dia berihram haji di Makkah atau dimiqat, yang dia berihram umrahnya. Berihram cara ni dinamakan Tamattu, yang kedua afdal selepas Ifrad.

c. Berniat ihram bersama umrah, seterusnya melakukan ibadah haji sehingga selesai. Amalan haji tersebut dia mendapat kedua dua pahala.

iii. Pengharaman Semasa Berihram

10 perkara yang wajib dielakan oleh orang berihram haji dan umrah.

a. Memakai pakaian yang disarung dibadan, dan memakai kasut, boleh memakai selipar yang menutup kakinya.

b. Menutup kepala atau sebahagiannya dengan sebarang penutup, seperti serban dan songkok kecuali kerana keuzuran.

c. Menyisir rambut dengan sikat, kuku atau dengan sebarang alat sekalipun.

d. Mencukur rambut atau mencabutnya kecuali apabila terpaksa berbuat demikian. Haram mengguntingnya.

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul) sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) ditempatnya.”
Surah Al Baqarah : 196

e. Memotong kuku sama ada banyak atau sedikit, kecuali disebabkan keuzuran.

f. Menggunakan bau-bauan iaitu sengaja menggunakannya pada mana-mana bahagian badan. Makan dan minum sesuatu bercampur dengan bau-bauan, duduk atau tidur di atas hamparan, atau lantai yang terdapat bau-bauan tanpa berlapik dan menggunakan sabun wangi ketika mandi.

g. Membunuh binatang burian yang halal dimaka , iaitu binatang darat yang liar. Begitu juga bagi mendapatkan bahagian badan, rambut, bulu dan sebagainya.

h. Akad nikah sama ada orang yang berihram itu sendiri atau wakilnya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Orang yang berihram tidak boleh berkahwin dan mengahwinikan orang lain.”
Riwayat Muslim : 3513
Abu Daud, Al Nasaie, Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, Al Bazar dan Al Thayalisi

i. Bersetubuh.

Allah SWT berfirman :
“(Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yanh demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat memgerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjaka  ibadah haji.”
Surah Al Baqarah : 197

j. Melakukan perbuatan yang menimbulkan berahi, seperti berdakap, berkucup, melancap dan sebagainya ditegah semasa berihram.

Kesemua perkara tersebut adalah haram dilakukan dengan sengaja oleh orang yang berihram haji atau umrah sekiranya dia mengetahui hukumnya haram dan tanpa sebab yang perlu.

Komen dan Soalan