Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Amalan Haji dan Umrah

Amalan Haji dan Umrah

1596
0
Iklan

Bismillah…
Note 31 : Al Fiqh Manhaji 2

AMALAN HAJI DAN UMRAH

1. Amalan Haji :
– Terdapat amalan wajib, rukun dan sunat.

2. Wajib Haji :
– Rukun merupakan  amalan yang mesti dilakukan, namun kedua-duanya ada perbezaannya. Amalan wajib haji yang tertinggal boleh digantikan dengan dam dan rukun haji yang tertinggal menyebabkan ibadah haji tidak sah dan dam tidak dapat mengantikannya.

2.1. Berihram di Miqat :
– hendaklah berihram di miqatnya sama ada miqat zamani atau miqat makani.

– Miqat makani tanpa berihram sehingga masuk ke Tanah Haram, bererti dia telah meninggalkan satu daripada wajib baginya.

2.2. Bermalam di Muzdalifah :
– Meninggalkan Arafah menuju ke Mina selepas matahari terbenam, wajib bermalam di Muzdalifah dengan berada disana sehingga selepas tengah malam kerana mengikut Rasulullah SAW.

2.3. Melontar Jamrah:
– Meninggal di Arafah dan bermalam di Muzdalifah, menuju ke Jamrah Al Aqabah, yang terletak dihujung perjalanan Mina menuju ke Makkah. Jemaah wajib melontar jamrah tersebut dengan tujuh biji anak batu dan setiap biji hendaklah jatuh ditempat yang ditetapkan.

– Waktu melontar jamrah ini bermula selepas tengah malam raya dan berakhir apabila matahari terbenam pada Hari Raya Qurban tersebut.

– Hari Tasyri’ selepas raya tersebut, wajib melontarkan tujuh biji batu di setiap jamrah mengikut urutannya, iaitu Jamrah Al Ula, berhampiran dengan Masjid Al Khaif, diikuti Jamrah Al Wusta dan akhirnya Jamrah Al Aqabah, yang semuanya terletak di Mina.

– Waktu melontar ketiga-tiga jamrah tersebut bermula selepas gelincirnya matahari dan berakhir apabila ia terbenam. Boleh menangguhkannya pada hari uang kedua tanpa dikenakan fidyah.

Perhatian :

Gugur kewajipan melontar semua jamrah pada hari Tasyri’, yang ketiga apabila oranb mengerjakan haji meninggalkan Mina untuk segera ke Makkah sebelum matahari terbenam pada hari Tasyri’ yang kedua sebagai keringanan baginya.

Allah SWT berfirman :
“Kemudian, sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari ke dua, maka ia tidaklah berdosa.”
Surah Al Baqarah : 203

2.4. Bermalam di Mina :
– Wajib bermalam di Mina pada malam yang pertama dan yang kedua pada hari Tasyri’ dan menghabiskan sebahagian besar malam di sana.

– Malam yang ketiga Allah SWT memberi keringanan, tidak perlu bermalam di Mina.

2.5. Tawaf Wada’ :
– Meninggalkan Makkah, selepas selesai mengerjakan semua ibadah dan amalan haji, wajib melakukan tawaf wada’.

– Wanita dalam haidh tidak dituntut melakukan tawaf wajib ini, jemaah hendaklah segera meninggalkan Makkah.

Komen dan Soalan