Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis ke 14

Hadis ke 14

209
0
Iklan

Hadis 14

وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي طَائِفَةِ الْمَسْجِدِ فَزَجَرَهُ النَّاسُ فَنَهَاهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا قَضَى بَوْلَهُ أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَنُوبٍ مِنْ مَاءٍ؛ فَأُهْرِيقَ عَلَيْهِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: “Seseorang Badui datang kemudian kencing di suatu sudut masjid, maka orang-orang mengherdiknya, lalu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam melarang mereka(melarangborang badui itu). Kemudian setelah ia selesai kencing, Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam menyuruh untuk diambilkan setimba air lalu disiramkan di atas (tempat) kencing itu.” Muttafaq Alaihi.

Maksud lafaz hadis.

1- Lafaz طَائِفَةِ bermaksud penjuru tepi atau tepi sudut sesuatu.

2- Lafaz فَزَجَرَهُ النَّاسُ bermaksud orang ramai herdiknya agar dapat hentikan tindakannya yang kencing di dalam masjid.

3- Lafaz فَأُهْرِيقَ bermaksud disimbah dengan air. asal أريق kalimahnya tiada ه tapi di bubuh huruf ha sebagai ganti dari huruf hamzah.kemudian di tambah hamzah wasli madhmum.

Penjelasan hukum.

1- Dalil ini menunjukkan najisnya air kencing manusia. dan ini sesuai juga dengan ijmak ulama. iaitu wajib basuh jika terkena pada bahagian tubuh atau pakaian dan sebagainya.

2- Wajib memuliakan masjid dengan di jauhi dari kotoran lahiriah dan najis.dan begitu juga kotoran2 akidah dan amalan seperti syirik dll.

3- Cara basuh kotoran di lantai dengan di lumur/simbah air bersih ke tempat najis.sehingga air bersih mengatasi najis tu hingga tiada sebarang warna,bau dan rasa…Mula kena pastikan najis zahir sudah di buang terlebih dahulu..seperti tahi kucing dll baru mudah.baki air yg di basuh boleh di biar kering atau di kering dgn mop lantai atau sebagainya.

4- Zahir hadis tidak bezakan mana-mana jenis tanah.samaada tanah meresap air atau tak. jadi jenis tanah bukan masalah utk amal hadis ini.sebagian ulama membezakannya tapi zahir hadis sama saja..dalil yang sama boleh basuh guna mesin basuh yg auto atau semi auto sama saja.hukum bersih bila tiada kesan najis.sila ambil perhatian dalil ni!

5- Hadis ini nak ajar kita agar balas kejahatan dengan perbuatan yang lebih baik. lebih2 lagi perbuatan dari orang jahil. seorang berilmu sepatutnya jaga akhlaknya bila berdepan orang bodoh.

6- Hadis ni dalil kena hikmah dalam menegur orang jahil. maka tak semestinya perlu tegur segera,bahkan kadang2 jika tanpa selidik boleh menyebabkan berlaku dua mudharat. oleh sebab itu Nabi tegah menegur kemunkaran yang berlaku.kerana jika tegur juga boleh menyebabkan lelaki itu bangun dan menyebabkan kencing di merata tempat.

7- Dalil mulianya akhlak Nabi SAW sebagai contoh tauladan buat ummat.

Tamat hadis 14.

Soalan :

1. Soalan : Ustaz…kalau seluar anak kita kena air kencing…boleh terus masuk dalam mesin basuh atau kena basuh dulu bersih-bersih baru masuk mesin basuh?

Ustaz : Boleh terus basuh dlm mesin basuh.

2. Soalan : Macam mana kalau binatang kencing dan berak dalam masjid ? Adakah najis macam binatang Al An’am? Tidakkah dulu masjid nabawi kandang kambing dan kubur??

Ustaz : Najis binatang yang boleh di makan adalah termasuk dalam kategori najis sederhana seperti zahir hadis lain.

3. Soalan : Qwa’id fiqh ni bincang pasal apa ya?

Ustaz ; qaedah qaedah bagaimana faham feqah.

Komen dan Soalan