Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Soal Jawab Bilik (28) Bidaah Nusantara Sesi II

Soal Jawab Bilik (28) Bidaah Nusantara [Q&A 50-100] Sesi II

1084
0
Iklan

Assalamualaikum. Berikut adalah sesi ke 2 wacana bersama dengan Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah dalam bab Bidaah Nusantara. Mohon maaf anda ada kesilapan ejaan dan tatabahasa dalam wacana ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Credit: Doc Adli

Q51: Kalau tanya bab adab di kubur boleh tak ustaz? Apakah hukum siram air mawar?

A51: Siram air tu bid’ah, sebab ada kepercayaan di belakang amalan tu.

Q52: Di Nusantara ni, kalau sampai kubur baca ayat-ayat macam ila hadrathin nabi mustaffa etc..Al fatihah tu boleh ke ustaz? Apakah cara yang sunnah?

A52: Itu cara yang salah, bagi salam kepada penghuninya, tidak baca Al-Quran dan berdoa secara umum untuk penghuni kubur dan pusara keluarga anda, semuanya berdiri bukan duduk.

Q53: Kirim salam kat Rasulullah SAW boleh tak? Maksud saya kirim salam masa orang nak pergi Makkah.

A53: Kirim salam masa ke Makkah tu bid’ah. Bid’ah-bid’ah umrah.

Q54: Hadiahkan Al-Fatihah kepada Nabi ﷺ boleh tak?

A54: Nabi suruh selawat bukan dia nak Al-Fatihah, Al-Fatihah beliau yang terima, kasi balik buat kat Nabiﷺ.

Q55: Bolehkah tanam pokok atas kubur, ustaz?

A55: Boleh, untuk menghijaukan kubur.

Q56: Ada larangan membuat binaan di kuburan. Ustaz, berapa had ketinggian kubur mengikut sunnah?

A56: Tinggii tanah 6″ untuk elakkan mendapan (Imam As-Syafi’iy).

 

Q57: Jika siram kubur tanpa apa-apa i’tikad pelik-pelik maka dibolehkan? Seperti saja-saja siram.

A57: Siram tanpa tahu apa rasional dan contoh dari Salafi, maka ia perbuatan yang sia-sia. Tanah Arab, kubur tak ada satu pokok pun, semua pasir. Tanam pun tak hidup.

Q58: Pokok boleh, batu kelikir boleh ke ustaz?
A58: Batu nisan bukan kelikir, batu nisan bolehlah sebab nak tanda kubur.

Q59: Di Nusantara juga suka letak payung, bid’ah ke ustaz?
A59: Payung tu bid’ah, pelepah tamar khusus untuk Nabi ﷺ sahaja. Nabi ﷺ tahu kubur mana yang ada masalah.

Q60: Adakah selepas kita doa kita menyapu muka itu bid’ah? Mohon pencerahan.
A60: Bid’ah sapu muka jika dianggap ianya sunnah.

Q61: Kalau kita saja-saja duduk di kuburan sebentar sekadar berfikir, boleh tak ustaz? Saya selalu ziarah kubur arwah nenek saya di perkuburan Jalan Ampang, di situ ada disediakan bangku batu. Bukan betul-betul tepi kubur, dia dilaluan pejalan kaki.
A61: Maksudnya tidak duduk lama di kubur.

Q62: Adakah mengirimkan doa pada org tertentu sewaktu beliau ke Makkah terutama sewaktu orang tersebut berada di hadapan Kaabah/Maqam Ibrahim sebagai bid’ah?
A62: Bid’ah.

Q63: Baru-baru ni ada kisah di gunung, ada entiti jaga yang entiti tu mewakili roh-roh tok Syeikh yang jaga. Maka siapa yg nak mendaki kena ada adab bagi menghormati roh penjaga gunung. Only in Nusantara. Bid’ah plus Syirik jika mepercayainya syeikh?
A63: Ia adalah syirik, dalil:

a63

Dan sesungguhnya ada lelaki manusia meminta perlindungan kepada lelaki dari bangsa jin maka bertambahlah kebodohan mereka (Al-Qur’an: Surah Jin:6)
Orang Arab percaya setiap tempat yang keras ada Ghoul atau penunggunya yakni jin yang menjaga.

Q64: Adakah wanita dibolehkan ziarah kubur? Tiada larangan walau dalam hadas/haid ?
A64: Sunat ziarah kubur tak kira gender

Dalilnya:
a64
“Dahulu aku melarang kamu semua berziarah kubur, maka sekarang lakukanlah ziarah kubur.” (HR. Muslim: 1406)
Ini hadis yang muktamad. Part 2, wanita haid tidak dilarang ziarah kubur, sebab ia bukan ibadat khusus.

Q65: Sewaktu berdoa kita mengangkat kedua-dua tangan, adakah setelah selesai berdoa tidak perlu menyapu muka? Bid’ahkah bila menyapu muka? Ada dalilkah tentang tidak perlu sapu muka?
A65: Sapu tangan selepas berdoa: Menurut Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al-Fatawa (22/519), dalam persoalan ini: “hadis-hadis dalam bab ini semuanya tidak boleh dijadikan dalil”. Maka ia bukan sunnah.

Q66: Qunut bid’ah kan?
A66: Qunut subuh yang rutin diadakan adalah khilaf. Kata Syeikh ibn Uthaimin, ulama famousKSA, ianya khilaf, namun pendapat lebih tepat ialah tiada qunut subuh yang berterusan kecuali qunut witir dan qunut Nazilah. Ini isu yg kita kena hormati perbezaan pendapat di kalangan fuqaha’ – [Majmu’ Fatawa wa Rosa-il Ibnu ‘Utsaimin, 14/97-98, Maktabah Syamela].

Q67: Apakah hukum bagi perempuan mengiringi jenazah?
A67: Perempuan mengiringi jenazah.
a67
Dari Ummu ‘Athiyah -ra-, ia berkata, “Kami (para wanita) dilarang mengiringi jenazah. Namun larangannya tidak terlalu keras bagi kami.” (HR. Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 938).
Hukum: Makruh majoriti ulama, manakala Malikiah, harus, cuma anak gadis yang makruh.

Q68: Adakah mengadakan kenduri doa selamat bagi upacara “lenggang perut” untuk wanita hamil 7 bulan bid’ah?

A68: Bid’ah adat, ianya dari Hindu, dilakukan oleh pawang dan mak bidan.

Q69: Apa maksud wazaif atau wazifa? Adakah wazaif ni bid’ah? Tak pasti benda ni dah merebak ke Nusantara. But some people claimed tabligh banyak amal wazaif ni.

A69: Wazifah= tugasan, amaun, kerja rutin. Dalam tareqat, wazifah ialah amalan rutin yg perlu dilakukan dalam wirid atau zikir/doa harian. Dalam harakah Ikhwan contoh, ada al-Makthurat atau himpunan wirid dan doa yang disusun oleh ustaz Hasan alBanna. Makanya ikhwan kena disiplinkan diri baca setiap hari, samada versi pendek (sughra) atau kubra, versi panjang.

Amalan membaca makthurat samada pendek atau panjang tu dinamakan wazifah.

Q70: Adakah beramal dgn wazifah itu bidaah?

A70: Ya, sebab ia amalan tareqat, manakala susunan wirid atau makthurat juga tidak ikut wirid Nabi . Wirid al-Makthurat Ikhwan adalah adaptasi dari tareqat Hashafiyah Egypt. wirid Nabi yang lebih sahih, kena ikut Hisnul Muslim, Dr. Wahf al-Qahthani dari Jordan.

Q71: Didalam keluaran zikir selepas solat, keluaran Dr Abdul Basit dalam kolum yang terakhir ada tertulis “doa”, riwayat Abu Umamah radhiallahu ‘anhu , Rasulullah ﷺ ditanya, “Bilakah doa yang sangat didengari (diterima)?” Jawab Rasulullah ﷺ, “Di akhir malam dan selepas solat fardhu”. At-Tirmizi (3499) Hasan , Lihat al-Targhib wa al-Tarhid(1648). Minta sedikit penjelasan, kerana sejauh kefahaman saya tiada sunnah doa tetapi sunnah zikir ada. Tetapi doa itu bersifat umum maka kami akan doa jika rasa nak doa.

A71: Dhaif, al-Munawi, Syarah Jami’ Tirmizi

a71

Dubur solat di sisi salaf ialah sebelum salam untuk berdoa. Melayu Nusantara, dubur solat ialah selepas salam dengan doa Jama’iy. Salah faham.

Q72: Ulas sikit:

Asy Syaikh Zaid bin Muhammad Al Madkholiy hafizahullah berkata: “Aku menuntut dan meminta kepada para ulama dan tokoh-tokoh yang mementingkan urusan Islam dan umat Islam, dan dengan derajat yang tertinggi adalah para pemudanya, agar mereka memperingatkan umat dengan semangat, terhadap seluruh penyelewengan dan terhadap manhaj-manhaj hizbiyyin harokiyyin dengan seluruh kelompok-kelompok mereka dan berbilangnya sekte-sekte mereka, dan segenap organisasi-organisasi mereka, … dst.” (“Quthuf Min Nu’utis Salaf”/hal. 42/karya beliau).

A72: Madkholiah tu Salafi jalur keras. Harakah, Parti Islam semua khawarij.

Q73: Mohon pencerahan sedikit berkenaan permusafiran. Sampaikan hajat sahabat yang bertanya. Dia akan bermusafir ke Turki. Penerbangan jam 3.00 pagi nanti. Tempoh penerbangan dalam 9 jam.Dijangka sampai ke Turki sekitar jam 12 tengahari (waktu Malaysia). Perbezaan masa antara Turki dan Malaysia adalah sekitar 7 jam. (Maknanya dia sampai di Turki pada jam 5 pagi waktu Turki). Bagaimana dengan solat subuhnya. Adakah perlu ikut waktu dari Malaysia (solat dalam kapal terbang).Ataupun solat subuh ketika sampai di Turki ?

A73: Kalau arrival Angkara, 5:05 pm, maka kena solat subuh dalam pesawat. Maka kena solat di atas seat.

Q74: “Madkholiah tu Salafi jalur keras. Harakah, Parti Islam semua khawarij.”. Ni yang saya nak tanya malam tadi. Ada sorang ustaz (macam Salaf) dia kata pembangkang = khawarij. Sampai sekarang sayatak dengar kuliah dia (dalam Youtube).

A74: Saudi memanglah, mana ada pembangkang. Masalahnya Malaysia ni DemokrasiBerparlimen, maka penubuhan parti Islam dan harakah Islamiah, dibenarkan oleh ROS= Register of Societies. Fatwa ni kena localkan khususnya dalam fiqh politik. Maka Saudi haramkan parti, harakah dan NGO tidak boleh dikenakan ke atas Malaysia. Kat saudi, persatuan pengguna dan MLM pun tak boleh.

Q75: Kiranya pendapat dia tu tak kena la dengan waqi’ kita kan?Ni bkn madkholi ke?

A75: Tak kena. Democracy vs Monarchy. Ulamak dalam sistem monarki tidak boleh fatwakan isu politik dalam negara bebas macam Malaysia.

Q76: Untuk kes Usman radhiallahu ‘anhu, Usman radhiallahu ‘anhu tak izinkan sahabat surai sebab nak elak tumpah darah atau sebab demo tak salah? ‘Aisyah radhiallahu ‘anha gerak ke Kufah untuk bersama Ali radhiallahu ‘anhu cari pembunuh Usman radhiallahu ‘anhu atau memang berdemo? Husin gerak ke Iraq kerana dapat surat bai’ah atau demo ke Bani Umayyah?

A76:

  • Uthman radhiallahu ‘anhu tak kisah dengan demo sebab dia yakin semua tuduhan puak yang demo tida ada asas, dia jawab semua tuduhan.
  • ‘Aisyah radhiallahu ‘aha gerak ke Iraq, demo dan nak cari perdamaian.
  • Husin gerak ke Iraq sebab demo dan ready untuk perang jika penduduk Iraq sokong

 Demostrasi ada dua:

  • Muzhaharah =tunjuk perasaan dengan keganasan.
  • Masirah=demonstrasi aman.

 Yang haram ialah muzhaharah, harus ialah masirah. Bini kita pun demontrasi, masam muka dua tiga hari, bad mood, betul tak? Demonstrasi perlu bila penguasa tidak lagi acuh dengan ketidakpuasan rakyat. Salafiyah anggap demonstrasi haram kerana otak mereka hidup di zaman Salaf dan badan mereka ada di zaman Demokrasi. Otak mereka anggap penguasa hari ini sama dgn Umar bin Abdul Aziz yang amat peka dengan suara rakyat. Menyamakan PM Najib dengan Umar Abdul Aziz adalah satu kesilapan. Di Arab Saudi, demonstrasi agak kerap. Wanita Arab Saudi merancang untuk mogok umum kerana menuntut lesen memandu.

Q77: Adakah sahih perbuatan picit perut jenazah untuk buang kotoran dalam perutnya ketika memandikan jenazah? Mohon pencerahan.

A77: Jawapan kepada picit perut jenazah ketika pemandian mayat, memang ada dalam semua kitab fiqh, walaupun tak ada nas, tapi ia adalah mutawatir dari segi amalannya. Ini sebagai precaution atau langkah berjaga-jaga, mana tahu kalau tidak dikeluarkan najisnya, semasa mayat di solatkan atau diusung atau ketika dimasukkan ke dalam liang, kalau keluar najis, maka akan mengganggu kepada orang yang menguruskannya.

 Q78: Kalau demonstrasi itu berlaku bercampuran laki dan perempuan bagaimana pula hukum? Adakah ia di benar syarak kerana ia darurat? Mohon pencerahan.

A78: Percampuran tak ada masalah, kat Arafah, Mina masa melontar semuanya bercampur, begitu juga masa tawaf dan sa’iy.

Q79: Soalan: (mengenai susunan makmum). Perkara ni selalu berlaku, di surau-surau kecil contoh surau stesen minyak. Cuma boleh buat satu saf saja kadang-kadang dengan 4~5 orang. Tapi biasanya ada ruang lebih di kiri/kanan imam. Boleh tak kita dirikan saf disebelah imam memandangkn dah tiada ruang kosong di belakang? Saya selalu tengok orang Timur Tengah buat begini. Boleh ke sebenarnya?

A79: Boleh. Memang amalan di Arab Saudi, walaupun ruang yang luas tapi semua dah penuh, boleh berdiri di sebelah Imam.

 Q80: Saya pun dah lama keliru bab ni. Di malaysia saya kenal sekumpulan yang menggelar kumpulan mereka Salafi yang berpendapat seperti berikut

  • Membangkang kerajaan walaupun dihati adalah khawarij (menggunakan dalil dari kata-kata Syeikh al-Albani) .
  • Ikhwanul Muslimin adalah Ikhwanul Syaitan.
  • Salafi tidak ada golongan atau kumpulan, sesiapa yang tak sependapat maka manhajnya terkeluar dari Salafi.
  • Terlibat dengan mana-mana parti poliitik pembangkang adalah hizbi dan khawarij. Yang peliknya terlibat dengan parti politik UMNO tidak pulak hizbi.
  • Mohon komen thtl.

A80: Sebenarnya kita kena buat forum tertutup nak diskus isu ni. Geng Salafi ni sebenarnya sahabat-sahabat kita juga. Mungkin kita kena discussmacamana nak buat forum khas dengan iLMU ni.

Q81: Selain Syeikh Abdul Qadir, siapakah tokoh sufi yg diterima manhajnya? Maksudnya tokoh yang diangkat oleh “sufi” tetapi hakikatnya ulama itu bukanlah seperti gambaran mereka. selain Hassan al-Basri, Syeikh Abdul Qadir Jilani?

A81: Hasan al-Basri, Fudail bin ‘Iyad,Khatib al-Baghdadi, Imam Nawawi.

Q82:Ketika dgr khutbah jumaat, boleh tak kita membuat catatan bertulis atau guna gajet?

A82: Khutbah Nabi cuma 5 minit. Sebab tu baginda larang buat apa saja melainkan dengar. Kuliah je kita buat catatan, khutbah sebab pendek, maka tak perlu. Khutbah Jumaat panjang ni bid’ah. Di Jazan, khutbah masih kekal pendek, 10 minit dua khutbah dah abis.

Q83: Dalam Kitab Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah ada sebut pasal Bid’ah memuji atau mendoakan pemimpin dalam khutbahkan? Apa pula hukum mendoakan agong dan permaisuri dalam khutbah? Adakah ianya termasuk dalam Bid’ah dalam khutbah ?

A83:Bid’ah, diamalkan sejak Ummayah, Abbasiah, sampailah kepadaUthmaniah dan Daulah Saudiah. Maka ia dah jadi kebiasaan. Bid’ah ni dari segi skala, ada bid’ah yang kecil dan bid’ah yang besar, macam dosa juga ada dosa-dosa kecil dan ada dosa besar. Maka doa kepada pemimpin dalam khutbah ni termasuk bid’ah kecil jika pemimpin itu dikasihi rakyat jelata. Sebab apa jua tambahan yang menjadikan khutbah itu panjang, maka tidak digalakkan.

Q84: Bolehkah khatib melantik orang lain sebagaiImam selepas selesai baca khutbah?

A84: Rule: Imam – orang yang terbaik bacaannya; khatib: yang terbaik public speaking, kekadang dua sifat ini tidak ada pada Imam, maka bisa saja ada dua orang. Imam dan khatib orang yg berbeza. Era Salaf: Imam, Khatib dan Ketua Negara atau Gabernor orang yang sama. Sekarang, PM atau Wakil Rakyat tidak lagi Imam dan Khatib. manakala setiap masjid jamik ada sampai 3 Imam, maka bila time dia on duty, maka dialah imam dan khatib.

Q85: Mohon thtl komen statement di gambar tu. Penulis ramai yang mahir hadis. Bagaimana corak pemikiran mereka?

(Manhaj kami berdiri atas akidah ahli sunnah khususnya akidah Asy’ariyah yang merupakan akidah utama umat Islam. Manakala dari sudut pengalaman mazhab, ulama bersepakat atas kesahihan bertaqlid kepada mazhab empat, khususnya mazhab Imam Syafii, tanpa menolak bertaqlid kepada mazhab lain ketika berhajat, seperti yang dinaskan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami dan al-Bajuri)

A85: Asya’irah akidah utama Islam, ittifaq bolehnya bertaqlid kepada 4 mazhab, khususnya kepada mazhab Syafi’iy tanpa menolak taqlid kepada mazhab lain ketika berhajat. Ini kenyataan yang sahih dari sudut realiti atau fiqh waqe’iyat. Akidah asya’irah memang akan melahirkan amal berikutnya iaitu taqlid kepadaMazhab Syafi’iy dan kemudian kena pula bertasawuf dan bertareqat. Namun, di sana ada madrasah ahli hadith, mazhab Imam Hanbali, akidanya Salafi dan tiada tasawuf dan bid’ahnya tareqat. Maka ia balik kepada isu asal: aliran Salafiyah dan aliran asya’irah atau Kaum Muda vs Kaum Tua. Pusing kot mana pun ia akan kembali kepada isu salaf-asya’irah juga.

Q86: Kenapa ulama’ besar beraliran Asy’ariah?

A86: Sebab Mazhab Syafi’iy dan Mazhab Hanafi, dua mazhab yang paling dominan telah menerimapakai akidah Asya’irah dan menyebarkannya bersama fiqh mereka sebagai pakej nyg standard, misalnya: akidah asya’irah, fiqh syafi’iy dan tasawuf al-Ghazali.

Q87: Benarkah ini statement Imam al-Bukhari?

“Whoever says Allah is not above His Throne is a Kafir – Khalq Af`al Al-`Ibad, page: 10.

A87: Saya tak ada kitab Imam Bukhari tersebut. Belum baca, kena kasi masa nak cek kitab asal.

Q88: Kalau dia kembali kepadaSalafi apakah tiada anak muridnya yang ikut aqidah salafnya?

A88: Kembali guru kepada salafi, namun majoriti murid enggan kembali kerana masih ada lagi ancaman dariMuktazilah dan Jahmiyah. Contoh: Ada Kaum Tuayang taubat dari amalan Kaum Tua dan ingin kembali kepadaSalafiyah, majoriti orang Melayu enggan ikut. Contoh mudah, TGNA, dia Salafi atau Sunnah, tapi ahli PAS adalah Asya’irah. Contoh lain, Musa AS pergi ke Gunung Sinai selama 40 hari, majoriti pengikutnya kembali menjadi Musyrikin.

Q89: Boleh jelaskan makna ni tak (‘wujuduhu fi kulli makaan) falsafah sesat pegangan golongan mana?

A89: Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-Hadid : 4)

Itu akidah Aswaja kerana mereka menganggap maksud ayat di atas adalah dalil bahawa Allah ada di mana-mana. Ia tidak benar sama sekali.

Q90: Yang kata Allah wujud tak bertempat tu siapa punya pegangan pula?

A90: Samalah aswaja, tak bertempat maksudnya di mana-mana. Tak ada tempat ni macam Jin, di mana-mana saja dia boleh menetap.

Q91: Apa beza Asyairah yNg mula dan yang kebelakangan ustaz?

A91: Asyairah yang dibina oleh Imam Abu Hasan pada fasa kedua, Salafi+Takwil, Asya’ari sifat 20 dah jauh lari dan dah hampir sama dengan Muktazilah.

Q92: Akidah Ibn Hajar dan Imam Nawawi dikait dengan Asyairah benar kah? adakah dengan kita radd “Asyairah” itu akan melibatkan beberapa imam besar seperti Nawawi dan Hafiz ibn hajar?

A92: Itu akidah Asyairah yang asal, yang dianuti Imam Asya’ari pada Fasa ke dua. Salafi + Takwil. Radd tu yang dah jauh dariAsyairah asal, yang dah memegang akidah sifat 20.

Q93: Selain dari pendekatan dakwah, adakah cara lain untuk kita patahkan hujah kaum tua ini, contoh dizaman Muktazilah ada Asyairah, didalam AsyairahModen kita perlu method tertentu? Atau s\sebenarnya ia akan memburukan lagi keadaan?

A93: Sama dengan Imam Muhammad Abdul Wahab, kuasa politik. Sebab Kaum Muda yang pertama dah salah guna method, mereka terjah Kaum Tua dengan keras. Kekerasan dalam perubahan akan automatik kena reject. Kesilapan ialah Kaum Muda dulu, kita dah tak boleh repair melainkan dengan kuasa politik.

Q94: Saya nampak salah satu cara kita dekatkan dengan hadis. Tengok perkembangan sekarang macam dah ok sikit.

A94: Masalah sekarang masalah pengajian, manhaj Kaum Tua masih guna silabus yang sama. Ilmu hadis pun manhaj cara Kaum Tua juga. Masalah kedua, mereka selesa menjadi golongan lebai atau priesthood yang kuasai semua ritual agama. Mereka dah jadi golongan brahmin atau sami. Ritual Melayu ni banyak, maka lebai dah kontrol semua ritual tersebut. Ritual kelahiran, maulud, nikah kahwin, solatan, Yasinan, talqinan, selamatan, dan upacara kematian sudah depa solid control. Umat Melayu tidak dapat keluar darirituals yang dipaksakan sejak 100 tahun. Otak mereka jumud kerana dipaksa bertaqlid dan ditutup pintu ijtihad. Dalam politik , Melayu tidak dapat keluar dari UMNO/BN, dalam agama, Melayu tidak dapat bebaskan diri dari genggaman priesthood Melayu. Melayu di rantai oleh khurafat Politik dan khurafat Kaum Tua.

Q95: Sedikit pertanyaan, dizaman kedatangan Islam ke Nusantara Melayu aliran tawaswuf, tiada aliran salaf yang sampai ke thtl? Kerana ada terbaca beberapa kisah Tok Kenali yang beliau menolak tareqat. Tapi bila baca buku-buku sekarang ni seolah beliau ada tareqat.

A95: Bukan Tok Kenali, Tok Khurasan. Tok Kenali sama dengan yang lain. Tasawuf yang sampai dulu ke Nusantara bukan Salafi, Salafi ni tahun1920’an.

Q96: Tapi bagaimana dengan mereka yang berakidah Asyairah, tapi bab feqah mereka mengambil method salaf ?

A96: Sama dgn Imam Nawawi.

Q97: Adakah puak Asyairah dpt buktikan ada versi lain kitab al-Ibanah?

A97: Manuskrip al-Ibanah dan buku

  • Daarul-Kutub Al-Quumiyyah Al-Mishriyyah di Cairo, no107 & 377;
  • Manuskrip India di Maktabah Jaamiah Utsmaniyyah di Haiderabad, nomor 502;
  • Manuskrip di Maktabah Azhariyyah, nomor 904;
  • Cetakan Dr. Fauqiyyah Mahmud, Cet. Daarul-Bayan Beirut dengan pentahqiq Basyir Uyuun,
  • Daarun-Nafaais Beirut dengan pentahqiq ‘Abbas Shabbaagh, dan yang lainnya.

 Yang diguna pakai oleh Asya’irah aswaja ialah cetakan Dr Fauqiyyah cetakan Beirut, itu yg banyak diubah supaya Imam Asya’ari kekal dalam Fasa II, akidah Asya’irah, sedangkan edisi dan manuskrip lain Imam Asya’ari berada di Fasa III.

Q98: Diberitakan dalam satu hadis, Rasulullah ﷺ beribadat dimalam hari sehingga bengkak kaki, ianya suatu yang berlebih-lebihan dalam ibadat. Mengapa baginda tidak menghenti perkara itu ?

A98: Namanya khusyusiaat ar-Rasul, yakni khusus untuk Nabi sahaja, yang lain contoh: puasa wishal, puasa tanpa berbuka, kahwin 9 isteri. Nabi menjadi hakim tanpa saksi dan juri. Ini juga khusus, Nabi tidak boleh menerima sedekah, etc. Nabi kahwin tanpa jurunikah, tanpa saksi dan tanpa mahar dan izin wali.

Q99: Doa ini dalam riwayat apa selain at-Tirmidhi, an-Nasa’i ?

q99

A99:

a99

Ashab sunan tu maksudnya banyak, antaranya atTirmidzi, Abu Daud, ibn Majah dan an-Nasa’iy.

Q100: Mengapa ketika membahas tentang akidah Asya`irah, fokus kita lebih kepada Imam Abu Hasan Al-Asy`ari, tetapi jarang disentuh tentang Al-Maturidi? Adakah Al-Maturidi juga kembali kepada akidah ahli sunnah sebagaimana Imam Al-Asy`ari?

J100: Imam Maturidi (w.333H) tidak banyak diketahui sebab dia menetap di Uzbekistan. Manakala pengikutnya berpecah dua, satu pengikut dia sendiri yang kekal di Uzbek dan satu lagi oleh al-Bazdawi yang menetap di Bukhara, dekat dengan kawasan Imam Bukhari. Imam Maturidi tidak kembali kepada salaf, dia wafat sebagai Maturidiah. Manakala aliran Bazdawi ni bergabung dengan asya’irah menjadi sifat 20. Aliran Maturidi yang asal berkembang ke India, aliran Deoband dan Bhrelwi masih mempertahankan akidah maturidi yang asal.

 

Tamat.

Komen dan Soalan