Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Soal Jawab Bilik (28) Bidaah Nusantara Sesi I

Soal Jawab Bilik (28) Bidaah Nusantara [Q&A 1-50] Sesi I

855
0
Iklan

Assalamualaikum semua.. Berikut adalah sesi soaljawab dari Bilik (28) Bidaah Nusantara. Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan ejaan dan tatabahasa. InshaAllah, kami akan perbaiki dari masa ke semasa. Selamat membaca, semoga bermanfaat buat semua.

Credit: Doc Adli.

Q1: Adakah Sifat 20 kita boleh guna lagi?

A1: Sifat 20 dah jadi bid’ah, kena balik kepada silibus Salafiyah, cara asal belajar aqidah.

Q2: Adakah Sifat 20 bid’ah?

A2: Bid’ah sebab diamalkan berterusan dan ancaman muktazilah dan mujassimah sudah tiada.

Q3: Apakah ulama-ulama yang menggunakan sifat takwil selepas pada 300-400 hijrah boleh di katakan sebagai bid’ah?

A3: Takwil dah jadi bid’ah sebab ancaman muktazilah dah pupus.

Q4: Apa kelemahan atau kekurangan sifat 20 dlm erti kata sebenar mengenal Allah?

A4: Sifat 20 adalah terbatas dan sulit dimengerti.

Q5: Adakah fahaman sifat 20 pada zaman Abu Hassan Asyaari sama dengan sekarang?

A5: Sifat 20 di zaman Abu Hasan hanya 7.

Q6: Jadi macamana Negeri Selangor dan N9 buat proses pemilihan jawatankuasa Majlis Fatwa?

A6: Ia dibuat atas aliran tareqat dan fahaman Kaum Tua Malaya.

Q7: Adakah sesiapa yang berpegang dgn Aqidah Asyairah pada masa kini terkeluar dari aswj?

A7: Ya, jika mencerca cara salafi sebagai Mujassimah dan Wahabi.

Q8: “Pada asalnya dua method ini bermusuh, tapi akhirnya mereka berdamai dan bergabung semula, maka jadilah Sifat 20 yang dikenali sekarang di Nusantara. Mengapa dua aliran ni boleh bermusuhan?

A8: Asya’ari lebih kepada Manhaj Ahli Hadith, manakala Maturidi lebih kepada Manhaj Ahli Ra’yi Abu Hanifah. Itu secara umumnya.

Q9: Apakah bid’ah aqidah ini (Sifat 20), adalah bid’ah dari segi bahasa atau syarak?

A9: Bid’ah dari segi method, ia bukan bahasa atau syarak, bid’ah kaifiyat mempelajari tauhid.

Q10: Macamana yang dikatakan mujassimah dari segi istilah. Apa hukumnya, kufur kah?

A10: Mujassimah ialah orang yang menyatakan Allah berjisim dan bersifat seperti makhluk, kalau tangan Allah, ia sama dengan tangan manusia.

Q11: Berapa jumlah pembahagian istilah bid’ah ini secara keseluruhannya?

A11: Pembahagian bid’ah, Bid’ah Hakikiah dan Idhafiah, Bid’ah Aqidah, Bid’ah Ibadat dan Bid’ah Adat.

Q12: Ulama berbeza pendapat sesuatu amalan itu sama ada bid’ah ataupn tidak. Bagaimana nak berinteraksi dengan kalam ulama yang berbeza pendapat begini?

A12: Ulama berbeza pendapat samada bid’ah atau tidak dilihat kepada siapa ulama, manhaj dan hujah.

Q13: Bagaimana mahu memahami istilah bid’ah dgn cara yang betul?

A13: Takrif bid’ah = Sesuatu yang diada-adakan dalam agama untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan beranggapan masih ada tersisa dari kecuaian Nabi dan Salaf.

Q14: Ada orang kata, sahabat pun buat bid’ah, Nabi ﷺ setuju. Ada yang Nabi ﷺ puji lagi.

A14: Pada 300 tahun pertama tiada bid’ah. Pada 100 tahun pertama, 100% bid’ah free. Bid’ah berlaku selepas 300 hijrah.

Q15: Bagaimana yang dikatakan ulama pembahagian bid’ah kepada 5 bahagian. Adakah benar?

A15: Ia dilakukan oleh Sultanul Ulama Al-Izz Abdusalam, bid’ah Haram Makruh, Mubah, Mandub dan Wajib, ia ikut hukum Islam yang lima. Ini memang tidak wajar kerana menyalahi erti bid’ah secara istilah dan syarak.

Q16: Adakah doa awal akhir tahun itu bid’ah?

A16: Ia masuk dalam Bid’ah Hauliyah, kita akan kaji nanti. Tapi secara ringkas ia adalah amalan syiah kerana sambut awal Muharam.
Q17: adakah menerangkan yaddullah sambil mengisyaratkan/menggerakkan/menunjukkan tangan kita adalah bidaah? Ni biasa sy nampak penceramah lakukan

A17: Tauhid salaf ialah tanpa takwil atau tahrif (menukar maksud), tanpa takyif (bertanya bagaimana), ta’thil (menafikan), tamsil dan tasybih (menyerupakan dengan sifat makhluk), maka yang dilakukan oleh penceramah adalah untuk memfitnah kaum Salaf dan mengaitkan dengan Mujassimah. Yang pertama melakuikan ialah Ibn Batuta yang dipetik oleh KH Sirajudin Abbas.

 Q18: Dalam kitab mana boleh cari pembahagian bid’ah yang dilakukan oleh Al-‘Izz ‘Abdussalam?

A18: Lihat Qawa’id Al Ahkam fi Mashalihil Anam, juz 2. h. 204) bid’ah dibahagi 5.

Q19: Ada ke mana-mana `ulama’ yang terdahulu yang tidak bersetuju dengan pembahagian tersebut?

A19: Imam as-Syatibi, Wafat 790H, kitabnya al-I’tishom.

Q20: Bagaimana nak menasihat saudara-saudara yang selalu post-post benda macam ni: “Madad ya Rasulullah, Madad ya Habiballah.”?

A20: Telah difatwakan sesat oleh Majlis fatwa Perlis. Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis pada 17 November lalu, yang menetapkan bahawa ungkapan ‘al-Madad ya Rasulullah‘ sama ada dalam doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik.

*Madad ya Rasulullah = kami pohon pertolongan dengan (kemuliaanmu) ya Rasulullah.

Q21: Dari mana sumber definisi bidaah tu tadi?

A21:

a21

Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah swt. (al-Syatibi, al-I’tishom, ms 27).

Q22: Macam mana dengan pereka cerita-cerita karut, adakah itu bid’ah?

A22: Ia dinamakan golongan qussas atau tukang cerita dan wuadz yang mengadakan majlis-majlis ceramah yang dipenuhi hikayat palsu dan lawak agama.

Q23: Benarkah tasbih itu bid’ah? Setengah orang yang guna tasbih oyk Abu Aurairah guna tasbih. Nabi ﷺ tak larang, betul ker?

A23:

a23

  1. Harus, jika memerlukan dan sukar menghitung.
  2. Haram, jika ada unsur riya’.
  3. Sunnah adalah zikir dengan jari.

Dalil:

“Hendaknya kalian bertasbih , bertahlil, dan bertaqdis), dan hitunglah dengan ujung jari jemari kalian kerana itu semua akan ditanya dan diajak bicara, janganlah kalian lalai yang membuat kalian lupa dengan rahmat Allah – Ref: Majmu’ Fatawa lil syaikhul Islam, jilid 22.

Q24: Siapa pelopor bacaan yassin dan majlis tahlil tiap malam jumaat di Nusantara sehingga menjadi wajib sehingga sekarang ni.

A24: Imam as-Suyuthi, dia mensahihkan hadis-hadis Yasin kerana banyaknya jalan riwayat.

Q25: Adakah solat hajat dan solat taubat tu dikira bid’ah juga?

A25: Solat Hajat itu sebenarnya solat sunat biasa atau solat mutlak. Yang bid’ah ialah bila ia menjadi Solat Perdana utk SPM, selamatkan Kelantan, selamatkan DSAI. Sebab Nabi melalui 18 kali perang, tak ada solat Hajat Perdana perang Badar, Uhud, dan sebagainya. Solat Taubat thabit, dalil solat taubat:-

a25

Terjemahan:

“Tidak ada seorang muslim pun yang berbuat dosa lalu bangkit dan bersuci kemudian melakukan solat lalu meminta ampun kepada Allah melainkan Allah akan mengampuninya.” Lalu beliau membaca ayat ini, “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedangkan mereka mengetahui.” (Ali Imran: 135) – Syeikh al-Albani, sahih at-Tirmizi.

Q26: Selain solat taubat, memadai atau tidak dengan hanya istighfar selepas melakukan dosa?

A26: Ya.

Q27: Tuan, adakah solat taubat itu memang dinamakan sunat taubat atau sekadar perintah untuk solat dan meminta ampun?

A27: Solat sunat mutlak juga. Tak ada nama.

Q28: Ada dgr hujah kata sedekah Al-Fatihah tu sampai, sebab dia katakan bila kita lalu kubur kena bagi salam, jadi apa tujuan bagi salam kalau orang dalam kubur tidak boleh jawab. Dia kata bila hukum beri salam jawab salam dapat pahala, maknanya pahala sampai kepada orang mati. Mohon pencerahan thtl.

A28: Isu sampai pahala ni agak rumit sebab hadis, anak Adam bila mati terputus semua talian hayat kecuali tiga. Kecuali yang disyariatkan, seperti sedekah, haji, umrah.

Q29: Adakah amalan sedekah atau hadiahkan pahala Al-Fatihah kepada Nabi ﷺ suatu bentuk bid’ah?

A29: Ya, Nabi suruh selawat, selaqat sekali dapat 10 markah

Q30: Bhrelwi‍‌‌‌‍‍‌‌‍‌‌‌ individu ke?‌‌‍‌‍‍‌

A30: Puak atau golongan di India dan Pakistan, sama dengan Kaum Tua di Malaysia Nusantara. Indonesia ada Nahdatul Ulama, NU. Bhrelwi, aqidah Maturidi, Fiqh Hanafi dan tareqat Chisti. Malaya, aqidah Asyairah, mazhab Syafi’iy dan Sufi al-Ghazali. Juga pooja wali.

Q31: “Mengapa orang mengharap syurga/pahala walhal syurga juga makhluk. Makhluk mana ada kekal. Yang kekal hanya zat Allah. Mohon pencerahan tuan.” Assalam ustaz persoalan yang diajukan sahabat saya ustaz.

A31: “Tiap-tiap sesuatu pasti akan binasa, kecuali Wajah-Nya (Allah).” (Al-Qur’an: Al Qoshos : 88). “Kekallah mereka di dalamnya (syurga) selama-lamanya” Al-Qur’an: 98:08. Kata Ibnul Qayyim, segala sesuatu akan binasa, namun syurga dan neraka Allah kecualikan dari sifat kehancuran itu (hadi ila arwah, 55).

Q32: Assalamu’alaikum, siapa ada matan hadis yang penuh kullu bid’ah finnar tu?

A32:

a32

“Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, tetap mendengar dan ta’at kepada pemimpin walaupun yang memimpin kalian adalah seorang bekas hamba Habsyi. Kerana barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti, dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib bagi kalian untuk berpegang pada sunnah-ku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mereka itu telah diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah dengan perkara (agama) yang diada-adakan kerana setiap perkara (agama) yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. At Tirmidzi no. 2676, hasan sahih).

 Versi Nasa’iy yang ada fi Naar

a32-1

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan yang disesatkan oleh Allah tidak ada yang bisa memberi petunjuk padanya. Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad . Seburuk-buruk perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya di neraka” (HR. An Nasa’i no. 1578, albani kata sahih)

Q33: Benarkah maksud kullu tu setiap? Sebab ada dengar kuliah seorang ustaz, Nabi ﷺ tidak bermaksud setiap. Boleh tak terangkan maksud?

A33: Bahasa arab kullu = semua. Yang jawab ada tu sebab bid’ah hasanah ler, itu dia nak trick u.

Q34:

a34

“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini, “Masuklah dalam surga melalui pintu mana saja yang engkau suka. ” (HR. Ahmad 1: 191 dan Ibnu Hibban 9: 471. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Saya nak tahu status hadis ni. Ada yang mengatakan darjat hadis ini banyak keraguan. Masih ada orang mempersoalkan. Ada kata sahih, ada kata hasan dan ada kata daif. Al-Arnauth kata sahih? Siapa dia? Kelihatannya al-Albani juga ada meriwayatkannya. Ok. Ada orang kata, al-Albani kata sahih, ada pula kata hasan. Tetapi meragukan apabila dia kata al-Albani kata sahih dalam satu bukunya bertajuk Sahih Al-Jami. Masalahnya Imam as-Suyuthi ada tulis kitab Sahih Al-Jami. Tetapi sebenarnya Albani memang tak pernah tulis kitab tu. Jika ada pun, Dhaif wa Sahih Jami Saghir. Betul ke?

A34:Nur, hadis ni kena belajar dulu baru boleh komen takhrij, tahqiq dan tashhih. Kalau nak taqlid kepada hasil pentashihan, maka pegang ajela kepada al-Albani, al-Arnauth, jangan komen kenapa al-Albani sahihkan? Maka hadith di atas, kalau Syeikh al-Arnauth kata sahih, maka kena terimalah kalau kita tak ngaji hadis.

Q35: “Telah menceritakan kepada kami Marwan bin Syuja’, telah menceritakan kepadaku Khusaif, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, bahawa dia thawaf di Ka’bah bersama Mu’awiyah, tiba-tiba Mu’awiyah mencium semua rukun, maka Ibnu Abbas bertanya kepadanya; “”Kenapa engkau mencium kedua rukun ini, padahal Rasulullah ﷺ tidak pernah melakukannya?”” Mu’awiyah menjawab; “”Tidak ada satu bagian Ka’bah pun yang dilarang (untuk dicium).”” Ibnu Abbas berkata; “”Sungguh telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu suri tauladan yang baik.”” Mu’awiyah berkata; “”Engkau benar.””

Bid’ah Hasanah atau Mubah perbuatan Muawiyah ini ?

a35

A35:

Hadith tu dha’if daa. Didha’ifkan oleh al-Thabrani. Imam Ahmad sendiri kata hadis Khashif, adalah mungkar, Khasif adalah perawi dalam sanadnya.

Q36: Apakah dikira bid’ah dengan menerima pandangan dalam hal cabang agama hanya dari seorang ulama’. misalnya dalam hal tasauf hanya merujuk al Ghazali, dalam bidang hadis hanya merujuk Al Albani. ?

A36: Dalam agama hanya merujuk sorang ulamak sahaja. Ia bukan bid’ah kerana ia bukan urusan ibadat. Merujuk kepada 1 atau 100 ulama itu adalah pilihan yang tidak dipaksa. Cuma lagi banyak rujukan lebih baik bagi setengah orang, bagi yang lain merujuk kepada satu sudah memadai

Q37: Masa tawaf di Kaabah bila smpai di rukun Yamani di sunatkn isti’lam kan. Persoalannya bila berada jauh sedikit adakah perlu melambai tangan kemudian kucup tangan tu? Apakah ianya thabit atau perbuatan bid’ah?

A37:

a37

“Aku tidak pernah melihat Nabi saw menyentuh sesuatu dari Ka’bah kecuali dua rukun Yamani (yaitu Hajar Aswad dan Rukun Yamani)“. (HR. Bukhari no. 1609 dan Muslim no. 1267)

Difatwakan oleh Abdullah bin Baz dalam kitab “At Tahqiq wal Idhah li Katsir min Mas-ail al Haj wal’Umrah waz Ziyarah”. Beliau menyatakan “Tapi jika untuk mengusap Rukun Yamani sangat menyukarkan, maka tidak boleh dipaksa untuk mengusapnya, cukup melintasinya saja saat thawaf tanpa mengisyaratkan tangan atau takbir kerana tidak terdapat dalil dari Nabi dan para Sahabatnya”.

Q38: Tawaf lebih afdhol daripada solat sunat? Sahih?

A38: Sahih, sebab 30 minit.

Q39: Ada pendapat tak salah ana Imam an-Nawawi yang kata tiada solat tahiyatul masjid di Masjidil Haram. Sebab di Masjidil Haram itu Tawaf Qudum. Sheikh boleh bagi pencerahan. Tak silap ana dlm kitab Majmuk Imam An-Nawawi.

A39: Maksud masuk masjid haram untuk solat 5 kali sehari tu dan masuk untuk solat Jumaat.

Q40: Betul ke di zaman Umar radhiallahu ‘anhu pun ada bid’ah dan Umar radhiallahu ‘anhu tidak menghalangnya? Bid’ah apa yang dimaksudkan? Ada contoh cakap yang kumpulkan mushaf al-Quran dan susunan tu salah satu bid’ah di zaman Umar. Benarkah? Mohon penjelasan.

A40: Tidak ada bid’ah di zaman khulafa ar-Rashidin kerana sunnah khulafa’ juga adalah sejenis sunnah jugadalil:

a40

Terjemahan: ..Maka, berpegang teguhlah kalian dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin yang memperoleh petunjuk dan berilmu. Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham kalian, serta berhati-hatilah terhadap perkara-perkara baru yang dibuat-buat. Sungguh, setiap perkara baru yang dibuat-buat adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat!” [HR. Abu Daud dan At Tirmidzi, Hadits Hasan Sahih]

Q41: Maaf Bertanya Thtl Seandainya terdapat perselisihan dalam pentashihan hadith antara Sheikh Al Albani dgn Sheikh Al Arnaut mana yg lebih utama kita ambil?

A41:Tashih al-Albani (w.1999) dan al-Arnaouth sama sahaja kerana mereka adalah muhaddith kontemporer. Tugas kita semak tashih muhadith kontemporer vs ulama’ Hadith Mutaqaddimin (yg hidup sebelum 300H).

Q42: Adakah mengaji kuat di microfon sebelum azan itu bid’ah?

A42: Bid’ah, termasuk bida’ul Qura’.

Q43: Adakan mengucapkan “saiyyidina” dalam selawat itu bidaah?

A43: Lafaz Sayyidina dalam selawat

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata dalam kitabnya Ar-Raudhah: “Selawat yang paling sempurna kepada Nabi saw adalah ‘Allahumma shalli ‘alaa Muhammad…” tanpa menyebutkan lafaz: ‘sayyidina’. (Sifat Shalat An-Nabi, Al-Albani rh, ms172-175)

Q44: Tuan macamana yang mereka kumpul mushaf quran tu, bukan bida’h ke?

A44: Kat awal thread saya dah jelaskan 4 definisi. Kumpul AQ ni tak masuk dlm bid’ah agama

Q45: Mohon pencerahan adakah azan tambahan uthman dikira bidah?

A45: Ijtihad khulafa ar-rashidin adalah sunnah, saya baru je kasi hadith Irbad bin Sariyah. Azan Uthmani diamalkan di Saudi sampai sekarang. Azan Uthman satu jam awal dari waktu Zuhur. Kata Imam syafi’iy dalam al-Umm, aku suka kalau azan Muhammad diikuti. Maksudnya balik kepada sunnah yang asal. Malaysia, memang tak amalkan sebab ikut fatwa Imam Syafi’iy.

Azan dua kali di Malaysia tu sebenarnya azan Uthmani, saya tersilap.

Azan 1: azan masuk waktu.

Azan 2: khatib naik mimbar.

Azan 3: iqamat.

Maka jumlah azan Uthmani ialah 3.

Cuma cara yang benar di zaman Uthman radhiallahu ‘anhu ialah:

Azan 1: Sejam sebelum zuhur di pasar zaura’ Madinah.

Azan 2: Khatib naik mimbar.

Azan 3: Iqamat.

Q46: Sheikh di Madinah ada ke jamaah solat sunat qabliah seperti di Malaysia? Sebelum solat Jumaat.

A46: Kalau Masjidil Haram, sama dengan Malaysia, ada qabliah. Sunnah, memang tak ada sebab azan sekali je. Kalau azan dua kali, maka adalah qabliah. Kat Masjidil Haram, masuk waktu azan, makmum majoriti bangkit solat qabliah, saya tak buat. Dalam 10 minit azan kedua, dan khatib khutbah.

Q47: Sebab fadhilat pahala solat besar ke sheikh?

A47: Tak ada fadhilat sebab khilaf. Yang tak buat lebih baik, sebab taat kepada Muhammad . sebab wujudnya azan Uthmani, maka kita tawaquf untuk kondem.

Q48: Hadis pahala 100k untuk solat di Masjidil Haram dan 1k untuk solat di Masjid an-Nabawi tu dhaif ye? Hadis tu untuk solat fardhu je ke, tak termasuk solat sunat? Macam tu?

A48: Sahih. Solat fardhu je, solat sunat afdhal di rumah. 5 kali x 100 000, kan banyak tu.

Q49: Syeikh thtl dalam qawaid kubra page berapa definisi bid’ah oleh Sultanul Ulama?

A49: Jld 2: 174.

Q50: Klau baca al-Kahfi sokmo tiap-tiap Jumaat tak bid’ah kan?

A50: Taklah sebab ada nas.

TAMAT

Komen dan Soalan