Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Rukun Puasa

Rukun Puasa

245
0
Iklan

Bismillah…
Note 17 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

RUKUN PUASA

1. Niat : mengqasadkan puasa. Niat didalam hati dan tidak memadai dengan lisan.
Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan dengan niat.”
Riwayat Al Bukhari : 1
Muslim : 1907

Syarat Niat Puasa Ramadhan:
i. Berniat pada Waktu Malam.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka puasanya tidak sah.”
Riwayat Al Daraqutni : 2/172
Al Baihaqi : 4/202

ii. Menentukan jenis puasa.
Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat, dan seseorang hanya mendapat apa yg diniatkannya.”
Riwayat Al Bukhari : 1

iii. Niat Berulang ulang.
– hendaklah berniat puasa pada hari berikutnya pada setiap malan sebelum fajar terbit, kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadat yang tunggal. Ia adalah ibadat yang berulang ulang dan setiap satu ibadat mempunyai niat yang tersendiri.

2. Menahan Diri daripada Perkara yang Membatalkan :
i. Makan dan minum.
ii. Sesuatu benda masuk kedalam rongga melalui ruang yang sedia terbuka.
iii. Muntah dengan sengaja.
iv. Bersetubuh dengan sengaja.
v. Mengeluarkan air mani.
vi. Haidh dan Nifas.
vii. Gila dan murtad.

Komen dan Soalan