Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Adab Dan Perkara Makruh Dalam Puasa

Adab Dan Perkara Makruh Dalam Puasa

291
0
Iklan

Bismillah…
Note 18 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

ADAB DAN PERKARA MAKRUH DALAM PUASA

1. Segera Berbuka: setelah matahari terbenam.
Nabi SAW bersabda :
“Orang yang berpuasa sentiasa mendapat kebajikan, selama mereka segera berbuka.”
Riwayat Al Bukhari : 1856
Muslim : 1908

2. Bersahur : bermaksud makanan ketika bersahur.
Nabi SAW bersabda :
“Hendaklah kamu bersahur kerana dalam makanan sahur itu ada keberkatan.”
Riwayat Al Bukhari : 1823
Muslim : 1095
– Hikmah digalakan bersahur supaya bertenaga ketika berpuasa.

3. Melewatkan Sahur: sahur sebelum terbit fajar.
Nabi SAW bersabda :
“Umatku sentiasa mendapat kebajikan selama mereka segera berbuka dan lewat bersahur.”
Riwayat Imam Ahmad : 5/147

4. Meninggalkan Kata-kata keji dan Perbuatan yang Memberahikan.
– kata keji seperti memaki hamun, berbohong, mengumpat dan sebagainya.
– yang memberahikan seperti merenung wanita, mendengar nyanyian mengasyikan dan melalaikan serta lain-lain perbuatan haram.

5. Mandi Janabah sebelum Terbit Fajar.
– bertujuan menjadikan seseorang dalam keadaan suci dari permulaan puasanya.

6. Meninggalkan bekam di kepala, di badan, dan seumpamanya serta merasa makanan atau mengunyahnya.

7. Berdoa ketika berbuka.
“Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, dengan rezekiMu aku berbuka, telah hilang dahagaku, basah semua urat saraf dan tetaplah pahalanya dengan izinMu.”

Komen dan Soalan