Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran (سورة الطارق (٤

(سورة الطارق (٤

147
0
Iklan

[86:4]  إِن كُلُّ نَفۡسٖ لَّمَّا عَلَيۡهَا حَافِظٞ

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga. [86:4]

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan manusia atau perbuatan yang dilakukannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa siap sedia (menerima dan menulisnya). [50:18]

Ia menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, Ia adalah makhluk yang mulia di sisi Allah, lagi mengetahui apa yang kamu lakukan. [82:10-12]

Ia bukan sahaja mencatit, tetapi juga menjadi pengawal yang menjadi penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dari sesuatu bahaya dengan perintah Allah. [13:11]

Demikian juga berkembang biaknya manusia itu dalam keadaan benihnya dipelihara kukuh ketika berada di dalam rahim. [23:13]

Allah mengutus rasul malakiy, Jibril – ‘alayh al-salam – menurunkan al-Qur’an ke atas rasul bashariy, Muhammad – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – untuk menyampaikan peringatan [26:192-195]

Bagi membebaskan manusia daripada zulumat kepada nur dengan izin daripada Allah. [14:1]

Sesiapa yang beriman dan beramal salih, maka ia dicatit sebagai golongan abrar. [82:13]

Manakala yang ingkar pula dicatit sebagai golongan fujjar. [82:14]

Golongan abrar, iaitu sentiasa tetap di atas jalan yang lurus disayangi Allah dan para malaikat dan disampaikan bisharah ketika hampir ajalnya.  [41:30]

اللهم اجعلني من المتقين.

Komen dan Soalan