Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran (سورة الطارق (٣

(سورة الطارق (٣

99
0
Iklan

[86:3]  ٱلنَّجۡمُ ٱلثَّاقِبُ

Ia adalah bintang-bintang yang cahayanya menembus. [86:3]

Ciptaan yang muncul pada waktu malam itu adalah bintang-bintang yang menghiasi langit dunia. [37:6]

Ia adalah bintang-bintang yang cahayanya menembus. Kata ‘Ikrimah bin Abī Jahl:
هُوَ مُضِيءٌ وَمُحْرِقٌ لِلشَّيْطَانِ.
Ia adalah bintang-bintang yang bercahaya terang dan membakar syaitan.

Fungsi bintang-bintang itu adalah bagi mengawal langit daripada dicerobohi syaitan, [67:5]

Makhluk yang sangat derhaka. [37:7]

Ia tidak putus-putus cuba mencuri dengar pembicaraan para malaikat di langit, lalu ia dilempar dari setiap sudut [37:8]

Bagi mengusir mereka. [37:9]

Jika mereka terus mencuba juga maka mereka akan dikejar dengan suluh api yang terang lagi membakar. [37:10]

Jin sendiri memberitahu sebagaimana yang diceritakan oleh Allah: “Dan sesungguhnya jin juga menyangka sebagaimana persangkaan penduduk Makkah, bahawa Allah sekali-kali tidak akan membangkitkan seorang rasul pun. Jin cuba hendak mencuri dengar rahsia langit, maka mereka mendapati penjagaannya sangat ketat dan dipenuhi panah-panah api. [72:8]

Dahulunya sebelum pengutusan Nabi Muhammad – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – jin dapat menduduki beberapa tempat di langit. Tetapi sekarang mana-mana yang cuba mencuri dengar, ia akan temui panah api yang mengintai hendak membakarnya. [72:7-9]

Selain sebagai perejam syaitan, fungsi lain bintang ialah sebagai pedoman dalam perjalanan, baik di daratan mahupun lautan. [6:97]

Satu lagi fungsi bintang adalah sebagai maṣābīh bagi menerangi bumi. [67:5]

Kesemua yang Allah ciptakan terpelihara di bawah jagaan sistemnya yang rapi dan tidak sia-sia.  [38:27]
اللّهمّ علّمنا من القرآن ما جهلنا، وذكّرنا من القرآن ما نُسّينا.

Komen dan Soalan