Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Usul Tafsir 1 : Berkaitan Guru yang Ambil Upah Mengajar Agama

Usul Tafsir 1 : Berkaitan Guru yang Ambil Upah Mengajar Agama

1422
0
Iklan

Nabi berkata dalam Al Quran:

  1. ‘Aku tak minta apa-apa upah daripada kamu atas ajakan tauhid ini tapi hanya sebagai hubungan silaturahim di antara keluarga.
  1. (Dalam ayat lain) Nabi kata : ‘aku tak ambil sebarang upahan atas mengajar agama ini. Upahku hanya daripada Allah saja. ‘Semua nabi-nabi lain pun berkata yang sama.

Agak-agak nya apakah maksud tidak ambil upah ni?

Habis nak guna juga duit buat makan dan transport bagaimana?

Adakah ayat ini hanya khas untuk para nabi sahaja?

  1. Nabi Nuh berkata dalam Al Quran: ‘Aku tak minta apa-apa upah daripada kamu kerana menyebar tauhid ini. Upah ku daripada Allah sahaja.’

Apakah sebenarnya maksud ini? Hanya pada nabi sahaja kah atau apa?

*(مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ)

[Surat Hud 15]

Dan juga Ayat 16 Surah yang sama

Dua ayat di atas khas bagi orang-orang yg ambil upah drp amal soleh yang mereka buat.  Tempat nya Neraka.

Sesiapa yg ingin nak tukar amal solehnya dgn upah dunia. Allah akan beri apa yang dia nak dan Allah tak kurang sedikit pun apa yang dia nak itu.

Orang-orang yang bersifat begini maka tiada lagi bagi mereka di akhirat kelak melainkan api Neraka. Gugur semua amalan yang mereka lakukan dan batal pula amalan yang mereka telah lakukan.

*Maksudnya: 

Jika kita buat solat jenazah dan ambil upah. Maka batal solat itu. Batal pula pahalanya dan tempat nya di Neraka

Nabi saw tidak ambil upah disebabkan ayat ini lah. Nabi tidak minta upah kerana di haramkan pada semua nabi-nabi.

Nabi kata sebagai hubungan silarurahim antara keluarga iaitu memberitahu tentang tauhid ini sepertimana kita sayang kepada ahli keluarga. Oleh itu takkan kita nak minta upah.

Akan tetapi nabi saw hanya menerima hadiah dan harta ghanimah sahaja

Soal nya macamana pula dgn ustaz-ustaz yg mengajar ?

Untuk ke sana kemari perlukan wang?

Adakah ustaz-ustaz guru-guru boleh terima upah mengajar?

Memang mengajar ugama mesti percuma walaupun dia tiada kerja lain. Ini tanggungjawab guru itu. Saya mengajar percuma kemana saja saya pergi mengajar.

Saya mengajar di Ipoh sudah 4 tahun sebanyak setiap selang 2 minggu sekali. Di Sungai Buluh dua minggu sekali dan sudah hampir enam tahun. Mengajar lagi di Kota Bharu dah sembilan tahun.

Ke Sarawak dan Sabah atau kemana saja orang jemput saya, semuanya percuma. Madrasah saya di Kampung Melayu Subang juga percuma.

Belajar sepenuh masa di madrasah anak saya di Tok Bali kelantan juga percuma yuran bulanan, pendaftaran, yuran makan dan yuran asrama. Dah berfungsi selama sebelas tahun.

Kami di ajar daripada sanad tafsir dan hadis yang kami belajar agar tidak ambil upah.

(اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ)

[Surat Ya-Seen 21]

Adalah merupakan satu ujian besar untuk boleh berbuat begini. Saya dan anak saya tiada punca pendapatan. Kami buat sahaja apa yang Allah dan Rasul suruh.

Saya kalau ada orang berkata, :” ini ustaz duit minyak atau makan atau hotel ustaz”, Maka terus saya tolak.

Adapun mengajar selain daripada agama adalah di bolehkan untuk mengambil upah.

Ustaz yang bekerja dengan kerajaan di boleh kan untuk mengambil mengikut sunnah sahabat nabi iaitu khalifah Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali ra.

Mengajar Bahasa Arab dibolehkan mengambil upah. 

Tetapi jika mengajar agama , tafsir dan hadis maka perlu diisytiharkan pada permulaan mengajar bahawa dia tidak ambil upah.

Sekiranya mereka dah tahu maka sesiapa yang nak bersedekah kepada ustaz itu boleh lah. Bukan dipungut secara tarik kotak, itu pun tidak di bolehkan. Maknanya atas masing-masing saja untuk memberi sendiri.

Soalan :

1. Soalan : Pengertian Al Quran perlu dirujuk kepada mufasirin mu’tabar dan berlandaskan kpd ilmu-ilmu Islam wajib yang lain terutama fiqh dan usul fiqh….

Menjadi imam dan bilal pada masa sekarang harus berupah/diberikan bayaran demi untuk menjaga kemaslahatan Islam.Dipetik dari kata-kata Dr Yusuf Al Qardhawi. Apa pandangan ustaz?

Ustaz : Sebab itulah di Mesir masih ada lagi kubur-kubur besar yang orang ramai duduk di kubur berkumpul secara berkeluarga. Ulama seperti Dr Yusof Al Qardhawi ini lah antara yang tidak menghalangnya.

(وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ)

[Surat Ash-Shu’ara 109]

Madrasah kami di tok bali ajar:

  1. Hafiz quran…3 tahun
  2. Ilmu alat utk belajar quran… 2 tahun.
  3. Tafsir dan hadis2 kitab kecil serta fekah …4 tahun.
  4. Hadis kutubussitah 2 tahun.

Semua penginapan makan dan yuran adalah percuma. Terbuka pd semua.

2. Soalan  : Ramai ustaz mengajar dari masjid ke masjid sebagai sumber pendapatan…bagaimana dengan situasi ini?

Ustaz : Mengajar di masjid atau di mana-mana perlu di isytihar tidak ambil upah. Jika mereka beri secara individu dan bukan secara kumpulan maka dibolehkan.

3. Soalan   : adakah keyakinan seorang ustaz itu jika dia fikir permulaan “kewangan” dan dia berusaha berniaga atau bekerja untuk dia dapat bergerak lebih jauh termasuk dalam kategori ustaz yang tidak mengambil upah?

Ustaz : Fatwa yg merek kata boleh ambil upah itu adalah krrana mereka sendiri mengambil upah. Hanyasenya untuk mengesah kannya sahaja.

Saya dah bawa ayat Al Quran di atas surah Hud.

Sekarang ni di Kelantan solat jenazah kena bayar.

Di Kelang Kg Kuantan, ada siap bertulis, upah imam ialah 80 ringgit.

Semua ahli sunnah tidak ambil upah mengajar.

4. Soalan : Kita beri hadiah bolehkan?

Ustaz :  Jika mereka kata ini untuk makan ustaz atau untuk hotel atau untuk transport maka tidak boleh diambil. Jika hadiah maka dibolehkan.

5. Soalan : Air zam zam 30 juzuk itu adakah termasuk dalam kes mengambil upah juga ustaz?

Ustaz : Jual air zam zam ke atau air tawar ke itu jangan dibeli. Tiada dalil!

6. Soalan : Bagaimana dengan air anugerah tu Ustaz? Air jampi 40juz  dan seterusnya. Ada pelbagai ayat ruqyah katanya?

Ustaz : Itu lah masaalah nya. Dia jampi dan dia jual. Ini condong kepada syirik berdasar pada hati pembeli. Jgn beli lebih baik

7. Soalan : Ustaz, kalau di Kelantan sudah menjadi amalan masyarakat, dari menggali kubur hinggalah ke ‘ngatib’ (talkin) semua berupah..macamana tu?

Ustaz : Inilah masaalah besar. Kalau ambil upah solat jenazah maka batal solat itu rujuk Surah Hud di atas.

Jadi kalau semua ambil upah bererti sama seperti jenazah tidak di solatkan lagi . Macamana pula nak tanam jenazah belum di solat??? Nampak tak betapa mungkar nya ugama yang di bidaahkan ini???

8. Soalan : Bagaimana mazhab Syafie, Maliki dan Zahiri boleh khilaf dengan mazhab selain mereka dalam isu ambil upah mengajar Al Quran? Adakah dalil pemahaman atas surah Hud itu berbeza di kalangan mazhab?

Ustaz : Inilah yang perlu kita semua hadapi. Sebar pada semua supaya hentikan amalan itu. Ramai ustaz yg saya kenal tidak ambil upah. Ini perkara bukan pekerjaan orang awam dan bukan juga pekerjaan usta-ustaz.

(اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ)

[Surat Ya-Seen 21]

Ikuti lah saja orngg-orang yang mengajar ugama yang tidak mengambil upah. Sedangkan mereka itu orang-orang yang terpimpin.

Begini. Belajar lah dengan ustaz yang tidak ambil upah. Mereka itu takut nak ambil kerana Allah.

9. Soalan: Dari awal sy baca pasal upah ustaz… habis kita guna semua benda kena bayar. Kalau tak ambil upah nak bayar macamana? Adakah rezeki lain ustaz? Saya memang kagum dengan ahli sunnah tidak ambil upah tetapi dari manakah mereka dapat duitnya ustaz.. saya tahu jawapannya mesti ustaz jawab Allah yang beri. Saya tahu cuma sy pelik sangat. Maaf saya insan yang dhoif.

Ustaz : Nak tahu ke apa yang saya ulang-ulang sebut daripada tadi??? Awak seorang saja yang tanya perkara pelik ini.

Jawapan nya: ‘Zaalikumullah’…. Itulah Dia Allah..’Rabbi’.… Tuhanku..’Wa rabbukum’… Dan Tuhan kamu juga. ‘Fa’buduuhu’... Sembah lah, puja lah, ibadah lah, berdoa lah bermunajat lah, berzikir lah pada Dia sahaja, ‘Haaza siraatimmustaqim.’… Ini lah dia jalan yg lurus.

Kalau kita sembah Allah saja berdoa pada Allah saja maka semua nya jadi mudah.

*(Allah akn kurniakan dri jalan mna saja yg Dia kehendaki..pergantungan mesti total)

Ayat seribu dinar.

Sekiranya kamu bertakwa pada Allah maka Allah akan buka jalan keluar dan memberi rezeki daripada sumber yang kamu sendiri pun tak tahu.

Sekiranya kamu bertawakkal pada Dia saja maka Dia akan mencukupi apa yang tidak cukup.

Saya tak kata hal orang lain. Saya kata inilah Dia Allah tuhan kita semua

10. Soalan : Ustaz Rosman..boleh tak saya simpulkan.. kalau kita mengajar perihal agama dan tiada meminta upah..bertawakkal pada Allah.. Allah akan turunkan rezeki dengan tidak disangka-sangka .mungkin rezeki dari pekerjaan yang lain?

Ustaz : Benar sekali. Saya sendiri percaya begitu tapi nak amal tu amatlah susah. Nak tahu cerita saya. Begini asalnya.

Pengalaman Ustaz 

Saya masa tu sudah khatam dua kali tafsir dan sedang belajar Sunan Abi Daud dan Termidzi. Saya pula mengajar di sebuah masjid di Mulong dekat Kota Bharu. Saya sudah 4 tahun tidak bekerja iaitu sejak saya belajar tafsir. 

Perjalanan ke Lakloh Jertih daripada Tok Bali ialah 35 km untuk kelas pengajian hadis. Kadang-kadang dua kali sehari. Perjalanan daripada Lakloh ke Mulong itu 70 km. Mulong ke Tok Bali 60 km. Jadi perjalanan di hari saya mengajar ialah 165 km tidak termasuk makan malam. 

Suatu hari saya hanya ada rm 10 saja. Nak ke kelas, ngajar dan makan. Minyak kereta pula kering. Saya buat keputusan utk ke kelas hadis saja. Tak ngajar lah malam tu. Saya pujuk diri saya. Saya tak ambil upah. Apa salah saya cuti satu kali. Saya di waktu maghrib tu serba salah. Saya rasa macam salah aje tak ngajar malam tu. Tak dapat saya tidur. Esok nya anak saya beri duit maka bolihlah saya ke kelas hadis. 

Semasa dalam kelas saya asyik teringat yang saya ponteng mengajar. Tiba-tiba tajuk yang saya ajar hari itu adalah berkaitan hal jihad. Dalam itu ada hadis, yang maksudnya begini. Sahabat berhutang nak pergi berjihad kerana tidak ada duit. Bertalu-talu hadis yang berkaitan sehinggalah tamat kelas. 

Tahulah saya , saya sudah tidak pandai bersyukur pada Allah Tuhan saya. Dialah yang mencipta saya. Memberi segala keperluan hidup saya. Saya tidak ambil tahu pun tapi Dia buat semua utk kita. Dia tidak pedulisamada kita tahu atau tidak. Dia buat saja. Dia lah Allah yang memberi hidayat pada saya menjadi Islam. Hidayat tambahan untuk belajar. Hidayat tambahan untuk faham wahyu dan hadis nabi. 

Tetapi saya seorang yang tidak pandai mengenang budi. Aku bertaubat pada Mu Tuhan ku di atas kecuaian aku pada Mu. Saya malu nendak meminjam duit untuk sebar agama Allah. Malunya aku pada Mu Tuhanku. Saya pun berazam akan pergi mengajar walaupun saya terpaksa berhutang. Namun saya tak mungkin dapat mensyukuri Allah Tuhan saya seperti sapatutnya. Tiba hari mengajar. Saya hanya dapat meminjam duit 30 ringgit saja. Saya pesan ke Mak Aji isteri saya. Masak nasi sebab saya balik makan jam 10.30 malam. Tak boleh makan di kedai.

Malam itu saya mengajar surah bahagian akhir Al Baqarah. Tiba pada ayat 273 saya menjadi sedih sebab ayat itu Allah cerita tentang hal saya. Saya tersedu-sedu membaca ayat itu. Hampir hampir tidak boleh mengajar kerana Allah menceritakan hal saya kepada orang. Saya tak boleh jadi imam malam itu. Bila waktu bali ketika saya masuk ke kereta saya, tiba-tiba pintu sebelah di buka orang. 

Orang itu kata ini ustaz zakat saya. Saya tak boleh jawab. Saya tengok kat dia saja. Tak terkata. Saya bawa kereta hingga hilang daripada pandangan orang, lau saya pun tengok dan bilang duit itu. 5500 ringgit ! 

Masya Allah. Kamu lah Tuhan ku. Kamu tahu apa dalam hati ku. Kamu makbulkan doa ku. Itulah Dia Allah. Tuhan ku dan Tuhan kamu juga. Sembahlah Dia saja. Inilah jalan yg lurus.

Seminggu kemudian org beri lagi zakat 10,000. Lepas itu 5000 dan seterusnya. Tidaklah lagi saya susah begitu lagi. Ada ditimpa beberapa musibah dalam perjalanan namun Allah sentiasa membantu saya. Perbelanjaan untuk sebarkan agama ini besar. Tidak mungkin saya boleh buat melainkan nusrah Allah. Allah lah yg benar. 

11. Soalan : Ust Rosman ada amalkan doa yang khusus ke ?? Rezki yang melimpah?

Ustaz : Doa saya pendek je. Doa daripadaa Al Quran.

“Allahumma ya Allah. Takabbalmina. Inna ka antas samii ul alim.

Ya Allah ya tuhan ku. Terimalah segala usaha ku utk Mu. Sesungguhnya Kamu Tuhanku. Yang Maha Mendengar segala keperluan2 ku dan Maha Mengetahui macamana nak tolong ku”

Semoga awak semua di rahmati Allah. Saya pun sangat sangat berharap pada pertemuan dengan Allah.

Saya sangat-sangat berharap pada keampunan daripada Allah akan segala dosa-dosa saya.
Soalan. Apakah agaknya, mengajar ugama tak boleh ambil upah??? Mudah saja bunyi nya. Tolong beri pendapat masing2..
1. Ustaz itu… jika dia ambil upah dan dia ambil
2. Muridnya ..gurunya ambil upah dan guru nya tak ambil

Apa impak pada ugama guru ugama ambil upah dan tak ambil upah…

Ustaz2 ngajar yg kerajaan bayar gaji tak terlibat sebab sunnah dah ada

Syarat tak ambil upah ialah… Dia istihar sebelum ngajar dia tak ambil dan semua org tahu dia tak ambil upah ngajar ugama

Beri akibat ambil dan akibat tak ambil upah

Untuk silaturrahim

Kerana itu sunnah para rasul. ajarkan agama tak ambil upah dan anggap mereka itu saudara

Allah tuhan ayah aji, tuhan mrk juga.. knp Allah bantu ayah aji dan knp Allah macam tak nak bantu mrk.

Krn mrk mencari habuan dunia… raduu bil haya taddunnya. .. takwa dan tawakal lah masalah sebenar. .

 

Komen dan Soalan