Utama Bilik (105) Qawaid Fiqh Pengajian 2 : Qawa’id Fiqh

Pengajian 2 : Qawa’id Fiqh

481
0
Iklan

Sebelum kita masuk kedalam perbahasan qawa’id fiqh, kita ulangi dan menambah mengenai perbezaan antara usul fiqh dan qawa’id fiqhiyyah. Fiqh dan usul fiqh mempunyai kaedah masing-masing. Walaupun terdapat persamaan asas antara kedua-duanya itu sehingga salah satunya itu tidak boleh berpisah dengan yang satu lagi.

Ilmu usul fiqh seperti neraca dan kaedah umum untuk menyimpulkan sesuatu hukum yang tepat. Kedudukannya didalam masalah itu seperti kedudukan ilmu nahu untuk membetulkan percakapan dan juga penulisan. Kaedah ilmu usul fiqh ini berada di pertengahan antara dalil/nas dan juga hukum. Dengannya itu dapat disimpulkan hukum daripada dalil. Topik perbincangan adalah dalil dan hukum.

Contoh :

الأمر للوجوب, النهي للتحريم

Dalil :

ولا تقربوا الزنى

Jangan menghampiri zina.

Ini adalah ayat larangan. Maka kaedah mengatakan, ia menunjukkan haram. Begitu juga untuk menyelesaikan/istinbat ( mengeluarkan ) hukum dari 2 dalil yang nampak bercanggah seperti satu hadis larangan solat selepas solat waktu asar dengan satu hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam buat. Maka penggunaan kaedah seperti :

تخصيص العام

Digunakan mengkhususkan yang umum. Iaitu dalil larangan adalah umum tetapi dikhususkan harus bagi yang ada sebab. Kaedah usul fiqh menepati semua juzuk dan maudhu’nya. Segala yang dibincangkan dibawahnya. Tetapi qawa’id fiqh merupakan kaedah yang bersifat aghlabiy/akthari, yaitu kebanyakan kerana ada sesetengah masalah terkecuali daripadanya.

Qawa’id fiqh seperti yang telah disebutkan adalah kaedah aghlabiy/akthari. Pembahagian-pembahagiannya adalah sebahagian masalah fiqh dan topic perbincangannya ialah perbuatan @ masalah mukallaf seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini berkenaan rumah yang didiami bukan islam yang memelihara anjing. Bila kita ingin mendiami rumah itu selepas dari mereka tinggal. Bagaimana cara nak lakukan berdasarkan qawa’id fiqh.

Begitu juga masalah seperti solat diatas kenderaan. Yang disepakati ulama’ silam hanyalah sunat sahaja. Sekarang bagaimana? Dengan bentuk kenderaan dan sebagainya. Maka kaedah seperti :

المشقة تجلب التيسير

Masyaqqah menarik kemudahan.

الحكم يدور مع العلة

Hukum berkisar mengikut illah.

Dan kaedah-kaedah berkenaan rukhsah. Secara ringkas, kaedah usul fiqh untuk menentukan sesuatu dalil atau nas itu. Bagaimana hukum yang dapat dikeluarkan daripadanya.

Qawa’id fiqh pula untuk kemusykilan yang timbul pada masyarakat Islam. Qawa’id fiqh, ketetapan-ketetapan yang dikenali dengannya hukum bagi masalah-masalah yang tiada nas dari al-Quran dan al-Hadis serta al-Ijmak para ulama’.

Perkara yang dibincangkan padanya : Kaedah-kaedah dan masalah-masalah fiqh dari segi bagaimana untuk mengeluarkan/menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan kaedah.

Hasil dari ilmu ini, mudah untuk mengetahui hukum-hukum semasa yang tiada nas padanya. Mampu untuk menguasai masalah-masalah yang berlegar dalam masyarakat dalam masa yang ringkas dan cara yang mudah melalui jalan yang selamat dari keraguan dan kebimbangan.

Kelebihannya : Ilmu paling mulia selepas Tauhid berdasarkan sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Kedudukannya : Satu jenis ilmu daripada ilmu-ilmu fekah.

Sandaranya : Kitab, Sunnah, Athar Sahabi dan kata-kata mujtahid.

Hukum belajar : Fardhu kifayah bagi umum, fardhu ain bagi yang nak jadi hakim.

Komen dan Soalan