Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Nisab Zakat 3

Nisab Zakat 3

226
0
Iklan

Sambungan dari Nisab Zakat 2

Nisab Tanaman Buahan dan Kadar Zakatnya.

Nisabnya:

Tanaman dan buah-buahan, sukatan tidak kurang daripada 5 ausuq selepas dibersihkan kulit, tanah dan debu selepas dikeringkan.

Pengertian Ausuq:

Kata jama’ bagi perkataan wasaq, iaitu sejenis sukatan. Satu wasaq bersamaan 60 gantang.

Kadar Zakatnya:

Tanaman dan pokok buah-buahan yang hidup dengan air hujan atau air sungai tidak memerlukan perbelanjaan atau tenaga pemiliknya. Wajib dikeluarkan nisbahnya ialah 1/10.

Masa Wajib Mengeluarkan Zakat Buahan dan Tanaman:

Bijirinnya matang dan masak. Zakat buah-buahan hanya dikeluarkan apabila anggur menjadi kismis dan kurma menjadi tamar.

Menjual Buah-Buahan dan Tanaman Setelah Wajib Zakatnya:

Mengikut kadar kismis dan tamar, sebagai jaminan bagi pemiliknya mengeluarkan kadar zakat yang wajib ke atasnya.

 

Mengeluarkab Zakat dengan Nilai Sebagai Ganti Harta:

  • Zakat wajib dikeluarkan bagi ternakan ialah binatang itu sendiri.
  • Zakat buahan dan tanaman kerana syara’ telah menetapkan hak dan kadar zakat yang perlu dikeluarkan.

 

Genap Setahun, Cukup Nisab bagi Harta Perniagaan dan Kadar Wajib Mengeluarkan Zakat:

  • Zakat yang wajib dikeluarkan bagi ternakan ialah binatang itu sendiri.
  • Zakat buahan dan tanaman kerana syara’ telah menetapkan hak atau kadar zakat yang perlu dikeluarkan.

Komen dan Soalan