Iklan
Sambungan dari Nisab Zakat 1
Mengeluarkan Harta Zakat atau Menggunakannya:
Menurut Imam Al Nawawi Rahimullah dalam kitabnya “Al Majmu” (6/178), sahabat-sahabat kami berkata,
“Tidak harus bagi pemerintahdan pemungut zakat, menjual harta zakat walaupun sedikit tanpa keperluan berbuat demikian. Malah mereka hendaklah menyerah harta zakat yang asal kepada golongan yang berhak menerimanya. Hal ni kerana penerima zakat adalah golongan yang mengerti dan tidak perlu diuruskan oleh orang lain. Jesteru, harta mereka tidak harus dijual tanpa kebenaran.”
Nisab Binatang Ternakan dan Kadarnya:
Unta, lembu dan kambing.
i. Nisab Unta:
Bermula dari 5 ekor.
- Nisab : 5 -9 ekor
- Kadar wajib : seekor kambing
- Umur : biri-biri setahun atau kambing dua tahun.
Jika bilangan unta lebih dari 120 ekor:
- Setiap 40 ekor: seekor bintu labun.
- Setiap 50 ekor : seekor hiqqah
ii. Nisab Lembu:
Bermula 30 ekor.
- Nisab : 30 – 39 ekor
- Kadar wajib : seekor tabii’ atau tabii”ah
- Umur : lembu berusia setahun
iii. Nisab Kambing:
Bermula 40 ekor
- Nisab : 40 – 120 ekor
- Kadar wajib : seekor biri-biri atau kambing
- Umur : setahun biri2 dan dua thn kambing.
Syarat yang Khusus Bagi Wajib Zakat Binatang Ternakan:
- Binatang ternakan itu pada kebanyakan masanya dalam setahun meragut dipadang ragut bebas.
- Binatang-binatang itu diperlihara untuk susunya, pembiakannya atau lemaknya dan bukan melakukan kerja-kerja serta khidnat yang lain.
- Dikecualikan syarat genap setahun bagi anak binatang ternakan yang lahir dalam tempoh setahun.